Bahagian
10
“Macam mana kaki Nuha boleh bengkak ni?” Soal Mak Engku
sambil membelek bahagian atas tapak kaki kananku yang sudah bertukar warna biru
dan mula membengkak.
“Nuha terlepas bekas penyiram air tadi. Elok je bekas tu
landing atas kaki Nuha.” Jawabku sambil memerhatikan Mak Engku yang sedang
membuka peti first aid.
“Nuha buat apa dengan bekas penyiram tu?” Soal Pak Engku.
“Kak Nuha nak tolong siram pokok mama dekat belakang tu.”
Tiba-tiba Tengku Hakimi mencelah. Nasib baik budak ni tak jawab yang aku nak
siram pokok serai. Memang percuma jadi bahan ketawa.
“Lah…rajin sangat Nuha ni pun. Dah tu, macam mana bekas
penyiram boleh timpa kaki pulak?” Soal Mak Engku sambil mula menyapu sejenis
krim pada kakiku untuk menghilangkan rasa sakit.
“Ha’ah, kak Nuha. Siap dengar akak menjerit lagi. Kimi
ingat abang Ben buat benda tak senonoh dekat kak Nuha tau.” Sampuk Tengku
Hakimi.
“Isy, budak ni!” Mak Engku pantas mencubit lengan anak
bongsunya.
Tengku Fiqrash yang sedari tadi hanya mendiamkan diri dan
menjadi pemerhati setia, terus memandang ke arahku. Aku terus memandang ke arah
Benyamin pula dan Benyamin cepat-cepat melarikan anak matanya. Hah, elok
sangatlah keadaan kami sekarang ini. Dah macam babak drama Sinetron.
“Time tengah nak siram pokok tu, ada katak tiba-tiba
melompat kat bawah kaki. Nuha terkejut, tu yang terlepas watering can tu. Bekas
tu pulak memang air kat dalam dia penuh. Memang sedaplah rasa bila jatuh timpa
kaki.” Jawabku sambil sempat menjeling ke arah Benyamin.
Mamat kutub utara itu hanya menayang riak tidak
bersahaja. Geram sungguh aku. Nasib baiklah kami di rumah Mak Engku. Kalau tak,
aku nak hempuk mamat bertuah ni.
“Bengkak jugak ni. Mungkin sehari dua baru surut bengkak
ni. Sakit lagi tak?” Soal Mak Engku lembut. Saat-saat begini, ingatanku terus
melayang pada mummy di Langkawi. Kalaulah mummy ada ketika ini.
“Sakit sikit je, Mak Engku. Terima kasih banyak-banyak.”
Jawabku sambil tersenyum.
“Kalau esok pun bengkak kaki tu tak surut, Mak Engku rasa
Nuha jangan drive pergi office lah. Bahaya jugak tu.” Tambah Mak Engku lagi.
“Minta Ben hantarkan Nuha pergi office. Rumah dia dengan
rumah sewa Nuha tu bukannya jauh sangat pun.” Balas Pak Engku pulak.
Aku pandang wajah Benyamin sambil menayangkan riak muka
tidak rela. Tak hendak aku satu kereta dengan mamat tak berapa nak lurus.
“Nanti Ben hantarkan Nuha pergi office lah.” Jawab
Benyamin tiba-tiba. Aku terus berpaling ke arah Benyamin sambil membuat muka.
Budak ni nak kena sekeh ke? Ke tak faham bahasa isyarat? Biji mata aku ni dah
nak naik juling bila menghantar isyarat mata dekat dia tadi.
“Okey lah kalau macam tu.” Balas Mak Engku.
“Nuha nak minta diri dululah, Mak Engku, Pak Engku. Mesti
Mak Engku satu family nak berehat. Lagipun dah lewat malam ni. Terima kasih
banyak-banyak sebab sudi jemput Nuha datang ke rumah ni, berkenal-kenalan
dengan family Mak Engku.” Balasku sambil tersenyum memandang mereka semua.
Okey, bukan semua sebab Tengku Fiqrash tu memang jenis yang tak reti nak
senyum.
“Terima kasih jugak sebab sudi datang ke rumah kami.
