Bahagian 3
Aku
merebahkan tubuh di atas sofa panjang sambil menukar siaran televisyen ke
Buletin Utama. Afiqah yang pulang ke rumah lebih awal daripadaku, sedang
khusyuk membaca surat khabar. Aku sangat arif dengan rutin Afiqah. Setiap hari
dia pasti akan membaca dua naskah surat khabar; Utusan Malaysia dan juga The
News Straits Times.
“Weyh, anak
guam kau keluar paper kot!” Terjerit
kecil suara Afiqah sambil tubuhku digoncang kuat.
“Anak guam yang mana pulak?” Soalku sambil anak mata
masih terpaku pada skrin leper televisyen. Makin bertambah pula kes jualan
dadah oleh warga asing yang menyalahgunakan permit belajar mereka.
“Benyamin Ziqri tu lah.” Jawab Afiqah.
“Biasalah tu. Dia tu kan designer yang famous
dekat Malaysia ni. Tak hairan sangatlah.” Komenku malas. Aku ingatkan pasal
siapa tadi.
“Bukan keluar pasal tu.”
“Dah tu?”
“Ada gossip
pasal dia lah. Gossip dengan this one model nama Bella. Kau tahu ke?”
Aku
pandang wajah Afiqah yang bersih itu sambil menggelengkan kepalaku.
“Kau tanya salah oranglah. Manalah aku tahu siapa minah
model nama Bella tu. Kau tak ingat ke aku struggle
jugak cari info fasal budak Ben tu?”
Afiqah
sudah tersengih mendengarkan jawapanku. Baru teringatlah tu.
“Anyway, this
paparazzi snapped a few pictures of them and komen yang diorang sangat
rapat. Kau kan selalu pergi Prince Court visit
Ben. Takkan kau tak pernah jumpa dengan model ni?” Soal Afiqah.
Dari
posisi berbaring, aku sudah duduk menegak dan wajah Afiqah yang sedang menagih
jawapan itu kupandang lama.
“Selalu sangatlah kan aku pergi Prince Court tu jenguk si
Ben. Aku baru pergi dua kali kot. Mana ada selalu. And aku tak pernah terserempak dengan model tu. Menjawab tak soalan
kau tu?” Jawabku sambil kusyen kecil kubaling ke arah Afiqah tetapi disambut
oleh Afiqah.
“Frankly speaking, that
kid looks hot in person.” Afiqah sudah tersengih-sengih nakal.
“Hot pulak dah.
Hari tu kau kata comel.” Sindirku.
“Comel in
gambar and hot in person.” Selamba
Afiqah menjawab sambil kusyen kecil tadi dilontarkan semula ke arahku, tepat
mengenai muka.
“Sakitlah, mak cik!” Aku sudah terjerit kecil tetapi
Afiqah hanya ketawa seronok.
***************************
Sewaktu
aku melangkah masuk ke ruang lobi Prince Court Medical Centre, kelihatan
setiausaha Benyamin, Muiz sudah menungguku. Awal betul encik setiausaha ini
tiba. Sebaik sahaja aku berjalan menghampiri Muiz, dia tersenyum hormat.
“Sorry, saya
terlambat ke? Saya dari court actually.”
Sapaku sambil anak mata melirik ke arah jam tangan. Aku masih ada 10 minit
sebelum waktu yang telah dijanjikan. Atau jam aku ni terlewat?
“No worries,
cik Nuha. Cik Nuha awal sebenarnya. Saya pun kebetulan sampai awal ke sini.”
Jawab Muiz sopan. Aku menarik nafas lega. Menepati masa adalah salah satu
prinsip kerja yang aku cuba amalkan dan pertahankan selama ini.
“Kita nak terus berjumpa Encik Benyamin ke?” Soalku.
“Boleh juga. Kita terus ke bilik Encik Benyamin lah.”
Jawab Muiz dan kami beriringan berjalan ke lif.
“A To Z memang ada it’s
own lawyer ke atau based on contract?”
Aku bertanya pada Muiz sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam lif.
“Kitorang tak ada lawyer
sendiri tapi ada a few lawyers or
associates yang selalu A To Z berurusan.” Balas Muiz.
