Minggu ini sudah masuk
minggu kedua aku dan rakan-rakan sekerja yang lain menguruskan proses dekorasi
restoran milik Se Na. Minggu lepas, proses mengecat sudah selesai. Minggu ini,
kami tumpukan pada hiasan dinding dan juga siling.
Disebabkan Se Na
mahukan konsep tradisional Korea, konsep perabot kayu menjadi pilihan utama.
Ruang bahagian makan juga dipisahkan kepada dua bahagian, satu bahagian menggunakan
kerusi dan meja makan dan satu bahagian lagi hanya menggunakan meja makan
Jepun, tikar dan kusyen-kusyen.
“Assalamualaikum, Dini.” Tegur ibu Se Na yang baru
sampai. Sepanjang proses dekorasi, ibu Se Na rajin juga berkunjung ke sini
untuk melihat kami bekerja.
‘’Waalaikumussalam, omoni.’’ Balasku
dan kami bersalaman. Ibu Se Na yang sangat peramah itu memintaku memanggilnya
‘omoni’.
"I brought kimbap with me. You guys can eat them during your break.
They’re homemade.” Balas ibu Se Na.
“Wow, it’s been such a long time
that I haven’t taste a homemade kimbap. Kamsahamnida, omoni.” Balasku. Ibu Se
Na hanya tersenyum.
Kemudian Se Na datang
menghampiri kami dan mereka berbual. Aku sendiri tidak dapat memahami isi perbualan mereka. Tetapi, telingaku
ini menangkap nama Ayman. Ayman yang aku kenal itu atau Aiman lain ? Sah,
aku ni dah sewel agaknya ! Tiba-tiba nak angau teringat dekat lelaki tu
pulak.
‘’Noona !’’ Sapa satu suara
yang agak sinonim di pendengaranku.
Aku pantas
berpaling dan aku lihat Ayman sememangnya sedang berada di dalam kedai ini,
sedang bercakap dengan Se Na. Kejap, dia panggil Se Na apa tadi ?
Noona ? Noona tu maksudnya kakak kan ?
‘’Eh, Dini ? Awak buat apa kat sini ?’’ Soal Ayman terkejut.
“Main masak-masak.” Jawabku selamba
dan Ayman ketawa.
“Awak ni comellah. Eh, dah lama tak
jumpa awak. Kita rindu tau.”
Balas Ayman sambil tersengih.
“Sengal!”
Ayman hanya ketawa
lagi. Gila ke apa dia ni?
“Ayman, Dini, you guys know each other?”
“Yes!”
“No!”
Se Na sudah
mengerutkan dahi mendengar dua jawapan yang berbeza.
“We know each other very well.” Balas Ayman sambil tersenyum ke arahku.
Kemudian, Ayman
berkata sesuatu kepada Se Na dalam bahasa Korea atau dipanggil Hangul. Aku
terkebil-kebil memandang kedua-duanya.
“Ohh… I see.” Komen Se Na sambil
tersenyum meleret ke arahku.
Aku sudah
mengeluh. Apa bendalah yang si Ayman ni kelentong dekat Se Na tadi.
‘’By the way, Dini, Ayman is my cousin. My mother and his mother are
siblings.” Tambah Se Na sebelum berlalu untuk melihat kumpulan pekerja yang
sedang menampal hiasan dinding.
“Patutlah muka macam bukan muka
Melayu. Mata kecik pulak tu.”
Gumamku sendiri.
‘’I heard you said something about me. Apa dia?” Soal Ayman.
“Mana ada. Jangan nak perasan sangat
okay!”
Ayman masih tersengih.
Dia ni, dari tadi asyik sengih,senyum banyak-banyak, rahang dia tak cramp ke?
“Awak ni terlebih makan gula eh?”
Sindirku.
“Kenapa? Sebab saya ni sweet sangat
eh?” Balas Ayman sambil tersenyum.
“ Susah cakap dengan orang suka
perasan ni.” Aku terus berlalu menyambung kerjaku yang tergendala sebentar
tadi.
Selesai solat Zohor
dan makan tengah hari, kami semua menyambung kerja yang terhenti sebentar tadi.
Aku agak, jika kerja hari ini selesai, esok mungkin barang-barang hiasan lain
dan perabot sudah boleh dipindah masuk.
