“Dini, pagi ni jadi ke
nak jumpa customer tu?” Sapa Farhana ketika aku menyiapkan sketch yang
terakhir.
“Jadi. Pukul 10 nanti kot. Eh, yang
customer hari tu siapa yang handle?” Balasku.
“Amir. Sepatutnya bos nak pass
projek tu dekat kau tapi since Amir free, and customer tu pulak lelaki, lagi
senang Amir yang handle.” Jawab Farhana.
“Kau tak ada appointment pulak hari
ni?” Soalku melihatkan Farhana yang kelihatan relaks.
“Tak ada. Tapi kena start research
untuk rumah Mak Datin dekat Bukit Antarabangsa tu. Kalau kau tengok rumah dia,
besar gila weh! Macam istana!” Jawab Farhana.
Aku sudah ketawa
kecil.
“Dia nak guna ID untuk apa?”
“Datin tu baru lepas renovate rumah. So, dia nak new look untuk rumah dia.’’
Aku mengangguk-angguk.
“Sama jugaklah macam customer aku
ni. Auntie ni baru lepas
renovate rumah jugak. Family dia
peramah gila. Memang senangla bekerja dengan family auntie ni.” Balasku.
“Yalah, orang ni kan pelbagai rentak
dan ragam. Eh, auntie ni tak ada anak lelaki ke?” Balas Farhana sambil
tersengih.
“I know that sort of question will
come from you.” Usikku dan Farhana hanya tersenyum-senyum.
“Aku rasa tak ada yang single. Anak lelaki auntie tu dah kahwin pun.”
‘’Ala, sayangnya !’’
Aku hanya ketawa
melihat telatah Farhana.
“Dini, kau sambunglah kerja kau. Aku
pun nak start research untuk buat sketches. Kalau sempat nanti, kita lunch
sekali.” Balas Farhana sambil tersenyum.
“Alright.”
Aku menyambung kerjaku
sehinggalah jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Aku mengemas barang-barangku yang
berselerak di atas meja. Skecth book berwarna hitam merah itu aku masukkan ke
dalam beg. Kamera Nikon Coolpix L810 berwarna merah yang terletak elok di atas
meja, aku ambil dan kumasukkan ke dalam beg.
Aku terus turun ke
tingkat bawah, mencari keretaku dan memandu ke rumah Puan Arissa yang terletak
di Taman Tun Dr Ismail. Kedatanganku disambut oleh Puan Arissa yang sedang
menyiram pokok bunga.
“Puan sihat?” Sapaku sambil
bersalaman dengan Puan Arissa yang merupakan seorang pensyarah di UiTM Shah
Alam.
“Alhamdulillah. Dini, janganlah
panggil puan. Panggil je
auntie. Lagi selesa kan? Auntie pun tak nak formal sangat.’’ Balas Puan Arissa
dengan ramah.
Aku hanya
tersenyum.
‘’ Sunyi je rumah auntie hari
ni ?’’ Soalku dan mengambil tempat di atas pangkin kayu yang berukir
cantik di laman rumah.
‘’ Uncle tak ada kat sini. Dia pergi Vietnam, ada business trip. Anak
auntie yang dua orang tu memang tak tinggal dengan auntie. Yang bongsu, ada
dekat rumah. Tidur lagi agaknya.”
“Ohh… Auntie tak ada kelas hari ni?”
“Ada, tapi petang nanti. Tu yang
auntie ajak Dini datang jumpa pagi ni.”
Aku mengangguk-angguk
sambil tersenyum. Aku mengeluarkan sketch book dari dalam beg.
“Dini, jom kita masuk dalam dulu lah. Kat luar ni
panas. Boleh kita bincang dekat dalam rumah.
Tapi, ruang tamu berselerak
sikitlah. Sebab baru siap renovate.’’ Balas Puan Arissa.
‘’Tak pe, auntie. Biasalah, rumah
baru lepas renovate kan.’’ Balasku dan mengekori langkah Puan Arissa untuk
masuk ke dalam rumah.
‘’Dini duduk dulu ya. Auntie nak
buat air kejap.’’
‘’Eh, tak payah susah-susahla,auntie.’’
“Tak ada susahnya. Dini duduk
sekejap ya.” Puan Arissa tersenyum memandangku sebelum berlalu ke dapur yang
terletak di bahagian belakang.
Suasana senyap
seketika. Anak mataku menerewang ke seluruh bahagian rumah sambil membayangkan
kesesuaian lakaranku nanti.
“Mummy!”
