Bab 9
Suasana di dalam kedai
Popular agak sunyi. Mungkin juga kerana kedai buku ini agak tersorok di satu
sudut.
“Kau nak cari buku apa sebenarnya
ni?” soal Auni yang sedari tadi setia menemankan aku bertawaf di dalam kedai
buku ini.
“Weyh, kalau nak ajar budak cakap
bahasa Melayu kan, buku apa yang sesuai ya?” soalannya kubalas dengan soalan
juga.
Anak mataku terpaku
pada barisan buku-buku ABC berbahasa Melayu. Rasanya, melampau sangat kot kalau
aku guna buku tahap budak-budak tadika ni untuk Mr. Ian Hadif. Sempat lagi aku
ketawa jahat di dalam hati. Mesti lawak kalau mat salih celup tu kena belajar
mengeja.
“Depends on age group. Budak tu umur
berapa?” suara Auni mematikan rancangan nakalku yang sedang berlegar-legar di
dalam kepala.
“26 years old.”Jawabku selamba.
“Pardon?”
“You heard me. 26 years old.”
Dahi Auni sudah
berlapis-lapis mendengar jawapanku.
‘’Kau ni biar betul. Tu bukan budak,
tu bapak budak. Cuba cerita apa yang dah jadi sebenarnya.’’Pinta Auni dengan
dahi yang masih berkerut.
Aku sempat
tersengih sebelum menceritakan permintaan Auntie Julia ketika aku berkunjung ke
rumahnya semalam.
‘’Seriously ?’’ soal Auni dengan riak wajah yang terkejut.
Aku angguk.
“So, kau memang kena jadi cikgu tadika lah ni?” soal
Auni lagi.
Aku angguk lagi.
‘’Aku rasa ada betulnya apa yang
Auntie Julia cakap tu. Takkan bila dah kahwin pun Ian nak guna English
lagi ? Padahal dia half Malay. Kenalah tahu bahasa ibunda kita jugak.
Kalau aku nak merasa kahwin dengan mat salih yang memang tak reti cakap bahasa
Melayu langsung, baik aku cari time dekat Cardiff dulu. Senior Alex kita dulu pun kinda hot
jugak.’’Tambahku sambil tersengih.
“Kau jangan nak buat drama lain
pulak ya. Kalau mama kau dengar, memang nak kena sekeh kalau cakap macam tu.
So, sekarang ni kau nak buat apa?” soal Auni.
“Nak cari buku yang sesuailah, cik
kak oi. Aku nak kena buat rancangan Oh My Malay nanti. Kau rasa kalau start
dengan buku budak-budak tadika tu, kejam tak?” balasku.
“Isy, kau ni! Agak-agaklah. Aku rasa
better start dengan kamus bergambar. Ajar dia vocabs dulu. Aku rasa dia taklah
buta kayu terus kan? Sure dia tahu certain Malay vocabs. Maybe susah untuk dia
bila dia nak construct ayat.” Balas Auni.
“Mungkin jugak kot sebab dia boleh
faham bila kita cakap dalam bahasa Melayu yang biasa. Mungkin bukan semua
perkataanlah.”
Auni menarikku ke
bahagian kamus dan menunjukkan sebuah kamus bergambar kepadaku.
“Aku rasa yang ini okay kot. And kita boleh cari
jugak buku-buku lain yang sesuai.’’
Aku membelek-belek
kamus bergambar tersebut.
“Kalau ada buku Learning Malay for
dummies, memang dah lama aku beli.”Tuturku dan pantas Auni memukul bahuku.
“Kau ni, kejamnya!” Komen Auni dan aku hanya mampu
tersengih.
*************************
Usai solat zohor
dan makan tengah hari di One Utama, Auni mengikutku pulang ke rumah untuk
membantuku menyiapkan hantaran yang masih belum siap sepenuhnya. Nasib baik juga Maya and the gang di butik ada
membantuku mengenai hal-hal berkaitan hantaran.
“Hari tu kau shopping hantaran
dengan Ian lah?” soal Auni sambil melekatkan kuntuman bunga di tepi kotak
hantaran yang berwarna putih.