“Oh, macam tu rupanya. Tapi kali ini Encik Benyamin nak
saya uruskan pasal patent dan copyright design baru kasut-kasut A To Z
pulak? Saya rasa ini first time
berurusan dengan A To Z.” Balasku pula.
Ingin
tahu juga mengapa tiba-tiba A To Z mahu menggunakan khidmatku sedangkan
syarikat ini sudah mempunyai senarai nama beberapa orang peguam yang selalu
berurusan dengan mereka. Aku tiba-tiba teringat ekspresi wajah Benyamin ketika
kali pertama aku datang bertemu dengannya di pejabat. Riak wajah kurang yakin
dan kurang percaya dengan aku masih terpahat kuat di dalam ingatan.
“Mungkin Encik Benyamin nak bertukar angin. Atau Encik
Benyamin percayakan kebolehan cik.” Jawab Muiz tenang.
Pulak
dah! Aku tidak menyoal lebih lanjut dan hanya mengikut langkah kaki Muiz menuju
ke bilik VVIP suite yang menempatkan
Benyamin yang sudah lebih seminggu ditahan di hospital. Pintu bilik diketuk
oleh Muiz sebelum kami berdua melangkah masuk.
“Encik…” Bicara Muiz terhenti sebaik sahaja kelihatan
seorang wanita cantik sedang mengenggam erat tangan kanan Benyamin.
Sekali
lagi, aku datang berjumpa dengan Benyamin pada masa yang salah walaupun di
tempat yang betul. Aku terus memandang ke bawah, tidak tahu ke mana lagi patut
kupandang.
“Minta maaf, Encik Ben, Cik Bella. Kami tunggu di luar
dulu.” Ujar Muiz dan menghantar isyarat mata ke arahku supaya aku turut beredar
dari situ.
Oh,
itulah Bella! Benyamin yang jelas terkejut, hanya terdiam seribu bahasa. Hanya
si model cantik jelita yang bereaksi dengan terjerit kecil.
Aku
dan Muiz duduk di bangku yang disediakan di luar. Keadaan hening di antara
kami. Agaknya, memang betullah seperti apa yang diberitahu oleh Afiqah
berdasarkan surat khabar yang dibacanya tempoh hari.
“Saya minta maaf ya, cik Nuha. Kita tunggu sekejap.” Ujar
Muiz.
“Eh, bukan salah awak. Jangan risau, saya faham.”
Balasku, tersenyum ke arah encik setiausaha yang sangat professional dalam
kerjanya.
Tidak
lama kemudian, kelihatan Bella keluar dari bilik yang menempatkan Benyamin.
Langkah kakinya kelihatan laju walaupun memakai kasut bertumit setinggi tiga
inci! Muiz mengajakku supaya bertemu dengan Benyamin.
“Yang ini dokumen-dokumen penting yang encik perlu
tandatangan.”Ujarku dan meletakkan fail jernih yang mengandungi dokumen-dokumen
penting di atas meja beroda. Meja beroda tersebut ditarik rapat ke arah
Benyamin yang sedang duduk di atas katil.
“So, saya just
tandatangan dekat bawah ni?” Soal Benyamin dan wajahku dipandang.
“Ya, betul.” Jawabku.
Anak
mataku memerhatikan Benyamin yang sedang menandatangani kesemua dokumen penting
tersebut.
“Ada apa-apa lagi?” Soal Benyamin sambil memerhatikan aku
yang sedang menyemak semula dokumen-dokumen yang sudah ditandatangani oleh
Benyamin sebentar tadi.
“Tak ada.” Jawabku dan dokumen-dokumen tadi kusimpan
semula ke dalam fail jernih.
Pintu
bilik yang tadinya ditutup rapat, tiba-tiba ditolak kuat dari luar. Takkanlah
ada angin taufan dalam kawasan hospital pulak?
“Ben! You dah
janji dengan I. I don’t care.” Bella muncul tiba-tiba dengan wajah yang masam
mencuka.
Aku
dan Muiz sudah saling berpandangan sesama sendiri. Drama apa pulak ni? Aku
bertambah terkejut apabila menyedari Bella masuk ke dalam bilik dengan membawa
beberapa orang paparazzi. Ah, sudah!
Baik aku angkat kaki cepat-cepat sebelum drama swasta percuma bermula.