Suara yang tiba-tiba
menjerit itu membuatkan aku tersentak dan berpaling ke arah tangga. Mataku
terus membulat merenung figura yang tidak berbaju di hadapanku ini. Nasib baik
pakai seluar panjang!
Aku terus berlari
ke dapur, mencari Puan Arissa.
‘’Auntie, auntie.’’ Panggilku cemas.
‘’Kenapa ni, Dini ?’’
‘’Ada orang tak betul dekat ruang tamu auntie. He’s half-naked.”
“Hah?”
Kelam-kabut Puan
Arissa mengatur langkah ke ruang tamu. Situasi cemas dan kelam-kabut itu tidak
lama kerana kemudiannya Puan Arissa sudah ketawa.
‘’Dini, ni anak auntie lah,the youngest. Meet Ayman Zayyan.’’ Puan
Arissa sudah tersenyum-senyum memandangku yang masih terkejut.
“Kitorang dah kenal la, mummy. Kan
Dini?” Balas Ayman sambil tersengih.
Aku senyap, mengangguk
tidak, menggeleng pun tidak. Terkejut yang amat sangat sejak tadi!
“Ayman, go wear your t-shirt now.”
Arah Puan Arissa.
“Nope. I’m taking my shower now.”
Ayman sedang bercakap dengan mummy dia, tapi sepasang anak mata kecil itu
sedang memandang aku yang masih tunduk, merenung lantai. Ayman terus
menghilangkan diri ke tingkat atas semula.
“Sorry ya, Dini. Buat Dini terkejut
pulak. Ayman tu memang macam tu.” Ucap Puan Arissa sambil tersenyum.
Aku hanya tersenyum
tawar. Di dalam kepalaku, pelbagai persoalan mula terlakar. Patutlah muka Puan
Arissa bukan macam muka Melayu. Sebelum ni, aku ingatkan Puan Arissa mungkin
ada kacukan Cina. Rupa-rupanya
memang anak kelahiran negara yang popular dengan drama Winter Sonata itu.
‘’Macam mana Dini boleh kenal dengan Ayman ?’’
“Kenal dekat airport. Lepas tu, time
saya uruskan interior designing restoran Se Na dulu, Ayman pun kadang-kadang
ada sekali.”
Puan Arissa kelihatan
mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.
“Auntie, ni saya ada buat a few
sketches yang saya dah janji nak tunjuk. Since auntie memang request nak guna
theme yang moden untuk ruang tamu dan dapur, jadi saya try came out dengan a
few sketches.” Sketch book yang kubawa tadi, kutunjukkan kepada Puan Arissa.
Suasan hening seketika
sementara Puan Arissa membelek-belek lakaran yang aku siapkan. Sama seperti
Puan Arissa, sebenarnya aku sendiri lebih suka membuat lakaran untuk modern
design. Satu, kerana aku sangat suka bermain dengan warna. Kedua, modern design
tidak meletakkan batas yang terlalu ketat berbanding tema-tema yang lain.
“Auntie lagi suka dengan design yang
mula-mula sekali tu. Nampak simple and cozy.” Jawab Puan Arissa sambil
tersenyum.
“Kalau macam tu, if auntie ada dekat
rumah esok, team saya dah boleh start bekerja. Insya- Allah esok boleh start
dengan ukuran semula sebelum nak mulakan proses mengecat dinding dan lain-lain.”
Balasku.
“Auntie free je esok. Kalau auntie
terlewat balik rumah pun, Ayman memang ada dekat rumah.”
“Mummy, this means that I don’t have
to attend another blind date, right?” Sampuk Ayman yang tiba-tiba muncul.
“Mana ada blind date, Ayman.” Balas
Puan Arissa.
“Yalah, since mummy dah kenal Dini
ni, memanglah dah tak ada blind date lagi.”
Ayman memandang ke
arahku yang hanya menjadi pendengar.
“Awak tahu, mummy saya ni memang tak
habis-habis nak kenalkan saya dengan anak-anak kawan dia. Dah banyak sangat
blind dates sampai saya pun dah nak jadi blind. Rasanya, bila mummy saya dah
berkenan dekat awak ni, selamatlah saya. Tak payah jumpa macam-macam orang
lagi.”
Aku sudah
terkebil-kebil. Mulut mamat
ni, memang tak ada insurans langsung!
‘’Ayman, tak habis-habis suka
mengusik orang.’’ Puan Arissa mencubit lengan Ayman. Aku yang melihat terus
ketawa.
‘’Auntie, saya minta diri dululah. Nak kena balik office balik. Insya-Allah esok
pagi saya datang dengan pekerja-pekerja yang lain. Before datang nanti, saya
call auntie.” Aku sudah berdiri, ingin meminta diri sebelum macam-macam cerita
lain yang keluar daripada mulut pilot pot-pet ini.
