Bab 10
Aku baru sahaja
menerima panggilan daripada Jazmin bahawa Ian tidak ada di hotel Pan Facific. Dia
dan Noah cuba mencari Ian di sekitar kawasan Sepang pula.
“Iman, aku rasa better kita
separate. KLIA ni dahla
besar. Jimat masa sikit kalau berpecah. Kau start cari area ni and aku try area belakang sana. If salah seorang
daripada kita jumpa Ian, kita bagitahu each other okay.”Cadang Auni.
Aku hanya mampu
menangguk sedangkan sedari tadi aku tidak habis-habis memarahi Ian di dalam
hati. Kalau aku jumpa mamat tu, siaplah!
“Aku tahu kau nak hempuk encik Ian
yang tersayang tu, tapi for now, kita kena cari dia dulu before kau boleh
hempuk dia sepuas-puas hati.” Tambah Auni lagi.
Eh, macam mana Auni boleh tahu
aku nak hempuk mamat tu?
“Sempat lagi kau buat lawak
ya.”Komenku dan Auni tersengih.
“Aku dah boleh baca apa yang kau fikir time ni. Jangan lupa baca bismillah, insya-Allah kita
akan jumpa dengan Ian.’’Pesan Auni.
“Ya, mak cik.”
Aku dan Auni berpecah
dan aku mula mencari Ian dari satu kedai ke satu kedai. Benda gila seperti
tunggu di luar tandas lelaki selama 10 minit pun aku dah buat tetapi bayang Ian
masih tidak kelihatan. Aku duduk di deretan kerusi yang disediakan oleh pihak
airport sambil memerhatikan orang yang lalu-lalang. Di dalam kepala, aku sudah
memikirkan perkara-perkara negatif yang bakal berlaku. Salah satunya, mungkin
aku tak jadi kahwin minggu ni. Haih!
Tiba-tiba anak mataku
menangkap satu susuk tubuh tinggi lampai. Eh, tu bukan Ian ke? Aku terus bangun
dan mengejar lelaki tersebut.
“Yes, miss?” soal lelaki yang
bertopi Nike hitam.
“Sorry, sir. I thought you are my
friend.”Jawabku dan lelaki mat salih itu berlalu pergi.
Aku mengeluh kembali. Kat ceruk mana aku nak cari
Ian ni? Ataupun dia memang dah betul-betul melarikan diri ?
Aku melangkah
masuk ke dalam lot kedai Coffee Bean and Tea Leaf, kedai pertama yang aku masuk
tadi untuk mencari Ian. Aku ke kaunter untuk memesan minuman dan mencari tempat
duduk untuk menunggu minumanku siap. Anak mataku meliar memandang sekeliling
kedai yang sememangnya sesak dengan orang yang mempunyai pelbagai ragam. Aku
sudah berkira-kira untuk mengajak Auni balik selepas minumanku siap.
Aku mencuri
pandang ke arah seorang lelaki yang mejanya terletak berhadapan denganku. Wajahnya kelihatan terlindung di sebalik
hoodies yang ditarik sehingga menutup kepala.
“Teringin nak pakai tudung ke?”
Gumamku sendirian sambil memerhatikan telatah lelaki itu yang masih setia
membaca sebuah buku.
Aku tidak dapat
melihat wajahnya dengan jelas kerana dia sedang menundukan wajah ketika
membaca. Seolah-olah mendengar monologku, lelaki tersebut mengangkat wajah dan
anak mata kami bertembung. Aku terus berdiri.
“Awak ni kan, memang!” Ucapku keras
dengan nada suara yang cuba dikawal supaya tidak mengganggu para pelanggan yang
lain.
Hoodies yang tadinya
menutup kepala ditarik ke bawah. Sepasang anak mata kelabu cair itu menikam
wajahku.
“Awak tahu tak semua orang cari awak
since last 5 hours? What’s your problem actually? Everyone is worried for you!”
Tambahku lagi. Terasa darahku mendidih dan aku nampak Ian kelihatan semakin
mengecil di hadapanku. Ada jugak yang lebam bijik mata lepas ni!
“I don’t understand.”Jawab Ian tanpa
nada.
Aku sudah beristighfar
di dalam hati. Kenapalah mamat ni tak ada perasaan bersalah langsung? Dia ni memang spesies sejuk macam kutub utara ke?
“Awak tahu tak Jazmin dengan abang
Noah cari awak kat sini? Sampai 3 jam?”