“Ha’ah. Tapi shopping barang-barang
Ian je. Untuk barang-barang hantaran aku, Ian kata dia nak beli dekat
sana.”Jawabku.
“Untunglah, ada bakal suami mat
salih.”Usik Auni.
“Eh, apa cakap macam tu. Mana tahu
entah apa-apa yang dia beli untuk kenakan aku. Kau jangan terpedaya dengan
appearance luaran dia yang nampak innocent tu. Mulut mamat tu boleh tahan tak
ada insurans kot.” Beritahuku.
“Kau ni, tak baik cakap macam tu! Aku tengok Ian
tu okay sangat kot. Nampak decent je. ‘’
Aku sudah
tergelak-gelak sambil menekan perut.
‘’Kan aku dah kata jangan terpedaya dengan appearance luaran dia.”
“Tak baik pessimis dengan bakal
husband sendiri tau. Encik Ian Hadif Wickham awak tu nampak hot luar dan dalam
kot. Ingat senang nak cari British-Malay guy macam tu?”
“Yalah cik Auni. Nanti saya bagitahu
encik Ian saya tu supaya belanja awak makan sebab awak selalu sangat puji dia.”
Auni terus ketawa
kecil sambil menggelengkan kepalanya.
“Sekejap je masa berlalu. Dah nak kahwin dah kawan
aku yang sorang ni. ‘’
‘’Insya Allah tak lama lagi giliran
cik Auni Humaira kita dengan encik Hazim Raiyan.’’
‘’Eh, lambat lagi lah. By the way, si mangkuk maggi tu ada cari kau lagi
ke ?’’ soal Auni yang kini sudah bertukar topik berkenaan Naim pula.
“Tak inginnya dia nak cari aku lagi.
Kan dia dah ada Dorayaki dia yang selalu melekat dengan dia macam gam gajah tu.
Kalau mamat tu cari aku,
memang aku nak tendang dia sampai masuk dalam tiang gol.” Jawabku. Auni sudah tergelak-gelak sambil anak matanya
meliar memandang ke sekeliling kawasan rumah.
‘’Iman, sunyi je rumah kau. Abang-abang kau tak
ada kat rumah ke ?’’ soal Auni.
‘’Along balik rumah dia. Lagipun kak
Nisa tengah sarat mengandung. Dia
datang sini bila nak tolong-tolong untuk wedding preparations aku. Angan ada
conference dekat Hong Kong. Malam esok dia baliklah. Parents aku balik kampung
jap, nak jemput opah aku yang dekat Perak tu datang sini.” Jawabku.
“Yalah kan. Lusa dah majlis akad
nikah kau. Eh, Ian punya flight hari ni kan?”
Aku angguk sambil
melihat jam di dinding. Sepatutnya dia sudah sampai di KLIA sekitar waktu ini.
“Rasanya dia dah sampai ni.”
‘’Kau tak pergi jemput dia
pulak ?’’
‘’Tak naklah. Lagipun family dia kan ada untuk jemput dia. And tak elok
pun kalau aku jumpa dia since wedding kitorang dah dekat sangat ni.”
“Selalu ke Ian contact kau since dia
balik sana?”
“Tak adalah selalu sangat. Bila ada
benda yang perlu dibincangkan dengan aku, baru dia contact aku. Lagipun aku
rasa dia busy sangat kat sana sebab banyak benda yang dia nak kena settlekan
since dia nak menetap kat sini.”
“Lama gila kot Ian duduk kat sana.
Kau kata dah dekat 20 tahun kan?”
“Ha’ah, itu apa yang umi dia cerita
dekat aku. Kenapa dia duduk kat sana lama sangat, itu aku tak pasti sebabnya.”
Kami masing-masing
mendiamkan diri sambil tangan ligat menyiapkan hantaran yang sudah hampir siap.
Tiba-tiba handphoneku berbunyi dan tertera nama Jazmin di skrin telefon. Hatiku
mula berasa tidak sedap. Kelam-kabut jariku menyentuh skrin dan kedengaran
suara halus Jazmin memberi salam.
