Bahagian
11
Aku merenung kalendar yang terletak elok di atas meja
sebelum melepaskan keluhan perlahan-lahan. Cepat-cepat aku beristighfar. Orang
yang suka mengeluh ni tak elok. Tak elok sebab kedengaran seperti sudah
berputus asa.
“Betul ke aku ni nak kahwin dengan Ben?” Gumamku
sendirian. Anak mataku jatuh pada kalendar semula. Ada seminggu lagi. Aku
bangun dari tempat dudukku dan merebahkan badan di atas katil. aku meletakkan
belakang tangan kanan di atas dahi sambil merenung siling bilik tidurku.
Aku teringat semula petikan majalah Al-Ustaz yang kubaca
semalam berkaitan dengan perkahwinan.
“Salah satu hikmah perkahwinan di dalam Islam ialah untuk
menjalinkan rasa kasih, sayang dan cinta berdasarkan ikatan yang halal”
Kasih? Memang tak lah! Sayang? Dengan si Benyamin tu? Lagilah
tak! Cinta? Isy, lagi mengarut! Jadi, kenapa aku nak kahwin dengan dia?
Daripada posisi berbaring, aku duduk bersila di atas
katil. Oh, aku lupa! Aku bersetuju untuk berkahwin dengan Benyamin pada mulanya
disebabkan geng papparazi di hospital dahulu. Sebab lain? Aku sudah
menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Haru sungguhlah Nuha Dhamia ni!
Aku merebahkan semula badan di atas katil sambil fikiran
melayang kepada pertemuanku dengan Mak Engku di The Gardens petang semalam.
“Ben tu memang
nampak macam kasar sikit, Nuha. Tapi, hati dia lembut. Mak Engku dah kenal dia
sejak dia lahir sampailah dia dah besar macam tu. Nuha jangan ambil hati sangat
dengan perangai Ben tu, ya.” Ujar Mak Engku lembut sambil kedua-dua belah tangannya
menggenggam tanganku.
Aku hanya tersengih. Ya ke hati
lembut? Aku tengok dia tu dingin macam ais ketul batu.
“Bila parents Ben meninggal
disebabkan kemalangan, dia jadi terumbang-ambing. Dahan tempat berpaut dah tak
ada. Elok sahaja Ben habis degree dekat London, dia terus balik ke sini.
Uruskan company arwah parents dia. Graduation ceremony yang sepatutnya mama
dengan papa dia hadir, Ben cuma attend seorang diri. Arwah parents Ben
meninggal dua minggu sebelum graduation ceremony tu. Bila Mak Engku dan Pak
Engku nak datang sekali, Ben tak setuju. Sudahnya, Mak Engku dan Pak Engku
turutkan keputusan dia.” Tambah Mak Engku sambil wajahku dipandang lama.
Aku yang sedang mendengar turut
berasa kasihan dengan Benyamin yang sudah kehilangan kedua-dua ibu bapanya
sewaktu dia baru berusia 22 tahun. Di usia yang muda dia perlu melalui pelbagai
dugaan dan rintangan.
“Mak Engku terkejut sebenarnya bila
tiba-tiba Ben minta Mak Engku pinangkan Nuha untuk dia. Sebab selepas
kemalangan parents dia, dia tak pernah nak kisahkan orang lain. Cuma Fiqrash je
yang boleh tahan dengan dia.”
Aku tidak dapat menyembunyikan
senyumanku sebaik sahaja Mak Engku menyebut nama Tengku Fiqrash. Nasib baik Mak
Engku tidak bertanya apa-apa.
“Mak Engku yakin, Nuha ialah jodoh
terbaik yang Allah dah tetapkan untuk Ben. Bila tengok Ben dengan Nuha, Mak
Engku nampak Ben yang dulu muncul kembali.”
Aku pandang wajah lembut Mak Engku,
kurang faham sebenarnya.
“Ben yang dulunya sentiasa ceria,
nakal dan sentiasa tersenyum itu sudah kembali semula.” Seolah-olah memahami
kekeliruanku, Mak Engku menerangkan dengan lebih jelas.