Ian menggeleng. Riak
wajahnya masih sama. Boleh
tak aku nak cubit mamat ni sampai lebam?
"I waited for them but I can’t see them around. That’s why I stayed
here.” Ian beralasan.
“Why don’t you call them?” soalku
geram.
“My phone’s battery was dead.”
“Do you even know what is the
function of a handphone?” sindirku.
“To make a call, texting, and other
functions.”
Ya Allah,
kenapalah hamba Allah yang seorang ni macam ni? Aku sudah terasa mahu menangis.
Mataku mula terasa berair.
‘’ Why don’t you use a public
phone ? Or just take a cab and go home?”
“I don’t have any Ringgit Malaysia
with me. I just have my credit cards and cash in pounds.”
Aku pantas
menyeluk telefon bimbit dari dalam poket seluar dan mendail nombor Auni.
‘’Weyh, kau tolong datang Coffe Bean
sekarang sebelum lumat mat salih celup ni aku kerjakan.’’
Tidak lama
kemudian, Auni sampai. Mataku makin lama terasa makin panas. Janganlah paip air
mata ni pecah dekat sini pulak. Aku hanya mampu duduk dan aku lihat Auni sedang
bercakap dengan Ian. Wajah Auni kelihatan sangat serius. Telefon bimbitku yang
masih kupegang, diambil oleh Auni dan telingaku menangkap Auni bercakap dengan
Jazmin, memberitahu bahawa kami sudah berjumpa dengan abangnya yang sangat
bertuah ini.
‘’Jazmin dengan Angah dia on the way nak datang sini untuk fetch Ian. Kau
okay tak ni? Apasal muka kau merah?” Tegur Auni ketika kami bertiga duduk
menunggu di satu sudut.
“Aku rasa jantung aku macam nak
pecah. Kalau aku ada darah tinggi, memang dah terlantar dekat hospital.”
Jawabku dan wajah Ian yang masih kelihatan tenang kupandang dengan geram.
“Sabar, Iman. Aku tak rasa real
intention dia nak buat macam tu. Ni semua salah faham. Kau tarik nafas
slow-slow. Selawat banyak-banyak.’’Balas Auni dan sebelah tangannya memaut
bahuku dengan erat.
“Lagipun aku dah marah dia kaw-kaw
tadi. Kau jangan sesakkan lagi kepala kau. Yang penting sekarang, kita dah
jumpa Ian. Alhamdulillah.” Tambah Auni.
Aku hanya menangguk
sambil mengucap syukur di dalam hati. Jazmin dan Noah yang baru sampai, pantas
mendapatkan kami. Jazmin terus memelukku dan aku dapat lihat Noah bercakap
sesuatu dengan Ian. Riak wajah Noah yang sebelum ini kelihatan tenang, berubah
menjadi serius.
“Thanks a lot, kak Iman, kak Auni.
We’re really sorry to trouble kakak-kakak.” Ucap Jazmin.
“No worries, dik. Yang penting kita
dah jumpa Ian.” Balas Auni.
“Alhamdulillah. I think, we better
make our move now. Lagipun
dah nak Maghrib ni. Again, thanks
a lot ladies.’’ Tambah Noah sambil tersenyum.
Ian bangun dan
menggalas beg galas hitamnya.
“I’m truly sorry. I didn’t mean to
make things happened like this.” Tutur Ian perlahan.
Aku hanya mendiamkan
diri. Aku ingat mamat ni tak reti langsung nak mintak maaf. Wajah Ian kupandang
dan baru aku perasan yang riak wajahnya kelihatan serba salah.
Malam esoknya, apabila Angah baru sampai di rumah, sempat lagi aku menangis dan mengadu.
‘’Iman tak nak kahwin dengan mamat sengal macam tu.’’ Aduku dan lengan
Angah kutarik-tarik.
‘’Mulut tu, jangan merepek boleh
tak ? Tengah hari esok awak dah nak bernikah tau. Nak kena gulai dengan
mama?” Balas Angah sambil berbisik.
“Iman rela kena gulai. Iman tak nak
kahwin dengan mamat ais ketul batu tu.”
‘’Iman, jangan main-mainlah,dik.
Jangan dilayan sangat perasaan tu. Kan Ian dah explain yang apa dah jadi
semalam tu salah faham je.’’
‘’Fine. Angah pun dah tak sayang
Iman.’’
“Sebab sayanglah Angah buat macam ni.”
Wajah Angah yang
sedang tersengih kupandang. Geram betul bercakap dengan abang yang suka sangat
loyar buruk.
