Pengumuman yang baru
sahaja bergema menyebabkan aku mengerling ke arah jam tangan. Lambatnya abang
ni!
Entah-entah flight dia delay pulak malam ni. Anak mataku meliar memandang
ke sekeliling kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang masih
lagi sibuk. Headphone kecil yang kubawa tadi kulekapkan ke telinga dan aku mula
membaca buku bertajuk Di Hamparan Shamerock Ku Seru NamaMu tulisan Ustaz
Hasrizal.
“Awak, saya pinjam newspaper ni ya?” tiba-tiba satu suara, lembut
menyapa.
‘Eh, sejak bila mamat ni ada dekat sebelah aku pulak?’
Aku tidak sempat menjawab dan lelaki
ini sudah mengambil surat khabar News Straits Times yang kubawa bersama. Telatahnya yang agak kelam-kabut itu kuperhatikan
melalui hujung mata. Kenapa dengan dia ni ? Aku terkejut melihat uniform
yang tersarung di badan lelaki ini. Pilot ke mamat ni?
Aku lihat surat khabar
News Straits Times itu dibuka luas dan dia menyembunyikan wajahnya di sebalik
surat khabar tersebut. Pelik! Macam lelaki ini sedang dikejar oleh seseorang.
Akalku yang kreatif ini mula membayangkan benda-benda yang tidak elok.
“Bila perempuan rambut panjang tu
lalu depan kita, awak jangan pandang dia, jangan pandang saya. Pretend macam
saya ni tak wujud. Tolong ya.”pinta lelaki disebelahku.
Aku memanjangkan leher
mencari perempuan yang dimaksudkan oleh lelaki ini. Entah-entah mamat ni lari daripada bini dia. Isy,
aku tak nak masuk campur drama-drama rumah tangga ni. Sweater hitam yang kubawa
bersama tadi kuserahkan pada lelaki ini.
‘’Uniform awak tu obvious sangat. Rasanya orang senang nak notice.’’ beritahuku
dan sweater bertukar tangan.
Isy, Dini Nazihah!
Tadi kata tak nak masuk campur drama-drama rumah tangga, tapi menyibuk jugak
nak tolong.
“Thank you.”
Perempuan berambut
panjang tadi betul-betul lalu dihadapan kami. Aku menumpukan perhatian pada
bukuku dan lelaki di sebelah ini pula khusyuk menatap surat khabar sambil surat
khabar itu diangkat tinggi sehingga menutup wajahnya.
“Alhamdulillah, selamat daripada
satu bala.” ucap lelaki berkulit putih bersih ini berserta keluhan.
“Thanks a lot ya, awak. Kalau awak
tak tolong tadi, rasanya saya dah selamat kena buat steak.” balas lelaki ini
sambil tersenyum mesra. Sweater dan surat khabar dipulangkan semula kepadaku.
“Awak ni lari daripada wife awak
eh?” soalku ingin tahu.
Lelaki ini tidak
menjawab soalanku tetapi terus ketawa sehingga anak matanya yang kecil itu
menjadi bertambah kecil. Erk, aku ada buat lawak ke?
“Bukan isteri, tapi calon isteri
yang entah nombor berapa.”jawab lelaki ini berserta sengihan.
Aku sudah mengerutkan
dahi.
“Calon isteri yang entah nombor
berapa?”soalku kembali.
“Ops, sorry! Saya ni jadi busy body
pulak.”balasku pantas apabila anak mata lelaki ini sudah melekat pada wajahku.
“Sebenarnya…”
“Yayang!” Laung satu suara dari
jauh. Terus kami berdua berpaling ke arah suara tersebut.
‘’Abang !’’ Aku menghulurkan
tangan kanan untuk bersalam dan terus satu ciuman berlabuh di atas dahiku.
Encik pilot yang sedari tadi menjadi pemerhati setia sudah berkerut-kerut
memandangku.
‘’ Sorry, saya ni macam menganggu korang suami isteri pulak. So, I’m
gonna make my move now.” Encik pilot yang tidak kuketahui namanya ini sudah
beredar meninggalkan aku dan Daniel.
“Suami isteri?” soal Daniel dengan
riak wajah yang sangat kelakar.
“Eee, mulut abang tu gatal betul tau
tak! Dahla bukan main kuat jerit ‘Yayang’ tadi. Tak reti-reti nak panggil nama
ke? Lepas tu nak jugak buat scene cium-cium dahi kat depan mamat tadi.
Memanglah dia ingat kita ni suami isteri.”Bebelku dan Daniel hanya tersengih.
“Alah, biar je lah. Bukannya mamat tadi tu
boyfriend Yayang kan?’’
‘’Memanglah bukan. Tapi memang
menjatuhkan saham Dini je lah.’’ Aku
sudah memasamkan muka.
