Bahagian
14
Mataku
terus terbuka dan tanganku terus spontan menekup mulut Benyamin yang tiba-tiba
menjerit. Aku membulatkan mata memandang Benyamin yang kini sudah menepis kuat
tanganku.
“Awak
ni dah kenapa nak menjerit pagi-pagi buta ni? Awak nampak ‘encik han’ ke? ”
Soalku sambil memandang wajah Benyamin yang kelihatan terkejut itu.
“Awak
tu lah yang kenapa. Macam mana awak boleh tidur sebelah saya ni pulak?”
Soalanku sebentar tadi dibalas dengan soalan juga.
“Kenapa?
Hello, mamai ke? Kan kita dah kahwin.” Jawabku sambil mengerutkan dahi. Dah lah
tiba-tiba menjerit, lepas tu boleh pulak tanya soalan kurang cerdik.
“Bukan
sepatutnya awak tidur dekat sofa sana tu ke?” Soal Benyamin lagi sambil jari
telunjuknya menunding kea rah sofa berangkai tiga.
“Kenapa
pulak? Kan saya dah cakap semalam, awak jangan terpengaruh dengan tema kahwin
paksa.” Jawabku berbau sindiran.
“Tapi…”
“Tak
ada tapi-tapi. Jom, solat Subuh sekali.”
“Hah?”
“Ya
Allah, saya nak share pahala free dengan awak ni.”
Perlahan-lahan
Benyamin bangun dan membawa langkah ke bilik air. Aku yang sudah duduk bersila
di atas katil, hanya memandang sambil menggelengkan kepala.
Suasana
di dapur riuh rendah dengan suara mummy dan ibu-ibu saudara yang lain. Dari
tingkat atas lagi hidungku dapat menangkap bau wangi kuetiaw goreng dan cucur
udang.
“Haa…pengantin
baru dah bangun. Awai bangun, Nuha?” Sapa mummy sambil tersenyum simpul.
“Mummy
ni, macam tak biasa pulak. Nuha kan memang jenis yang bangun awal.” Balasku
sambil tersengih.
“Malam
tadi, pengantin tak dan nak kena basuh periuk belanga pun. Malam ni kita kena
pakat ramai-ramai buat untuk depa ni.” Balas mak ngah pula.
Alamak,
nak kena gosok periuk belanga pulak ke? Zaman moden kan semuanya guna catering,
mana ada periuk belanga yang perlu dibasuh lagi.
“La
ni mana nak tonyoh bontot periuk belanga lagi, ngah. Zaman moden ni depa dok
guna catering ja. Tak dak nak susah-susah dah.” Sampuk mak su pula.
“Lagipun
tak dan depa ni nak merasa tonyoh bontot periuk. Pagi esok dah nak balik KL
dah.” Tambah mummy pula.
“Awat
lagu tu?” Soal mak ngah.
“ Ben
ada hal nak kena uruskan dekat sana, mak ngah. Lusa Ben nak kena attend meeting
penting. Tu yang tak boleh kat sini lama-lama. Nanti kita jumpa lagi untuk
majlis sebelah Ben hari Sabtu ni pulak.” Jawabku sambil tersenyum.
“Lagu
tu kaa. Busy betui Ben tu naa.” Balas mak ngah. Aku hanya tersenyum.
“Yalah,
ngah. Ben tu kan designer famous. Untung Nuha. Makin cantiklah Nuha lepas ni.”
Usik mak su.
“Mak
su, Nuha memang sentiasa cantiklah.” Usikku pula dan mak su ketawa kecil sambil
menepuk perlahan bahuku.
“Berkenan
betui mak su dengan Benyamin tu. Sedap mata tengok dia. Walaupun kaya, dia
sangat hormat dengan orang tua. Merendah diri pulak tu. Pandai arwah mak ayah
dia didik dia. Ben tak dak adik lelaki ka, tak pun abang ka?” Soal mak su
pulak.
