Bahagian 5
Pagi-pagi
lagi mummy dah sibuk memasak. Saudara-mara
dari sebelah mummy yang tinggal di
Perlis dan Kedah, sudah sampai pagi tadi. Mereka masing-masing mengambil feri
yang paling awal. Riuh jugaklah rumah keluarga aku ini bila mak-mak sedara aku
dah bagi mula dengan sesi meng‘interview’
aku. Yalah, tiba-tiba sahaja hendak bertunang. Ringan sahaja mulut aku mahu
menyalahkan Benyamin. Aku bukannya tahu apa-apa. Mamat sewel tu yang buat keputusan ikut kepala otak dia yang senget tu.
Aku membantu mummy apa yang patut walaupun malam tadi aku tak dapat tidur
langsung. Banyak sangat berfikir sampai otak dah rasa penat. Nak telefon
Benyamin pun, aku bukannya ada nombor telefon mamat tu. Lepas aku sindir-sindir
dia dekat hospital dulu, aku terus cabut macam tu je. Tak sempat pun nak minta
nombor telefon. Yang aku ada, nombor telefon pejabat dia. Tak pun, encik
setiausaha dia tu. Kalau aku ada nombor telefon dia, malam tadi lagi aku dah sound dia cukup-cukup. Biar dia rasa
telinga dia macam nak tercabut.
“Adik
membebel-bebel dalam telefon tadi. Dia kata dia nak balik jugak. Nak tengok
ayong bertunang.” Cerita Aqwa yang masuk menjenguk ke kawasan dapur. Ingatanku
terus melayang pada Afif yang masih di Perancis, menyambung pelajaran di sana.
“Ala,
mummy dah cakap dengan dia. Time ayong kahwin nanti, dia tengoklah
ayong puas-puas. Angah, angah tolong mummy
bentangkan karpet dekat depan tu.” Balas mummy.
Mendengarkan mummy bercerita mengenai
isu perkahwinan, aku sudah mula terasa kecut perut. Periuk belanga tak terbang
ke kalau aku betul-betul kahwin dengan Benyamin?
“Najah,
Ben baru aje telefon abang. Dorang baru je naik kapal terbang.” Beritahu abah
pula.
“Ya
ke? Tak apalah, rumah dah berkemas, memasak pun dah sudah. Tinggal anak dara
abang ni je yang tak siap-siap lagi. Tak mandi lagi pulak tu.” Balas mummy sambil memandang ke arahku.
“Nak
pi mandilah ni, mummy.” Balasku pula dan ingin berlalu ke tingkat atas.
“Nanti
ayong pakai baju yang mummy dah
sangkut dekat dalam almari tu.” Pesan mummy.
“Ayong
ingat nak pakai baju kurung kain kapas yang mummy
jahit tu je. Tak boleh ke?” Usikku tetapi mummy
sudah menjegilkan biji matanya. Aku berlalu ke tingkat atas sambil ketawa.
Tetapi tawaku tidak lama sebaik sahaja aku membuka almari dan kelihatan
sepasang baju kurung dari kain lace
berwarna ungu lembut di dalam almari. Bila masa pulak mummy sediakan baju ni?
Ketika
aku sudah selesai mandi dan menukar pakaian, mummy masuk dengan mak ngah,
kakak mummy. Mak ngah ini merupakan
mak andam ketika zaman mudanya dahulu.
“Awat, mummy? Ayong dah nak pakai tudung dah ni.” Tuturku.
“Ni, mummy nak mintak tolong mak ngah hang make-up kan ayong sikit. Barulah
lawa anak dara mummy ni.” Balas mummy,sambil bertukar senyuman dengan
mak ngah.
“Ala,
mummy. Tak payahlah. Bertunang je
pun. Bukannya ada orang nak tengok pun.” Balasku sambil mencari-cari pin tudung
dari dalam bekas kaca.
“Sikit
aje. Biar nampak naik seri.” Balas mummy
pula. Wajahnya sudah kelihatan mengharap. Akhirnya aku mengalah.
“Ayong
nak mak ngah make-up kan ayong macam make-up zombie boleh?” Soalku pada mak ngah. Biar bila mamat tu jumpa aku lepas ni, dia
pengsan. Baru padan dengan muka dia.
