Bahagian 15
Kelam-kabut
aku menyarung tudung di ruang tamu dan berlari semula ke ruang makan untuk
mendapatkan Benyamin yang masih terbatuk-batuk.Kulit wajahnya yang putih bersih
sudah bertukar menjadi merah padam.Aku agak mungkin dia sukar untuk bernafas.
“Jom, kita kena gerak pergi hospital
sekarang jugak!”Aku memapah Benyamin untuk melangkah keluar dari rumah.
Alamak, macam mana nak pergi
hospital ni? Kereta aku bukannya ada kat sini.Aku pandang Benyamin yang sedang
berdiri bersandar di tepi pintu masuk.
“Kunci kereta mana?”Soalku.
Benyamin tidak mampu bersuara dan
hanya menunjukkan poket seluar khaki yang sedang dipakainya kepadaku. Erk!
Takkanlah aku yang nak kena seluk poket seluar mamat ni pulak? Aku sudah
teragak-agak memandang Benyamin yang sedang berkerut menahan sakit yang aku
sendiri tidak tahu.
“Sorry, saya tak berniat langsung
nak ambil kesempatan dekat awak but this is really emergency.” Aku terus
menyeluk poket seluar Benyamin untuk menarik
keluar kunci kereta. Aku memapah Benyamin masuk ke dalam kereta dan
terus memecut laju ke Hospital Ampang Putri.
“Ada makan seafood ke tadi?”Soal Dr.
Ahmad yang sedang menulis sesuatu pada sekeping kad.
Benyamin yang sedang terbaring lemah
di atas katil menghalakan pandangannya ke arah aku. Eh, aku yang nak kena jawab
ke?
“Makanan tu bukanlah directly
seafood.Cuma ada serbuk makanan laut je.”Jawabku.
“Serbuk makanan laut je?”Sindir
Benyamin perlahan.Terus aku berpaling ke arah Benyamin sambil mengetap bibir.
Eh, dia ni! Tak padan dengan tengah sakit.
“Puan, Encik Benyamin ni ada allergy
dengan makanan laut.Apa-apa sahaja yang mengandungi seafood, dia tak boleh
makan. Even serbuk makanan laut pun tak boleh.”Beritahu Dr. Ahmad.
Aku terus memandang Benyamin dengan
rasa bersalah yang amat sangat. Manalah aku tahu mamat ni alergik dengan
makanan laut. Kalau mummy tahu aku buat macam ni dekat suami sendiri, mahunya
aku kena bebel satu malam.
“Sorry, saya tak tahu.” Ucapku
kepada Benyamin.
“Tunggu sekejap sampai tiub air ni
habis. Lepas tu, boleh ambil ubat dekat kaunter. Malam ni, encik Benyamin
rehatlah secukupnya. Puan pun, kena berhati-hati lain kali ya.”Pesan Dr. Ahmad
lembut sebelum dia berlalu.
“Insya-Allah.Terima kasih, doktor.”Balasku
dan dibalas dengan senyuman Dr.Ahmad.
Kini tinggallah aku dengan Benyamin
sahaja di situ.Tiba-tiba suasana menjadi bisu antara kami.
“Saya minta maaf sangat-sangat.Saya
tak tahu langsung yang awak allergic dengan seafood.”Tuturku perlahan dengan
rasa bersalah yang amat sangat.Takut betul aku tadi. Alhamdulillah, nasib baik
tak jadi apa-apa dekat Benyamin.
“Sakit lagi ke?”Soalku memandangkan
Benyamin hanya mendiamkan diri.
“I am okay, don’t you worry.” Jawab
Benyamin perlahan.
“Gila saya tak risau!Saya ingat awak
dah nak ‘jalan’ dah. Kita dahlah baru tiga hari kahwin.”Aku mula membebel.
“Allergik je lah.Tak ‘jalan’ pergi
mana-manalah.”Balas Benyamin tanpa perasaan.