“Ben
anak tunggal, mak su. Mak su ni macam ada plan special je?” Usikku dan mak su
ketawa.
“Manalah
tahu ada adik-beradik lelaki lain. Boleh buat menantu.” Jawab mak su, bergurau.
“Amboi,
pantas betui na. Seronoklah kalau Dina dengaq mak su nak cari jodoh untuk dia.
Dina tu memang dah tak sabaq nak kahwin.” Balasku.
“Mak
su gurau ja lah. Dina tu, kena habih belajaq dulu baru boleh nak kahwin.” Balas
mak su lagi.
“Mak
ngah tanya mummy hang tadi. Mummy hang habaq yang Nuha sebelum ni jadi lawyer
arwah mak ayah Ben. Betui ka?” Soal mak ngah pula.
“Ha’ah,
mak ngah. Nuha yang uruskan amanah peninggalan orang tua Ben. Sekarang ni pun
Nuha still jadi lawyer Ben jugak.” Jawabku.
“Kiranya
Nuha kenal Ben dari situ lah?”Soal mak ngah.
Aku
angguk. Dalam hati dah mula gelisah sebab aku boleh rasa yang mak ngah mungkin
akan mengorek lebih dalam lagi bagaimana aku dan Benyamin boleh berkahwin. Ini
bahaya! Cepat, aku perlu cabut lari dari kawasan dapur ini.
“Ceritalah
sikit dengan mak ngah macam mana hangpa dua orang kenai dan lepas tu kahwin?”
Soal mak ngah.
Aku
menelan liur. Alamak! Nak jawab macam mana ni? Nak cerita perkara sebenar ke?
Aku takut mummy dan dua orang mak sedara aku ni pengsan terkejut pulak nanti.
Dah tu, apa aku nak kelentong ni?
“Sayang!”
Aku
pantas menoleh ke arah suara yang tiba-tiba menjenguk ke kawasan dapur. Bantuan
tiba tepat pada masanya.
“Kenapa,
Ben? Tak boleh berpisah sekejap dengan Nuha ye?” Usik mummy tiba-tiba,
membuatkan wajahku terasa panas. Isy, mummy ni.
“Mummy,
nak pinjam Nuha sekejap boleh?” Pinta Benyamin sambil tersenyum ke arah mummy.
“Awat
tak boleh pulak? Pinjam lama pun tak pa.” Balas mummy, masih dengan senyumannya
yang tak pudar-pudar.
Aku
pantas mengikut Benyamin ke ruang tamu yang turut meriah dengan sanak saudara
yang lain.
“Thank
you. Awak sampai right on time.” Tuturku membuatkan dahi Benyamin berkerut.
“Thank
you? For what?” Soal Benyamin.
“Ala,
cakap je lah you’re welcome. Susah sangat ke?” Ujarku, tidak menjawab
pertanyaan Benyamin.
“Anyway,
kita ada main thing yang kita kena sort out as soon as possible.” Balas Benyamin.
“What is that?” Soalku.
“Kita
kena form mutual answers on how we meet, how long has we known each other, how
do we fall in love and stuffs like that. Tadi pun Amir tanya macam-macam.”
Jawab Benyamin.
“Then,
awak jawab apa?” Soalku pantas.
“Jawab
je lah apa yang patut.” Jawab Benyamin selamba.
“Eh,
kalau tak sama dengan apa yang saya cerita macam mana?” Soalku lagi.
“So
far sama. Just further questions la yang kita kena aware. Sebab tu, kita kena
form mutual anwers.” Jawab Benyamin.
“Tak
boleh ke kita bagitahu benda yang sebenar je?” Soalku dan Benyamin terus
terdiam lama.
**********************
“Kenapa
tak naik Airasia je? Kan lagi jimat. Bukannya long hours flight pun. Setakat
nak balik dari Langkawi ke KL je pun.” Komenku sambil melabuhkan duduk di atas
kerusi bersebelahan dengan Benyamin. Tali pinggang keselamatan terus kupasang.
