Bab 12
Bilik tidurku yang
sebelum ini kurasakan sangat luas, tiba-tiba terasa sempit pada malam ini. Sebab apa? Sebab dah ada roommate baru
mulai malam ni. Leceh betullah!
Dah tak boleh nak melompat-lompat dalam bilik sendiri. Tak boleh nak tidur ikut
suka hati. Tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini.
Anak mataku yang
tadinya memerhatikan tingkah Ian yang sedang bersolat Isya’ kini kembali kepada
menatap muka surat yang sama novel karya Dan Brown. Konon-kononnya nak membacalah sangat. Memang
membaca, tetapi benda lain yang aku baca.
‘’ Where am I going to sleep ?’’ Soal Ian tanpa nada. Selesai
urusan perjanjian tadi, angin monsun timur laut dia melanda dengan teruk.
“Bawah ni.” Aku menunjukkan tilam
air yang terletak di bawah.
“Why I need to sleep here and you
get to sleep on the bed?” Soal Ian tidak puas hati.
“My room, my rules.” Jawabku
selamba.
Kulit wajah Ian yang
sememangnya putih kemerahan menjadi bertambah merah.
“Eh, muka awak jadi merahla. Panas
eh? Saya on aircond la.” Usikku.
“No need.”
“Ala, merajukla pulak.” Gumamku
perlahan dan cuba menyembunyikan senyumanku.
“Pardon?”
Eh, dia dengar ke
tadi?
“Amani, I am going back to England
this Tuesday.” Beritahu Ian.
“Hah?” Aku yang tadinya sedang
berbaring sambil membaca, terus terduduk. Novelku sudah jatuh ke bawah katil.
“Kenapa pulak? Kan kenduri untuk
your side this coming Saturday?” Soalku. Nasib baik aku dah buat perjanjian
dengan mamat ni awal-awal. Aku dah boleh agak dia ni mesti nak cabut lari
punya!
“I still have a few things to be
settled, especially the architecture firm. Don’t worry, I’ll be back a day
before our wedding reception.” Jawab Ian sambil memandang tepat ke arah
wajahku.
“Kalau awak tak balik jugak?” Soalku
lagi. Aku was-was sebenarnya dengan dia ni.
Ian tiba-tiba
tersenyum. Buang tabiat ke apa dia ni? Aku pulak yang rasa seram sejuk.
“Then, you want to follow me?”
Pantas aku menggeleng.
Tak hendak aku!
“You have my word. I am coming back.
I won’t run away.”
Aku senyap. Nak buat
macam mana, takkan aku nak menjerit tak bagi mamat ni balik pulak kan? Aku
kembali berbaring sambil menyambung bacaanku dan aku lihat Ian sudah merebahkan
badannya. Suasana di dalam
bilik terus senyap. Mamat ni dah tidur agaknya.
Aku terkejut
apabila bukuku ditarik. Aku ingin bangun
tetapi kepalaku terus berlaga dengan kepala Ian.
‘’Awak ni kenapa ? Sleep
walking ke apa ?” Marahku
sambil menggosok-gosok kepala sendiri yang terasa sakit. Keras betul kepala mamat ni! Kepala logam
agaknya.
“I can’t sleep.” Jawab Ian. Aku
sudah membulatkan mata.
“So, what you want me to do? Sing
you a lullaby?” Sindirku. Laki
aku ni memanglah buat lawak antarabangsa tengah-tengah malam ni.
‘’ Tolong teman tengok tv.’’
‘’Hah? Apa dia?” Aku salah dengar
ke? Betul kan mat salih celup
ni cakap bahasa Melayu ?
‘’Tolong teman tengok tv.’’ Ulang
Ian satu persatu.
Aku terus ketawa
menyebabkan wajah Ian menjadi merah.
‘’ Okay, okay. Jom.’’
Memang kitorang
ni pasangan pengantin baru yang paling kelakar kot. Ada ke tengah-tengah malam, pengantin baru
tengok tv ? Haih, memang buat rancangan Maharaja Lawak betul !
“Awak memang selalu tidur lambat
ya?” Soalku sambil anak mataku terpaku pada filem Pirates of the Carribean yang
diulang tayang kembali.
“Yup.”
“Kenapa? Banyak kerja ke?”
Aku pelik sendiri. Nak
cakap banyak kerja, Ian bukannya start kerja dekat sini lagi.
“Nope. Jet lag I guess. I can’t
adopt the changing of time.”
Ha’ah. Betul jugak!
Kan waktu dekat UK lambat 7 jam dari Malaysia. Aku teringat sewaktu aku belajar
dahulu, ada seorang kawan serumah denganku, selepas sebulan lebih barulah jet
lag dia hilang.