“Isy, hang ni. Ada ke nak make-up
macam zombie.” Komen mak ngah sambil
mengerutkan dahi.
“Ayong gurau je lah, mak ngah.”
Balasku, tersengih.
“Hang ni, tengah nervous
nih.” Balas mak ngah dan menarik kerusi untuk duduk di hadapanku.
Aku hanya tersengih. Nervous? Nervous apanya? Aku rasa tak sabar nak jumpa Benyamin adalah. Aku
nak hempuk dia sekali biar skru-skru dalam kepala otak dia tu ketat balik.
Sepanjang
proses merisik dan selepas itu bertunang dan juga perbincangan mengenai majlis
perkahwinan, aku hanya duduk di dalam bilik tidurku. Aku sudah panas punggung,
hendak sangat mengetahui apa yang sedang mereka bincangkan di luar sana. Risau
aku kalau Benyamin mengambil keputusan sendiri tanpa berbincang denganku.
“Ayong,
pening kepala Ina tengok ayong ni. Seminit tak boleh duduk diam.” Ujar adik
sepupuku, Hardina.
“Ayong
tengah risau ni.” Balasku.
“Ayong
nak risau apa? Bakal tunang ayong tu ada je dekat luar rumah dengan abang Aqwa.
Handsome kot Ina tengok.” Balas
Hardina, tersengih.
“Isy,
Ina ni. Handsome pulak yang Ina
tengok dulu.” Balasku.
“Yalah,
Ina bukannya buta.” Balas Ina dan tersengih lagi.
“Ina,
Ina tolong jadi spy ayong boleh tak?”
Pintaku.
“Spy? Spy
apa pulak ni, ayong?” Soal Hardina, pelik.
“Ina
keluar jap, tolong curi dengar apa yang abah ayong tengah bincang dengan wakil
Ben tu.” Jawabku. Aku pandang Hardina dengan wajah mengharap.
“Eh,
tak nak lah Ina. Kalau ibu nampak nanti, tak pasal-pasal Ina kena piat
telinga.” Hardina terus menggelengkan kepalanya.
“Ala,
bolehlah Ina.” Pintaku lagi.
“Ayong
ni kenapa sebenarnya?” Soal Hardina pula.
“Kalau
ayong cerita pun, Ina bukannya faham. Ni hal orang dewasa.” Jawabku dan Hardina
mencebik.
“Eh,
Ina dah besar dah. Dah 17 tahun. Kalau zaman ibu dulu, dah kahwin dah.” Balas
Hardina.
“Amboi,
amboi. Hang tu, SPM pun tak lepaih lagi tau dak. Gatai dah nak pikiaq pasai kahwin na.” Usikku
dan Hardina ketawa.
Sedang
kami seronok berbual, mummy masuk ke
dalam bilik sambil ditemani oleh mak long dan mak ngah.
“Amboi,
hangpa dua orang ni syok bersembang. Ayong, get ready. Sat lagi mak angkat Benyamin nak masuk, nak sarungkan cincin.”
Tutur mummy.
Mak
angkat? Siapa pulak mak angkat mamat tu?
“Ayong
dari tadi dah get ready, mak su. Dia
dah tak sabar dah tu.” Usik Hardina.
“Sibuklah,
hang. Budak kecik, duduk
senyap-senyap.” Balasku pula.
“Assalamualaikum.”
Suara lembut yang memberi salam itu membuatkan semua kepala terarah pada muka
pintu. Seorang wanita berusia lewat 50-an melangkah masuk ke dalam bilik.
“Oh,
inilah Nuha ya? Cantik, manis orangnya. Pandai Ben pilih.” Puji wanita itu
sambil duduk di sebelahku. Dia tersenyum manis. Aku? Hanya mampu tersenyum
semenjak tadi, seolah-olah sedang shooting
iklan ubat gigi Darlie.
“Mak
Engku ni kawan baik arwah mak Benyamin. Dah macam mak kandung Ben sendiri.”
Beritahu Mak Engku. Aku tersenyum lagi sedangkan di dalam hati sudah ber’wow-wow. Mak Engku? Kerabat diraja
mana pulak yang Benyamin kenal ni? Sukalah buat cik jantung aku ni kerja lebih
masa sampai penat.