“Bella. Behave
yourself. Jangan buat hal dekat sini boleh tak? Kan I dah explain everything to you just now. You tak faham-faham lagi ke?” Tegas
kedengaran suara Benyamin.
Geng
paparazzi seronok mengambil gambar
mereka berdua. Akalku sedang berfikir bagaimana aku mahu memboloskan diri
memandangkan Bella berdiri betul-betul di hadapan pintu.
“I tak faham, I tak nak faham. I nak kahwin dengan you
jugak. Sekarang ni, depan reporters
ni semua, I nak you bagitahu perkara yang sebenar dekat diorang. Macam apa yang you dah janji dengan I sebelum ni.” Bentak Bella.
Benyamin
tiba-tiba memandang ke arahku yang masih berusaha mencari jalan untuk keluar
dari situ secepat mungkin. Dia menghantar isyarat mata yang sukar aku fahami.
Mamat ni dah kenapa pulak? Aku ingin cabut lari secepat mungkin daripada
menjadi penonton drama Sinetron Indonesia di sini.
“Fine. If you nak I tell the truth, I will. I
will do that depan diorang ni semua if itu yang dapat puaskan hati you.” Balas Benyamin. Bella kelihatan
tersenyum puas hati. Lensa kamera geng paparazzi
kini difokuskan pada Benyamin.
“I want to confess
that I already have a woman that I want to marry after I got discharged. The
woman is here, in this room.” Benyamin berjeda seketika. Senyuman Bella
semakin melebar dan cahaya flash kamera menyerbu merakamkan wajah Benyamin dan
Bella.
“The woman is…”
Bella
semakin seronok, dia sempat melibaskan rambut perangnya yang panjang mengurai
ke belakang. Aku dan Muiz sudah saling bertukar pandangan pelik.
“Nuha Damia.”
Siapa
pulak orang dalam bilik ni yang nama dia Nuha Damia? Aku bermonolog sendirian
di dalam hati. Eh, kejap! Tu kan nama aku! Aku sudah melopong.
Anak
mata bundar milik Benyamin digamkan padaku dan dia tersenyum manis. Bella sudah
menghentakkan kakinya dengan wajah yang tersangat masam. Dia menjeling tajam ke
arahku. Geng paparazzi sudah
berlumba-lumba ke arahku dengan cahaya flash
yang menyimbah-nyimbah ke arah wajahku. Hari ni bukan 1 April kan? Tolonglah
seseorang kejutkan aku daripada mimpi yang tiba-tiba bertukar ngeri ini.
*************************************
“Gelak, gelaklah puas-puas, mak cik. Serius, kau memang
tak membantu langsung.” Sindirku geram melihat Afiqah yang sedang galak ketawa
sambil menekan-nekan perutnya.
“Kelakar gila, weyh.
Patutlah aku sampai-sampai rumah nampak kau tengah rolling badan kau dari hujung sana sampai hujung situ. Lepas tu,
siap buat lompat bintang lagi. Mula-mula aku ingat kau tengah buang tabiat.”
Balas Afiqah selamba.
“Tak ada benda yang kelakarlah.” Balasku sebal.
Afiqah
masih ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Dia sempat menepuk-nepuk bahuku.
“Sure this will be out in the newspaper
tomorrow. Dekat internet pun the
paparazzi dah put up the announcement.
Habislah kau esok dekat office. Kau
akan diserbu oleh geng Kiah Propa.”
Usik Afiqah seolah-olah apa yang berlaku kepadaku petang tadi hanyalah satu
sitkom yang selalu terjadi.
“Aku
tak kiralah mamat tu designer
terkenal ke, anak guam aku ke, aku nak saman dia jugak. Nak saman malu!” Suhu
badanku mula mendidih naik. Kalaulah tadi aku dapat membelasah mamat itu
secukup-cukupnya. Namun kutahan memandangkan geng paparazzi masih setia di situ. Aku tidak sanggup memikirkan apa
yang akan berlaku selepas ini. Sekurang-kurangnya aku akan selamat pada malam
ini. Tetapi esok? Ngeri!
“Saman
malu is not the right choice la dear.
Aku takut kau yang lagi malu nanti.” Balas Afiqah, serius.