“Saya
tak biasa naik Airasia. I prefer MAS.” Jawab Benyamin.
“Okeylah.
Tapi, perlu ke sampai nak amik business class ni? Economy class pun dah okey
sangat.” Balasku lagi sambil memerhatikan ruang kabin kelas perniagaan yang
sememangnya lagi besar dan selesa berbanding kelas ekonomi. Tapi, kalau setakat
untuk penerbangan yang memakan masa kurang satu jam, aku rasa seperti membazir
duit pula.
“I
need some privacy. We both need our privacy. Lagipun, economy class is quite
packed with lots of other passengers.” Jawab Benyamin.
“Such
a spoil kid.” Komenku perlahan.
“Sorry?
Say it again.” Terus Benyamin menoleh ke arahku sambil menghadiahkan satu pandangan
yang tajam. Isy, dia dengarlah pulak.
“Nothing.”
Jawabku pantas.
Beberapa
orang pramugari dan pramugara MAS tersenyum memandang ke arah kami berdua.
Ruang kelas perniagaan ini tidak penuh memandangkan ada beberapa tempat duduk
yang kosong.
“Welcome
aboard newlyweds. Mr Benyamin, congratulations on your wedding.” Tegur seorang
pramugari dengan ramah sambil tersenyum mesra ke arah aku dan Benyamin.
“Thank
you.” Jawab Benyamin pendek.
“You
look so lovely, madam.” Ujar pramugari yang bernama Intan itu kepadaku pula.
“Thank
you. You look lovely too.” Balasku dan Intan tersenyum lagi.
“Please
enjoy the flight. If anything, panggil je kami ye.” Pesan Intan sebelum
berlalu.
Aku
pandang Benyamin yang kini sedang menatap skrin tabletnya. Takkan tak tahu kena
padamkan semua peralatan elektronik sebelum kapal terbang nak berlepas.
“Famous
sangat ke awak ni?” Soalku kepada Benyamin membuatkan dia terus mengangkat
wajahnya.
“Awak
rasa?” Soal Benyamin kepadaku pula.
“Okeylah,
awak lagi famous daripada Pak Chaq jiran sebelah rumah saya. Sebab saya rasa
kalau Pak Chaq naik first class pun, cabin crew tak tahu nama Pak Chaq.”
Jawabku bersahaja.
“Okay,
that’s funny!” Ujar Benyamin tiba-tiba.
Eh?
Pulak!
Sebaik
sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelihatan
Muaz sudah menunggu kami berdua. Nasib baik Muaz yang datang menjemput dan
bukannya Tengku Fiqrash memandangkan Tengku Fiqrash sudah pulang ke Kuala
Lumpur selepas tamat majlis resepsi di Langkawi. Kalau Tengku Fiqrash yang
datang menjemput, aku lebih rela balik naik teksi daripada duduk satu kereta
dengan mamat ketul ais batu itu.
“Encik
Benyamin, Puan Nuha. Apa khabar?” Sapa Muaz sambil tersenyum hormat.
“Alhamdulillah.
Awak apa khabar, Muaz?” Sapaku pula memandangkan Benyamin hanya menganggukkan
kepalanya kepada Muaz tanpa mengeluarkan sebarang suara. Senyum pun tak. Hai,
kesiannya Muaz dapat bos yang ‘sejuk dingin’ macam Benyamin.
“Alhamdulillah,
saya sihat. Tahniah ya.” Balas Muaz.
“Terima
kasih, Muaz.” Balasku.
“Muaz,
kita singgah rumah saya dulu. And then, baru kita gerak ke headquarter.” Tutur
Benyamin.
“Baik,
encik.”
Sebaik
sahaja pintu utama rumah dibuka, aku sudah ternganga seorang diri. Biar betul!
“What’s
wrong with you? Nak masuk ke tak ni?” Soal Benyamin sambil memandangku dengan
pandangan yang pelik.