“Trust me, Ian is a good guy.”
Tambah Angah.
“Based on what basis? Malaysian Law?
British Law? Act of Parliament? Or common law?”
Angah sudah tergelak-gelak.
“Based on Isyraf Adam’s Law.”
Aku sudah
mencebik.
“Iman, pergi tidur. Dah pukul 11
lebih ni. Bakal pengantin mana boleh tidur lewat. Nanti mama tolong pakaikan
beg plastik dekat tangan dengan kaki supaya inai tu tak kena bantal dengan cadar
bila tidur nanti.’’ Ucap opah.
‘’Iman, pergi tidur, opah dah bising
tu. And, enjoy your last moment being called a ‘cik’.’’ Usik Angah.
Pantas aku memukul
lengannya.
“Iman, habis lengan Angah kena inai
Iman!”
Aku ketawa puas hati
tetapi tidak lama kerana kemudiannya mama pula membebel memarahi aku.
******************************
Awal-awal pagi lagi,
sanak saudara daripada kedua-dua belah mama dan papa sudah datang
berkumpul. Banglo dua tingkat milik
keluargaku ini sangat meriah. Tambahan pula kami tidak selalu berkumpul
ramai-ramai begini kecuali ketika hari raya.
“Mak andam datang pukul berapa,
Iman?” soal mak su.
“Dalam pukul 10 macam tu.”Jawabku
sambil anak mataku membaca kiriman pesanan ringkas Jazmin.
Menurut Jazmin, Ian
memang kena kurung di rumah. Agaknya takut mamat tu lari lagi. Malam tadi, sebelum tidur, aku sempat
menghantar pesanan ringkas kepada Ian, mengingatkan bahawa dia perlu berlatih
menyebut lafaz akad dalam bahasa Melayu.
Tiba-tiba
handphoneku berbunyi dan tertera nama ‘Mat salih celup’.
“Assalamualaikum. Iman, are you sure you want me to say out the
akad in Malay?”
Aku sudah menepuk
dahi. Dia ni kan, pagi-pagi indah ni dia dah nak buat drama kahwin paksa.
‘’Yes, sure. Very sure. Mr. Ian, awak tu orang Melayu tau. Jangan nak mengada
sangat.”
“But…”
“No. That’s why you need to
practice. Practice makes perfect.”
Hah, kan watak ibu
tiri Cinderella dah keluar. Ian senyap.
“Okay.”
Aku meletakkan Nokia
merah itu di atas meja.
“Kenapa, Iman? Cik abang awak nak
apa?” Soal kak Zira, anak sulung mak su.
“Dia tak nak lafaz akad dalam bahasa
Melayu.” Jawabku.
“Dah tu, dia nak guna bahasa apa?”
‘’French kot !’’
Kak Zira ketawa geli
hati.
“Habis tu, macam mana?”
“Beranila dia nak guna bahasa lain
selain bahasa Melayu.”
“Iman, awak ni dah macam bunyi ibu tiri Snow White tau.”
“Iman tak ada mirror, mirror on the
wall la, kak Zira. Wah, kalau
ada, memang seronoklah!”
‘’Hah, dah start la tu nak merepek yang bukan-bukan. Cik adik, pergi mandi. Dah pukul berapa
ni? Nanti bising mama tengok anak
dara dia still pakai baju tidur lagi.’’
“Baik, puan besar.”
Aku berlalu ke dalam
bilik dan meninggalkan kak Zira yang hanya mampu menggeleng melihat telatahku.
p/s : sorry lmbt post new entry. Selamat membaca! :)
dah lama tunggu,finally..!!thanks cik penulis(:
ReplyDeleteNape pendeknya????
ReplyDeletebest.. tapi tak puas baca...
ReplyDeletelambatnyer sambungannya.. tak sabar nak tunggu..
hai apa yang jadi eak masa majlis akad nikah..
dah tak sabar nak tunggu
best sgt...nak lagi!!!
ReplyDeleteBESSTTT!!! Cpt2 lah post next n3 ye :D
ReplyDeletethanks...xsabar nk bace next ep...yeay!!
ReplyDeleteuh!!!Pendeknya....x sempat nak ambik feel. anyway this story is best.
ReplyDeleteBest cter ni...baru jumpa kat PU2 ...terus marathon sampai bab 10 ... x sabar tgu next n3 ...keep it up!!
ReplyDeletebest cepatlah sambung tq ..
ReplyDeletebezla cite ni..kak penulis, sambung la cepat..!!
ReplyDelete