Aku
terdiam sebentar, memikirkan kata-kata Afiqah. Betul juga. Sudahlah keadaan
huru-hara dengan berita Benyamin Ziqri, seorang pereka terkenal mahu mengahwini
aku, seorang peguam biasa yang sangatlah tidak popular. Keadaan mungkin akan
bertambah huru-hara nanti.
“Habis
tu, aku nak buat apa ni?” Aku sudah mula terasa mahu menangis. Fikiranku sudah
buntu. Aku sudah tidak nampak jalan keluar.
“Kahwin
je lah dengan dia. No harm done.
Lagipun, kau bukannya ada siapa-siapa yang dah cop pun.” Cadang Afiqah, bersahaja.
“Gila
kau! Banyaklah kau punya no harm done.”
Aku sudah terjerit kecil. Hendak berkahwin dengan Benyamin Ziqri yang aku
sangatlah tidak mengenali personaliti lelaki itu? Sudahlah dia lagi muda
daripada aku. Dingin, beku macam ais dekat kutub utara pulak tu. Isy, tak nak
aku!
“Dah
tu? Kau nak buat apa? Buat press
conference? Lari?”
Aku
terus terdiam dan melepaskan keluhan yang terasa sangat berat. Aku terus
teringatkan keluargaku di Langkawi. Mungkin paling awal, esok hari mummy akan
menelefonku. Ataupun malam ini, memandangkan adikku, Aqwa sangat rajin melayari
internet. Agak-agaknya mummy pengsan
tak? Abah? Abah akan membebel tak?
“Perempuan
lain, beratur nakkan dia. Dia nakkan kau. Sebab tu aku kata no harm done. Kau tengok Bella tu. Siap
usung reporters bagai tapi at the end
kau pulak yang dapat Ben. Mau tak hangat minah tu.”
“Aku
tak rasa Ben tu betul-betul nak kahwin dengan aku.”
“Kenapa
pulak? Eh, dia siap confess depan reporters tu la. That means he takes it seriously. Kalau dia tak buat apa yang dia
dah confess tu, memang geng paparazzi tu akan kejar dia sampai
diorang dapat the real story.”
“Aku
rasa Ben tu nak selamatkan diri dia sendiri sebab Bella terlalu mendesak.
Disebabkan aku kebetulan ada dalam bilik tu, jadi dia bluntly je sebut nama aku. Semata-mata sebab nak selamatkan diri
dia daripada terus diasak oleh Bella. Aku perasan dia ada hantar isyarat mata
yang aku tak faham.”
Afiqah
terdiam, mungkin kehilangan kata. Atau mungkin memikirkan sesuatu.
“Patutnya
awal-awal aku dah angkat kaki dari situ. Sekarang ni, tak pasal-pasal aku kena
heret sekali.”
“Ada
satu lagi solution.”
Aku
pandang Afiqah dengan wajah mengharap, mengharapkan kali ini betul-betul ada
jalan keluar untukku.
“Kau
jumpa Ben. Discuss dengan dia
betul-betul. Tu yang terbaik buat masa ni.”
“Pergi
hospital tu balik? Kalau geng paparazzi
tu ada? Macam mana aku nak discuss?”
Soalku lemah.
“Pandai-pandailah
kau slips in macam kau pernah buat time kat uni dulu.” Afiqah sempat
mengenyit mata ke arahku.
*********************************
Suasana di dalam pejabat sudah riuh-rendah dengan suara
Rina dan Laila yang bertanyakan itu dan ini. Surat khabar hari ini juga
ditunjukkan kepadaku walaupun malam tadi Afiqah sudah menunjukkan benda yang
sama yang telah dipaparkan di internet. Haru-biru sungguh!
“Amboi, senyap-senyap ye, Nuha! Tup-tup, dah kena lamar dengan designer
yang hot lagi famous di seantero Malaya.” Ujar Laila, seronok sambil bahuku
dipeluk erat.
Aku hanya tersenyum tawar. Kena lamar? Kena lamar apanya
dengan cara macam tu. Itu namanya nak menyelamatkan diri sendiri.
“Benyamin Ziqri ni dah macam artis tau, Nuha. Bukan dulu
Nuha bagitahu kitorang yang Nuha tak nak kahwin dengan artis ke?” Soal Rina
pula. Aku sudah mula pening kepala.