‘’Yalah, yalah. Next time dah tak
buat. Insya- Allah.”
“Yalah sangat tu.” Daniel hanya mampu tersengih
lagi.
Daniel Hilman, abang
saudara merangkap saudara sesusuanku yang kukenali sejak kecil lagi. Dia hanya
tua setahun dariku. Jarak umur yang rapat dan disebabkan otak kami memang penuh
dengan sel-sel gila yang sama, aku sememangnya sangat rapat dengan Daniel.
“Lambatnya sampai.”Komenku.
“Flight delay. Tadi weather tak
berapa baik. Lama ke Yayang tunggu?” soal Daniel yang kini sudah mula menguap.
“Boleh tahan jugaklah. Sempat tengok
drama lagi.” Ingatanku terus terbang pada encik pilot tadi. Entah apalah yang
mamat tadi fikirkan. Ah, lantaklah! Macamlah lepas ni aku akan berjumpa lagi
dengan dia.
“Drama? Siapa pelakonnya? Mamat tadi tu ke?” soal
Daniel.
‘’Ha’ah. Main actor. Orang sekarang
ni pelik-pelik.’’Jawabku membuatkan dahi Daniel berkerut.
‘’Dini cakap pasal mamat tadi tu.
Dia tu pelik sikit.’’ Terangku.
‘’Cik Dini, awak dah berkenan dengan encik pilot tadi tu ke ? Haih,
sebelum ni bukan main lagi tak nak kahwin dengan pilot. Siap berikrar, tak
kisahla pilot tu handsome macam Chace Crawford, sebelah mata pun Dini takkan
pandang.” Usik Daniel dengan senyuman mengejek.
“Tak payahla nak main sindir-sindir pulak kat
sini. Dini ingatlah pasal tu.”Balasku tanpa perasaan. Tangan kananku menyeluk
poket seluar jeans dan menghulurkan kunci kereta kepada Daniel.
‘’Abang penat ni. Yayang drive ya.
Sorry.’’
‘’Haih, tak puas-puas lagi tidur
dalam kapal terbang tadi ke ?’’ soalku.
‘’Tak boleh nak tidur. Minah sebelah
abang tadi tu cantik sangat.’’Daniel sudah tersengih. Pantas lengannya kucubit
kuat.
‘’Gatal ! Jomlah gerak, nanti bising pulak Mama yang dekat rumah
tu.’’
***************
Aku menguap lagi sambil anak mataku
melirik jam di pergelangan tangan. Sepatutnya Daniel sudah sampai di airport
untuk menungguku. Terngiang-ngiang lagi bebelan Mama minggu lepas sebelum aku
berangkat ke Vietnam selama 4 hari.
“Haih, abang Yayang baru je
balik, ni adiknya pulak nak pegi . Sunyilah Mama macam ni.’’Bebel
Mama.
‘’Ala,
Mama. Bukannya lama, 4 hari je. Papa pun ada dekat rumah. Lagipun Afrina dengan
Affan kan ada. Abang pun mesti datang rumah jenguk Mama.” Pujukku lembut sambil
tanganku ligat memasukkan baju dan barang-barang keperluan lain ke dalam
bagasi.
“Papa
tu? Ingatkan dah pencen ni senang melekat kat rumah. Rupa-rupanya
melekat dengan kawan-kawan dia pulak. Ala, Daniel pun kena jenguk parents dia jugak.
Nasib baik ada Nana dengan adik kan?” Balas Mama sambil mengusap rambut Afrina,
anak arwah kak Long yang sudah menginjak usia 4 tahun.
Bunyi siren yang
menandakan bagasi-bagasi akan dikeluarkan oleh pihak airport, mematikan
lamunanku. Aku berdiri di tepi laluan bergerak sambil memerhatikan bagasiku
yang berwarna merah. Usai mengambil bagasiku, aku menelefon Daniel, bertanyakan
dia ada di mana. Rupa-rupanya. Daniel masih dalam perjalanan.
Aku terus mengatur
langkah ke ruang menunggu sambil menyimpan semula passport dan iPod di dalam
beg galas kecil. Entah bagaimana, aku tidak membutangkan beg tersebut dengan
betul dan apabila aku berjalan laju, segala isi beg sudah termuntah keluar dan
berterabur di atas lantai. Kelam-kabut aku mengutip barang-barangku.
“Adui, mana pulak perginya
pantyliner yang aku letakkan dalam beg tadi?”gumamku sendirian kerana aku
sangat pasti yang aku ada memasukkan pantyliner yang pembungkusnya berwarna
hijau.
Buntang anak mataku
apabila bungkusan berwarna hijau yang kucari itu berada betul-betul di hadapan
sepasang kasut hitam berkilat. Alamak!
“Jangan pandang bawah!”Tuturku
separuh menjerit kepada tuan punya kasut.