“Mak Engku seronok sangat tengok
Nuha dengan Ben. Rasa senang hati nak lepaskan Ben daripada jagaan kami. Kalau
arwah mama Ben masih ada, mesti dia pun suka sangat dengan Nuha.”
Aku tersenyum lagi walaupun beban
yang tergalas di bahu mulai terasa berat. Dalam kepala sudah terancang pelbagai
rancangan jahat untuk membalas dendam kepada Benyamin seperti yang telah
dijanjikan sebelum ini. Aku berjumpa dengan Muiz di kafe yang tidak jauh dari
pejabat Benyamin petang semalam. Melalui Muiz, aku mencungkil sedikit demi
sedikit mengenai Benyamin. Fokusku lebih kepada perkara-perkara yang tidak
digemari oleh Benyamin. Itulah yang kugunakan sewaktu merangka rancanganku.
Sekarang ini? Aku tidak sampai hati.
Cepat-cepat aku beristighfar. Perasaan bersalah dan berdosa mula menguasai
diri. Benyamin tu kan anak yatim piatu. Besar pahalanya berbuat baik kepada
anak yatim. Sepatutnya aku berbuat baik kepada dia dan bukannya sebaliknya.
“Bersikaplah
kepada anak yatim, seperti seorang bapa yang penyayang.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
(Hadis Riwayat Bukhari)
Aku terdiam lama sambil menyesali
rancanganku yang siap dirangka malam tadi. Wajah Mak Engku yang kelihatan
sangat mengharap, aku pandang dengan perasaan bersalah. Inilah jadinya kalau
dibiarkan perasaan dendam menguasai akal dan iman.
“Woit,
kau menung apa?” Sergahan Afiqah mengembalikan aku ke alam nyata. Aku mengurut
dada, terkejut dengan kehadiran Afiqah yang tiba-tiba sudah duduk di sebelahku.
Minah ni kan!
“Kau
ni kan, suka sangat menyergah aku! Terkejut tau dak. Aku ni dahlah nak kahwin
next week. Hari-hari kau buat macam ni, lama-lama aku boleh ‘jalan’ tau.”
Bebelku dan Afiqah tersengih.
“Sorry,
sorry! Tapi, aku dah ketuk pintu bilik before masuk tadi. Kau tu yang
mengelamun. Kau fikir apa?” Soal Afiqah, serius.
“Macam-macam.
Kau rasa kan, aku patut kahwin dengan Ben ke?” Soalku kepada Afiqah.
“Ni
tanya betul-betul or tanya main-main?” Soal Afiqah pula.
“Betul-betullah
, mak cik!” Jawabku geram dan Afiqah ketawa.
“Aku
tak boleh jawab soalan tu untuk pihak kau. Sebabnya, kau yang akan berkahwin
dengan dia dan bukannya aku. Tepuk dada, tanyalah hati kau sendiri.” Jawab
Afiqah tenang.
“Aku
dah tepuk banyak kali, tapi hati aku tengah clueless and speechless. Tak dapat
jawapan apa-apa.”
“Istikharah
ada buat dak?”
Aku
pantas angguk.
“Dah
tu?”
Aku
hanya mengangkat bahu, tidak tahu untuk menjawab apa. Mimpi? Tak ada pulak.
Petunjuk lain? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
“In
your opinion, why do people getting married?” Soalku lagi kepada Afiqah.
“You
are acting strange today, my dear. Don’t you know that?” Komen Afiqah.
“Yeah,
I know. But, just bear it for today. So, what is the answer?” Selamba aku
membalas.
“The
standard answer is ; because they love each other.” Jawab Afiqah.
“The
non-standard answer?” Soalku lagi.
“Bagi
aku, jodoh. Okaylah, loving each other tu one of the reasons la. But, jodoh tu
yang lagi kuat. Ada married couple yang kahwin bukan sebab they love each other
pun. Tapi, sebab jodoh dorang yang Allah dah tetapkan. Still, after getting
married, they can learn how to fall in love with each other. Bahagia je.” Jawab
Afiqah dan wajahku dipandang lama.