Mak
Engku mengeluarkan kotak berwarna biru lembut yang sangat sinonim dengan
Tiffany & Co. Sebentuk cincin ditarik keluar daripada kotaknya dan
disarungkan pada jari manisku. Tangan Mak Engku aku salam dan satu ciuman
singgah pada pipi kananku. Amir yang masuk dengan kamera DSLR miliknya sempat
lagi menangkap gambar.
Mummy menjemput Mak Engku dan rombongan
kecil Benyamin untuk makan. Benyamin hanya datang bersama-sama keluarga Mak
Engku yang terdiri daripada suami Mak Engku dan dua orang lelaki yang merupakan
anak Mak Engku. Ketika aku keluar ke ruang tamu, aku tidak melihat pula
keluarga Dato’ Zamir. Mungkin mereka sibuk dan tambahan pula majlis pertunangan
ini sangat tiba-tiba.
**********************
Selesai
makan tengah hari, abah meminta aku membawa Benyamin dan keluarga Mak Engku ke
resort milik abah yang terletak tidak jauh dari Pantai Chenang. Nasib baiklah
keluarga Mak Engku ada sekali. Kalau setakat si Benyamin tu, pandai-pandailah
dia nak hidup. Aku sempat menarik Aqwa sekali sebagai peneman.
“Mak
Engku, ni kunci bilik. Yang ini untuk bilik Mak Engku dan Pak Engku. Yang ini
untuk bilik anak-anak Mak Engku. Yang kunci lagi satu ni untuk bilik Benyamin.”
Tuturku sopan sambil menyerahkan kunci bilik kepada Mak Engku, satu lagi kunci
bilik kepada anak sulung Mak Engku, Tengku Iqmal dan satu lagi kunci kepada
Benyamin.
“Terima
kasih, Nuha. Nanti kita jumpa lagi sebelum Nuha balik KL. Mummy Nuha kata flight
malam ni ye?” Balas Mak Engku. Benyamin yang berdiri di sebelah Mak Engku,
hanya diam. Sejak dia sampai, aku belum sempat lagi nak berleter.
“Ha’ah, Mak Engku.” Balasku.
“Awalnya
balik KL. Ingatkan balik sekali dengan kitorang.” Balas Pak Engku pula.
“Esok
ada appointment dengan client, Pak Engku. Tu yang kena balik
jugak, tak boleh amik cuti.” Jawabku sambil tersenyum.
“Lah,
kesiannya.” Balas Pak Engku.
“Yalah.
Dah orang tu ikut suka kepala otak dia je buat decision.” Gumamku perlahan sambil menjeling ke arah Benyamin.
Benyamin seperti biasa, menayang muka tidak berperasaan.
“Apa
dia, Nuha?” Soal Pak Engku.
Alamak!
Diorang dengar ke luahan hati kecil aku tadi?
“Eh,
tak ada apa-apa, Pak Engku. Pak Engku and
family, berehatlah. Petang nanti kita jumpa lagi.” Jawabku, tersenyum
seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Kami
naik dululah ya.” Balas Mak Engku dan mereka sekeluarga berlalu.
“Eh,
eh! Awak nak pergi mana?” Soalku, pantas menahan Benyamin yang turut ingin
berlalu.
“Pergi
biliklah.” Jawab Benyamin tanpa sebarang rasa bersalah.
“Awak
naik atas, letak barang awak. Lepas tu, awak turun balik.” Ujarku tegas.
“Dah
kenapa pulak nak kena turun balik?” Soal Benyamin tidak puas hati.
“Saya
tunggu awak dekat pantai belakang tu dengan Aqwa.” Pesanku, tidak mahu menjawab
soalan Benyamin. Biar mamat tu rasa panas hati macam yang aku selalu rasa.
“Kalau
awak tak datang, saya pancitkan tayar kereta awak yang dekat KL tu.” Selepas
selesai mengugut Benyamin seperti budak-budak sekolah, aku tarik tangan Aqwa
dan terus cepat-cepat angkat kaki dari situ.
Comelnya...Suka baca karya akak....santai aje
ReplyDeleteEncik Kutub Utara nie ada brpd chapter?? Cter nie memang awesome sngt...
ReplyDeleteERk...bila nak sampai part mereka berdua ni..hihi
ReplyDeletetak sabo nih.. !!!!
waiting for the next entry..hope to see soon :)
ReplyDelete