Usai bersalaman
dengan Puan Arissa, aku memboloskan diri ke dalam kereta dan menghidupkan
enjin. Jam di dashboard kutenung. Dah pukul 6.45 petang ! Kalau nak balik
Ampang waktu-waktu begini, confirm jalan tengah sesak. Tiba-tiba aku teringat
pesanan Puan Arissa mengenai Se Na. Aku tersenyum seorang diri sambil mencari
telefon bimbit dari dalam beg.
Sebaik sahaja
tiba di kawasan Desa Sri Hartamas, aku mencari kedai Se Na. Tertera papan tanda
Seoul Cuisine dan aku terus mencari kawasan parkir yang tidak terlalu jauh dari
kawasan restoran tersebut.
‘’ Dini, annyeong ! How are you?” Sapa Se Na dengan ceria sebaik
sahaja aku melangkah masuk ke dalam restoran miliknya. Kami berdua bersalaman.
“Alhamdulillah, so far so good. How
are you?”
“Alhamdulillah, great!”
“How’s business?”
“Doing well, alhamdulillah. Most of
the customers love the interior deco. Thanks to you.”
Se Na menggenggam
kedua-dua belah tanganku sambil tersenyum mesra.
“The interior is only a minor thing.
They actually love the food here.” Balasku dan Se Na ketawa kecil.
“So, how’s the progress in my
auntie’s house?”
“Will be done soon, insya-Allah.”
“Everything will go smoothly. After
all, you are the ID.”
Aku sudah tertawa
kecil mendengar usikan Se Na. Tidak lama kemudian, azan Maghrib berkumandang
dan kami berdua terus mengatur langkah ke surau kecil yang tersedia di bahagian
belakang restoran. Selepas menunaikan solat, Se Na membawaku ke ruang makan
restoran. Disebabkan kebanyakan meja dan kerusi sudah penuh, aku mengambil
tempat di sudut yang menempatkan meja makan kecil, sama seperti meja makan
Jepun. Aku melabuhkan duduk di atas bantal kusyen yang disediakan.
“Okay, may I get your oder, miss?”
Soal Se Na sambil menghulurkan menu kepadaku.
Aku sudah ketawa
melihat telatah Se Na. Mana tidaknya, sepatutnya para pekerjanya yang lain yang
mengambil pesanan makanan daripada pelanggan. Untuk aku pula, cik bos sendiri
yang turun padang untuk mengambil pesanan makanan.
“I think I wanna try the Korean
BBQ.” Jawabku sambil membuang pandang ke arah sekumpulan pelanggan yang sedang
memanggang daging di atas pembakar yang ditempatkan di atas meja khas. Corong
asap khas juga dipasang pada setiap meja yang berfungsi untuk menyedut asap
yang dikeluarkan ketika proses pembakaran berlaku.
“Yes, sure, but we need to move to a
suitable table.” Balas Se Na dan membawaku ke sebuah meja kosong yang terletak
di satu sudut.
“Okay, miss. I will get the food
ready for your barbeque and your drink will be served in a shortwhile.” Tutur Se Na dan mengambil kembali menu.
“Okay, kamsahamnida.” Aku tersenyum.
Se Na terus
berlalu ke bahagian dapur. Tidak
lama kemudian, seorang pekerja restoran datang membawa ice lemon tea yang
kupesan. Kemudian, pekerja yang lain pula datang membawa bahan-bahan untuk
barbeque seperti ayam, daging, ikan, makanan laut, sayur, kimchi dan pelbagai
jenis makanan.
Biar betul barbeque
set untuk seorang banyak gila macam ni? Ni memang gerenti kalau aku habiskan
seorang diri, tak boleh nak bangun daripada kerusi. Aku mengambil chopstick
yang diletakkan di tepi pinggan dan mengoyakkan kertas pembalutnya. Daging
black pepper mentah itu kuambil dan diletakkan di atas tempat pembakar.