“Jodoh
kita ni kan dah memang tertulis di Loh Mahfuz. Kita lari macam mana pun, kalau
dah jodoh, kita akan bersatu dengan jodoh kita tu jugak. Tak semestinya wedding
yang tak start dengan lovey dovey ni tak boleh nak bahagia. Ala, couple yang
bercinta for a decade pun the wedding tak tahan lama kalau dah jodoh tu tak
panjang.” Afiqah meraih kedua-dua belah tanganku dan digenggamnya erat.
“Sekarang
ni, kau jangan fikir banyak sangat. Time ni lah syaitan nak cucuk-cucuk kau.
Wedding korang lagi seminggu tahu tak. Jangan nak buat keputusan gila kau. Aku
tahu kau tengah fikir apa.” Wajahku dipandang semula oleh Afiqah.
“Apa
yang aku tengah fikir?” Soalku kepada Afiqah.
“Kau
doubt whether kau patut kahwin dengan Ben or tak. Betul kan?” Soalanku berbalas
dengan soalan juga.
“And
you are even considering for not getting married to him. Betul kan?” Asak
Afiqah lagi.
Aku
hanya tersengih. Macam manalah Afiqah boleh baca apa yang aku tengah fikirkan?
“Jangan
nak buat kerja gila ye cik Nuha Dhamia. Aku ikat kau dekat pokok rambutan depan
rumah yang banyak kerengga tu. Mummy kau dah pesan kat aku supaya tolong
tengok-tengokkan kau.” Afiqah sudah mula mengugut pula.
“Kau
ni, dah macam ketua mafia tau. Scarry!” Bebelku sambil mencebik.
“Biar
aku yang scarry daripada kau yang buat benda-benda scarry pulak. Kepala otak
kau tu kadang-kadang bukannya boleh function properly.” Sindir Afiqah
bersahaja.
“Amboi,
mulut hang. Tak dak insurans naaa…”
Afiqah
terus ketawa sambil bahuku dipaut erat.
Bahagian
12
Aku
sudah gelisah menunggu di dalam pejabat Benyamin bersama-sama Afiqah. Lamanya
meeting! Bila aku bertanya dia free atau tidak, katanya free. Bila aku sampai
sebentar tadi, rupa-rupanya Benyamin masih di dalam bilik mesyuarat.
“Kau
ni, cuba duduk senyap-senyap. Naik juling biji mata aku tengok kau macam ni.”
Tegur Afiqah dengan anak mata yang masih melekat pada skrin iPad miliknya.
“Aku
geram tahu tak. Kalau dia ada meeting, cakap je lah ada meeting. Boleh je nak
datang sini next time.” Aku mula membebel. Yalah, dah dekat setengah jam
menunggu. Kalau balik pun, nak kena datang sini balik.
“Cuba-cubalah
bawak bersabar sikit. Mana tahu tu sudden meeting ke.” Balas Afiqah.
Tiba-tiba
pintu ditolak dari luar dan Benyamin melangkah masuk. Hah, dah habis pun!
“Sorry,
ladies. Ada sudden meeting tadi. Sorry again sebab lama menunggu.” Tutur
Benyamin sambil mengambil tempat berhadapan dengan kami.
Afiqah
memandang ke arahku sambil menghantar isyarat, ‘kan aku dah cakap tadi. Kau tu
yang susah nak bersabar’
“Tiba-tiba
suruh saya datang sini kenapa?” Soalku sambil memandang ke arah Benyamin yang
kelihatan penat.
“Oh,
ya! Nak bagi awak something.” Dia pantas bangun dan melangkah ke arah mejanya.
Dia mengeluarkan sebuah kotak dari bawah meja. Kotak berwarna emas itu
diletakkan di hadapanku. Aku pandang Benyamin dengan wajah yang berkerut.
“Open
it.” Arah Benyamin sambil duduk berpeluk tubuh memandangku.
