Bahagian
13
Majlis
walimah di sebelah pihakku yang diadakan di banquet hall di resort milik abah
berakhir menjelang hampir pukul 11 malam. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku
sudah terasa penat yang amat sangat. Kedua-dua belah kaki sudah terasa lenguh dek
kerana kasut pemberian Benyamin yang tingginya berinci-inci. Itupun, masih
tidak dapat menandingi ketinggian Benyamin. Keadaan di ruang tamu rumah milik
ibu bapaku ini masih meriah dengan sanak-saudara yang turut bermalam di sini.
Kemeriahannya terasa seperti menyambut hari raya.
Dari
sofa yang menjadi tempat dudukku ini, aku dapat melihat Benyamin yang sedang
rancak bersembang dengan Aqwa dan juga Amir. Sejak bila pulak dorang ni boleh
jadi kamceng begini? Musykil aku!
“Adik,
ayong naik atas dululah. Kalau ada sesiapa tanya, cakap pengantin dah cabut
masuk bilik. Penat sangat dah ni.” Ujarku sambil menepuk bahu Afif yang sedang
berbual dengan Hafiz, anak bongsu mak ngah.
“Oui,
oui, mademoiselle. Tak nak ajak abang Ben sekali ke?” Soal Afif sambil menjungkitkan
keningnya. Mulalah tu nak mengusik yang bukan-bukan.
“Biarlah
dia. Dia tengah syok bersembang tu. Ayong naik atas dulu ya. Assalamualaikum
semua.” Jawabku dengan mata yang mula berair disebabkan rasa mengantuk yang
amat sangat.
Aku
memulas tombol pintu bilik tidur dan terus melangkah masuk ke dalam bilik.
Kelihatan bilik tidurku yang sudah berubah wajah, hasil sentuhan mummy sendiri.
Hiasan bilik tidur pengantin yang turut menggunakan kombinasi warna merah jambu
dan juga putih kelihatan sangat sweet pada pandangan mata. Aku melabuhkan duduk
di atas katil bersaiz king itu. Di dalam hati, perasaan yang bercampur baur
sudah datang kembali. Isy, dah ada roommate lah pulak lepas ni.
Ketika
aku ingin membuka crown comel yang dipasang di atas kain tudung, kedengaran
pintu bilik diketuk perlahan sebelum tombol pintu dipulas. Jantungku mula
berdegup kencang semula. Anak mata kami bertembung menerusi cermin solek sebaik
sahaja Benyamin melangkah masuk.
“So,
this is your room?” Soal Benyamin sambil anak matanya menerawang ke seluruh
kawasan bilik tidurku. Erk, apa maksudnya tu?
“Yup.
But, mesti bilik ni tak besar macam yang dekat rumah awak. Family saya
biasa-biasa je.” Jawabku tenang.
“Size
doesn’t matter. Actually, bilik tidur kecil lagi interesting.” Komen Benyamin
dan dia duduk di atas katil. Dia membuka kot putih yang dipakainya dan
menanggalkan bow tie yang dipakai.
“Interesting?”
Soalku, pelik.
“Pernah
dengar tak, kalau rumah yang besar sangat, ahli dalam rumah tu relationship
dorang akan jadi not so close.” Jawab Benyamin.
Aku
sudah mengerut dahi.
“Ni
bercakap daripada pengalaman ke?” Soalku, masih terkial-kial menanggalkan jarum
peniti yang banyak di atas kepala. Kenapa banyak sangat jarum peniti ni?
Benyamin
hanya mengangkat bahunya dan berjalan menghampiriku. Selamba sahaja dia
membantuku menanggalkan satu persatu jarum peniti yang disemat di atas kepala.
Siap tolong bukakkan veil dengan kain tudung yang aku pakai. Nasib baik anak
tudung aku pun dia tak tolong bukakkan sekali. Kalau tak, jantung yang asyik
dup dap dup dap daripada tadi, boleh tergolek keluar.
“Without
your ‘tudung’, you look younger than you real age. Cute!” Tutur Benyamin
bersahaja sambil berdiri bersandar pada sisi meja solek.
Erk!
Ni kenapa ayat macam nak membeli hati ni? Kulit muka sudah terasa membahang.
“Awak
tolong bukakkan veil, tudung tadi tu macam dah pro je. Selalu buat eh before
this?” Aku cepat-cepat menukar topik perbualan.
“Ha’ah,
selalu. If ada fashion show, akan pakaikan shawl for the models, or do their
hair.” Jawab Benyamin.
“Hah?
Seriously?” Soalku.
“Of
course, not! Cik kak, saya design kasut dengan bags la. Tak ada kena mengena
langsunglah. And for your information, our company do not use models during our
fashion show.” Jawab Benyamin berserta tawa kecil.
Aku
pandang wajah Benyamin yang kelihatan penat itu.