“Manalah saya nak tahu awak sakit
apa. Yalah, dah macam orang sesak nafas je saya tengok. Lain kali kalau ada
allergik, bagitahulah awal-awal. Awak ada allergik apa lagi yang saya tak tahu
ni?” Soalku sambil bercekak pinggang.
“Ada satu lagi yang saya allergik.”Jawab
Benyamin sambil anak matanya tajam memandang wajahku.
“Allergik apa?”Soalku lagi.
“Allergik dengar orang bercakap tak
berhenti macam awak sekarang ni. Sakit telinga saya.” Jawab Benyamin selamba.
Aku pandang Benyamin dengan rasa
geram yang berbaldi-baldi. Hampeh punya orang!
***************************
“Serius, tak ada paksaan untuk
tinggal satu rumah dengan saya kalau awak still nak stay satu rumah dengan
Afiqah macam biasa. It’s fine with me.” Ujar Benyamin serius.
“Saya nak tanya awak satu soalan.”
Aku pandang wajah tidak berperasaan Benyamin dengan geram. Tak habis-habis
dengan tema kahwin paksa dia tu!
“Sure.”
“Saya kahwin dengan siapa sebenarnya
ye?”
“Hah? Apa jenis soalan macam tu?”
“Jangan banyak bunyi. Jawab je lah
dulu.”
“Dengan saya lah.”
“Hah, tahu pun! Saya ingatkan awak
rasa macam Afiqah tu yang jadi suami saya.”
“Kenapa pulak cakap macam tu?”
“Yalah. Dah awak asyik suruh saya
duduk satu rumah dengan Fiqah. Kan tempat seorang isteri di sisi suaminya.”
Benyamin terus terdiam sambil
memandangku tidak lepas. Nak sangat lawan cakap dengan aku kan. Ini Nuha Dhamia
kot.
“Fine. Before that, saya nak explain
certain rules dalam rumah ni.” Benyamin kembali bersuara tegas semula.
“Rules apa pulak ni? Rumah awak ni
bukannya asrama penuh kan? Ke awak teringin nak merasa jadi warden?”Sindirku.
“First and foremost, saya tak suka
keadaan dalam dan luar rumah bersepah-sepah.” Tutur Benyamin tegas, tidak
mempedulikan sindiranku.
“Secondly, apa-apa pinggan mangkuk
kotor dalam singki tak boleh dibiarkan lebih daripada 10 minit. Singki tu kena
bersih. Toilet satu lagi. Lepas dah guna kena make sure bersih.”
Aku terus membulatkan biji mata,
ingin memprotes tetapi Benyamin pantas menyambung ‘undang-undang rumahnya’ yang
ketiga pula.
“Kasut tak boleh dibiarkan
bertaburan kat atas lantai. Kena susun elok-elok dalam almari. Jarak antara 1
pair shoes dengan the next one must be in 10 mm.”
Mataku sudah menjadi semakin bulat.
Betul ke apa yang aku tengah dengar ni? Ada jugak manusia macam ni rupanya!
“Kereta pun, parking dengan kemas. Jangan
senget-senget. Lepas tu, pasal bilik tidur.” Benyamin berjeda seketika sambil
wajahku ditatap semula.
“Awak boleh tidur satu bilik dengan
saya or dekat mana-mana bilik yang awak suka. Up to you. Your choice. Kalau
saya suruh tidur bilik asing-asing, mesti awak nak sindir-sindir saya
lagi.”Sambung Benyamin sinis.
“Saya sindir benda yang betul. Kita
hidup berumah tangga ni kena saling tegur-menegur, ingat-mengingati. Barulah
rumah tangga harmoni, aman damai dan diberkati Allah.” Balasku selamba.
“Yalah, kak Nuha. Kalau akak nak
terus berceramah, sila lah guna medium youtube. Buatlah vlog sendiri. Saya dah
penat satu hari ni, nak masuk tidur. Akak nak tidur kat mana-mana, terpulang.” Balas
Benyamin malas.