“Kak Iman, kitorang dah dekat 3 jam
cari Achik dekat KLIA ni. Sepatutnya flight dia dari Heathrow dah sampai tapi
sampai sekarang kitorang tak jumpa dia.” Nada suara Jazmin kedengaran
kelam-kabut.
“Mungkin flight Ian delay kot.”
Balasku, cuba menyedapkan hati yang mua berdegup kencang. Janganlah mamat ni buat drama lain pulak nak
dekat-dekat kahwin ni.
‘’Tak delay sebab tadi Angah dah check dengan staff kat sini. Kitorang
try call dia pun tak dapat. Asyik masuk voicemail je.”
“Dah check dekat semua tempat? Dekat
semua kedai yang ada kat airport tu?”
“Dah, dah 3 jam Min dengan Angah
tawaf satu KLIA ni tapi tak nampak bayang Achik. Min risaulah Achik buat benda
yang unexpected pulak.”
“Parents Min dah tahu ke pasal ni?”
‘’ Min tak call umi lagi tapi tadi umi ada call tanya kenapa kitorang
tak sampai rumah lagi. Min terpaksa tipu kata yang kitorang stuck in jam. Min
tak nak umi dengan walid risau pulak.”
“Macam ni lah, Min. Min dengan Angah
try cari dekat Pan Pacific hotel takut Ian ada dekat sana pulak. Akak akan
datang dengan kak Auni straight after this. Biar akak try cari dekat KLIA lagi
sekali. If any one of us jumpa Ian, we will update each other okay?”
“Alright, kak. Kalau macam tu, Min
ajak Angah pergi Pan Pacific dulu. If tak ada kat hotel tu, kitorang try cari
dekat area dekat situ.”
“Alright.”
“Sorry sangat-sangat, kak Iman. Kitorang
buatkan akak susah hati pulak tapi Min rasa akak kena tahu pasal ni.”
“It’s okay, Min. Thanks sebab
bagitahu akak.”
Aku memutuskan talian
dan berbalas pandangan dengan Auni yang aku sangat pasti penuh dengan rasa
ingin tahu.
“Jom, teman aku pergi KLIA. Kalau aku tahu mat salih celup ini nak
cabut lari, memang aku nak cincang dia buat chicken chop!’’ Tuturku geram dan dalam masa yang sama, aku
sangat takut jika Ian betul-betul melarikan diri. Tak cukup-cukup ke dengan
drama yang dah sedia ada?
“Sabar, sabar. Aku tak rasa Ian lari sebab kalau
dia nak lari, dari awal lagi dia boleh larikan diri. Kau pergi pakai tudung.
Kunci kereta kau tu bagi dekat aku. Biar aku yang drive sebab aku rasa kalau
kau yang drive, takut nanti kita sampai ke bintang dan bukannya KLIA.’’ Balas
Auni lembut dan bahuku dipaut erat.
Kunci kereta
kuambil dari dalam mangkuk kaca dan kuserahkan kepada Auni. Dengan langkah yang
longlai, aku naik ke bilik di tingkat atas untuk memakai tudung. Di dalam hati, aku tidak putus-putus berdoa
semoga Allah mempermudahkan urusan kami pada hari ini.
Apakah? Semoga everything is ok. Ian nak buat surprise utk iman kot. Or dia lupa nak blk malaysia? Hihihi
ReplyDeletefinally!jumpa gak blog penulis..!!
ReplyDeletemmg mint citer ni,cpt update tau...hehe
BEST,,,,
ReplyDeletetak sabo nak tunggu cite iman dan ian...
jumpe awek kot... kikikikiki
ReplyDeleteBest.... #^_^
ReplyDeleteBaru terjumpa your blog.... nice story. Cepat2 sambung ye...atau dah siap manuskrip utk dibukukan?
ReplyDeleteThank you :D Haha, manuskrip still on the way. iA, akan disiapkan as soon as possible..
Deletebest sgt....thumbs up...sambung please...??dah x sabar nak baca....hehehehehe... :D
ReplyDelete