Walaupun
agak ragu-ragu, tanganku tetap membuka juga kotak tersebut. Takkan ada katak
yang tiba-tiba melompat keluar kan?
Sebaik
sahaja penutup kotak dibuka, kelihatan sepasang kasut tumit tinggi berwarna
putih yang dihiasi dengan butiran batu yang berkilau umpama berlian dan juga
lace berwarna putih susu, terletak elok
di dalam kotak. Cantik sangat! Aku memandang ke arah Benyamin.
“Kasut
siapa ni?” Soalku.
“Yours.”
Jawab Benyamin.
“Hah?”
“Awak
ni suka sangat sebut ‘hah’ kan?”
Afiqah
yang sedari tadi menjadi pendengar setia terus menghamburkan tawa kecilnya.
Bertuah punya kawan!
“Kasut
ni saya punya? Kenapa?” Soalku.
“Yup,
awak punya. Kenapa? Kasut ni memang saya reka untuk wedding kita yang dekat
Langkawi nanti. Custom made untuk awak, the one and only design by A To Z.
Kalau awak tengok dekat dalam kasut tu, ada tulis NH.” Jawab Benyamin.
“NH?”
Soalku lagi.
“Ha’ah.
Nama design ni NH, NH stands for Nuha Dhamia.” Jawab Benyamin.
“Aww,
this is so sweet!” Usik Afiqah sambil tersenyum mengusik. Pantas aku berpaling
ke arah Afiqah dan menjegilkan biji mata ke arahnya. Afiqah hanya tersengih.
“Mana
tahu saiz kasut?” Soalku sambil membelek-belek kasut tersebut. Tipulah kalau
cakap kasut ni tak cantik. Lagi tipu kalau nak cakap yang hati tak rasa
berdebar-debar, rasa terharu.
“Nuha,
kan kita beli barang-barang hantaran hari tu sama-sama? Mestilah saya tahu saiz
kasut awak.” Benyamin hanya menggelengkan kepalanya melihat telatahku.
“Tak
nak try pakai ke?” Soal Benyamin apabila melihat aku memasukkan kasut tersebut
ke dalam kotaknya semula.
“Ke
nak saya yang tolong pakaikan? Manalah tahu awak teringin nak jadi macam
Cinderella.” Tambah Benyamin sambil tersenyum menyenget.
Tentulah
Afiqah ketawa mengusik lagi. Isy, Benyamin ni! Aku ketuk jugak kepala dia
dengan tumit kasut baru ni.
*******************
“Ayong.”
Tegur Aqwa dan mengambil tempat di hadapanku. Termasuk hari ini, sudah tiga
hari aku berada di rumah keluargaku di Langkawi untuk persiapan perkahwinan
yang akan berlangsung pada esok hari. Akad nikah akan diadakan pada pagi esok
dan lusa pula kenduri di sebelah keluargaku. Majlis resepsi untuk sebelah pihak
lelaki akan diadakan di Kualal Lumpur pada minggu hadapan.
“Ben
dah sampai sini ke?” Soalku memandangkan Aqwa yang menjemput Benyamin di
lapangan terbang tadi. Keluarga Mak Engku sudah sampai malam tadi dan keluarga
Dato’ Zamir pula akan tiba pada pagi esok.
“Dah,
angah dah hantar dia sampai depan pintu bilik resort. Risau jugak ayong pasal
Ben ye.” Giat Aqwa sambil tersengih mengusik.
“Tu
common question kot.” Balasku, malas mahu melayan Aqwa yang sememangya kuat
menyakat.
“Eh,
buat siblings gathering kat sini rupa-rupanya. Bukannya nak ajak kitorang.”
Sampuk Amir yang tiba-tiba muncul bersama-sama Afif. Afif baru sahaja selamat
menjejakkan kaki ke tanah air malam semalam.
“Ayong
buat apa sorang-sorang kat sini tadi? Takkan termenung lagi? Ayong fikir apa?”
Soal Afif pula.
“Ha’ah,
termenung. Tengah fikirkan masa depan ni.” Jawabku, bergurau.