Aku mengetap bibir memandang
Benyamin yang sudah berlalu ke tingkat dua. Akak dipanggilnya aku? Ikut sedap
mulut dia je. Aku tahulah aku lahir ke dunia setahun awal daripada dia. Such a
clean freak!
*************************
Lepas selesai bilal melaungkan azan
dari surau yang berdekatan dengan rumah, Benyamin terus lesap. Apabila aku
mencelikkan mata, Benyamin sudah tiada di sebelah. Takkan selepas Subuh dah
pergi kerja kot?
Aku turun semula ke tingkat bawah
untuk menyediakan sarapan. Pembakar roti dikeluarkan dari dalam kabinet. Nasib
baik ada roti dengan telur. Harapkan rumah aje besar tapi barang-barang dapur
tak lengkap. Aku mengeluarkan cerek elektrik dan memasak air panas.Dua biji
telur yang sudah dibasuh dipecahkan ke dalam mangkuk dan dipukul sehingga
kembang. Secubit garam dan juga lada sulah beserta sedikit mayonis diletakkan
ke dalam mangkuk yang berisi telur.
“Pagi ni saya nak kena pergi office
balik. Actually bukan saya je, both of us kena pergi.” Tiba-tiba kedengaran
suara Benyamin dari arah belakang.
“Oh nenek hang!” Aku terus melatah,
terkejut! Nasib baik mangkuk kaca tak terlepas dari pegangan. Macam mana mamat
ni ada kat dalam rumah balik? Bila dia balik? Tiba-tiba telingaku menangkap
gelak tawa Benyamin.
“Kuat melatah rupanya awak ni. Macam
orang tua-tua.” Komen Benyamin dengan gelak yang makin bersisa.
Ceh! Kurang asam jawa betullah! Dia
tu yang dah macam hantu. Sekali pandang ada. Pandang sekali lagi dah tak ada.Lepas
tu, ada balik. Dia ni gerak guna kaki ke atau guna sayap?
“Kejap! Kenapa saya kena pergi
office awak pulak? Kan saya nak pergi rumah sewa saya hari ni. Nak ambil
barang-barang saya dengan kereta saya dekat sana.” Ujarku apabila tawa Benyamin
reda. Mummy pesan, pagi-pagi tak elok marah. Nanti rezeki lari. Jadi, aku malas
nak layan si Ben ni.
“Pagi ni ada reporter datang. Sorang
dari press company and another one from majalah. They want to do a simple
interview and stuff like that. Mestilah awak kena ada sekali.” Jawab Benyamin
dan menarik salah sebuah kerusi keluar dari meja makan. Dia melabuhkan duduknya
di situ.
“Kenapa pagi ni baru nak bagitahu? Kenapa
tak cakap semalam?” Soalku tidak puas hati. Dia ni suka buat perancangan,
keputusan ikut kepala otak dia yang selalunya tak berapa nak lurus tu.
“Sebab semalam lupa. Tadi baru saya
teringat. Sekarang ni kan saya tengah bagitahu awak. Why are you making such a
big fuss on it? Simple interview je pun.”Balas Benyamin selamba. Tangannya
mencapai gelas dan menuang jus oren yang terletak di atas meja makan.
Aku ketap bibir lagi. Geram
sungguhlah bercakap dengan orang tak ada perasaan ni! Ada
jugak yang nak kena baling dengan sudip kayu ni agaknya.
“Simple interview je? Nak cerita
perkara yang sebenar ke? For sure we’ll be on all newspapers tomorrow. Of
course, malam ni akan heboh dekat Facebook, Twitter awak tu.” Sindirku.
“Chill, Nuha. It will only be a
simple interview. I will handle everything. Awak just follow je. It’s easy.”
Balas Benyamin tenang.
