“Yayang, next Saturday free tak?” soal Mama sambil tangannya ligat melipat
hujung kulit karipap yang akan dijadikan menu sarapan pagi kami sekeluarga pada
pagi Ahad itu.
“Saturday evening ke?” soalku kembali.
“Tengah hari macam tu kot.”Jawab
Mama.
“Free rasanya. Kenapa, Mama?” soalku
ingin tahu.
“Yayang tolong bawak si kembar pergi KLCC boleh? Abang Faiz nak jumpa dengan si kembar.” Jawapan
Mama membuatkan aku terpaku seketika.
“Macamlah dia tak boleh jemput
budak-budak tu dekat rumah.”Balasku perlahan.
“Abang Faiz ada hal dekat area
Ampang. Jauh pulak dia nak datang rumah kita ni so terus jumpa dekat KLCC.
Lagipun abang Faiz segan dan Mama pun dah janji nak bawak budak-budak tu. Tapi
sebenarnya Sabtu tengah hari tu Mama ada kenduri cucu kawan Mama. Mama
betul-betul terlupa yang Mama dah berjanji dengan Auntie Salwa. Yayang tolong
Mama ya.”
Aku senyap.
“Yayang, perkara yang dah sudah tu,
sudahla. Buat apa nak dikenang lagi. Arwah kak Long pun dah lebih 3 tahun
tinggalkan kita. Kesian Afrina dengan Affan.” Lembut suara Mama memujuk.
Aku mengeluh perlahan.
“Mummy.”
Aku terasa hujung
jariku ditarik dengan lembut. Afrina yang sudah petah bercakap itu sedang
memerhatikanku. Patung beruang hadiah arwah kak Long sebelum Afrina lahir lagi
kelihatan diheret bersama.
“Ya, sayang. Dah bangun dah dia.
Adik mana?” soalku sambil tersenyum.
Anak kecil itu kuangkat dan kuletakkan di
atas riba.
“Sleeping.” Jawab Afrina sambil
menguap.
“Yayang, kira jadi ya Sabtu depan. Yayang
tolong Mama ya.’’ Pesan Mama.
“Yalah, Mama. Pukul berapa mama janji
dengan abang Faiz?” soalku lemah.
“Dalam pukul 11 pagi macam tu.”Jawab mama.
Aku sudah mula
mencongak di dalam kepala. Nanti, sebaik sahaja aku nampak kelibat abang Faiz,
aku akan terus temukan si kembar dengan Papa diorang. Lepas tu, aku terus blah.
Hah, pandai cik Dini kita mengatur plan !
‘’Mummy, papa kata minggu depan dia balik. Papa nak bawak kakak dengan
adik jalan-jalan tengok ikan.” Kedengaran suara riang si kecil.
Aku dan mama saling berpandangan dan mama
memandangku penuh makna. Aku hanya mampu mengeluh.
******************************
Sambil memandu,
anak mataku sempat mengintai telatah Afrina dan Affan yang kelihatan sangat
gembira dan ceria sejak pagi tadi. Berulang kali mulut kecil itu bercerita
tentang Papa mereka.
‘’Okay, kita dah sampai !’’
Beritahuku sambil membuka pintu kereta.
Tangan kananku
memimpin Afrina, sementara tangan kiri memimpin Affan. Aku sudah menghantar
pesanan ringkas kepada abang Faiz untuk memberitahu bahawa kami akan
menunggunya di luar Aquaria KLCC.
‘’Mummy, papa tak sampai lagi ke ?’’ soal Affan. Anak matanya yang
bulat itu meliar memandang orang di sekelilingnya.
“Belum lagi. Papa on the way datang
sini. Kita tunggu kejap, ya.” Jawabku lembut dan Affan mengangguk.
“Dini, sorry abang Faiz lambat. Jalan jam pulak tadi.”
Aku hanya mampu
tersenyum paksa.
“Hello anak-anak papa!”Tambah abang Faiz dengan ceria. Afrina dan Affan
dipeluk erat.
Agak lama jugak abang
Faiz tidak membawa Afrina dan Affan keluar berjalan-jalan. Sibuk sangat
agaknya. Sebab ini jugak aku tak nak kahwin dengan pilot!
