Bab 13
Ian memakirkan kereta
tidak jauh dari butik pengantin yang terletak di Damansara. Laki aku yang bertuah ni pulak bawak
kereta sampai sesat larat. Dah ada cik GPS pun, dia boleh sesat lagi. Bila aku
nak tolong, tak nak dengar cakap pulak. Dia ingat jalan raya dekat KL ni macam dekat London ke ?
‘’Ian, Iman ! Lambatnya sampai. Jalan jam ke ?’’
Sapa kak Zara dengan mesra sambil bersalaman denganku.
‘’Jalan tak jam pun,kak.’’ Jawabku sambil menjeling ke arah Ian yang
mempamerkan riak wajah bersahaja.
“Dah tu? Sesat?”
“Lebih kuranglah,kak.”
“Tak apa, tak apa. Yang penting,
korang dah selamat sampai kat sini. Baju kahwin dah siap. Try dululah untuk
final inspection. Kot-kot ada benda lain nak kena alter before the big day.”
Kak Zara berlalu ke
bahagian belakang untuk mengambil baju aku dan Ian. Ian sudah mengambil tempat
di atas sofa.
“Iman, boleh try baju dekat fitting
room ni. Ajak darling awak tu sekali.” Laung kak Zara dari jauh.
Aku mencuit bahu Ian
dan Ian memandangku dengan kening yang terangkat. Eh, eh, main angkat-angkat
kening pulak! Memang aku faham sangat bahasa isyarat kening dia tu.
“Tak payah nak main angkat-angkat
kening. Saya tak faham, tak boleh nak baca apa yang awak nak cakap. Jom, kak
Zara panggil. Suruh kita try baju.” Ujarku sambil menarik kedua-dua belah
tangan Ian supaya lelaki tinggi lampai ini berdiri.
“Now?” Soal Ian.
“Tak adalah, next year! Kita datang
sini sebab sengaja nak habiskan masa dan minyak kereta.” Jawapan kurang cerdik
yang paling sesuai diberikan untuk soalan kurang cerdik Ian.
Ian tiba-tiba
ketawa. Aku mencebik. Sudahnya, tangan
kananku memegang beg tanganku dan tangan kiri menarik encik suami terchenta
yang liat sangat nak berjalan. Sekali pandang dah macam tengah mengheret anak
patung bersaiz gergasi!
“Nah, ni Iman punya, and yang ini
Ian punya. Iman, try to put on the gown dululah sebab tudung sepatutnya tak ada
masalah nak kena alter kan? Lepas ni kita try pakaikan tudung pulak.” Beritahu
kak Zara sambil menghulurkan pakaianku dan juga pakaian Ian.
Aku berlalu ke sebuah
bilik kecil yang tersedia di bahagian belakang untuk mencuba gaun labuh
berwarna putih susu itu. Tidak lama kemudian, kak Zara datang dengan membawa
kain tudung yang berwarna serupa.
“Besar sikit ya dekat bahagian
pinggang? Iman dah kuruslah ni.” Balas kak Zara sambil membelek ukuran gaun di
bahagian pinggangku.
“Tak adalah besar sangat, kak. Okay je ni. Kalau fit sangat pun, seksa
pulak jadinya.” Balasku dalam tawa. Takkanlah aku nak pakai baju macam balut
nangka pulak kan ?
‘’Betul ni tak nak kecikkan sikit
bahagian pinggang ni ?’’
‘’Betul, kak Zara. Dah okay ni.’’
‘’Okay. So, sekarang kita try tudung
pulak. Yang tudung ni akak bagi yang tak ada awninglah sebab hari tu Iman
mintak yang tak ada awning kan?”
Aku angguk sambil
mengambil kain tudung daripada pegangan kak Zara. Aku sangat berpuas hati
dengan jahitan manik dan labuci yang tidak terlalu sarat pada bahagian hadapan
kain tudung. Tak adalah bila pakai nanti, aku nampak macam pokok hiasan
bergerak pula.
“On that day, mak andam yang akan
tolong pakaikan tudung ni. Sekarang ni akak nak tunjukkan tudungnya dekat Iman
dulu. Takut nanti tak berkenan pulak.” Tambah kak Zara.
“Saya okay je, kak. Dah suka sangat
dengan tudung ni. Simple je, just nice.” Kak Zara kelihatan tersenyum puas
hati.