Aku mengeluh. Untuk orang yang
selalu berhadapan dengan media seperti dia, memanglah senang! Untuk orang yang
tak popular macam aku ni? Mahu ketaq kepala lutut!
“Besides, awak kan dah biasa bercakap?
Keluar masuk court, jumpa client. Shouldn’t be a big problem for you.” Tambah
Benyamin lagi.
Aku menarik nafas. Aku tak tahulah
mamat ni bercakap begitu sebab nak sedapkan hati aku atau nak sakitkan hati
aku. Aku rasa macam lebih kepada pilihan yang kedua tu je.
“Pukul berapa kita nak gerak?”
Soalku sambil tangan lincah meletakkan scramble eggs yang sudah dimasak di
dalam mangkuk. Roti yang sudah siap dibakar juga diletakkan di dalam pinggan.
Pinggan tersebut kuletakkan di atas meja makan.
“8.30 a.m.” Jawab Benyamin sambil
mencapai sekeping roti bakar.
Aku terus berpusing memandang jam
dinding. Gila! Sekarang ni dah pukul 8.00 pagi! Mamat ni memanglah!
“Oh, ya! Please pakai baju yang saya
letak dekat dalam wardrobe tu.” Pesan Benyamin yang seperti biasa berbunyi
seperti arahan.
“Kenapa pulak?” Soalku tidak puas
hati.
“Pakai je lah.” Jawab Benyamin
malas.
Memandangkan
aku cuma ada kurang dari 30 minit untuk bersiap, aku terus naik ke tingkat atas
untuk mandi daripada terus melayan Benyamin ‘berperang mulut’.
Selendang
half moon yang bercorak flora kecil-kecil berwarna merah jambu, kurapikan
kedudukannya di atas kepala. Aku pandang dress labuh yang sudah melekat di
tubuh badan sendiri. Tipulah kalau cakap tak cantik. Gabungan warna putih dan
merah jambu kelihatan sangat sejuk dan manis mata memandang. Rekaannya ringkas,
menarik dan yang penting menutup aurat. Cuma satu yang aku musykil. Macam mana
mamat sejuk beku tu boleh tahu saiz aku?
Sewaktu
aku turun ke tingkat bawah, Benyamin sudah berada di ruang tamu. Dia sedang
berbual dengan seseorang melalui telefon. Entah-entah Tengku Fiqrash tak? Isy,
mintak jauh!
“Ready?
Jom!” Ujar Benyamin sebaik sahaja menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket
seluar.
“Kejap.
Satu soalan. Mana awak tahu saiz saya? This dress fits perfectly on me.”
Ujarku. Benyamin yang tiba-tiba tersenyum meleret itu kupandang dengan rasa
pelik. Dia ni dah kenapa pulak?
“Mrs,
I am a designer. Lupa ke? Of course for a designer like me, seeing you a few
times are more than enough for me to guess your body measurements.” Jawab
Benyamin selamba.
Aku
terus membulatkan mata sambil menyilangkan kedua-dua belah tangan ke dada.
Gila!
“Pervert!”
Ujarku perlahan tetapi aku yakin yang Benyamin mendengar memandangkan dia sedang
ketawa kuat.
“Cik
kak, awak ni lurus bendul jugak rupanya. Senang kena kelentong eh? Saya kan
design kasut, handbags. Bukannya baju. Mestilah saya tak tahu nak agak saiz
awak macam mana.” Balas Benyamin, serius.
Haah,
kan! Aku ni pun satu hal jugak. Buat malu je tadi. Dahlah panggil dia pervert
pulak tu.
“Tapi,
macam mana awak tahu pasal saiz baju ni?” Soalku semula.
“Kak
Iman yang bagi saya measurement awak. Measurement tu saya hantar dekat one of
my friends in this fashion industry. Dia tu memang designer pakaian.” Jawab
Benyamin.
“Lelaki
ke perempuan?” Soalku lagi.
“Perempuan.”