Berdesir kuat bunyinya apabila daging terkena tempat pembakar yang sudah panas.
Aku menyepit pula ayam teriyaki, ikan berperisa tom yam dan sosej untuk
diletakkan di atas tempat pembakar.
Sambil menunggu
makanan yang sedang dibakar masak, aku menjamah sedikit kimchi yang dihidangkan
sejuk dan juga carrot kimchi.
“Amboi, makan tak ajak orang!”
Sapaan suara tersebut
membuatkan aku yang sedang makan, tersedak! Terasa rongga hidungku panas kerana
tersedak kimchi yang sememangnya pedas itu. Cepat-cepat aku mencapai air yang
dihulurkan oleh hamba Allah yang menegurku tadi. Mataku sudah berair menahan
sakit.
“Sorry. Didn’t mean to do that. Okay
tak ni?” Soal suara itu lagi.
Aku masih senyap. Air
di dalam gelas kuteguk lagi. Isy, dia ni kan! Tak reti-retilah pulak nak tegur
orang elok-elok.
“Dini, are you okay?” Soalnya lagi. Riak wajahnya sudah kelihatan risau.
“Kalau apa-apa jadi dekat digestion system saya, saya saman
awak !’’ Jawabku geram.
Ayman yang kini
mengambil tempat di hadapanku, sudah tersengih-sengih. Dia dengar tak perkataan
‘saman’ tadi?
“Bila sampai sini?” Soalku dan
merenung wajah yang kelihatan penat itu.
“Kenapa? Rindu saya eh?” Usik Ayman
sambil tersenyum nakal.
“Isy, tolonglah! Tak kuasa!” Balasku
dan Ayman ketawa.
“Saya baru sampai tadi. Balik rumah
dulu and then received call dari kak Se Na. Beria-ria dia suruh saya datang
sini. She said, for sure I won’t regret if I come here. Patutlah pun.” Tutur
Ayman.
Aku berpaling ke
belakang mencari Se Na dan kelihatan Se Na sedang tersengih memandang ke
arahku. Bertuah betul diorang ni buat pakatan bersekutu! Patutlah makanan kat
depan mata ni banyak semacam!
“Kan awak penat, baru sampai.
Pergilah balik rumah, rehat.” Balasku sambil memasukkan daging yang sudah masak
ke dalam mulut.
“Mana ada penatlah. Bukan senang nak
jumpa awak macam ni.”
“Lah, esokkan saya datang rumah awak
lagi. Kerja kat rumah awak tu mana siap lagi.”
“Ha’ah kan! Tak pelah, bukan senang
nak makan dengan awak ni.”
“Macam-macam hal. Kalau awak
tertidur atas meja ni, saya tinggalkan je awak tau.”
Ugutanku hanya
mengundang tawa Ayman.
“Since saya dah datang sini, biar saya
yang handle kerja panggang-memanggang ni.” Ujar Ayman.
Aku memandang
wajahnya, tidak faham.
“Yalah, kalau ikut Korean culture, it
is more gentleman if the guy yang buat kerja panggang-memanggang ni.” Terang
Ayman.
“Great! Then, awak panggang
benda-benda ni semua and saya tukang makan. I like the work delegation.”
“Amboi, banyak cantik! Makan
sama-samalah. Saya pun lapar jugak.”
Aku hanya ketawa
melihat memek muka Ayman.
“Kimchi ni kan, kalau dibuat barbeque pun sedap. Nanti awak try.’’ Tambah Ayman sambil
meletakkan kimchi di atas tempat pembakar.
“Oh, ya ke. Lagi apa yang boleh
dibakar?” Soalku.
“Nak try lidah lembu?” Soal Ayman
dengan kening yang diangkat-angkat.
“Euww!”
Ayman terus ketawa
seronok melihat responsku.
“Eh, koreans makan internal organs
tau. Diorang buat barbeque macam ni. Guna lidah, perut, intestines dan
macam-macam lagi. Sebab dekat sana, daging mahal and depends on gred daging
jugak.” Tambah Ayman lagi.
