Bab 8
Usai solat Asar, aku
terus bersiap untuk ke rumah Auntie Julia.
“Iman, jangan lupa muffin atas meja tu. Bagi dekat
Auntie Julia.’’ Pesan mama yang tangannya ligat menyiapkan goodies bag untuk
para tetamu semasa kenduri hari Sabtu nanti.
‘’Ya,mama. Betul ni mama tak nak
ikut ?’’ soalku.
‘’Takpelah, Iman. Mama nak siapkan goodies bag ni.’’Jawab mama.
“Kalau macam tu, Iman gerak dululah
ya.”
“Yalah. Drive elok-elok. Awak tu
tengah darah manis. Nanti kirim salam dekat Auntie Julia.”
“Insya-Allah.”
Lebih kurang pukul
5.30 petang, aku sudah sampai di hadapan banglo dua tingkat milik keluarga Ian
yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Aku memberi salam dan seorang gadis
bertudung keluar menyambutku sambil tersenyum.
“Kak Iman. Masuklah, umi ada dekat
dalam.”Ucapnya sambil tersenyum manis. Kami bersalaman. Cantiknya dia!
Aku agak, ini mungkin
adik perempuan tunggal Ian.
“Iman,lambat Iman sampai. Jalan jam
ke?” Sapa Auntie Julia mesra dan kami bersalaman. Aku hanya mampu tersengih
sambil menyerahkan sekotak muffin hasil air tangan mama. Bukannya jalan jam
tapi aku yang masih muda ni yang terlupa!
“Mama Iman tak ikut sekali?”Soal
Auntie Julia.
“Tak, auntie. Mama kirim salam.
Auntie sihat?” Balasku.
“Waalaikumussalam. Auntie sihat,
alhamdulillah. Iman duduk dulu ya, auntie nak ke dapur kejap. Nak buat air.”
Jawab Auntie Julia.
“Eh, tak payah susah-susah,
auntie.”Balasku berbahasa.
“Tak ada susahnya, bancuh air tu kejap je. Jom,
Min.’’
Sudahnya,
tinggallah aku seorang diri di ruang tamu besar itu. Anak mataku meliar memandang frame-frame gambar
yang tersusun kemas di atas meja sudut.
“Iman! Bila sampai?” Sapa Uncle
Mikhail yang aku yakin baru pulang dari berjogging.
“Baru lagi, uncle. Uncle sihat?”
Balasku.
“Alhamdulillah, macam ni lah. Have a sit, ya. Uncle
nak naik atas, mandi kejap.’’
Aku hanya tersenyum
sambil mengangguk. Rasa pelik pula mendengar Uncle Mikhail yang sangat fasih
berbahasa Melayu tetapi berwajah Inggeris. Terus aku teringat dekat mat salih
celup yang akan pulang ke Malaysia esok. Erk, apasal tiba-tiba teringat dekat
dia pulak ni?
“Kak Iman, jemput minum.”Pelawa adik
perempuan Ian dengan lembut.
“Jazmin, panggil ahli-ahli dekat atas tu. Ajak minum sama-sama.”Pinta Auntie Julia.
Jazmin terus berlalu
ke tingkat atas untuk memangggil abang-abangnya. Tidak lama kemudian, Jazmin
turun bersama dua orang lelaki dan dua orang kanak-kanak kecil.
“Iman, yang ni Along, Seth Haiman.
Iman ada jumpa dekat airport hari tu kan? Si kembar comel ni pulak Amanda Afia
and nama adik apa?” soal Auntie Julia pada si kecil yang comel bergaun biru
lembut.
“Aina Athirah.”Jawabnya malu-malu.
Aku hanya
tersenyum dan pipi gebu itu kucuit.
‘’ Wife Along, kak Alma tak ada kat sini. Dia ada medical conference
dekat Kuching.”
Aku hanya mengangguk
sambil tersenyum.
“Yang ni, Angah, Noah Harith. Tak
habis-habis nak further study je kerjanya. Entah bila nak kahwin.” Usik Auntie
Julia.
“Isy, umi ni. Apa cakap macam tu dekat Iman. Insya- Allah, when the time comes, Angah
kahwinlah. Don’t worry.” Balas Noah sambil tersengih.