Jawab Benyamin.
Aku
terus menarik nafas lega.
“Any
more questions?” Soal Benyamin dan aku terus menggelengkan kepala.
****************
Sebaik
sahaja kaki melangkah masuk ke dalam bangunan A To Z, berpasang pasang anak
mata memandang kearah aku dan Benyamin sambil tersenyum meleret. Tidak tahu
untuk memberi sebarang reaksi, aku turut tersenyum sama. Aku pandang Benyamin
yang hanya menayang riak wajah yang tidak berperasaannya seperti selalu.
‘Hai, nasib koranglah dapat bos yang
tak berapa nak mesra alam macam mamat ni’ Sempat lagi aku membebel di dalam
hati sambil mengikut Benyamin yang sudah bergerak ke arah lif.
“Mengutuk dalam hati pun berdosa
tahu.”Ujar Benyamin sebaik sahaja kami berdua sudah berada di dalam perut lif.
Terus aku berpaling ke arah Benyamin.Terkejut! Mamat ni spesies manusia ke
alien? Takkan suara hati aku pun dia boleh dengar?
“Mana ad akutuk.”Jawabku tenang.
“Dahtu, yang mulut bergerak-gerak tu
kenapa?”Soal Benyamin. Wajahku dipandang tepat. Isy, dia ni! Dahlah mata tajam,
pandang orang pun tajam.
“Saja, pagi-pagi macam ni nak exercise otot muka.”
Jawabku selamba dan terus keluar dari lif sebaik sahaja pintu terbuka.
“Good morning, bos, puan. Wah, puan
nampak cantik sangat pagi ni.” Teguran Muiz membuatkan aku tergelak kecil. Di
dalam hati, aku kagum dengan kesabaran Muiz ketika bekerja dengan Benyamin.
Perangai bos dengan setiausaha macam langit dengan bumi.
“Muiz, awak selalu dengarkan yang
kecantikan seseorang itu timbul daripada kecantikan pakaian yang dipakai. The
same theory applies to her.” Sampuk Benyamin sambil menjeling ke arahku.
Aku dan Muiz saling berpandangan
antara satu sama lain. Mak aii, mulutdia! Aku cabai dengan cili api baru dia
tahu.
“Bos, dorang dah call tadi. Dalam 15
minit lagi dorang sampai. Kita akan start dengan reporter newspaper dulu follow
by those from Pengantin magazine.” Beritahu Muiz dengan sopan.
“Noted. Thanks anyway. Nuha, jom.”
Aku seperti mak turut, mengikut
sahaja langkah kaki Benyamin menuju ke arah bilik pejabatnya. Sebaik sahaja
terpandang sofa kulit yang terletak di satu sudut, terus sahaja ingatanku
menerawang. Teringat semula pertemuan pertama akudan Benyamin.
“Have a seat.” Ujar Benyamin dan aku
mengambil tempat berhadapan dengan Benyamin.
“Berapa ramai reporters yang akan
datang nanti?” Soalku.
“Not sure. Maybe around four.”Jawab
Benyamin.
“Petang ni saya nak pergi rumah
sewa.Nak amik barang-barang saya, nak amik kereta, nak jumpa Afiqah.”Ujarku danwajah tidak beriak
Benyamin kupandang semula.
“Sure.” Jawab Benyamin pendek.
“And saya nak minta izin nak pinjam
kereta awak. Don’t worry,saya seorang pemandu yang berhemah. Insya-Allah I
won’t leave a single scratch on your dear car.” Balasku.
“Lepas habis interview dengan dorang
harini, saya bawak awak pergi rumah sewa awak tu.” Balas Benyamin pula.
“Hah? Kenapa pulak?Bukan awak sibuk ke?”Soalku pelik.
“Harini tak sangat.”Jawab Benyamin.
Aku terus diam. Yalah, takkan nak membantah
pulak kan?