“Dah,dah. Jangan cakap lagi. Nanti
saya terbayang-bayang semua tu.” Pintaku. Aku cepat-cepat meneguk air minuman. Isy, dia ni pun ! Spoil
selera aku betullah.
Makanan yang
sudah siap dipanggang, diletakkan di dalam pinggang kosong dan kami mula makan
sambil Ayman bercerita mengenai Vietnam.
‘’Dini, saya nak tanya something boleh ?’’ Soal Ayman tiba-tiba.
“Nak tanya apa?” Soalku.
“Kenapa awak tak suka dengan pilot?”
Soalan Ayman itu
membuatkan aku terus terdiam. Wajah Ayman yang masih menunggu jawapan,
kupandang. Satu keluhan kulepaskan perlahan-lahan sebelum aku mula bercerita.
Arwah kak Long
meninggalkan kami semua selepas selamat melahirkan Afrina dan Affan. Aku ingat
lagi betapa arwah kak Long sangat menantikan kehadiran abang Faiz di saat dia
sedang sakit untuk melahirkan si kembar tetapi abang Faiz tiada. Ketika itu
abang Faiz yang bekerja sebagai juruterbang tidak dapat dihubungi. Menurut
papa, dia terpaksa terbang ke Perth. Kasihan kak Long, sehingga dia menutup
mata, abang Faiz tiada di sisi. Aku tahu kak Long sangat terkilan dan juga sedih
kerana abang Faiz memungkiri janjinya untuk menemankan arwah kak Long apabila
tiba saat melahirkan anak kembar mereka. Disebabkan itu, aku sangat fobia
dengan mana-mana pilot!
Mungkin bagi orang
lain, benda-benda sebegini tidak begitu logik untuk menjadi sesuatu yang aku
takuti ataupun menjadi satu trauma. Namun, perkara inilah yang menjadi satu
trauma dalam hidupku. Ayman yang sedari tadi tekun mendengar, hanya senyap.
“Sorry, saya tak tahu.” Tutur Ayman
perlahan.
“It’s okay.” Balasku sambil tersenyum
paksa.
“Tapi kan, Dini, awak pernah dengar
tak pasal satu fakta ni.” Tambah Ayman sambil menyumbatkan salad yang sudah
diisi dengan ayam dan juga sos ke dalam mulut.
“Fakta apa?”
“Kalau kita nak overcome fobia
ataupun trauma kita, kita kenalah berdepan dengan benda yang kita takut tu.”
“Maksudnya?”
Ayman terus tersenyum
sambil wajahku direnung lama.
“Maksudnya, kalau awak takut sangat
nak kahwin dengan pilot, awak kenalah kahwin dengan pilot jugak in order to
overcome your phobia.”
“Nonsense!”
“Ya Allah, mana ada nonsense. Saya cakap benda betul ni.”
“Yalah tu. Dahtu, mana saya nak
cekau encik pilot ni? Awak ingat senang macam nak beli tiket kapal
terbang ? Boleh je beli online bila-bila masa.”
Ayman menunding ke
arah dirinya sendiri. Aku
terus tergelak sehingga hampir tersedak.
“Gelak pulak dia. Saya serius ni, tak main-main. Awak gelaklah sekarang.
Jangan nanti one fine day, awak cari saya and terus ajak saya kahwin.”
Ketawaku menjadi
semakin kuat. Tak kisahlah mamat depan ni nak kata aku sudah tak bersopan
tetapi benda ni sangatlah lawak!
“Saya pun serius rasa malam ni awak sangat lawak!”
Ayman hanya
mencebikkan bibir dan terus menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya. Namun
begitu, gurauan Ayman terkesan juga di dalam hatiku.
**************************************************
Aku turut tersenyum
melihat Puan Arissa yang kelihatan tersenyum gembira. Wajahnya kelihatan puas
melihat ruang tamu dan kawasan dapur yang sudah siap dihias sepenuhnya. Sedari
tadi tidak jemu-jemu wanita anggun separuh abad itu berulang-alik dari ruang
tamu ke dapur dan dari dapur ke ruang tamu semula.