“Sebab saya rasa designer
tu bukan artis.” Jawabku. Takkan aku nak canang satu office yang Ben tu anak guam aku? Ataupun Ben buat macam tu sebab
nak selamatkan diri daripada Bella? Mahunya lagi kecoh duo Laila dan Rina ini.
“Isy, korang ni! Cukup-cukuplah bersoal-jawab dengan
Nuha. Pening kepala dia. Let’s go back to
our work now.” Tegur kak Aina.
Aku memandang ke arah kak Aina, tersenyum sebagai isyarat
terima kasih. Jam di dinding kupandang, berselang-seli dengan skrin telefon
bimbit. Mungkin berita mengenai apa yang terjadi semalam agak lambat sampai di
Langkawi memandangkan aku tidak menerima sebarang panggilan dari rumah
melainkan pesanan ringkas daripada Aqwa malam tadi. Aku meminta adikku itu
mendiamkan diri terlebih dahulu sebelum aku menyelesaikan semuanya dengan Benyamin
hari ini.
“Nak pergi mana, Nuha?” Soal Laila memandangkan aku sudah
mencapai beg tangan di tepi meja dan menutup suis computer.
“Ada appointment
dengan client at 11 a.m. Sebelum tu nak jumpa bakal suami.” Jawabku bersahaja.
Bakal suami? Huh! Mintak jauh! Namun, aku ikutkan juga rentak Laila. Laila
sudah tersengih-sengih sambil sempat melambai-lambai ke arahku.
Aku terserempak dengan Adam di dalam lif. Dia kelihatan
kemas dengan kemeja berlengan panjang berwarna putih dan berseluar slack hitam.
“Pergi court
ke?” Sapaku, melihatkan pakaiannya.
“Ha’ah. Ada hearing.”
Balas Adam dan pintu lif tertutup secara automatik.
“Nuha.”
“Yup.”
“Betul ke apa yang reporter
tulis dalam surat khabar tu? Pasal awak dengan that famous designer?”
Aku
terdiam lama sehinggalah pintu lif terbuka. Soalan Adam kubiar tidak berjawab.
Kami mengambil haluan masing-masing di tempat parkir kereta.
Aku
tiba di perkarangan Prince Court Medical Centre. Mataku melingas ke kiri dan
kanan. Risau juga jika ada geng-geng paparazzi
lagi. Aku menarik nafas lega. Selamat! Aku terus masuk ke dalam kawasan hotel,
mencari lif dan menekan butang nombor aras yang menempatkan VVIP suites.
Jika
kali pertama sewaktu aku datang berjumpa Benyamin di sini, aku berdebar-debar
takut sewaktu hendak masuk ke dalam bilik ini. Sekarang? Aku rasa macam nak
terus rempuh masuk ke dalam. Memikirkan idea itu kurang logik, aku mengetuk
juga pintu sebelum melangkah masuk.
Kelihatan Benyamin baru selesai diperiksa oleh seorang
doktor lelaki dan jururawat. Mereka berdua sempat tersenyum penuh makna ke
arahku sebelum berlalu keluar. Haih! Darah panas terasa menyerbu naik ke wajah.
“Nuha.” Kedengaran suara Benyamin menegurku. Tiada lagi
panggilan ‘Cik Nuha’ seperti selalu. Sah, mamat ni dah buang tabiat.
“Or nak panggil
kak Nuha?” Benyamin mengangkat keningnya.
Aku sudahlah seperti termometer yang cecair merkurinya
sedang mendidih naik, budak ni boleh pulak buat lawak antarabangsa dia yang tak
lawak langsung itu.
“Saya ada benda nak discuss dengan awak. This is a serious matter.” Balasku tegas
dan terus duduk tanpa dipelawa.
“Okay, sure.”
Benyamin membetulkan sandar kepalanya pada kepala katil. Dia seolah-olah dapat
menjangka kedatangan aku pada pagi ini.
“Awak buang tabiat ke apa semalam? Orang tua-tua cakap,
kalau orang yang tiba-tiba buang tabiat, maksudnya dah tak lama tu.” Sindirku
geram. Tak kisahlah mamat ni nak terasa hati memandangkan aku sedang panas
hati. Tanpa kuduga, Benyamin terus ketawa.