Elok
jugak aku tak payah nak pinjam kereta mamat ni yang ada kat rumah tu. Ada dua buah
lagi kereta, kedua-duanya kereta import mewah. Takut aku nak bawak. Tuannya seorang
tapi kereta sampai tiga buah. Membazir betul! Agak-agaknya, kalau aku lelong kereta
dia yang lagi dua bijik tu, dia mengamuk tak? Aku tersengih sendiri.
“Bos, reporters baru sampai.”
Beritahu Muiz yang baru sahaja melangkah masuk.
“Ajak dorang masuk.” Arah Benyamin
dan Muiz mengangguk sebelum keluar.
“Duduk dekat sebelah saya ni.”
Arahan Benyamin kini ditujukan kepadaku pula.
“Kenapa pulak?” Soalku tidak puas hati.
Yalah, set sofa ni kan ada banyak tempat yang boleh aku duduk.
“Kenapalah suka soal balik? Ikut je
lah. Sekejap lagi reporters tu nak masuk ke sini.” Jawab Benyamin.
Aku bangun dari tempat dudukku dan melabuhkan
duduk di sebelah Benyamin. Suka sangat mengarah. Mentang-mentanglah dia bos.
Tidak lama kemudian, Muiz masuk
kembali bersama-sama empat orang wartawan dari pelbagai syarikat surat khabar.
Mereka tersenyum hormat ke arah aku dan Benyamin. Benyamin menjemput mereka
semua duduk. Muiz berlalu keluar semula.
Temu bual bermula dengan sesi
perkenalan daripada setiap wartawan yang hadir. Saat ini perutku mula terasa
kecut. Yalah, di dalam kepala, sudah terbayang-bayang yang cerita kami ini akan
terpampang di dada akhbar. Pastinya akan kecoh suasana di pejabat aku nanti.
Aku toleh ke sebelah dan Benyamin kelihatan tenang menerima sebarang soalan
daripada pihak wartawan. Yalah, orang yang sudah biasa ditemu bual. Aku ni?
Selalunya aku yang menyoal orang.
“Kami nak tahu dan kami pasti ramai
sangat orang di luar sana nak tahu macam mana Encik Benyamin dan Puan Nuha
saling mengenali. Adakah ini cinta pandang pertama atau sebaliknya.” Soal
wartawan muda yang bercermin mata.
Ah, sudah! Sepatutnya Benyamin sudah
berjanji untuk membincangkan hal ini. Ni nak ‘goreng’ apa pulak ni? Aku pandang
Benyamin dan dia pandang aku. Adoi, kalau saling berpandangan macam ni, siapa
pulak yang nak jawab soalan tu?
“Sebenarnya saya bukan orang yang
percaya dengan love at first sight. Bagi saya, love at first sight tak adil
sebab kita tak berpeluang untuk kenal orang tersebut betul-betul. So, Nuha
bukanlah love at first sight tapi love at lots of sights.” Jawapan Benyamin
mengundang tawa para wartawan yang hadir.
“Nuha merupakan salah seorang peguam
keluarga saya. Setiap kali arwah mama dengan papa keluar untuk bertemu dengan
Nuha, saya pasti akan ikut sekali. Cuma, saya akan mengintai pandang dari
jauh.” Sambung Benyamin lagi dan wajahku dipandang.
Aku hanya tersenyum, mengiakan. Di
dalam hati, aku tidak henti-henti mengomel. Bila masa pulak dia ikut? Tak ada
pulak arwah mama dengan papa beritahu. Pandai betul mereka cerita yang tidak
ada.
“Bermula daripada perasaan kagum
dengan kebolehan Nuha, lama-lama bertukar rasa kasih, sayang. She’s a wonderful
person.” Tambah Benyamin. Sungguh, aku mahu ketawa saat ini. Pandai betul dia
menambah perasa cerita!