Keadaan kembali sunyi
sepi. Tambahan pula, ahli keluarga yang lain sudah tidur kerana kepenatan
menguruskan persiapan kenduri. Aku sendiri sebenarnya sudah penat dan terasa sangat
mengantuk. Cuma encik suami yang dekat
sebelah ni masih segar bugar.
“Nanti bila awak dah nak masuk
tidur, kejutkan saya tau.” Pesanku.
“Sorry?”
Haih, susah cakap
dengan mat salih celup ni.
“If you’re done watching tv , please wake me up.”
“Oh, alright.”
Aku mula memejamkan
mata dalam keadaan duduk di atas sofa. Tidak lama kemudian, aku sudah tidak
sedar apa-apa.
****************************************
Telingaku menangkap
laungan azan Subuh dari masjid berdekatan. Aku terus duduk dan sepasang mataku
mencari jam dinding bilik tidurku. Eh, tak ada pulak jam ni. Takkan dah lari
pulak?
Kejap! Ni bukan bilik
tidur aku! Aku mengerling ke sebelah dan kelihatan Ian sudah tertidur dalam
keadaan duduk. Televisyen di ruang tamu masih terpasang. Aku jadi bingung
seketika.
Ya Allah, rupanya
aku tidur atas riba mamat ni ke? Eh,
tapi malam tadi aku tidur duduk. Aku sangat pasti ! Sebelum satu rumah
bangun dan terkejut tengok kami berdua, baik aku masuk bilik. Aku terus bangun
dan cepat-cepat ingin masuk ke dalam bilik tetapi kemudiannya berpatah semula
ke ruang tamu. Macam manalah aku boleh lupa nak kejutkan encik suami
sendiri ?
Aku yang masih
‘bercuti’ kerana tidak boleh solat, mula membaca Mathurat sementara Ian
menunaikan solat Subuh. Usai solat Subuh, Ian merebahkan tubuh di atas tilam
air dan menyambung tidurnya kembali. Aku yang menjadi pemerhati, hanya
menggelengkan kepala.
“Tidur lepas Subuh tak elok. Nanti rezeki lari.” Tuturku
sambil menarik selimutnya.
‘’Hah ?’’
Haih, susahnya nak
berkomunikasi. Sudahnya, aku meninggalkan Ian yang mahu menyambung tidurnya dan
turun ke tingkat bawah. Kelihatan mama sedang menyapu laman rumah yang agak
berselerak.
“Eh, Iman! Dah bangun ke?” Sapa mama
sambil tersenyum.
Aku hanya mengangguk
sambil tersenyum.
“Ian mana?” Soal mama.
“Kat atas, sambung tidur balik.”
Jawabku.
“Yalah, mestilah dia penat tu. Dahla
baru sampai dari England, terus sibuk dengan kenduri.”
“Pagi ni kita nak buat breakfast
apa, mama?”
“Kita buat nasi gorenglah kot. Nasi
putih semalam banyak betul lebihnya. Biar berat sikit breakfast pagi ni sebab
family mak ngah dengan mak long nak balik dah. Boleh buat alas perut.”
“Iman pergi dapur dulu la kalau
macam tu.”
‘’Elok jugaklah tu. Rasanya mak ngah
dengan mak long dah ada kat dapur tu. Boleh jugak Iman tolong-tolong apa yang
patut.’’
Aku mengatur
langkah ke dapur dan kelihatan mak ngah dan mak long sedang menyediakan
bahan-bahan untuk memasak.
‘’Iman, awalnya turun pengantin
baru kita ni !’’ Usik mak
long.
Aku hanya tersenyum.
“Mama kata pagi ni kita nak masak
nasi goreng.” Balasku dan mencapai pisau di tepi singki untuk memotong lobak
merah.
“Ha’ah. Ala Iman, Iman duduk rehat je lah. Takkan mak ngah dengan mak long nak buli
pengantin baru pulak.’’ Tambah mak ngah dan mengambil pisau yang kupegang.
“Ala mak ngah, bukannya susah pun.”
“Dah, dah, jangan degil. Bukan
selalu boleh dapat layanan tuan puteri ni tau. Boleh dapat bila Iman baru
kahwin je.” Aku sudah tergelak kecil.
Akhirnya, aku hanya
duduk di atas kerusi sambil berbual-bual dengan ibu-ibu saudaraku ini. Selesai
memasak, aku membantu untuk menghidangkan sarapan pagi di atas meja makan.
“Iman, Iman tolong amik extra plates
dalam kabinet boleh?” Pinta mama.
“Kabinet yang mana satu?” Soalku.
“Yang sebelah fridge tu. Tapi tinggi
sikitlah. Mama nak mintak tolong Angah, tapi dia tak bangun lagi.”