“Bila
ada special event untuk new collection introduction or exhibition, we just
display the items. Kitorang tak employ models. Itu culture company yang arwah
papa introduce dari dulu.” Tambah Benyamin lagi.
“Oh,
bagusnya!” Komenku.
Tiba-tiba
suasana menjadi senyap, sunyi sepi. Aku sudah naik gelisah bercampur segan. Nak
buat apa lagi ni? Nak cakap apa lagi?
“Awak
pergilah mandi dulu. Boleh kita solat isya’ sama-sama.” Balasku dan berlalu ke
almari untuk mengeluarkan tuala. Tuala tersebut kuletakkan di atas katil.
Tanpa
sebarang suara, Benyamin mengambil tuala tersebut dan berlalu ke bilik air. Aku
menarik nafas lega. Janggalnya! Sementara menunggu Benyamin keluar dari bilik
air, akalku mula merangka apa yang perlu aku bincangkan dengan Benyamin selepas
ini. Rasa takut pun ada. Rasa segan pun ada jugak. Tidak lama kemudian,
Benyamin keluar dari bilik air dengan hanya bertuala separas pinggang. Aku yang
memandang, sudah terkebil-kebil. Terkejut bercampur malu.
“Tak
boleh ke pakai baju dulu before keluar dari toilet?” Balasku sambil anak mata
memandang lantai. Bukannya aku tak biasa nampak adik-adik lelaki aku tu macam
ni, tapi sebab Benyamin ni bukannya adik aku.
“Eh,
kena pakai baju dulu ke?” Soal Benyamin sambil mengangkat keningnya. Dia sudah
tersenyum menyenget.
“Ikut
sukalah. Tepi, saya pulak nak guna toilet.” Balasku sebelum cepat-cepat masuk
ke dalam bilik air. Telingaku menangkap suara Benyamin yang sedang seronok
ketawa di luar.
Aku
mengaminkan doa yang dibaca oleh Benyamin. Dia menghulurkan tangan kanannya dan
aku menyambut hormat. Rupa-rupanya, lain rasanya bersalaman dengan suami yang
sudah menjadi imamku. Perasaan yang berbeza jika bersalaman dengan abah.
“Nuha,
sit here. We have a lot of things to be discussed.”
Aku
yang baru selesai menyidai telekung di penyidai kayu, sudah terasa
berdebar-debar semula. Dah datang dah tone suara dia yang berbunyi arahan. Aku
melabuhkan duduk di hadapan Benyamin yang sedang duduk bersila di atas katil.
“First
of all, thank you.” Tutur Benyamin sambil wajahku dipandang tepat.
“Thank
you?” Soalku pelik.
“Yup.
Thank you for keeping your promise to get married with me. Thank you for not
running away.” Jawab Benyamin.
Aku
terus ketawa. Kelakarlah dia ni!
“Kenapa
gelak?” Soal Benyamin.
“Sebab
lawak.” Jawabku dengan tawa yang masih bersisa.
“Siapa
yang lawak?” Soal Benyamin lagi.
“Awak.”
Jawabku selamba, menambahkan lagi kerutan di dahi Benyamin.
“Saya
tahu apa yang dah jadi ni was a great shock for you. So, I have made a
decision, which will benefit us both.” Benyamin menyambung lagi, tanpa
menghiraukan tawaku.
“Benefit
us both? What kind of decision is that?” Soalku.
“You
may have your life as the way they are previously. I will have mine. We will
not interfere with each other’s life.” Jawab Benyamin.
Aku
yang mendengar, sudah menggelengkan kepala. Betullah budak dekat depan aku ni
tak cukup matang. Dia ingat kahwin ni isu ringan macam main masak-masak ke? Dah
selamat kahwin semalam, dah selesai semuanya? The end? Atau dia terpengaruh
sangat dengan cerita-cerita kahwin paksa atau kahwin kontrak macam dalam novel?
“I
disagree with that.” Jawabku tegas.
“Hah?”
Riak wajah Benyamin kelihatan terkejut yang amat sangat.
“Awak
yang suruh saya kahwin dengan awak kan? I have done that. We both did. Awak ni
mesti tidur time pergi kursus kahwin dulu kan? Langsung tak nak implement apa
yang dah belajar. Ke awak ni banyak sangat tengok drama or baca novel pasal
kahwin paksa?” Balasku lagi.
“Hah?”
Aku
sudah menepuk dahi.
“Hah,
hah je yang awak reti sebut. Padan muka, penyakit ‘hah’ saya tu dah berjangkit
dekat awak pulak.” Usikku.
“Ikut
suka kepala otak awak yang sewel tu je nak buat decision sendiri kan? Saya tak
nak ikut. Too bad, I will start to interfere with your life now. We are already
married to each other and this is the reality. Deal with it, mister.” Tambahku
lagi, sedikit sinis.
“But,
you don’t even like me. Don’t you?” Soal Benyamin. Dahinya masih
berkerut-kerut.