“Kalau mummy saya dah buat tawaf
dalam rumah sendiri banyak kali macam ni, that means she really, really love
your work.” Bisik Ayman yang sedari tadi turut sama memerhatikan telatah
ibunya.
“Bukan kerja saya sorang je. In
fact, kudos to the whole team.” Balasku.
Puan Arissa kembali
mendapatkan kami berdua yang sedang duduk di ruang tamu.
“Alhamdulillah. Auntie pun macam tak
percaya ruang tamu dengan dapur nampak berseri-seri dengan new look. Thanks a
lot Dini and of course, to the rest of your team.” Ujar Puan Arissa sambil
tersenyum.
“Kitorang semua, as a team pun
gembira sangat yang auntie berpuas hati dengan hasil kerja kami yang tak
seberapa ni.” Balasku.
“Eh, these are great work! Really!”
Balas Puan Arissa sambil menepuk perlahan bahuku.
“Ala, mummy. Tengoklah wife-to-be
siapa.” Sampuk Ayman tiba-tiba.
“Wife-to-be siapa?” Soal Puan Arissa
sambil tersenyum meleret.
Ayman menunding ke
arah dirinya sendiri. Ah, sudah! Angin meroyan dia dah datang balik. Agaknya
waktu dia ke Vietnam dulu, dia terlanggar mana-mana tiang. Tak pun, terlanggar
gajah sampaikan otak dia dah tak betul dan bercakap benda-benda yang merapu.
“Auntie janganlah percaya cakap Ayman ni. Lately dia memang suka merapu yang bukan-bukan.”
Balasku dan memandang ke arah Ayman dengan geram. Aku dah tengah tahap mendidih
dekat sini, dia boleh tersenyum-senyum macam baru lepas dapat cabutan bertuah.
“Ala, Dini. Kalau betul-betul jadi pun, apa
salahnya. Ayman pun memang dah patut sangat kahwin.’’ Tambah Puan Arissa. Ayman
kelihatan tersenyum simpul.
Ah, sudah ! Si
ibu pula dah buat pakatan bersepadu dengan anak. Sebelum benda ni terus meleret
dan melalut entah ke mana-mana, baik aku angkat kaki cepat-cepat.
“Saya rasa tugas saya dekat sini dah
tamat dan kami semua as a team, nak ucapkan ribuan terima kasih sebab auntie
dah berikan layanan yang sangat first class sepanjang kami bekerja di sini.
Saya mohon maaf kalau sepanjang kami bekerja, ada salah dan silap yang dah kami
lakukan.” Ucapku panjang lebar dan bangun dari sofa yang kududuk.
“Auntie pun nak ucapkan ribuan
terima kasih pada Dini and the rest of your team members. Auntie pun minta maaf
juga kalau ada salah dan silap. Oh, ya! Nanti Sabtu depan, jemput datang rumah
auntie ya. Auntie nak buat kenduri doa selamat sikit.”
“Insya-Allah. Pukul berapa tu, auntie?’’
‘’Lepas Isya’.’’
‘’Insya-Allah, saya datang nanti.’’
“Datang tau, Dini. Auntie ajak bersungguh ni. Nanti
biar Ayman yang jemput Dini di rumah.’’
‘’ Eh, susahkan Ayman pulak. Saya boleh drive sendiri.”
“Bahayalah drive sorang-sorang waktu
malam. Awak tu perempuan. Nanti saya datang fetch awak dekat rumah. Ajak si kembar sekali. Kalau nak ajak
parents awak pun, lagi best!” Tambah Ayman sambil tersengih.
Isy, dia ni ! Pandai-pandai je nak
menambah benda lain. Puan Arissa yang menjadi pemerhati, hanya tersenyum.