Aku
angguk sambil melangkah masuk. Bersihnya rumah mamat ni! Tak macam rumah orang
bujang langsung! Lagi aku terkejut apabila Benyamin memberitahu yang tidak ada
pembantu rumah di dalam rumah ini. Semuanya dilakukan sendiri oleh Benyamin. Aku
bergerak ke ruang tamu. Naik juling biji mataku memandang kusyen-kusyen kecil
yang tersusun kemas mengikut warna dan juga corak. Anak mataku sempat singgah
pada sebuah almari kaca yang menempatkan buku-buku di satu sudut. Ya, buku-buku
itu disusun mengikut saiz, warna dan juga abjad! Perpustakaan pun boleh kalah
kalau macam ni.
“Awak
kata awak tak hire maid untuk kemas rumah. So, awak yang kemas satu rumah besar
ni?” Soalku, tidak percaya.
“Yup.
Saya kan tinggal sorang je. So, bukannya bersepah sangat rumah.” Jawab
Benyamin.
“Pokok-pokok
bunga kat luar tu? Laman kat luar tu? Awak jugak yang jaga ke?” Soalku lagi.
“Yalah.
Bukannya susah sangat pun.” Jawab Benyamin sebelum berlalu ke tingkat atas.
Tinggallah
aku seorang diri di tingkat bawah. Aku masih dalam keadaan terkejut sambil
memerhatikan keadaan sekeliling rumah banglo tiga tingkat ini. Gila besar! Ni
kalau nak main jerit-jerit macam Tarzan pun boleh.
“Make
yourself home. I have an urgent meeting in another one hour. Tapi, saya kena gerak
pergi office sekarang. We’ll talk again malam nanti. One reminder, saya tak
suka keadaan rumah berselerak and messy.” Pesan Benyamin yang sudah menukar
pakaiannya sebentar tadi.
Belum
sempat aku bersuara, Benyamin sudah keluar. Isy, dia ni! Ingat aku ni robot
yang hanya menerima arahan ke? Apa aku nak buat sorang-sorang dekat dalam rumah
yang besar macam istana ni? Aku berdiri di tengah-tengah ruang tamu tingkat
bawah sambil mendongak ke tingkat atas. Nak bersihkan rumah ke? Macam tak perlu
sebab rumah ni dah bersih sangat. Rasanya, rumah sewa aku dengan Afiqah pun tak
sekemas ini. Sah, mamat ni jenis yang cerewet lagi banyak songeh.
Satu-satunya
yang aku boleh buat sekarang ialah melawat satu tingkat demi satu tingkat rumah
ini. Melampau tak kalau aku rasa aku boleh sesat dalam rumah ni? Aku mengatur
langkah ke ruang dapur yang bersaiz besar. Ruang dapur dipisahkan kepada dua
bahagian; dapur kering dan juga dapur basah. Sama seperti keadaan di ruang
tamu, segala perkakas memasak disusun dengan sangat rapi. Lantai dapur
tersangatlah berkilat.
Ada
sebuah bilik bacaan dan juga bilik solat di tingkat bawah. Ada sebuah bilik
membasuh pakaian dan juga tempat menggosok pakaian. Aku ke tingkat dua pula dan
kelihatan empat buah bilik di tingkat ini. Semua pintu bilik tertutup rapat dan
aku yakin bahawa setiap bilik tersebut merupakan bilik tidur. Aku melangkah ke
tingkat atas sekali dan sekali lagi aku berasa sangat kagum dengan dekorasi
rumah ini. Tingkat tiga ini mempunyai ruang yang besar dan lapang tanpa
sebarang bilik. Tingkat ini merupakan tempat kerja Benyamin memandangkan ada
sebuah meja kerja, beberapa almari kaca yang mempamerkan barangan keluaran A To
Z. Di atas meja kerja Benyamin, kelihatan timbunan kertas lakaran yang disusun
kemas.