Dari butik kak Zara,
aku mengajak Ian ke One Utama untuk mencari kasut yang sesuai untuk dipakai
pada Sabtu nanti. Sebenarnya ada kasut pengantin yang sudah disediakan mengikut
pakej, tetapi aku yang memilih untuk membeli kasutku sendiri. Lebih selesa
rasanya dan boleh jugak dipakai lagi selepas ini. Bolehlah aku melawa dengan
kasut tumit tinggi berinci-inci datang ke butik nanti.
Usai sahaja memakirkan
kereta, kami mengatur langkah masuk ke dalam pusat beli belah ini. Para
pengunjung tidak terlalu ramai kerana hari ini merupakan hari orang bekerja
walaupun masih dalam musim cuti sekolah. Aku mengajak Ian masuk ke dalam sebuah
kedai kasut.
“Give me one solid reason on why you
need to find your shoes today? Can’t you do it on other day?” Soal Ian dengan
riak wajah yang berkerut.
“You need to be the ruler. Kan malam
esok awak dah nak balik London. So, by hook or by crook, memang kena settlekan
hal kasut saya ni hari ni jugak.” Jawabku sambil mataku meliar mencari
calon-calon kasut yang sesuai untuk dijadikan sebagai kasut pengantin. Oh, yang
warna putih tu nampak macam okay.
“Ruler? What ruler?” Soal Ian lagi.
“Lah, ruler la. Ruler kan function
dia sebagai alat pengukur. Takkanlah untuk dimakan pulak.”
Ian masih memandang
tepat ke arahku dengan riak wajah yang masih kelihatan bingung.
“Ruler as in kasut yang saya pilih
tu buat saya nampak a bit taller bila berdiri sebelah awak nanti. Puas hati?”
Ian terus ketawa. Aku
tak tahulah mamat ni ketawa sebab dia faham, ataupun dia buat-buat faham. Eh,
kalau dia ketawa, mestilah dia faham kan? Menyesal pulak aku terangkan dekat
encik mat salih celup ni. Boleh pulak dia gelakkan aku!
“Tak payahlah nak gelak sangat.
There’s nothing to be laughed at.” Balasku dengan rasa sebal.
“There is.” Balas Ian selamba
membuatkan aku rasa nak ketuk kepala dia dengan kasut tumit tinggi yang sedang
kupegang. Sedang aku berkira-kira untuk mengetuk kepala encik suami ini dengan
kasut tumit tinggi, dua figura manusia yang tiba-tiba berdiri terpacak di
hadapanku membuatkan jantungku seakan-akan berhenti berdegup seketika.
“Hi, Iman! What a great surprise to
meet you here.” Sapa satu
suara garau.
“Assalamualaikum! What an awful surprise to see you again.”
Jawabku, sarkastik sambil tersenyum sinis. Aku sempat menjeling ke arah Dora
yang elok memaut lengan kanan Naim dengan erat. Minah ni memang spesies gam
gajah kot. Tak habis-habis melekat.
“So, ni husband instant you? Kahwin
jugak you ya. Terbaiklah, you dapat cari pengganti I dengan cepat.” Sindir Naim
sambil memandang ke arah Ian yang kini sudah berdiri di sebelahku.
Amboi, mamat ni! Dah pandai guna I-you lah pulak.
Aku sempat
memandang wajah Ian. Wajahnya kelihatan tenang. Ketika ini, aku sangat berharap
encik mat salih celup dekat sebelah ni tidak memahami perbualan kami.
‘’Oh, I lupa pulak nak invite you all. Datanglah to our wedding this
Saturday kalau...” Pasangan kekasih di hadapanku ini kupandang dengan tajam.
‘’You all tak malu.’’ Tambahku sinis
membuatkan riak wajah Naim dan Dora berubah.
“Darling, tengok minah ni. Celupar betul mulut dia.” Adu Dora dengan
manja sambil menarik-narik lengan Naim.
Aku yang melihat hanya
tersenyum sinis. Aku bukanlah golongan yang sangat menyukai ‘cat fight’
walaupun berdasarkan ilmu taekwando yang aku ada, aku lebih daripada mampu
untuk berbuat demikian. Cepat-cepat aku beristighfar di dalam hati untuk
membuang rasa riak dengan ilmuku yang tidak seberapa.
“Dik, dekat sini, kedai mana ada
jual tiang gol?” Soalku kepada seorang pekerja di dalam kedai tersebut.
“Tiang gol apa, kak?” Soalnya.
“Futsal punya tiang gol ada jual
tak?” Soalku kembali.
“Rasanya kalau akak try dekat sports
centre yang dekat corner hujung tu, maybe diorang ada jual.” Jawabnya.