“Insya-Allah,
masa depan cerah. Tengoklah siapa bakal abang ipar.” Balas Amir bersahaja.
Aku terus berpaling ke arah Amir
sambil menjegilkan biji mata. Secara tidak langsung sebagai amaran supaya tidak
bercakap yang bukan-bukan di hadapan adik bongsu kami yang tidak mengetahui
cerita sebenar. Afif sangat rapat dengan mummy. Kalaulah Afif tahu, ada
kemungkinan besar cerita sebenar di sebalik perkahwinan ini akan sampai ke
pengetahuan mummy. Bahaya!
“Adik tak sangka yang ayong akan
kahwin dengan Benyamin Ziqri tu. I mean, the real Benyamin Ziqri. Even in
France pun, he is one of the famous Asian designers. Ayong tak ada kena serang
dengan peminat-peminat dia eh?” Soal Afif lagi.
“Ben tu bukannya artis. Kita ni pun
bukannya dekat Korea yang peminat-peminat sangat fanatik. Macam yang adik
tengok ayong sekarang ni, ada macam orang lepas kena serang ke?” Soalku kepada
Afif.
“Sihat walafiat je. Makin cantik
jelita adalah.” Usik Afif.
“Amboi, ayat hang! Macam semut baru
lepaih kenyang gula! Ni bodek ayong ada makna nih!” Usikku dan Afif ketawa.
“Ayong, takut tak nak akad nikah
esok?” Soal Aqwa pula.
“Awat ayong nak takut pulak?
Bukannya ayong yang nak kena shake hand dengan tok kadi.” Jawabku bersahaja.
“Tak ada rasa berdebar-debar ke?
Yalah, lepas ni nak dapat title puan pulak. Hari ni last ayong jadi cik Nuha
Dhamia tau.” Tambah Amir pula.
“Tak rasa apa pun. Elok ja macam
biasa. Yang hangpa dok tengok ayong lagu tu, awat?” Soalku sambil memandang
seorang demi seorang adik-adik lelakiku ini. Tipulah kalau tak rasa takut, tak
rasa berdebar-debar. Apa yang ada dalam hati ni, hanya Allah yang tahu.
Ditambah pula dengan personaliti Benyamin yang asyik bermusim ‘sejuk’ itu,
lagilah aku takut.
“Sedihlah, ayong! Our one and only
sister is getting married tomorrow. Lepas ni mesti rindu dengar ayong membebel
dekat kitorang. Takpun, rindu nak kena marah dengan ayong.” Balas Aqwa sambil
menayangkan riak wajah sedihnya.
“Eh, kenapa pulak cakap macam tu?
Tak ada beza apa-apa tau. Walaupun ayong dah kahwin nanti, ayong tetap membebel
dekat korang macam biasa.” Usikku dan Aqwa mencebikkan bibirnya.
“Apa-apa pun, kitorang sentiasa
doakan Allah permudahkan semua urusan ayong. Semoga perkahwinan yang akan
dibina nanti bahagia dan berkekalan hingga ke jannah.” Tambah Amir dan bahuku
dipaut erat.
“Kalau Ben buli ayong, bagitahu je
angah. Tahulah angah nak buat macam mana. Yang penting, ayong pun kena
banyak-banyak bersabar. Jangan ikutkan sangat perangai tentera Jepun ayong tu.”
Balas Aqwa pula.
“Angah!” Aku sudah terjerit kecil
dan Aqwa hanya ketawa.
“Kitorang sayang ayong. Sedihnya!”
Afif sudah memulakan drama air mata apabila dia datang memelukku erat. Sudahnya,
kami empat beradik berpelukan di pagoda yang terletak di lama rumah. Air mata
yang sedari tadi kutahan supaya tidak mengalir keluar, mula mengalir deras
membasahi kedua-dua belah pipi. Di dalam hati, aku tidak putus-putus berdoa
semoga segala urusan kami dipermudahkan olehNya.