“Dah lama kita tak keluar
jalan-jalan kan, papa? Tak sabarnya nak tengok ikan.”Tutur Afrina dengan petah.
Abang faiz mengusap rambut ikal Afrina sambil tersenyum.
“Err, Dini mintak diri dulu lah. Kakak,
adik, mummy balik dulu ya.’’ Ucapku.
“Eh, takkan nak terus balik? Jomlah
ikut sekali, Dini.” Balas abang Faiz.
“Ha’ah, mummy. Mummy tak ada, tak
bestlah nanti. Jomlah, jomlah.” Ajak Affan sambil menarik-narik tanganku.
Aku sudah serba-salah.
Sebenarnya aku sangat tidak selesa dengan abang Faiz tetapi aku tidak sampai
hati pula melihat wajah mengharap Afrina dan Affan.
“Mummy ada hal lah, Affan. Affan pergi dengan papa ya.” Jawabku
lembut.
‘’Dini kena pergi office ke ? Bukan
mama kata hari ni Dini cuti?”Soal abang Faiz.
‘’Dini nak pergi jumpa kawan.’’ Bohongku.
“Kawan? Janji dengan dia nak jumpa
kat mana?” Soal abang Faiz
lagi. Aku mulai rimas. Sejak bila dia ni pandai jadi polis pencen?
‘’Janji nak jumpa dekat…’’
Sepasang anak
mataku menangkap satu susuk tubuh yang berjalan ke arah kami. Bibirku pantas
mengorak senyuman.
‘’ Nak jumpa dekat sini. Hah, tu pun
dia.’’
Abang Faiz berpusing
mencari ‘kawan’ yang kumaksudkan sebentar tadi. Aku mengatur langkah
mendapatkan ‘kawanku’ itu.
“Hai, awak!” Ucapku sambil
tersengih. Alamak, nama dia apa ya?
Encik pilot di
hadapanku ini kelihatan terpinga-pinga. Riak wajahnya juga kelihatan terkejut.
“Kitorang gerak dulu ya. Kakak,
adik, behave okay. Jangan
nakal-nakal.” Balasku dan pantas mengangkat kaki dari situ. Aku sempat menghantar isyarat mata ke arah
encik pilot yang masih terkejut orang utan supaya mengikutku.
“Puan Dini, apa yang dah berlaku sebenarnya? Siapa lelaki tadi ? Kenapa awak tinggalkan
anak-anak awak dengan dia ? Mana suami awak?” Soal encik pilot dalam satu
nafas.
Haih, ni lagi
sorang polis pencen.
“Awak dengar betul-betul apa yang saya nak cakap ni ya. Jangan potong
cakap saya.” Tuturku dan wajah putih bersih encik pilot itu kupandang sekilas.
“First and foremost, saya bukan puan
sebab saya belum kahwin lagi. Kedua, lelaki tadi tu abang ipar saya, merangkap
ayah kepada budak-budak tadi tu. Ketiga, sebab saya belum berkahwin, jadi saya
tak ada suami. Does this answer your question, sir?” Terangku.
“Lelaki yang hari tu? Yang selalu
saya jumpa awak dengan dia dekat airport tu?”
“Saudara sesusuan saya.”
“Tapi dia panggil awak Yayang.”
Aku spontan terus
menepuk dahi.
‘’Yayang tu nama panggilan saya
since kecik lagilah. Memang family members panggil saya macam tu and nama tu
melekat sampai sekarang.’’
Encik pilot yang
kelihatan kemas dengan t-shirt putih dan jeans biru tua ini sudah melongo. Dia ni faham ke tidak apa yang aku cerita
tadi?
‘’Awak, awak dengar tak apa yang saya cakap tadi ?’’ Soalku sambil
memetik jariku di hadapan wajahnya.
“Dengar. So this means that you are
single?”
Aku angguk dan mataku
menangkap encik pilot ini sudah tersenyum meleret. Atau mata aku ni syok
sendiri?
‘’Kita memang selalu jumpa
kan ? Tak jumpa dekat airport, jumpa dekat sini pulak. Ni lah namanya
jodoh.” Ucap encik pilot sambil tersenyum. Anak matanya yang kecil itu
kelihatan semakin mengecil.