Aku pantas bangun dan
menarik tangan Ian untuk keluar dari kedai kasut.
“Where are we going?” Soal Ian.
“Nak beli tiang gol untuk hamba
Allah depan ni. Lepas beli, kita main futsal tau. Bolanya dah ada kat depan
mata.” Jawabku sambil memandang ke arah Naim. Naim sudah terkebil-kebil
memandangku.
Aku terus menonong
keluar dari kedai kasut tersebut dan Ian yang aku agak sangat bingung bercampur
pelik dengan apa yang berlaku, hanya mengikut langkahku. Aku turun ke tingkat
bawah untuk mencari mesin autopay dan terus membayar tiket parking.
“Jom balik rumah.”
“I thought we have to find your
shoes.”
“Tak nak. Tak ada mood. Jom balik
rumah.”
Ian masih tidak
berganjak dari tempatnya berdiri.
“Then, what shoes are you going to
wear during the wedding?”
“Selipar Jepun. Jom balik.”
“Selipar what?”
Haih, ni lagi
sorang! Dahla mamat yang tadi tu dah mengacau mood aku. Yang encik dekat
sebelah ni pulak, asyik blur memanjang dari tadi.
‘’ Japanese’s slippers.’’
Amek kau ! Direct
translation aku bagi.
“Oh, the one that they wear with
their kimono?”
Aku yang pada mulanya
memang tengah geram dan marah dengan Naim sebentar tadi, tidak dapat menahan
tawaku mendengar ulasan lurus bendul Ian. Haila, suami aku ni!
****************************
“Kak Iman ni, tak pernah dibuat orang tau.” Komen Maya sambil tangannya ligat menggubah
hantaran yang menggunakan tema warna merah dan putih.
“Tak pernah dibuat apa?” Soalku
sambil tangan ligat menyiapkan set hantaran yang menggunakan tema warna hijau
epal dan putih.
“Yalah, bos yang nak kahwin pun busy
uruskan hal butik. Kalau
orang lain, dah tak amik kisah dah. Diri sendiri pun sibuk dengan preparations
sendiri.”
Aku tersenyum
mendengar jawapan Maya.
‘’Sebab orang tak buatlah, akak kena buat. Ala, lagipun wedding Sabtu ni
dah settle pun persiapannya, insya-Allah semua dah okay. So, akak kenalah turun
padang siapkan tempahan orang lain pulak. Orang lain pun nak kahwin jugak. Bila
kita dah janji dengan customer untuk siapkan on certain date, kita kena fulfill
the promise. Barulah bisnes boleh maju.Tak bolehlah janji kosong je. Maya pun ada
bagitahu akak yang kedai kita kekurangan tenaga pekerja buat masa ni kan? Akak
kenalah tolong korang, takkan nak biarkan korang macam tu je.”
Maya kelihatan
tersenyum lebar mendengar ulasanku.
“Tak sangka pulak, musim cuti
sekolah ni, lagi banyak rezeki yang masuk datang kedai kan, kak.”
“Alhamdulillah, rezeki kita murah.
Dalam masa yang sama, kita kena bersyukur pada Dia Yang Maha Pemurah.”
“Alhamdulillah.” Ucap Maya pendek.
Perbualan kami terhenti
apabila dua orang lelaki yang sangat kukenali melangkah masuk ke dalam butik.
Aku sudah tersenyum lebar.
“Hah, dah sampai our boutique’s
savior!” Balasku gembira.
Aku mengatur langkah
ke arah Ian dan Angah yang baru sahaja sampai. Pantas aku menarik kedua-dua
lelaki ini ke meja kerja kami.
“Eh, kenapa ada hubby akak dengan
abang akak pulak ni?” Soal Maya.
“Kita kan kekurangan man power. So
akak bawaklah man power yang available dekat rumah akak.”
“Wah, terbaiklah akak! Ni sangat rare ni.” Sampuk Nini yang menghampiri kami dengan
membawa bunga-bunga plastik.
“Memang rare sangat, Nini. Mana ada
lawyer bergabung tenaga dengan arkitek nak buat kerja-kerja butik pengantin.”
Balasku dan Nini tersenyum.
“Iman ni, suka kan buat kerja-kerja
gila macam ni.” Balas Angah sambil mengeluh. Ian yang berdiri di sebelahnya,
hanya mendiamkan diri.
Semalam, sebaik sahaja
kami sampai di rumah selepas pulang dari One Utama, Ian lebih banyak mendiamkan
diri. Mungkin tidak berani mengusikku yang sangat geram dengan kejadian di One
Utama.