Aku
turun semula ke tingkat bawah sekali dan duduk di ruang tamu. Aku mengeluarkan
tablet untuk menyemak email sebelum memikirkan apa lagi yang boleh aku lakukan
selepas ini. Mungkin aku boleh menyediakan hidangan makan malam untuk Benyamin
nanti. Aku masuk ke bilik solat untuk menunaikan solat Zohor terlebih dahulu.
************************
Aku
mengeluh melihat isi peti ais rumah ini. Harapkan peti ais je besar, rumah
besar, tapi dalam peti ais tak ada bahan-bahan yang boleh digunakan untuk
memasak. Yang ada cuma beberapa batang lobak merah, kiub tomyam, telur dan dua
biji timun. Aku teringat serbuk makanan laut yang kubawa dari Langkawi. Menu yang
boleh dimasak sekarang hanyalah nasi goreng tomyam. Hentam je lah!
Benyamin
tiba di rumah apabila jam menunjukkan hampir pukul 8 malam. Berkerut-kerut dahi
Benyamin memandang dua pinggan yang sudah terisi dengan nasi goreng tomyam.
“Awak
masak?” Soal Benyamin sambil melabuhkan duduk di hadapanku yang sudah menunggu
di meja makan.
“Tak
adalah, ikan dalam akuarium tu yang masak.” Jawabku selamba. Macamlah ada orang
lain lagi dalam rumah ni. Suka sangat tanya soalan tak berapa nak cerdik dia
tu.
“Boleh
makan ke ni?” Soal Benyamin lagi sambil memerhatikan pinggan yang berisi nasi
goreng tomyam itu.
“Amboi,
amboi. Dah namanya makanan, mestilah boleh makan. Don’t worry, saya tak letak
benda-benda pelik dekat dalam nasi goreng ni. Awak tak rasa lagi nasi goreng
ni. Kalau rasa sekali, mesti awak nak lagi.” Jawabku.
“Jom
makan.” Balas Benyamin pendek dan bangun semula untuk membasuh tangan dan
membawa dua set sudu dan garfu. Dia menadahkan tangan untuk membaca doa makan
sebelum menyudu nasi goreng ke dalam mulut.
Aku
turut menyudu nasi goreng ke dalam mulut sambil memerhatikan reaksi Benyamin
yang kini kelihatan tidak tentu arah itu. Tak sedap ke?
“Awak
letak apa dalam nasi goreng ni?” Soal Benyamin tiba-tiba. Aku lihat wajah
Benyamin sudah menjadi merah.
“Carrot,
kiub tomyam, telur dengan serbuk makanan laut.” Jawabku.
“Serbuk
makanan laut?” Soal Benyamin.
Aku
angguk dan kini aku berasa semakin pelik dengan pertanyaan Benyamin. Tiba-tiba
Benyamin terbatuk-batuk kuat seperti orang yang sedang tercekik. Dia memegang
tengkuknya sendiri. Aku kaget. Kenapa ni? Pantas aku bangun dan mengambil
segelas air. Benyamin meneguk air tersebut dengan rakus tetapi keadaanya masih
begitu. Dia kelihatan seperti susah untuk bernafas.
“Kenapa
ni? Apa yang dah jadi ni?” Soalku cemas dan Benyamin masih begitu.
“Kita
pergi klinik sekarang jugak.” Ujarku dan berlari ke ruang tamu untuk mencari
tudung.
Ala...x puas baca....nak lagi boleh...hehe...
ReplyDelete-Col-
ala...pendeknya...x puas baca....
ReplyDelete-nur-
nak lagi
ReplyDeleteBest..alahan ke..??
ReplyDeletebest....
ReplyDeletemesti dia pickyeater
ReplyDeleteAlahai,bru nk melepaskn rndu..smbung lg cik writer..best gle
ReplyDeleteLama menanti... akhirnya ada jgk sambungan... tq. .. nk lg
ReplyDeletesalam yumi..
ReplyDeletepls reply email akak asap ya..
redskat7@gmail.com tq