“Tak pe lah, mama. Biar Iman
ambilkan.”
‘Hisy, susah betul jadi orang yang tak
cukup tinggi ni.’
Aku cuba pula menjengketkan kedua-dua belah
kaki untuk mengambil pinggan-pinggan tersebut.
Tiba-tiba ada sepasang
tangan lain yang muncul dari belakangku dan terus mengambil pinggan-pinggan
tersebut dengan mudah. Agaknya Angah dah bangun kot! Aku memusingkan badan dan Ian sedang merenungku
dangan tajam. Eh, bila masa mamat ni bangun?
‘’Why don’t you ask someone, who is tall enough to get those plates for
you?” Tutur Ian dengan dingin.
“Pagi-pagi macam ni tak elok
bergaduh. Nanti rezeki tak masuk. Kalau nak gaduh jugak, tunggu tengah hari
nanti ya’’ Balasku selamba dan mengambil pinggan-pinggan tersebut daripada
pegangan Ian.
Aku ke ruang makan dan
ketika itu sudah ramai ahli keluarga lain yang sudah berkumpul. Suasana agak
riuh seketika. Ian datang dari dapur dan mengambil tempat di sebelahku.
‘’Nak coffee or tea ?’’ Soalku
pada Ian. Dia menggelengkan kepalanya. Tangan kanannya sudah memegang teko yang
mengandungi air basuh tangan dan tangan kiri sudah memegang gelas kosong.
Takkanlah mamat ni nak…
“ Awak nak buat apa ni?” Soalku
sambil berbisik.
‘’I want to drink plain water.’’ Jawab Ian.
“Itu air basuh tanganlah.” Jawabku
cuba menahan gelak.
Kulit wajah Ian terus
berubah menjadi merah padam. Aku terus mengalihkan wajahku ke arah lain. Terasa
mahu ketawa sekuat hati tetapi dalam masa yang sama, terasa kasihan pula
melihat riak wajah Ian yang terkebil-kebil itu.
“Iman, Iman.” Panggil Angah yang
duduk di sebelah kiriku sambil menyiku pinggangku.
“Apa main siku-siku ni?” Balasku geram.
‘’ Ian mengaduh sakit pinggang, sakit leher. Korang buat apa malam tadi?” Soal Angah sambil
tersengih.
‘’Mana ada buat apa-apa.’’ Jawabku. Isy, abang aku yang sorang ni! Pagi-pagi macam ni dah tanya soalan
luar silibus. Otak dia ni mesti kena rendam dengan clorox supaya putih suci.
‘’Yalah tu.’’ Angah sudah tersengih nakal.
“Otak tu kan, memang kena rendam dengan Clorox
mama tau. Kalau tak putih lagi, memang kena hantar pergi dobi. Gatal !’’ Sudu yang pegang, kugunakan
untuk mengetuk kepala Angah.
“Mama, tengok Iman ni. Ada ke dia letuk kepala
Angah dengan sudu.” Adu Angah.
‘’Angah ni yang cari pasal dulu.
Lepas tu nak salahkan Iman pulak.’’ Aduku pula.
‘’Korang ni tak sudah-sudahnya nak
bergaduh.’’ Balas mama sambil menggelengkan kepala.
‘’Ian, watch out tau. Iman ni memang suka letuk kepala orang dengan
barang.’’ Ucap Angah. Ian hanya tersenyum.
“Iman, what is the meaning of
letuk?” Soal Ian kepadaku sambil berbisik.
Aku sudah menepuk
dahi. Haih, laki aku ni la!
*****************************
Pagi Isnin itu
aku dan Ian menerima panggilan daripada umi Ian. Umi meminta agar kami berdua ke rumahnya.
“Iman, Ian, nanti kirim salam dekat
umi korang ya.” Pesan mama.
“Insya-Allah, mama. Betul ni mama
tak nak ikut sekali?” Soalku.
Mama hanya menggeleng
sambil tersenyum.
“How do we get to umi’s house?” Soal
Ian yang kelihatan agak bingung sambil memerhatikan aku yang sedang menyarung
flats.
“By car. Isn’t is obvious?” Soalan
Ian kubalas dengan soalan juga. Mat salih celup ni, pagi-pagi indah ni dah tanya soalan lawak.
Aku mengeluarkan
kunci kereta dan mengatur langkah ke arah kereta Mini Cooper merah yang
terparkir di garaj.
‘’Get into the car.’’ Ujarku sambil mebuka pintu pemandu.
Tiba-tiba Ian
menghulurkan tapak tangan kanannya ke arahku.
“Apa?” Soalku pelik.
“Car key.” Jawab Ian.
