Bab 7
“Ada orang tu, rindu dekat cik abang
dia, hari-hari dia tengok cerita Merlin. Yalah, Merlin kan British drama,” Tudia,
lawyer pot-pet dalam rumah dah berbunyi. Aku yang sedang menonton Running Man,
malas mahu melayan karenah Angah yang tidak pernah penat mengusik.
“Dik.” Panggil Angah. Hujung
rambutku yang ditocang tua, ditarik-tarik.
“Apa?”
“Dik.”
“Eee, Angah ni kenapa?”
Wajah Angah yang
sedang tersengih itu kupandang dengan geram.
“Hari ni tak tengok Merlin lagi ke?”
“Angah jangan nak buat cerita
bukan-bukan ya. Mana ada Iman tengok Merlin hari-hari.” Dengusku geram.
“Eleh, seganlah tu nak mengaku. Eh,
cik abang awak tak ada call ke? Skype ke?”
“Angah ni busy body la. Macam polis
pencen.”
Angah ketawa
seronok. Haih, abang aku ni ! Kalau
marah pun, dia bukannya makan saman langsung.
‘’Dah seminggu kan ?’’ balas
Angah.
“Hmm..”
“Hmm, aje? Ala, Angah tahulah Iman
tengah menghitung hari nak kahwin. Ada lagi seminggu je.”
“Ha’ah.”
Pipiku ditarik kuat.
Earphone yang tadinya disumbat elok ke dalam telinga, kutarik keluar.
“Angah ni kenapa?” soalku, geram.
“Tak ada apa-apa, saja. Angah
peliklah Iman ni. Orang lain, kalau tengah dalam tempoh menghitung hari, mesti
dah nervous segala bagai. Ni Iman boleh bersuka ria tengok Running Man.”
“Habis, Angah nak Iman buat apa? Nangis melalak ? Tak pun lari pusing
keliling rumah ?’’
Angah sudah
tergelak-gelak. Pantas aku mencubit lengan Angah.
“Jom, kita main kejar-kejar macam
zaman kecik-kecik dulu nak?” soal Angah.
“Dah, jangan nak merapu, merepek kat
sini ya.” Jawabku.
“Iman, Angah doakan Iman bahagia
dengan Ian, dunia dan akhirat. Hari-hari Angah tak pernah lupa doakan untuk
adik Angah yang garang ni. Rasa tak percaya pulak budak kecik ni dah nak
kahwin.” Tutur Angah lembut sambil mengusap kepalaku dengan lembut.
Aku memandang Angah
yang kini tersenyum manis menyerlahkan barisan giginya yang tersusun rapi.
“Lepas ni, sunyilah Angah. Tak ada
kawan nak bergaduh, tak ada budak kecik yang boleh diusik sampai merah muka,
sampai keluar asap dari telinga.”
Tiba-tiba aku
terasa kedua-dua mataku berair. Eee, Angah ni kan ! Pagi-pagi dia dah nak
berdrama air mata dengan aku.
‘’ Mama suruh Angah kahwin, Angah
tak nak. Tak ready lah, perempuan
zaman sekarang scary lah, macam-macam alasan keluar.’’ Usikku, cuba menahan perasaanku yang sudah
bercampur baur.
‘’Tapi, kalau Ian pulak yang buli
Iman lepas ni, report je dekat Angah. Tahulah Angah nak ajar dia.’’
‘’Amboi, amboi. Garangya !’’
‘’Yalah, Iman sorang je adik Angah.
Mestilah Angah sayang.’’ Bahuku dipaut erat.
Haih, abang aku
ni. Sukalah buat aku terharu tiba-tiba. Seingat aku, walaupun kami selalu
bergaduh dari kecil lagi, Angah yang selalu menjaga aku. Dialah kawan baik
pertama aku. Aku ingat lagi, ketika Angah memasuki MRSM, beria-ria aku
menangis. Sampaikan demam panas selepas itu !Mungkin juga kerana jarak
umur kami yang agak rapat membuatkan aku lebih rapat dengan Angah, berbanding
dengan Along yang tua enam tahun daripadaku.
‘’Ni dua beradik ni, kenapa
pagi-pagi dah riuh ni ?’’ tegur Mama yang baru selesai berkebun di luar
rumah.
Aku dan Angah saling
berpandangan dan kami masing-masing tersenyum memandang Mama.