‘’Saya minta diri dulu, auntie. Nak kena
balik office terus ni. Kalau lambat gerak, nanti jalan jam pulak.’’
‘’Yalah. Datang tau kenduri auntie minggu depan.’’
“Insya-Allah, auntie. Saya pun free
next Saturday tu.”
Puan Arissa
tersenyum puas hati. Aku bersalaman dengan Puan Arissa dan terus mengatur
langkah ke pintu utama sambil diekori oleh Ayman.
‘’Tak payahlah hantar saya sampai ke pintu pagar. Tak ada orang nak
culik pun.’’ Balasku sambil menyarung kasut.
“Ala, bukannya jauh pun. Lagipun,
buatnya kena culik betul-betul nanti. Awak tu dahlah senang nak kena cempung,
bawak masuk van.” Jawab Ayman.
“Hah, doalah benda bukan-bukan!”
“Isy, awak ni! Bukannya doa, tapi
sebagai peringatan.”
Ayman mengiringi
langkahku sehingga ke kereta Honda City kelabu metallik yang kuparkir di
hadapan pagar rumah.
“Lama ke awak cuti ni?” Soalku
sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.
“Tak lama. Esok dah nak fly balik.”
Jawab Ayman sambil wajahku ditenung lama.
“Fly pergi mana?” Soalku lagi.
“Incheon. Sambil menyelam minum air,
balik kampung mummy yang dekat Seoul tu sekejap. Dah lama tak jenguk halmeoni
(nenek) saya.” Jawab Ayman.
“Wah, seronoknya! Saya tak pernah
lagi sampai sana. Teringin sangat nak pergi holiday dekat sana. I love
travelling, but lately dah lama tak travel. Busy sangat, kerja banyak.”
Balasku, sambil mengeluh.
“Kahwin dengan saya nak? Awak nak
travel pergi mana-mana, senang. saya boleh bawak. You just name it!” Balas
Ayman sambil tersengih.
“Pergi bulan?” Usikku.
“Oh, yang tu saya kena mintak kerja
dengan NASA pulak la.” Balas Ayman.
“Awak jugak yang kata, just name it.”
“So, awak nak kahwin dengan sayalah
ni ya?”
Aku yang tadinya
sedang ketawa, terus terdiam. Erk, isu kahwin ni tak habis lagi ke?
“Awak, ni. Suka sangat bergurau pasal benda-benda
kahwin ni. Okaylah, saya nak kena
gerak ni. Lagi lambat gerak, lagi lambat saya sampai office.” Pintu
kereta terus kubuka.
“Yalah, awak ajalah yang betul cik,
Dini.”
“Eh, merajuk ke, encik Ayman?”
“Tak kuasalah!”
Aku sudah ketawa melihat
reaksi Ayman. Haih, encik pilot yang seorang ni! Macam-macam telatahnya.
“Saya gerak dulu. Awak tu, jaga diri. Bawak kapal
terbang elok-elok. Burung-burung dekat atas langit jangan langgar. Diorang pun
nak hidup jugak.’’
Ayman yang tadinya
berwajah masam, sudah ketawa kecil.
‘’Awak tu pun, bawak kereta
elok-elok. Jangan berangan time drive.’’
‘’Nak berangan apa pulaknya !’’
“Yalah, berangan travel around the
world dengan saya.”
“Isy, tak kuasa!”
Ayman hanya ketawa
seronok. Isy, dia ni! Macam mana dia tahu yang aku tengah fikirkan benda yang
sama? Gila, gila. Kerja gila betul!
Ala comeln ya diorang ni..... #^_^
ReplyDeleteBestttt :D
ReplyDeletesweet kalau kahwin ni....
ReplyDeleteayman is certainly persistent...hmmm-silent reader cum follower @timi
ReplyDeletedaebak!
ReplyDeletesweet sgt...x sbr tggu episod seterusnye...
ReplyDeleteakak... mna episod 6??? lama tggu ni
ReplyDeletesuka suka suka.....
ReplyDelete