“Kenapa pulak?” Soalku lagi.
“Let me drive. I don’t really trust
you in driving, especially on how to park a car.”
Aku mendengus.
Mesti dia menyindir aku lah tu. Mentang-mentanglah sebelum ni dia yang tolong
parkingkan kereta Angah yang lagi besar dari cik Mini aku ni. Dengan separuh
rela, aku menghulurkan kunci kereta kepada Ian dan mengambil tempat di sebelah
pemandu.
‘’But, you need to help me with the directions. I’m not so familiar with
the road, at least for now.” Beritahu Ian.
Pulak dah! Macam-macam
hal!
Kedatangan aku dan Ian
disambut dengan riang oleh umi dan walid yang sedang berkebun di luar. Sweet
sungguh aku tengok ibu bapa mertua aku ni.
“Mama kirim salam, umi.” Beritahuku
sambil bersalam dengan umi.
“Kenapa tak ikut sekali?” Soal umi.
“Mama nak temankan kak Nisa. Kak Nisa tu tengah
menunggu masa nak deliver je. Along pulak hari ni kena turun Seremban.’’
Jawabku.
‘’ Semalam wedding planner tu call umi. Dia suruh ambil baju korang hari ni. Nak fitting lagi sekali. Kalau dah okay, terus
boleh ambil.” Balas umi.
“Oh, ha’ah. Mestilah kena settlekan
hari ni sebab esok Ian nak balik London.”
“Tulah, Ian ada bagitahu umi. Umi
pun hairanlah dengan dia, takkan hal kat sana tak settle-settle lagi. Asyik nak
kena ulang-alik banyak kali.”
“Adalah tu hal yang tak settle lagi.
Lagipun kan Ian memang dah lama sangat duduk dekat sana. Bila nak pindah balik
sini, mesti macam-macam hal yang Ian kena uruskan.”
Aku memandang wajah
lembut umi sambil tersenyum. Sebenarnya aku nak menyedapkan hati sendiri. Takut
jugak kalau Ian betul-betul tak balik sini.
“Iman tak ikut sekali ke? Boleh
jalan-jalan dekat sana.”
Aku membuang pandang
ke arah Ian yang sedang berbual dengan walid.
“Tak, umi. Sebab Iman pun kena pergi
butik esok. Weekend ni pun ramai orang nak kahwin, jadi kitorang pun sibuk
sangat. Iman kena jugak turun padang sebab kesianlah pulak dekat dorang yang
dekat butik tu.”
Umi kelihatan
mengangguk-angguk sambil membelek pokok bunga orkidnya. Aku berbual-bual
sebentar dengan umi sehinggalah Ian mengajak aku untuk ke Damansara. Kami perlu
berjumpa dengan wedding planner dan mengambil baju kahwin.
“Disebabkan saya penat mulut kena
jadi GPS hidup awak, kita kena mintak bantuan Wonderpets.” Tuturku sewaktu aku
dan Ian sudah berada di dalam kereta.
“Wonderpets?” Soal Ian.
Aku menangguk dan
mengeluarkan iPhone 4s yang merupakan barangan hantaran daripada Ian. Aplikasi
GPS aku hidupkan dan kuletakkan di atas dashboard.
“Yalah, Wonderpets kan sentiassa
menyelamatkan binatang. So, GPS yang selalu menyelamatkan orang yang sesat ni,
sama jugaklah macam Wonderpets.” Jawabku bersahaja.
Tiba-tiba Ian ketawa,
sehingga merah wajahnya.
“What so funny?” Soalku.
“You.”
Aku mengerutkan dahi.
“Huh?”
“Cartoon overdose.”
Ian masih lagi ketawa.
Aku sudah menggigit bibir. Amboi, seronok betul menggelakkan aku.
“Cepatlah jalan. Nanti jalan jam. Gelak banyak-banyak nanti ilmu keluar.’’
“I’m not a student anymore. So, no
need to worry.”
Isy, dia ni. Dah
pandai menjawabla pulak!
akhirnya :D
ReplyDeleterajin rajin lah update :D
AWESOMEEE :D
ReplyDeleteNAK LAGI PLEASE.
ReplyDeleteWhy lambat sangat update?????
ReplyDeleteSalam semua.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca :D
And sorry sesangat sebab lambat update on latest bab ni. Since last week saya tersangat sibuk.
best..dah lama tunggu cite ni ...
ReplyDeletealhamdulilah dapat juga tgk ari ni..
raji2 la up date cite ni... saya tertunggu cite ni bila nak keluar..
tq writer for a best novel you provide for us..
best....br jumpa this blog
ReplyDeletenice..hhehe..sori salam
best2
ReplyDeletedouble thumbs up :-)
ReplyDelete