“Dini save number Ayman sekali lah.
In case auntie tak boleh jawab call Dini esok, Dini call Ayman. Sebab kalau
auntie in the middle of class, memang phone in silent mode.” Balas Puan Arissa.
Erk, nak kena mintak
nombor Ayman pulak ke? Aku lihat Ayman sudah tersengih-sengih.
“Meh sini phone awak tu.” Tutur Ayman sambil menghulurkan tangan
kanannya.
Lambat-lambat aku
menyerahkan telefon bimbit berwarna merah itu kepada Ayman. Ayman memasukkan
nombornya dan kemudiannya membuat ‘miss call’ kepada nombornya pula.
“Thank you.” Balasku.
Seperti biasa, Ayman
hanya tersengih. Entah apa
yang dia seronok sangat sedari tadi.
‘’Auntie, saya gerak dululah ya. Terima kasih.” Aku bersalaman dengan
Puan Arissa.
“Terima kasih jugak. Drive
carefully, okay.” Balas Puan Arissa.
Ayman mengekori
langkahku sehingga ke kereta sementara ibunya masih ada di dalam rumah.
“Sejak bila pulak awak duduk dekat
sini? Bukan time awak tumpang saya tu, awak duduk dekat rumah lain ke?” Soalku.
“Memang rumah ni lah. Mana ada rumah
lain. Macam mana awak nak ingat, time tu kan malam. And awak pun tidur time
saya drive sampai sini. Memanglah tak perasan rumah ni.” Jawab Ayman.
“Iya ke saya tidur?”
“Isy, awak ni! Bahaya tau dengan perangai ingat-ingat lupa awak
tu. Nasib baik awak dengan saya,
kalau dengan orang yang jahat, mesti dia dah larikan awak sampai Siam.”
Aku mencebik, tetapi
dalam masa yang sama,cuba mengingat kembali.
“Ada satu lagi benda yang saya geram
dengan awak ni.” Wajah Ayman yang kelihatan penat itu kupandang tepat.
“Apa lagi yang awak geram ni? Saya
punyalah excited tiba-tiba nampak awak ada kat rumah saya pagi ni. Rasa macam mimpi tau. Penat dari malam
tadi pun terus hilang.”
‘’Awak memang sengaja kan tak bagitahu saya yang mak awak request saya untuk
handle interior designing rumah awak ni ?’’
“Eh, saya pun tak tahu. Betul saya
tak tipu. Saya rasa kak Se Na yang introduce pasal awak dekat mummy.”
Aku memandang wajah
Ayman yang kelihatan serius itu.
“Lagipun, kalau betul pun saya tahu,
macam mana saya nak contact awak before this? Phone number awak pun saya tak
tahu. Dulu saya mintak, awak bagi macam-macam alasan. Saya tak guna handphone
lah, saya pinjam handphone nenek sayalah, itulah, inilah.” Bebel Ayman dengan
riak wajah yang dibuat-buat.
Aku sudah ketawa geli
hati melihat wajah Ayman yang kelihatan sangat kelakar.
“Kenapa awak gelak?” Soal Ayman
sambil mengerutkan dahi.
“Awak tu.” Jawabku dengan tawa yang
masih bersisa.
“Kenapa dengan saya?”
“Yalah, buat muka macam tadi tu,
awak nampak…”
Pertuturanku terhenti.
Sepatutnya aku nak cakap dia nampak comel, tapi aku malu. Erk, cik Dini Nazihah
ni dah pandai malu depan encik pilot ni pulak? Ini penyakit baru !
‘’Saya nampak apa ?’’ Soal Ayman.
“Macam muka Ronaldo.” Jawabku.
“Ronaldo?”
“Ronaldo, hamster saya dekat rumah.”
Terus wajah Ayman
berubah masam. Aku terus ketawa. Haih, sejak bila pulak aku dah tak alah dengan
pilot yang bernama Ayman Zayyan ini?
********************************************
Hari ini sudah genap
seminggu aku menguruskan kerja-kerja rekaan dalaman dan pengubah suaian rumah
Puan Arissa. Kerjaku di sini juga sudah hampir siap. Dinding sudah siap bercat,
wallpaper sudah dipasang, hiasan siling sudah siap, lampu-lampu juga sudah
dipasang.
‘’Alhamdulillah, so far so good. Tak
lama lagi siaplah ni ya, Dini?” soal Puan Arissa yang baru muncul dari dapur
sambil menatang sedulang jag berisi air oren dan gelas-gelas.