Mestilah kena berkenal-kenalan. Tak lama lagi kan kita semua nak jadi satu
family.” Balas Pak Engku pula.
“Biar Mak Engku dengan Pak Engku hantarkan Nuha balik.
Tak boleh dibiarkan Nuha dengan Ben je. Tak elok. Lagipun, dah lewat malam ni.”
Balas Mak Engku pula.
“Terima kasih, Mak Engku. Minta maaf sebab menyusahkan.”
Balasku sambil tersenyum lega.
“Tak ada yang susahnya, Nuha. Ben, nak tidur sini ke
malam ni?” Soal Mak Engku kepada Benyamin.
“Tidur sinilah, Mak Engku. Nak sembang dengan Fiqrash.
Dah lama kitorang tak jumpa.” Jawab Benyamin sambil anak matanya difokuskan
kepadaku.
Aku sudah mengetap bibir. Mentang-mentanglah dah mengaku
status, sekarang ni suka pulak nak menyakitkan hati aku.
***********************
“Cancel je lah niat suci kau nak berkenalan dengan Tengku
Fiqrash tu.” Aku terus merebahkan badan di atas katil Afiqah.
“Hah? Kenapa, kenapa?” Soal Afiqah, kalut.
“Kau tengok kaki aku ni.” Jawabku sambil menayangkan kaki
kanan yang berbalut kepada Afiqah. Afiqah sudah berkerut dahi memandangku.
“Apa kaitannya kaki kau yang berbalut dengan aku nak
berkenalan dengan Tengku Fiqrash?” Soal Afiqah pelik.
“Apasal pulak takde kaitan? Ada tau tak? Macam ni lah
kawan, kau tak prihatin pun dengan keadaan kaki aku ni.” Balasku, sengaja
mengusik Afiqah.
“Yang aku tanya kau time kau baru sampai rumah tadi tu
apa? Siapa yang papah kau naik atas ni? Cerita sikit.” Balas Afiqah sampai
berpeluk tubuh.
“Janganlah marah, adik manis. Aku usik je lah.” Aku sudah
menayang gigi seperti biasa.
“By the way, seriously, apa kaitannya kaki kau yang
berbalut ni dengan Tengku Fiqrash tu?” Soal Afiqah.
“Mamat sombong tu pun tak straight.” Jawabku ringkas.
“Mamat sombong mana pulak ni? Kau ni suka bagi gelaran
bukan-bukan dekat orang tau.” Komen Afiqah.
“Mamat sombong a.k.a Tengku Fiqrash tu lah.” Jawabku.
“Kau dengar gossip liar mana pulak ni, Nuha? Tengah hari
tadi kau merepek yang Ben tu tak straight. La ni kau cakap Tengku Fiqrash pun
tak straight. Kau biar betul.”
“Betullah ni. Dua-dua mamat tu tak straight. Aku tak
dengar gossip liar lah.”
“Dah tu?”
“Ben sendiri yang mengaku.”
“Mengaku apa?”
Aku berjeda ketika dan melepaskan keluhan. Wajah Afiqah
yang masih menanti jawapanku kupandang sekilas.
“Mengaku dekat depan aku yang dia gay. Sebab tu bekas
penyiram yang aku pegang tu jatuh sedap timpa kaki aku. Ni yang sampai berbalut
ni.”
Mulut Afiqah secara automatiknya terus ternganga.
“Kau jangan buat lawak tengah-tengah malam ni.”
“Ya Allah, betul. Kan aku dah cakap kat kau, Ben tu
memang semacam sikit. Dah tuan punya badan sendiri yang mengaku, aku nak cakap
apa lagi? Lagipun, memang nampak yang dorang tu suka each other.”
Aku pandang wajah Afiqah yang jelas tampak terkejut. Dia
masih mendiamkan diri.
“Time aku datang rumah Mak Engku tu pun, memang obvious
sangat yang Tengku Fiqrash tu tak suka aku. Jealous mungkin.” Tambahku lagi.
“Kau macam mana?” Soal Afiqah tiba-tiba.