******************
Janggal! Itulah
perkataan pertama yang kusebut pada Angah. Aku mencuri pandang raut wajah Along
yang sedang memandu menerusi cermin pandang belakang. Angah yang duduk di
sebelah kerusi pemandu rancak berbual dengan Along.
“Appointment pukul berapa actually?”
soal Along.
“Pukul 10.30 pagi. Sorry susahkan
Along pulak kena temankan Iman.” Jawabku.
Sepatutnya Mama yang
akan menemankan aku untuk ke salun kecantikan di Sri Hartamas pagi ini tetapi
Mama perlu berjumpa dengan Nana berkaitan baju akad nikah nanti. Aku ingin
pergi sendiri tetapi Mama tak benarkan.
“Kenapa cakap macam tu? Iman kan
adik Along, mana ada susahnya.” Balas Along.
Aku diam,
mencerna bait-bait perkataan yang keluar dari mulut Along. Seingat aku,
hubungan aku dengan Along tidak begitu baik sejak Naim memutuskan pertunangan
kami. Segala kesalahan diletakkan di atas bahuku seorang.
‘’ Along dengan Angah tunggu Iman dekat kedai mamak hujung sana tu. Buat
spa segala bagai ni mesti makan masa berjam-jam kan?” ujar Along sebaik sahaja
kami bertiga keluar dari perut kereta.
“Sebab tu Iman nak pergi sorang-sorang. Sebab buat
benda-benda ni memang lama. Maybe
around 4 hours. Ni tak pasal-pasal Along dengan Angah kena tunggu Iman pulak.’’
Balasku.
“Jangan nak mengada, cik adik! Awak tu dahla tengah darah manis.”Sampuk
Angah. Aku mencebik dan Angah
menarik kuat pipiku.
“Nanti bila dah habis call Along ya.
Lepas ni kita nak pergi ambil barang-barang hantaran dekat butik pulak.” Tambah
Along dan aku hanya mengangguk.
*************
“Angah.”Bisikku sambil menyiku
pinggangnya.
“Apa main siku-siku ni? Tak nampak ke Angah tengah
sibuk dengan bunga telur ni ?”jawab Angah sambil tangannya cekap
memasukkan telur ke dalam kain net bunga telur.
‘’Along tu.’’ Tuturku perlahan sambil anak mataku tidak lepas memandang
Along yang sedang menyiapkan guest book hasil tangannya sendiri. Along
sememangnya seorang yang sangat kreatif.
“Kenapa dengan Along?” soal Angah
tanpa perasaan.
“Along tu pelik sangatlah.”
“Apa yang peliknya?”
“Peliklah.”
Angah turut sama
mencuri pandang ke arah Along yang kini sedang ralit menyiapkan hiasan bunga
yang diperbuat daripada gulungan kertas yang berwarna-warni.
“Normallah tu. Kan Along memang suka
benda-benda berseni ni.”Komen Angah bersahaja.
“Isy, Angah ni! Geramlah cakap dengan
Angah.”
“Geram-geram pun, Iman still cakap
dengan Angah jugak kan.”
Paha kanan Angah
kucubit. Lawyer yang seorang ni memang sangatlah loyar buruk!
“Iman pelik tengok Along yang
tiba-tiba berubah. Dulu dia bukan main marah lagi dengan Iman. Bercakap pun tak
nak. Tapi sekarang ni tiba-tiba pulak angin dia dah berubah.”Jelasku.
“Hah, boleh pun cakap terang-terang.
Kalau Iman masuk court, statement Iman yang tak jelas tu tak valid tau.”
“Jangan nak mengada sangat dengan
lawyer syndrome Angah tu.”
Angah sudah tergelak
kecil.
“Iman, patutnya Iman bersyukur tau.
Along sekarang dah tak macam dulu. Iman nak ke Along yang suka marah-marah
Iman? Tayang muka macam nak makan orang?”
Pantas aku menggeleng.
“Abang mana yang tak sayang adik.
Macam tu jugak dengan Along. Dia marah, bukan tak bersebab, Iman. Dia marah
sebab dia sayangkan adik bongsu dia ni. Along ingat bila Iman nak kahwin dengan
Naim dulu, dia rasa dia dah jumpa lelaki yang terbaik untuk Iman. Rupa-rupanya,
salah. Yalah, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang sedangkan Allah is
the best planner for us.” Angah berjeda seketika. Wajahku dipandang dengan
lembut.