“Yalah tu. Janganlah nak kelentong umi. Yang
bongsu ni, Jazmin Hanan. Sekarang tengah cuti summer.’’ Tambah Auntie Julia.
‘’Jazmin belajar dekat mana ?’’ Soalku.
“Perth, buat pharmacist.” Jawab
Jazmin sambil tersenyum.
Buat seketika, aku
terpegun melihat anak-anak Auntie Julia yang sangat err, cantik? Agaknya, darah
campur memang begini. Ada peluanglah untuk aku mendapatkan anak-anak yang comel
macam si kembar Amanda dan Aina. Erk, apa aku melalut ni?
“Jom kita minum dulu.” Sampuk Uncle
Mikhail yang tiba-tiba muncul dari tingkat atas.
“Haa, Min tahu. Walid yang lapar
sebenarnya kan?”Usik Jazmin.
“Clever girl! Jemput minum. Jangan
segan-segan ya, Iman.”Balas Uncle Mikhail.
Sambil minum petang,
kami berbual-bual. Sejujurnya aku sangat selesa dengan keluarga Ian yang sangat
mesra dan peramah. Tak macam yang lagi sorang tu. Haih, monolog dalaman aku ni
memang suka mengutuk dia. Selesai minum petang, aku membantu Auntie Julia
mengemaskan meja.
“Macam mana wedding preparations
Iman?” Soal Auntie Julia sambil membilas pinggan dan cawan di sinki.
“Alhamdulillah, berjalan lancar.
Tapi, still ada yang belum siap lagi. Tu pun nasib baik mama, papa, Along
dengan Angah rajin sangat tolong Iman. Staf-staf dekat butik pun banyak
membantu.” Jawabku.
“Senang ada bridal boutique ni kan. Ada barang-barang, boleh prepare sendiri.’’Komen
Auntie Julia. Aku hanya tersenyum.
“Iman, sebenarnya ada benda penting
yang Auntie nak mintak tolong nanti.”Ucap Auntie Julia satu-persatu.
“Mintak tolong? Mintak tolong apa
tu, auntie?” soalku. Di dalam fikiran, aku terfikir mungkin hal-hal berkaitan
persiapan perkahwinan di sebelah pengantin lelaki.
“Benda ni mungkin bunyi dia macam
lawak sikit.”Jawab Auntie Julia dan wajahku dipandang. Aku senyap, menanti
butir bicara Auntie Julia yang selanjutnya.
“Iman tolong Melayukan balik Ian
Hadif.”
Aku tersentak! Wajah
lembut Auntie Julia kupandang dengan penuh tanda tanya.
“Melayukan Ian? Iman tak berapa
faham, auntie.” Balasku. Nak melayukan mamat tu? Eh, mamat tu memang half-Malay
kan? Kira ada darah Melayulah tu.
“Iman tahu kan Ian dah lama sangat
duduk dekat England, nearly 20 years. Auntie mintak tolong Iman ajarkan bahasa
ibunda kita dekat dia supaya dia tak terus lupa. Ian kan memang tak berapa
fasih berbahasa Melayu. Lepas tu, adat-adat Melayu kita pun Ian tak familiar.”
Terang Auntie Julia.
“Jadi, auntie mintak tolong Iman.
Bila korang dah kahwin nanti, mungkin Iman yang boleh bantu Ian. Insya-Allah,
ada perubahan dalam diri dia.”
Aku terus terdiam. Ah,
sudah! Macam mana nak ajar anak mat salih yang dah biasa makan roti dengan susu
untuk biasakan diri makan sambal belacan? Aku hanya mampu tersenyum paksa.
thanks sis =)
ReplyDeletekeep it up..hehe
boleh pjg lgi ni...hehe
bestla..
ReplyDeletetak sabar nak tunggu cite akan datang...
tq for n3..
ReplyDeletelama giler saya cuba mencari blog cik yumi ini tau...akhirnya jumpa gak hanya kerana esmsc ini....keterujaan jumpa blog ini sampai ofismate saya geleng kepala jer a'hak
ReplyDeleteStory line semua best tapi bila ada salah grammar macam tak best sbb tgh bayangkan mat saleh cakap English kan? Hope that you can double check things that you're not quite sure. Macam pharmacist tu patutnya pharmacy je. Before2 ni pun ada je, but very minor la.
ReplyDeleteAnyways, I love reading your writings!