“Bersedia je lah kalau tiba-tiba esok Tengku Fiqrash tu
datang office cari aku. Hari tu Bella tu dah datang cari aku. Sepupu Ben yang
perempuan tu pun datang cari aku jugak. Aku rasalah, annual dinner kita this
year, aku boleh dapat award famous staff lah.” Jawabku. Afiqah terus mencubit
kuat pahaku.
“Sakitlah, mak cik! Kau ni, kesianlah sikit dekat aku
yang tengah sakit ni.” Aku menggosok-gosok pahaku yang terasa pedih.
“Aku tanya elok-elok, boleh pulak kau buat loyar buruk
kau tu.” Bebel Afiqah.
“Aku jawab elok-eloklah.” Balasku. Afiqah sudah mula
mengeluh.
“Habis tu, kau dengan Ben macam mana?” Soal Afiqah.
“Macam tu lah. Dia macam sangat proud bagitahu status tak
berapa nak lurus dia tu.” Jawabku.
“Wedding korang macam mana?” Soal Afiqah.
Aku hanya mampu mengangkat bahu.
“Mak Engku dengan Pak Engku tahu ke tak pasal ni?” Soal
Afiqah lagi.
Aku angkat bahu lagi.
“Apa kau nak buat sekarang ni?” Soal Afiqah lagi.
Sekali lagi, aku hanya mengangkat bahu. Kepala aku
sekarang ni terasa sangat berserabut.
“Aku tahu apa yang kau patut tahu.” Ujar Afiqah
tiba-tiba.
“Apa?” Soalku pantas.
“Aku rasa, Allah datangkan kau dalam hidup Benyamin tu
untuk guide dia ke arah jalan yang benar. Bawak dia keluar dari dunia dia tu.”
Jawab Afiqah serius.
Aku hanya menunduk memandang lantai.
************************
“Turun bawah!” Kuat suara Benyamin kedengaran dari corong
telefon bimbitku.
“Nak turun bawah mana pulak ni?” Soalku malas.
Rasa
nak tercabut telingaku mendengar mamat kutub utara ini meluahkan rasa tidak
puas hatinya kerana aku pergi ke office bersama-sama Afiqah dan bukannya dengan
dia. Kata Benyamin,aku mungkir janji. Bila masa pulak aku berjanji? Dia yang
pandai-pandai membuat keputusan sendiri.
“Turun
dekat lobby ni la. Saya ada dekat lobby office awak ni.” Jawab Benyamin. Kali
ini suaranya sudah mengendur sedikit.
“Hah?”
“Tak
payah nak hah-hah sangat. Turun sekarang.”
“Tak
nak.”
“Tak
nak?”
“Saya
busy lah.”
“Busy
apanya sekarang ni tengah lunch break.”
“Lunch
break pun busy jugak.”
“Awak
nak turun atau tak ni?”
“Tak.”
“Seriously?”
“Yup.”
“Then,
I’ll come up straight to your office.”
“Naiklah.
Macamlah dorang nak lepaskan awak naik macam tu je. Kena ada appointment lah.”
“Fine,
we’ll see.”
Terus
talian diputuskan. Eh, eh dia ni! Aku meletakkan telefon bimbit di atas meja
dan menyambung semula kerjaku membaca bahan-bahan rujukan untuk sesi court hearing
minggu hadapan. Tiba-tiba aku berasa tidak sedap hati. Mamat tu biar betul.
Nanti tak pasal-pasal kecoh pulak office ni. Aku mencapai ganggang telefon yang
terletak di sisi meja dan pantas menelefon kak Azzie yang merupakan staf
bertugas di kaunter penyambut tetamu.
“Nuha,
akak baru je nak call Nuha. Ni, cik abang Nuha dah tunggu dekat depan ni.”
Tutur kak Azzie sambil ketawa kecil.
“Cik
abang? Nuha mana ada abang, kak.” Jawabku dengan rasa debaran yang semakin
kuat. Kak Azzie ketawa lagi.
“Encik
Benyamin ada kat depan ni. Dia nak jumpa Nuha. Elok pun Nuha telefon akak,
sebab akak ingat nak minta dia masuk terus je jumpa Nuha.”
“Eh,
tak apa, kak. Saya keluar sekarang jumpa dia. Thanks, kak Azzie.”