“Tak semestinya. Ala, KL ni bukannya
besar mana. Pusing-pusing, jumpa orang yang sama jugak.”
Jawabku bersahaja.
Encik pilot ini ketawa
pula.
“Awak ni memang suka gelakkan orang kan?” Sindirku.
‘’Bukan gelakkan awak tapi gelak
sebab awak ni lawak. And comel
macam anak patung.”
“By the way, encik…”
“Ayman Zayyan.”
“Encik Ayman, thanks for lending a
hand just now. Saya balik dulu. Harap-harap ini pertemuan terakhir kita.”
Aku sudah mahu
mengangkat kaki. Tolonglah,
kalau jumpa mamat ni lagi, mahunya aku naik gila!
‘’Nope, I am hoping that we’ll meet again after this. Lagipun awak yang
cakap KL ni kecik. So, lagi senang kita nak bump into each other.” Balas Ayman
sambil tersenyum. Nak menyindir aku lah tu!
*************************************
Malam semalam, Daniel
merungut yang dia terpaksa naik teksi untuk pulang ke rumah disebabkan aku
tidak mahu menjemputnya dari KLIA. Minta maaflah, abang, KLIA tu memang dah
kena blacklist dengan Dini. Tak nak jumpa encik pilot pot pet pot pet tu lagi.
“Dini.”
Aku menoleh ke arah
suara yang memanggil namaku itu. Kak Mira sudah berdiri di sebelahku.
‘’Tadi ada customer call time Dini jumpa bos.’’
“Customer yang mana satu, kak?”
“Yang nak guna khidmat interior
designing kita untuk restoran dia yang dekat area Desa Sri Hartamas tu.”
“Oh, Miss Lee tu ya?”
“Ha’ah. Dia kata hari ni dia free,
so bolehla jumpa dia untuk further discussion. Dia ada tinggalkan handphone
number. Nanti Dini buat follow up dengan dia personally la.”
“Alright. Thanks, kak Mira.”
Nota kecil yang
tertulis nombor Miss Lee itu kuambil dan terus kudail nombornya. Aku ingatkan
Miss Lee itu orang Cina, tetapi rupa-rupanya dia dari Korea Selatan.
Usai makan tengah hari
dan solat Zohor, aku memandu ke Desa Sri Hartamas berpandukan alamat yang
diberikan oleh Miss Lee. Aku memakirkan kereta di hadapan sebuah lot kedai sederhana
besar yang masih kosong. Ketika aku masuk, seorang wanita bertudung sedang
tersenyum menyambutku kedatanganku.
“You must be Miss Dini, right?”
Tegur wanita bertudung ini. Kami bersalaman.
“Yes.” Jawabku.
“I’m Miss Lee,Lee Se- Na. You may
call me Se Na.” Tambahnya sambil tersenyum.
Aku membalas
senyumannya. Miss Lee ini seorang Muslim rupanya. Patutlah dia bercadang mahu
membuka restoran yang menyajikan masakan Korea halal di sini. Aku berasa sangat
kagum.
“Come, have a seat and we can start
our chit chat.” Balas Se Na mesra.
Aku mengekorinya ke
dalam pejabat yang terletak di bahagian belakang. Lot kedai yang besar itu
masih kosong. Aku mengeluarkan kamera dari dalam beg dan memfokuskan lensa pada
sudut-sudut tertentu supaya dapat menjadi rujukanku nanti.
Aku melabuhkan duduk
dan mengeluarkan Samsung tablet. Selari dengan pergerakan IT, interior designer
macam aku pun dah tak perlu terlalu bergantung pada kertas dan pensel lagi.
“So, may I know if you have any
concept in mind?” Soalku.
“I was thinking to keep the traditional
concept as this restaurant will be serving Korean food. So, I would like a
simple traditional Korean touch.” Jawab Se Na.
Aku terdiam. Rasanya
ini kali pertama aku bertemu dengan pelanggan yang mahukan konsep tradisional,
tetapi bukan tradisional Melayu. Yalah, dah cik cantik manis depan aku ni pun dari negara yang sangat
popular dengan drama dan juga lagu-lagunya.