“Bila Naim nak batalkan wedding
korang, Along terkejut sangat. Mungkin dia marah sangat dekat Naim sampaikan kemarahan dia tu terlepas
jugak dekat Iman. Mula-mula dia ingat Iman pun bersalah jugak dalam hal ni.
Iman tau tak Along ada jumpa Naim ?’’
‘’Hah ? Seriously ? Iman tak tahu pun.’’ Jawabku membuatkan
Angah tersenyum lagi.
“Along bagi sebijik kot dekat mamat
tu. Mesti lebam bijik mata model yang konon-kononnya hot tu. Dia siap warning
Naim supaya jangan kacau Iman lagi.”
Aku sudah terdiam.
Terkejut dengan apa yang Angah ceritakan sebentar tadi.
“Along pun ada jumpa Ian. Mesti Iman
tak tahu kan?”
Aku hanya senyap.
Manalah aku tahu. Aku ingat Along memang dah tak ambil peduli langsung.
“Along lega bila tengok Ian tu macam
mana. Mungkin dia lebih yakin dengan Ian berbanding Naim. Macam yang Angah
cakap, Along memang sayangkan adik bongsu dia ni.”
“Angah jangan buat cerita pulak eh.”
“Ya Allah! Nak buat cerita apa
pulak? Tak ada maknanya Angah nak kelentong Iman pasal benda-benda macam ni
walaupun Angah ni kaki kelentong.”
“Mengaku pun yang awak tu kaki kelentong.” Angah
hanya ketawa.
‘’Waktu sekolah dulu, Iman ingat tak
yang Along selalu kerjakan mamat-mamat nakal yang suka mengacau Iman ?’’
Aku terdiam seketika
dan mengangguk. Yalah aku selalu kena buli waktu sekolah rendah dulu. Memang
padan muka dengan budak-budak nakal yang kena warning kaw-kaw dengan Along. Nak
harapkan Angah, dia dulu dah cabut lari sebab takut. Tapi, bila Along dah masuk
RMC selepas PMR, aku rasa bodyguard aku dah hilang.
“Nasib baik Along ada. Nak harapkan
Angah, dia dulu lari macam tak cukup tanah.”
“Bukan lari, tapi tak nak timbulkan
masalah.”
“Yalah tu.” Anak mataku ralit
memerhati telatah Along yang masuh khusyuk menyiapkan guest book sedari tadi.
Tiba-tiba hatiku berasa sebak.
Aku bingkas bangun dan
duduk bersila di hadapan Along. Wajah tenang Along kupandang dengan perasaan
yang bercampur baur.
“Kenapa Iman?” soal Along.
Aku hanya
menggelengkan kepala. Terus aku memeluk Along dan mataku mula berair.
“Terima kasih banyak-banyak, Along. Iman
mintak maaf sangat-sangat.”Tubuh Along kupeluk erat dan terasa sepasang tangan
Along menggosok-gosok belakang tubuhku.
“Lah, ni kenapa bakal pengantin buat drama air
mata ni? Rindu sangat dengan cik abang awak yang jauh di mata tu ke ?’’
Usik Along.
‘’Along ni ! Orang tengah sedih, dia boleh buat lawak sengal pulak.’’
Along hanya ketawa dan
kepalaku diusap lembut.
“Alamak, Along!” Tanpa sedar aku
sudah terjerit.
“Kenapa pulak ni?”
“Petang ni Iman kena jumpa dengan
Auntie Julia. Ya Allah, macam mana boleh lupa ni? Ni semua Angah punya pasal!”
“Angah pulak. Awak tu yang dah
nyanyuk macam nenek-nenek, salahkan Angah pulak!”Jerit Angah.
“Dah, dah. Iman naik dulu, lepas
Asar ni nak kena pergi rumah Auntie Julia.”Kelam-kabut aku bangun dan berlari
ke tingkat atas.
“Iman, jangan lari!”
Hah, kan dah kena
marah dengan mama pulak!
p/s : sorry new entry lambat sebab sy baru je kebah dr demam :( Anyway, happy reading :D
Hehehe i always love your story..... Keep up the good work
ReplyDeleteThank you, Bellaameera :)
DeleteSiblings love. Sedih. :-( anyhow, keep up the good work,writer. Jaga diri ok. :-)
ReplyDeletetq for new n3....
ReplyDeletebest.. nk lg..