Aku
hanya mengangkat bahu.
“Ingat
lagi tak yang awak pernah cakap dekat saya, awak tak sabar nak tengok macam
mana saya buat awak suffer?” Soalku.
“Yup.”
“This
is what I am going to do in order to make you suffer, but in a good way. Saya
tahu daripada Muiz yang awak tak suka orang sibuk dengan hidup awak. Awak tak
suka orang amik tahu pasal awak. Betul kan? Good luck then sebab saya akan buat
semua tu mulai malam ni.” Jelasku tenang. Wajah Benyamin yang sudah berubah
kupandang sekilas.
“Lagi
satu, awak jangan lupa apa yang awak janji dengan mummy and abah semalam. Well,
awak sendiri yang cakap yang you are a man of your words. So, prove it.”
Sindirku.
Benyamin
masih diam membisu. Anak mata kami bertembung lama tiba-tiba dan tiba-tiba juga
Benyamin bergerak merapatiku. Dia ni dah kenapa? Aku mula berasa tidak enak dan
pantas bangun dari katil yang menjadi tempat dudukku. Benyamin turut mengekor
langkahku. Perlahan-lahan aku menapak ke belakang apabila Benyamin menundukkan
sedikit badannya supaya kedudukan kami menjadi sama tinggi.
“Awak
ni kenapa?” Soalku sambil mengawal nada suaraku agar kedengaran tenang walaupun
jantung di dalam sudah berdegup kencang semula.
Benyamin
tidak menjawab dan kini belakang tubuhku sudah bertemu dengan dinding bilik.
Aku sudah terperangkap di situ dengan Benyamin yang masih berdiri di hadapanku.
Ah, sudah! Mataku membulat apabila pinggangku diraih menyebabkan kedudukan kami
menjadi sangat rapat dan wajahnya sudah menghampiri wajahku. Hampir dan semakin
hampir sehinggakan hembusan nafasnya terasa pada kulit wajah. Aku terus
memejamkan mata. Dia nak buat apa sebenarnya ni?
Aku
pantas mencelikkan mata apabila kedengaran suara ketawa. Ya, memang Benyamin
sedang seronok ketawa sambil memegang perutnya. Entah apa yang kelakar sangat!
“Ingatkan
awak berani sangat dengan saya. Rupa-rupanya, penakut jugak awak ni. Takut
sangat saya buat apa-apa eh? Where has the brave Nuha Dhamia go? Or you have
turn into a cute chicken now?” Sindir Benyamin sambil menjungkitkan keningnya.
Aku
mengetap bibir. Geram! Memang otak sewel sungguhlah. Mulut tak ada insurans
pulak tu!
“And
I heard your heartbeat just now. Your heart was beating damn fast!
Berdebar-debar eh?” Tambah Benyamin sambil ketawa lagi.
“Sewel
punya orang! Menyampah!” Serentak itu, aku terus memijak kuat kaki Benyamin.
Aku terus berlalu ke dalam bilik air.
“Nuha!”
Benyamin sudah terjerit sambil mengaduh kesakitan. Padan muka! Mummy, mana cheq
nak letak muka cheq yang comei ni?
p/s: Saya akan offline selama 2 minggu lps ni sbb nak pergi 'bertapa'. Hehe, bukan 'bertapa' tapi final exam is coming. Saya akan kembali seperti biasa slps 2 minggu, insya-Allah. Tolong doakan saya ye awak2 sekalian semoga urusan saya dipermudahkan :) Apa2pun, happy reading and take care semua :D
All the best yumi hyra.. Gd luck
ReplyDeleteThank you :)
ReplyDeleteGud luck sis....
ReplyDeletethank you, sis :)
DeleteYumi, sweet n3. Akak doakan u do well in exam. Always tekad buat the best sebab peluang hanya sekali.-kak tims
ReplyDeleteThank you kak tims atas doa dan juga sokongan yg x berbelah bahagi :)
DeleteOk... Good luck. Org pon nak exam jugak nih... :)
ReplyDeleteThank you. Good luck to you too :)
Deleteyumi...tq so much for the n3..so sweet. Keep calm..think smart and do your exam well..thumbs up
ReplyDeleteThank you, sis. Amin for the doa :)
Deleteomg its so sweet..boleh kena diabetes kalau baca..hehehehe btw good luck for your upcoming exam writer. :) wish you all the best
ReplyDeleteso sweeeeeet...nk lgi boleh?
ReplyDeletei want more ! ^^
ReplyDeleteble nk update n 3 bru... dh rndu nie... nk dkat sbuln dh... please cpt skit writer... i'm begging u... huhuhuhuhu
ReplyDeleteble nk update n 3 bru... dh rndu nie... nk dkat sbuln dh... please cpt skit writer... i'm begging u... huhuhuhuhu
ReplyDeletehi yumi ari2 refresh for new n3 but none...bila ya dek? kak tims
ReplyDelete