‘’Is that possible ?’’ Soal Se Na apabila melihat aku terdiam
sebentar.
“Yes, of course it is possible.
Insya-Allah we will give the best that we can provide. How about the colour
selection, especially for the wall? Do you still want to keep it traditional?”
“Will it looks nice if we combine
with pastel colours?”
“Yup, I think there should be no
problem with it. Pastel colours are easy to be match with any concept.”
Se Na kelihatan
tersenyum puas hati. Aku mencatatkan butir-butir penting supaya aku boleh
memulakan kerjaku nanti. Memang balik nanti aku kena buat research yang banyak
sedikit daripada biasa.
“Miss Se Na, I will contact you again when I’ve done with the paper
work. Most probably next week. If there is no problem, I think we can start
working by early next month.”
“Yes, sure. Thank you very much.”
“You’re welcome.”
Kami bersalaman
sebelum aku meminta diri untuk pulang. Petang itu, sebelum pulang ke rumah, aku
ke MPH di One Utama untuk mencari majalah dan buku-buku bersesuaian untuk
dijadikan sebagai rujukan.
Malam itu pula,
setelah makan malam, aku telah mula memerah otak dengan menelaah bahan bacaan
yang baru dibeli petang tadi. Apabila ada idea yang terbit di minda, aku
memindahkannya ke sketch book pula.
“Yayang, buat apa tu? Busy nampak,” Tegur Daniel
dan mengambil tempat di sebelahku.
‘’Tengah main masak-masak ni. Abang nak makan apa ?’’ Gurauku sambil
tangan kanan masih melukis pada sketch book.
“Abang tanya betul-betul, yayang
main-main pulak eh.” Balas Daniel dan hidungku ditarik. Aku hanya ketawa.
“Ala, merajuk pulak. Ni ha, Dini
kena buat sketches untuk interior design yang customer mintak.”
“Ohh… Interior design untuk apa?”
“Dia nak bukak halal Korean
restaurant. So, dia mintak company Dini yang in charge for interior design.”
“Concept apa?”
“Korean traditional. Ni yang kena
buat research banyak sikit.”
“Eh, adik abang ni kan terror
bab-bab Korean ni. Mesti info
dekat hujung jari je.”
‘’Eh, mana ada ! Memandai je
abang buat cerita.’’
‘’ Buat cerita apa pulak ?
Betul apa yang yayang ni hantu drama Korea.’’
‘’Yalah, yalah. Susah cakap dengan lawyer ni. Dia aje yang nak menang.”
Daniel sudah
tergelak-gelak. Kepalaku
digosok-gosoknya.
“Yayang, apa cerita pilot hot tu?”
Ala, abang aku
ni! Spoil betullah !
‘’Pilot hot mana pulak ?’’
“Ala, yang kita selalu jumpa dia dekat KLIA tu
lah.”
‘’Oh, dia tu. Kenapa ?’’
‘’ Yayang tak ada jumpa dia lagi
ke ?’’
Aku menggeleng.
“Tapi kan, hari tu time abang baru
sampai dekat KLIA dari London, dia macam mencari-cari Dini kot. Ala, that day
yang Dini tak nak fetch abang tu lah.’’
“Jangan nak buat cerita lawak malam-malam ni ya.”
‘’Mana ada cerita lawak. Cerita betul ni !’’
“Eee… abang ni! Dah terbang semua
idea Dini yang macam air tadi. Dini alergikla dengar nama encik pilot tu.” Aku
sudah mengemas barang-barangku.
“Tapi, abang tak sebut pun nama dia.
Nak sebut macam mana, nama dia pun abang tak tahu.” Daniel sudah ketawa seronok
sementara aku sudah berlalu mahu masuk ke dalam bilik.
OHMYSONGJOONGKI <3<3<3. Ok! Takde kaitan =_=". Btw, mcm biase BESTTTT :D. THUMBS UP :)
ReplyDeletenak lagi please....
ReplyDeletesaya dah agak masa baca bab 1 crite ni...confirmed. couple ni yang kat crite 1 lagi tu kan. x sabar nak tahu kisah selanjutnya... anyway, thanks for the story. hwaiting!!
ReplyDelete