“I don’t expect
that to come out from a lawyer like you.” Balas Benyamin sebaik sahaja
tawanya reda.
“But, I do really
mean what I said yesterday. I am a man of my words. Saya serius pasal semua
benda yang saya cakap pada paparazzi
tu semalam.” Raut wajah Benyamin bertukar serius seperti yang selalu
ditunjukkan.
“Saya peduli apa dengan apa yang awak cakap semalam. Who are you to mess with my life? Saya
tak nak kahwin dengan awaklah.” Balasku geram.
“Nope. Awak
kena kahwin jugak dengan saya.” Balas Benyamin, bersahaja dengan raut wajahnya
yang sangat menyakitkan hatiku.
“Awak ingat saya tak tahu ke yang awak nak selamatkan
diri awak sendiri daripada Bella? And you
drag me along with it. Saya boleh saman awak tahu tak.”
“Sure, go on with
the legal action. I don’t bloddy care.”
Huh! Serius mamat ni
hati keras, hati batu.
“And yup, saya
nak selamatkan diri daripada Bella. Puas hati?”
Sekarang aku
betul-betul rasa nak cekik anak guam aku ni sendiri. Aku menahan diri dengan
mengenggam kuat kedua-dua buku limaku.
“Saya tak nak kahwin dengan awak. Noktah!” Suaraku sudah
naik satu oktaf.
“Kan saya dah cakap, you
have to.”
“Kenapa awak pasti sangat yang saya ni bukan orang lain
yang punya?”
Benyamin tersenyum
menyenget. Mungkin kalau perkara ini semua tidak terjadi antara kami, aku mungkin
akan berasa berdebar-debar memandang wajah itu sekarang.
“Firstly, there is no
ring on your ring finger. That means
you are not someone’s fiancĂ©e or wife. Girlfriend
orang? I don’t think so.”
“What make you to
think so?” Aku sudah mengetap gigi.
Benyamin
tidak menjawab dan mengangkat keningnya kembali. Mengundang kesabaran sungguh
dia ni!
“Look, there will
be many negative implications to you if you don’t want to get married with me.”
Anak mata bundar itu menikam wajahku.
“Lelaki lain takkan nak masuk line dengan awak. In other
words, awak takkan laku dah. Secondly,
the paparazzi won’t stop chasing after you. Their camera’s flash will chase
after you. Thirdly, the public already know about it. You will no longer live
in peace. These are the implications, to name a few of them.”
Argh! Aku benci! Marah dan geram sudah bercampur. Kenapa
lelaki ini begini? Aku teringat arwah ibu bapa Benyamin yang aku kenal sebagai
orang kaya yang sangat berbudi pekerti. Anaknya? Huh! Budi bahasanya sudah ke
laut.
Aku memegang kepalaku yang sudah terasa berpusing-pusing.
Janganlah aku pengsan di sini pula.
“Fine. Let’s get
married. But, with one condition.” Ujarku sambil merenung tajam ke arah wajah
yang putih bersih itu.
“Sure. Nak buat
kontrak kahwin macam trend novel
Melayu sekarang?” Sindir Benyamin.
Aku terlalu penat untuk melayan sindiran Benyamin.
“Bukan, kahwin kontrak tu mempersendakan konsep
perkahwinan yang Allah dah susun cantik-cantik untuk hambaNya.” Benyamin terus
terdiam.
“Instead, I will
make you suffer.”
Benyamin tu betul2 dh gila... #^_^
ReplyDeleteHehe... kan? :)
Deletex menahan baca "I dont bloody care" ..the story getting more interesting ni yumi. something that i m looking forward to..thanks dek-kak tims.
ReplyDeleteThanks kak tims :)Always appreciate your comments :D
Deletebest.....
ReplyDeletewow.....terbaik la.....makin menarik....x sabar nk tunggu next n3....
ReplyDelete“Instead, I will make you suffer.”... tu spe yg ckp? Nuha or benyamin?
ReplyDeleteNuha :)
Deletewell, my guess might be correct bout this story line, but i didn't expect their marriage will start like this.. this story really makes my brain work hard on what will happened in the next part
ReplyDeletebessssssttttttttttt sangat.... keep it up okey.... >___________<
ReplyDelete