“Wah, beruntung Puan Nuha! Tentu
peminat-peminat Encik Ben di luar sana akan berasa sangat cemburu. Puan Nuha pula
bagaimana?” Soal wartawan yang bernama Suraya.
Erk! Aku rasa seperti mahu tercekik.
Aku pun nak kena jawab jugak ke?
“Saya pun sebenarnya tak percaya
dengan love at first sight. Tapi perasaan tu mula develop bila saya mula kenal
siapa Benyamin yang sebenarnya.” Jawabku setenang dan seyakin yang boleh.
“Maksudnya, puan?” Soal Suraya lagi.
“Err…sebenarnya saya tak pandai nak
explain reason kenapa saya suka atau sayang seseorang tu. Sebab kadang-kadang
kita tak perlukan sebab untuk cintakan seseorang itu. Apa yang saya pasti, saya
mahu molekul-molekul cinta dan kasih sayang itu sentiasa berkembang dengan
banyaknya dalam kehidupan kami.” Jawabku. Wah, kalau adik-adik lelaki aku yang
tiga orang tu dengar, gerenti muntah hijau. Mesti tak sangka kakak depa yang
brutal ni dah boleh ada bau-bau bacang dengan Shakespeare.
“Aww…so sweet! Saya yang dengar ni
pun rasa macam nak cepat-cepat kahwin.” Usik Suraya dan disambut dengan
senyuman yang lain. Aku hanya tersengih lawa. Tolonglah, jangan Tanya apa-apa
soalan lagi dekat aku.
“Saya rasa, soalan daripada pihak
kami setakat ini sahaja. Mungkin rakan-rakan yang lain nak tambah apa-apa?”
Soal Rachel pula.
Yang lain-lain menggelengkan kepala.
Aku menarik nafas lega.
“Congratulations again. Both of you
really match each other. Such a lovely couple. Dengar cerita esok ada
post-wedding photo shoot dengan majalah Pengantin ye? Tak sabar kami nak tengok
gambar-gambar tu nanti.” Balas Rachel.
“Yup, tomorrow. Anyway, thanks for
coming jugak.” Balas Benyamin.
Kejap, kejap! Kenapa aku macam ada
dengar benda baru je. Photo shoot? Esok? Majalah Pengantin? Biar betul!. Aku
sudah pandang maut ke arah Benyamin yang buat-buat tidak memahami. Mamat ni
memang mengundang sungguhlah!
“Untuk penutup, kita nak tangkap
another picture. Hah, cara Puan Nuha pandang Encik Benyamin tadi pun boleh jadi
gambar yang cantik jugak.” Balas Suraya.
Hah? Cara pandang? Biar betul budak
ni. Itu bukan pandang sayang, tu pandang nak telan sebenarnya.
“Ready, okey. 1,2,3…”
Click!
Nasiblah kalau pandangan aku ke arah
Benyamin sudah seperti pandangan pembunuh bersiri.
hehe...pandang ala pembunuh bersiri???hehehe...sweet dalam caranya yg tersendiri... ;-)
ReplyDeleteHehehe. kan? kan? :D
Deletehahaha...comel betoi la...
ReplyDelete-nur-
Lama tak nmpk n3 ni. Best! Sama2 comel n sweet. Tak sabar nak tau smbungannya :D
ReplyDeletesweetnyerrr......lama dh tgu n3 nie...x sabar nk tgu smbungan cita nie...
ReplyDeletepandangan pembunuh bersiri? lol…sounds so thrilling…hahaha..a good one dear. can't wait for the next n3
ReplyDeleteBest hihihi..
ReplyDeleteble nk update lg??? harap2 awak update suami mat salih celup n encik kutub utara selalu. anyways..looking forward to it
ReplyDeletemana sambungannya, dh thn baru ni....suami mat saleh celup n encik kutub utara...rindunyerrrr..huhuhu
ReplyDeleteYumi, smbung pls. �������
ReplyDeleteNk smbungan dy. ((:
ReplyDelete