Dalam aku sibuk
memerhatikan lampu-lampu hiasan dipasang, aku sempat lagi mencari-cari kelibat
Ayman yang tidak kelihatan.
“Dini.” Panggil Ayman.
Aku tersentak. Mamat
ni memang pantang diseru, mesti terus muncul.
‘’Awak cari siapa ? Cari saya
eh ?’’
‘’Mana ada ! Sila jangan perasan ya, Encik Ayman.’’
Aymann ketawa senang.
‘’Saya tak tahu pulak yang awak ni
ID. Mesti pandai melukis kan ? Patutlah saya tengok jari-jari tangan awak
cantik. Orang kata, siapa
yang jari cantik ni, pandai melukis and kreatif.’’
Aku senyap dan
pantas menyembunyikan jari-jemariku sendiri. Anak mataku masih memerhatikan
Mamat dan Halim yang sedang memasang lampu hiasan.
‘’Hari tu saya nampak abang awak tu
dekat KLIA, tapi saya tak nampak awak pun.’’ Ujar Ayman membuatkan ingatanku
melayang kepada Daniel dan perbualan kami sebelum ini.
‘’Saya sibuk.’’
‘’Sibuk atau awak memang larikan
diri daripada saya.’’
‘’Nak lari kenapa pulak ? Kita bukannya main kejar-kejar.’’
“Awak memang tak suka sangat dekat
saya ya?”
“Saya memang tak suka semua pilot.”
“Kenapa?”
“It’s a long story and you don’t
have to know that.”
Ayman terus terdiam.
“Kalau saya bukan pilot, maksudnya
awak memang suka dekat saya lah kan?” Soal Ayman tiba-tiba.
Aku tersentak dan kami
saling berpandangan.
***********************************************
Sepanjang aku
menguruskan dekorasi kedai Se Na, memang selalu sangat aku berjumpa dengan
Ayman. Mulut dia yang macam bertih jagung tu, memang asyik berbunyi tanpa kenal
erti penat.
“Awak tak penat ke asyik membebel
dari tadi?” Sindirku selamba.
“Tak, sebab saya bukan membebel tapi
bercerita dengan awak.” Jawab Ayman selamba.
“Saya rasa awak lagi sesuai jadi
lawyer dari jadi pilot.” Balasku.
‘’Saya pun rasa macam tu. Sebab kalau saya jadi lawyer, mesti awak dah
suka dekat saya.’’
Aku sudah mengetap
bibir. Dia ni kan, loyar buruk betul!
“Geramlah cakap dengan awak.”
“Saya suka cakap dengan awak.”
Aku terasa kulit
wajahku panas membahang sementara Ayman masih boleh bergelak ketawa dengan
seronoknya. Dia ni kan!
Setelah selesai projek
di kedai Se Na, aku tidak lagi bertembung dengan Ayman. Sewaktu hari pembukaan
restoran Se Na, aku tidak dapat hadir kerana menjaga si kembar Afrina dan Affan
yang demam panas di rumah.
Malam minggu ini pula,
aku terpaksa membawa si kembar ke KLIA untuk menghantar abang Faiz yang akan
‘terbang’ ke London selama beberapa hari.
“Thanks a lot, ya Dini. Susahkan
Dini pulak kena bawak Afrina dengan Affan ke sini.” Tutur abang Faiz lembut.
“Tak ada susahnya. Lagipun kesian
dengan diorang ni.” Balasku tenang.
“Dah lama tak ada orang hantar bila
abang nak ‘terbang’. Dulu masa arwah kak Long masih ada, setiap kali abang nak
‘terbang’ mesti dia yang hantarkan abang.” Tambah abang Faiz sambil menatap
wajahku dengan lama.
Aku hanya senyap.
“Okay, papa nak kena pergi dah ni.” Ucap abang Faiz sambil memeluk Affan.
Afrina dan Affan
berebut-rebut untuk bersalam dan memeluk papa mereka.
“Jangan nakal-nakal,okay. Dengar
cakap mummy tau.” Pesan abang Faiz.
“Ya, papa. Papa jangan lupa beli
hadiah kakak dengan adik tau.” Pesan Afrina dengan petah.
“Ya, sayang.” Abang Faiz mengusap
lembut kepala Afrina.
“Abang gerak dulu, Dini.”
Aku hanya mengangguk.