*******************
Dari
tempat dudukku, aku dapat mengintai abah dan Aqwa yang duduk berdekatan dengan
tok kadi di hadapan ruang tamu. Benyamin yang turut ditemani oleh Tengku
Fiqrash dan Pak Engku kelihatan segak berbaju Melayu berwarna putih. Raut
wajahnya kelihatan tenang. Aku teringatkan sms yang dihantar oleh Benyamin
petang semalam, berpesan supaya aku jangan lari. Senget betullah kepala otak
dia tu!
“Handsome
gila Ben.” Bisik Afiqah yang duduk di sisiku.
“Kau
ni. Control sikit biji mata tu. Bakal suami aku tu.” Balasku, turut berbisik
supaya mummy yang duduk berhampiran dengan kami tidak dapat mendengar.
“Eh,
ayat aku tak habis lagilah. Memanglah Ben handsome, tapi Tengku Fiqrash tu lagi
handsome dari Ben. Bila tengok up-close macam ni, aku pun rasa berdebar-debar.”
Bisik Afiqah lagi.
“Sengal!
Weyh, kau lupa ke? Tengku Fiqrash tu tak ‘straight’ la.” Aku pandang wajah
Afiqah yang sedang tersengih.
“Bukan
isu gay ni dah settle ke? Kau sendiri yang cakap Ben tipu kau pasal ni.” Balas
Afiqah sambil sempat mencuri pandang ke arah Tengku Fiqrash.
“Memanglah
dah settle. Masalahnya, isu tak ‘straight’ Tengku Fiqrash tu yang tak settle.
Sebab bila aku tanya Ben sendiri, dia pun senyap. Dia tak menjawab langsung
soalan aku. So, ada something fishy dengan mamat sombong tu.” Terangku.
“Okay,
kita dah nak mula dah.” Kedengaran suara pak ngah tiba-tiba.
“Ayong,
dengar betul-betul apa yang tok kadi tu nak sebutkan.” Pesan mummy sambil
membetulkan kain baju kurung moden yang kupakai. Aku turut membetulkan dudukku.
“Mummy,
penatlah duduk bersimpuh ni. Tak boleh ke nak duduk bersila je? Lagi selesa.”
Aku berbisik kepada mummy. Kedua-dua belah kaki mula terasa kebas.
“Nuha
Dhamia, behave ya. Hari ni jangan nakal-nakal.” Mummy memberi amaran yang
lembut, tetapi tegas.
“Yes,
ma’am.” Aku mengalah dan membetulkan dudukku.
Alhamdulillah,
segalanya berjalan lancar. Selepas kedua-dua belah pihak menandatangani surat
nikah, Imam Ahmad menyampaikan sedikit tazkirah pendek mengenai permulaan alam
rumah tangga. Mummy yang duduk di sebelah, berulang kali menepuk-nepuk lembut
belakang tanganku. Mak Engku yang duduk tidak jauh dari kami turut tersenyum
manis, senyuman yang mengandungi harapan yang tinggi terhadapku. Tamat tazkirah
pendek, Imam Ahmad mengangkat tangan untuk membaca doa sambil diaminkan oleh
semua tetamu yang hadir.
Aku lihat Benyamin solat sunat dua
rakaat di satu sudut sebelum datang ke tempatku. Suasana yang tadinya tenang
menjadi riuh rendah dengan usikan para tamu yang hadir. Jantungku mula berdegup
kencang sebaik sahaja Benyamin duduk berlutut di hadapanku. Kali ini, terasa
silauan cahaya flash kamera ditumpukan kepada kami berdua. Benyamin menyambut
huluran kotak cincin berwarna biru muda daripada Tengku Fiqrash.
Benyamin menghulurkan tangan
kanannya, sebagai isyarat supaya aku menyuakan tangan kananku. Anak mata kami
bertemu sebelum sebentuk cincin emas putih disarungkan pada jari manisku. Saat
ini, aku terasa mindaku sudah terbang ke tempat lain. Perasaanku bercampur baur.
“Nuha, salam tangan suami tu.”