“Insya-Allah, in few days, rumah
auntie akan nampak meletop!” Jawabku sambil tersenyum.
“Lepas ni kalau ada kawan-kawan
auntie yang nak guna khidmat ID, bolehlah auntie rekomenkan Dini dekat
diorang.” Balas Puan Arissa
sambil tersenyum.
“Insya-Allah, boleh je, auntie.”
‘’Patutlah Se Na puji kerja Dini
sebelum ni. Sekarang auntie dah faham kenapa. Ayman pun kata yang kerja Dini
memang tip-top.’’
‘’Tak adalah tip-top sangat, auntie. Biasa-biasa je. Ada orang lain yang
lagi tip-top daripada saya.” Balasku merendah diri.
Bercakap mengenai
Ayman, sudah beberapa hari aku tidak nampak kelibatnya di rumah ini. Kalau dia
ada, memang kerjanya mengacau aku yang memang banyak kerja.
“Ayman mungkin malam nanti baru sampai rumah.
Sorrylah, Dini. Ayman selalu kacau Dini kan ? Anak auntie tu memang nakal
sikit.’’
Aku
terkebil-kebil. Macam tahu-tahu aje Puan Arissa ni yang aku tengah fikirkan
pasal Ayman.
‘’ Tak apa, auntie. Saya tak ambil hati pun. Ayman fly ke mana pulak
kali ini ?”
“Vietnam. Daddy dia baru balik dari
Vietnam, anaknya pulak yang pergi.”
Aku mengangguk-angguk.
Aku jarang-jarang berjumpa dengan Dato’ Eddy di rumah ini kecuali ketika hari
pertama aku memulakan kerja di sini. Seperti Puan Arissa, Dato’ Eddy juga
tersangatlah ramah. Berdasarkan pengamatanku, Ayman lebih banyak mengikut mirip
wajah Puan Arissa berbanding abang dan kakaknya yang lebih banyak mengikut raut
wajah ayah mereka.
“Oh, ya! Sebelum auntie terlupa. Se
Na mintak auntie pesankan pada Dini yang dia ajak Dini datang restoran dia
malam ni or any day yang Dini free. Dia nak belanja makan. Se Na ada try call
Dini semalam tapi asyik masuk voice mail.”
“Oh, ya ke? Sebab semalam saya off
handphone time charging. Tak pe, nanti saya call kak Se Na balik. Yalah, lepas
siap kerja saya dekat kedai kak Se Na tu, saya tak sempat lagi pergi kedai dia.
Time opening ceremony tu pun, saya tak dapat attend.”
“Patutlah, auntie tak nampak Dini
malam tu. Tak apa, nanti bila Dini free, datanglah kedai dia.”
“Sebenarnya kan, saya kagum sangat
dengan auntie.” Pujiku tiba-tiba.
“Kagum? Kagum kenapa, Dini?”
“Yalah,auntie fasih gila cakap
bahasa Melayu. Tak ada pelat langsung! Sebelum saya tahu Ayman tu anak auntie,
saya tak sangka langsung yang auntie ni Korean. Dah macam orang Melayu sejati,
auntie.”
Puan Arissa hanya
tersenyum mendengar ulasanku.
“Dini, auntie dah lama berhijrah ke Malaysia ni. Yalah, sejak berkahwin dengan Uncle Eddy tu. Dah
nak masuk 32 tahun auntie duduk dekat sini. Mestilah dah boleh jadi orang
Melayu sejati.”
“Auntie sebenarnya asal dari mana?”
‘’ Auntie lahir dekat area Gangnam, tapi membesar dekat Seoul.’’
“Oh, ada Gangnam style la ni?”
Puan Arissa terus
ketawa.
‘’ Saya dengar yang orang selalu
cakap, anak-anak gadis dekat area Gangnam tu, selalunya cantik-cantik belaka.
Bila tengok auntie, memang saya percayalah.’’
‘’Ada-ada je Dini ni nak mengusik
auntie.’’
Aku hanya ketawa
senang. Disebabkan waktu kerjaku sudah tamat, Puan Arissa bercerita pula
bagaimana dia boleh bertemu dengan Dato’ Eddy. Perbualan kami berlanjutan
hingga ke lewat petang dan kemudiannya aku meminta diri untuk pulang.
best cerita ni...cepat load entry baru ya cik writer. thanks.
ReplyDeleteAwesome :D
ReplyDeleteSalam... Novel encik suami mat saleh celup tu ada jual kat mana ye? Can't wait to finish reading that novel. Suka watak hero heroin tu.. Kindly reply to ninawahab@yahoo.com
ReplyDelete