Afrina dan Affan melambai-lambai papa mereka sehingga abang Faiz hilang dari
pandangan. Aku memimpin Afrina dan Affan berjalan keluar dari airport.
“Dini!”
Langkahku terhenti dan
aku berpaling ke arah suara tersebut. Kelihatan Ayman yang kemas beruniform,
sedang tersenyum manis.
“Awak nak balik ke?”
“Ha’ah.”
“Saya nak tumpang awak boleh tak?”
“Hah?”
Ayman ketawa melihat
reaksiku.
“Saya nak tumpang awak balik.
Janganlah terkejut sangat.”
“Tak boleh!”
“Kenapa pulak tak boleh?”
“Saya datang naik basikal lah!”
“Mummy, kita kan datang naik
kereta.” Ujar Afrina tiba-tiba.
Haih, dah namanya
budak, memanglah tak pandai nak tipu sunat.
“Tak baik tipu, cik Dini. Awak
kenalah tunjukkan contoh yang baik dekat budak-budak ni.” Ayman mengusap rambut
Afrina yang ikal. Afrina hanya tersenyum.
“Kereta awak mana?” Soalku, geram.
“Saya tak bawak kereta. Selalunya
kakak saya yang fetch saya, tapi malam ni dia ada hal. Tak ada siapa boleh
fetch saya malam ni.” Ayman mula membuat muka sedih.
“Naiklah cab.”
“Saya takut.”
Aku sudah menjegilkan
biji mata.
“Awak takut apa?”
“Nanti driver cab tu buat apa-apa
yang tak elok dengan saya. Saya dahla tak kahwin lagi.”
“Ayman! Awak jangan nak mengada
sangatlah!”
“Mana ada. Betullah apa yang saya
cakap. Zaman sekarang ni,
bukan perempuan je kena berhati-hati. Lelaki pun kena berhati-hati jugak.’’
Aku mula menarik
nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.
‘’Mummy, jomlah kita tumpangkan uncle ni. Kesian dia.” Balas Affan pula.
“Ala, baiknya dia.” Balas Ayman
sambil mencuit pipi Affan.
Kini tiga pasang mata
tertumpu ke arahku. Ayman ni kan, memang suka menaikkan darah aku.
‘’Baiklah encik Ayman Zayyan, saya
tumpangkan awak. tapi nanti saya nak claim duit minyak dengan tol.” Balasku.
“Yes, sure. I will pay double.”
Balas Ayman sambil tersenyum.
Aku mendengus dan
mula mengatur langkah. Ayman
mengekoriku ke tempat parkir kereta.
“Dini.” Panggil Ayman.
“Awak nak apa lagi?” Soalku geram.
“Kunci kereta.” Jawab Ayman sambil
menghulurkan tangan kanannya.
“Saya drive. Kalau awak yang drive,
tak gentleman lah saya.” Terang Ayman.
“It’s okay. Awak pun dah penat drive
kapal terbang kan?” Balasku.
“Saya tak kisah. Ala, setakat drive
kereta je. Kalau boleh, hati awak tu pun saya nak drive supaya datang dekat
saya.”
Sepasang anak mata
kecil itu menikam wajahku.
“Nah, ni kunci kereta. Daripada awak
terus merapu benda-benda pelik kat sini, baik kita gerak sekarang. Budak-budak
ni pun dah mengantuk.” Kunci kereta Honda City itu kuhulurkan kepada Ayman.
Ayman berlalu ke pintu
belakang, membukakan pintu kereta untuk Afrina dan Affan dan juga membukakan
pintu kereta hadapan untukku.
“Doing things like these, I feel
like I have a complete family. A lovely wife and cute children.”
Tambah Ayman
menyebabkan wajahku terasa panas membahang.
“Cepatlah start enjin kereta tu.
Jangan nak sambung drama Korea lagi kat sini.” Balasku tegas dan Ayman hanya
ketawa.
Comelnyerr diorang berdua nie. HEHE :D Bessstttt :)
ReplyDeleteAlahai comelnya diorang ni..... #^_^
ReplyDeleteAlahai nak lg boleh.
ReplyDeletecutenya ....
ReplyDeletenicee
ReplyDeletedear cik writer,
ReplyDeletebila nak dpt latest update-dah windu kisah mamat korea ni dgn cik ID ni..
nice story...thumbs up (^__^)y
ReplyDelete