Wajahku terasa
membahang dan semakin terasa panas apabila tuan punya kasut sudah ketawa.
“Sorry! Tapi apa yang lawak sebenarnya?” soalku dan mendongak memandang
wajah tuan punya kasut hitam berkilat ini.
Jantungku terasa berhenti berdegup sebentar.
Aduhai, ni kan mamat pilot yang dulu tu!
‘’Kenapa kelam-kabut sangat
ni ? Barang apa yang banyak
berterabur sampai kena kaki saya ?’’ soal encik pilot. Entah apa nama mamat ni.
“Tisu lah!”Jawabku sedaya upaya
menahan malu. Di dalam hati, aku mengutuk kecuaian diri sendiri.
“Oh, ada eh tisu yang packaging dia macam tu?” soal encik pilot berserta
sengihan.
“Ada. Saya buat sendiri.”
Jari-jemariku pantas membutangkan beg galasku dengan ketat.
“We meet again Miss, opss sorry!
Madam…”
Sepasang anak mata
kecil itu memandang wajahku.
“Dini Nazihah.”
“Comelnya nama.”
Encik pilot ini
tersenyum lagi. Eh, kejap! Dia panggil aku puan ke tadi?
“Actually saya bukan…”
“Yalah, saya percaya yang benda
warna hijau tu sebenarnya tisu kan? Don’t worry.”
“Eh, bukan pasal tu. Sebenarnya saya…’’
‘’Puan Dini, hubby awak dah sampai.’’
Aky berpaling ke
belakang dan kelihatan Daniel sedang tersengih sambil melambai. Afrina dan
Affan juga turut ada bersama.
“Comel anak-anak awak. Macam mummy
diorang jugak.”
Aku sudah mengeluh.
Encik pilot ni memang mulut dia pot pet pot pet macam bertih jagung dari tadi.
“Encik sebenarnya saya…”
“Saya gerak dululah Puan Dini. Kirim
salam hubby awak ya.”
Aku sudah
terpinga-pinga dan encik pilot itu pun terus berlalu meninggalkan aku. Eee…
mamat ni kan! Nak aja aku plaster tebal-tebal bibir dia yang nipis tu supaya
berhenti bercakap dan dengar apa yang aku nak terangkan.
“Dah lama ke sampai, Yayang?
Sorrylah, abang terlewat sikit.”Ucap Daniel dan kami bersalaman. Si kembar Afrina dan Affan turut bersalam
denganku dan aku memeluk erat si kembar.
“Baru je sampai. Eh, Nana dengan
adik pun ada sama?”jawabku dan pipi montel Afrina kucuit.
Afrina hanya
tersengih dan memaut jari-jemariku dengan erat.
“Yang tadi tu bukan encik pilot yang kita jumpa last week tu ke ?’’
soal Daniel.
Aku hanya mengangguk.
“Yang handsome tu kan?” tambah
Daniel. Aku sudah menjegilkan biji mata.
“Abang jangan takutkan Dini lah.
Abang ni normal ke tak?” soalku walaupun aku tahu Daniel hanya mengusik.
“Eh, I’m straight okay! Abang puji
dia untuk pihak Yayang lah.”
“Tak ada maknanya!”
“Mestilah ada meaning. Jumpa lagi di
tempat yang sama, maksudnya korang ada jodoh.” Usik Daniel sambil tersenyum
mengusik.
“Jangan buat fakta merapu merepek
ya. Hari-hari Dini jumpa Pak Tam kat kedai runcit dekat dengan rumah tu.
Maksudnya Pak Tam pun ada jodoh dengan Dini la?” jawabku bersahaja.
“Sengal! Kedai runcit tu kan memang kedai Pak Tam.
Mestilah dia ada kat kedai tu hari-hari. Atau Dini memang syok dekat Pak Tam
yang dah bercucu tu ? Boleh abang bagitau Mama.’’
‘’Abang jangan nak mengada
ya !’’ Tanganku pantas mencubit lengan Daniel.
Anak mataku
sempat lagi mencari kelibat encik pilot yang masih belum kuketahui namanya.
Tiada !
Agaknya, dia memang sudah beredar pulang.
p/s : Ingatkan cerita ni nak dijadikan cerpen. Tup-tup full story jadi panjang pulak. Jadi, saya buat jadi mini novel. Ini 1st part. Next part'll come up. Sorry lambat lagi post new entry. Anyway, happy reading :D
Best and interesting story :D
ReplyDeleteBest.... #^_^
ReplyDeletebest!best! (:
ReplyDeletekelakar la best sangat-2 cepatlah sambung ya tq.
ReplyDeleteEh, ni Dini ngan mamat pilot yang nak tempah set pelamin dalam Encik Suami Mat Saleh Celup tu kann? Haha
ReplyDelete