“Mana ada kerja gila, Angah. Ni
namanya kerja nak menambahkan pahala. Ala, Angah kan free hari ni. Ian pun
still available before nak balik London malam ni. So, kenalah berbakti untuk
masyarakat sikit.” Balasku sambil tersengih.
“Banyaklah Iman punya berbakti untuk
masyarakat.” Sindir Angah.
“So dear, what do we have to do?”
Soal Ian dan mengambil tempat di sebelahku.
“Good question, darl. Hari ni kita
ada operasi menyiapkan set-set hantaran.” Jawabku
.
“Banyak ke?” Soal Angah.
“Banyak jugaklah.” Jawabku.
“Err, sorry. What is hantaran?” Soal
encik suami di sebelah. Semua yang ada terus senyap sebelum seperti biasa, aku
menjadi cikgu yang sangat baik hati.
Masing-masing sibuk
dengan kerja sendiri. Suasana di dalam kedai diceriakan dengan suara radio Fly
fm. Agak meriah juga keadaan di dalam kedai dengan adanya Joey and the gang
yang sememangnya sangat periang. Ada sahaja telatah mereka yang mencuit hati.
“Awak, bunga tu kena letak dekat
sebelah tepi. Tengok macam contoh yang dah siap ni.” Tuturku pada Ian yang
sedang menggunakan hot glue gun untuk melekatkan bunga hiasan bakul hantaran
yang diperbuat daripada rotan.
“Oh, you’re right.”
Aku sudah ketawa kecil
melihat tingkah Ian yang terkial-kial menghias bakul hantaran tersebut.
“I can include this experience in my
resume soon.” Balas Ian sambil melekatkan bunga hiasan tadi.
“What experience?” Soalku.
“Doing these kind of stuffs.”
Aku ketawa lagi.
“Bila dah siap resume awak tu, bagi
kat saya tau.”
“For what?”
“Nak employ awak kerja dekat sini.
Nak tak?” Usikku dan Ian hanya ketawa.
“Iman, seriously Angah tak ada
bakatlah nak hias-menghias ni.” Sampuk Angah.
“Tahu.” Jawabku selamba.
“Angah surrender la. Angah lagi rela
baca case law yang berlambak-lambak. Takpun, revise balik constitution.”
“Dah tu, ingat Iman ni berbakat sangat ke? Dah bertahun-tahun tengok nombor keluar masuk,
tiba-tiba tengok pasangan pengantin pulak yang keluar masuk.’’
Angah terus ketawa
seronok.
“Angah lupalah yang ada accountant
in the house. Tapi, you did well in this business, frankly speaking.”
“Random kot.”
“Ala Iman, random things happened
for a reason. Kan Allah tu
Maha Mengetahui.” Balas Angah penuh makna.
Menjelang Asar,
aku, Ian dan Angah meminta diri untuk pulang. Aku perlu menghantar Ian ke
airport pada malam ini. Yang lagi bertuahnya laki aku ni, dia tak kemaskan
barang-barang dia lagi. Bila aku tanya kenapa, selamba sahaja dia menjawab yang
itu menjadi tugas aku. Amboi, amboi dia ni ! Nak balas dendam ke apa dia ni?
p/s : Sorry teramat-amat sangat sebab lambat gila update bab baru cerita ni. Sekarang ni tengah sibuk nak siapkan cerita tentang Palestin. Jadi, memang lambat sangat update minggu ni. Anyway, yang pasti, insya-Allah paling kurang pun akan ada 1 bab baru masuk dalam blog each week. Happy reading :)
Bestt!!! Btw kak, novel nie akan dibukukan ke? Sbb saya sukeee gilerrr dgn novel nie :D Ke akan dihabiskan dkt blog nie je?
ReplyDeleteNiat di hati nak dibukukan. Tapi, manuskrip belum siap lagi. Doa2kanlah ya supaya semuanya berjalan lancar :)
DeleteBest.... #^_^
ReplyDeleteMeluat pula dengan Naim & Dora ni.... :(
best! nak lagi , hehe
ReplyDeletefinally...lama tunggu new entry utk cerita ni. thanks.
ReplyDeletebes giler cite ni.please smbung cpt2 tau.klau dibukukan tros pn lg bagus.janji beli.hihihi
ReplyDeletebest..so nice ada abg camtu.im so jelly..haha..
ReplyDeletebest sgt.. so sweet... i'm melting... :)
ReplyDelete