Tegur mummy lembut. Aku tersentak.
“Dia tengah nervous tu.” Kedengaran
suara mak ngah mengusik.
Aku hanya tersenyum seperti biasa
dan menyalami tangan Benyamin. Secara automatik, bibir Benyamin hinggap di
dahiku. Degupan jantungku menjadi semakin kuat. Aku sempat mencuri pandang ke
arah mummy dan aku lihat mummy sedang mengesat air matanya yang mengalir. Entah
mengapa, aku turut berasa sebak dan air mataku turut mengalir.
“Nuha, are you okay?” Benyamin
menyoal perlahan. Berkerut-kerut dahinya memandangku.
Aku hanya mengangguk tanpa suara.
Air mata masih mengalir dan kini menjadi semakin deras.
“You are not okay.” Kali ini
jari-jemari Benyamin sudah naik ke wajah, menyeka air mataku yang tidak boleh
berhenti mengalir.
Aku pantas bangun dari dudukku dan
menghampiri mummy. Kami berpelukan erat sambil menangis bersama. Aku tahu,
tentu mummy turut berasa sedih dan gembira dalam masa yang sama. Aku menyalami
tangan mummy dan Benyamin turut membuat perkara yang sama. Abah turut datang
menghampiri kami. Aku mencium tangan abah dan abah memelukku erat. Air mataku
mengalir kembali. Tiba-tiba terasa jari-jemariku digenggam erat oleh orang yang
berdiri di sebelah. Benyamin!
“Nuha, Ben, selamat memulakan alam
rumah tangga. Mulai saat ini, abah dan mummy serahkan Nuha sepenuhnya kepada
Ben. Nuha ni lah satu-satunya puteri kami. Abah harap, Ben akan jaga dan sayang
Nuha lebih daripada apa yang telah kami lakukan. Abah percayakan Ben. Nuha,
Nuha pun kena hormat dan sayang pada Ben ya. Walaupun Ben lebih muda daripada
Nuha, Nuha tetap kena utamakan Ben sebagai suami dalam setiap perkara.” Pesan
abah lembut.
“Nuha ni degil sikit, Ben. Mummy
harap, Ben bimbing dan tegurlah Nuha. Perkahwinan ini ibarat sebuah kapal.
Kedua-dua suami dan isteri saling memainkan peranan yang sangat penting untuk
memastikan kapal itu sentiasa belayar dengan selamat. Kita tak nak kapal
tersebut tiba-tiba karam. Jangan pernah jemu berdoa kepada Allah supaya
perkahwinan ini dilindungi, supaya hati tidak beralih arah. Satu lagi, kena
saling bertolak ansur dan juga banyak bersabar. Kalau ada apa-apa permasalahan,
bincanglah dengan baik.” Pesan mummy pula. Kelakar pula rasanya apabila slang
utara mummy menjadi tidak terlalu pekat.
“Insya-Allah, abah, mummy. Saya
akan cuba dan lakukan yang terbaik.” Jawab Benyamin sambil memandang ke arahku.
Aku turut mengangguk, tidak mampu untuk menjawab apa-apa disebabkan terlalu
sebak dan sedih.
p/s: Minta maaf sangat2 kepada awak2 semua. Dah lama sangat saya tak update cerita Nuha dengan Ben. Sebulan ni, busy yang teramat sangat. Saya update 2 parts terus. Have fun reading and thanks a lot for your continuous support :)
hoorey! kawin pon!
ReplyDeletetaskirah - tazkirah
ReplyDeletethank you. x perasan ada kesalahan ejaan kat situ :)
Deletewhat can I say Yumi Hyra? superb!!!!! tak sabar nak baca citer ni in printed copy. Suamiku mat salleh celup tu dah nak publish kan?
ReplyDeleteBEST....NAK LAGI.
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteWahhh best gila kot!..:)
ReplyDeleteCpt smbg k..
Btw x sabar tggu ESMSC publish.
wahh best gila.....akhirnya kahwin pun...tak sabar untuk next story..
ReplyDelete