Aku
meletakkan ganggang sambil menarik nafas. Memang mamat tu spesies ketegaq plus
degil!
“Nak
apa? Aku terus menyembur sebaik sahaja memboloskan diri masuk ke dalam kereta
milik Benyamin.
“Nak
awaklah.” Jawab Benyamin selamba. Dia memandu kereta keluar dari tempat parkir.
Wajahku
terus rasa membahang. Ikut suka kepala otak dia yang senget tu je nak buat
lawak tengah-tengah hari ni.
“Gurau
sikit pun muka dah merah.”
“Gurau?
Not funny at all lah.”
“Saya
tak sangka yang awak percaya bulat-bulat.”
“Percaya
apa pulak ni? Go straight to the point boleh tak?” Aku mengetap bibir menahan
geram.
Benyamin
terus ketawa. Entah apa yang kelakar sangat sejak tadi.
“Awak
betul-betul percaya yang saya dengan Fiqrash gay ke?” Soal Benyamin. Dia
memandang wajahku memandangkan lampu isyarat sedang berwarna merah.
“Awak
sendiri yang buat pengakuan kan?” Soalku pula.
“Saya
ingatkan kalau lawyer ni, kena banyak bertanya untuk dapatkan evidence so that
you can prove that your client is not guilty.” Balas Benyamin.
Aku
sudah mengerutkan dahi.
“What
are you trying to say?” Soalku.
Benyamin
tersenyum menyenget.
“Jangan
banyak sangat baca tabloid, cik Nuha Damia. Kalau awak betul-betul nak tahu,
terus tanya saya. Jangan jump into your own conclusion, or simply believe what
other people have said.” Jawab Benyamin.
“Saya
tak faham apa satu benda pun yang awak tengah merepek ni, encik Benyamin Ziqri.
And, saya tak ada masa nak dengar awak merepek, mengarut macam ni.” Balasku
tegas.
“I
am straight.” Tutur Benyamin tiba-tiba.
“Hah?”
“Saya
bukan gay.”
“Hah?”
“Hah-hah
je yang awak reti sebut.”
“Kejap,
habis tu yang semalam awak buat pengakuan berani mati tu apa?”
“Saja.”
“Saja?”
“Yup,
nak test reaction awak. Well, I have to admit that you have the best reaction.
Sampai bengkak kaki.”
Aku
sudah melopong sendiri. Mamat kutub utara ni memang nak kena dengan aku.
“Agak-agaknya
kalau tinggi awak ni, kena beli kain berapa meter ye?” Soalku tiba-tiba.
“Kenapa
tiba-tiba tanya pasal kain ni?”
“Sebab
saya nak belikan kain kapan untuk awak. So, kenalah tahu nak kena beli berapa
meter.” Jawabku selamba.
Ingatkan
Benyamin akan tersentap, tapi mamat ni boleh ketawa lagi. Sabarlah wahai Nuha
Damia.
best la hyra kita suka tp awat tk upload kt blog, hari2 kita check tau kot2 ada new entr
ReplyDeletethank you thank you, awak :) Ala, kita asyik busy je lately, smlm baru dpt upload new entry.
Deletenak lagi! nak lagi! hehe
ReplyDeleteSo sweet!! Plg best part kain kapan!! Like a new joke sparks in the novel world!
ReplyDeleteThank you :)
Deleteso sweet....nak sambung lagi. Kalu lah novel ni dpt dibuku kan best.
ReplyDeletetahniah kpd penulisan, anda mmg hebat!
Thank you :) Saya sgt terharu:D Cerita ni mungkin hbs di blog je kot, insya-Allah. Skrg ni main focus dkt ESMSC dulu..
Deletenk lg........so sweet. setiap minit on blog kot ada new en3, cepat sambung....
ReplyDeleteThank you :) Ala, terharu saya. Tapi, saya memang x dpt nak update blog selalu :( Saya cuba jugak upload at least 1 entry per week ye.
DeleteSuke ben ngan nuha....best!! Xsbr nk bce next entry :)
ReplyDeleteYumi tq kerana new n3 buat sy semangat nak bekerja sebab dpt baca sambungan...else hari2 check blog ni...-kak tims
ReplyDeleteXsabar nk beli buku ESMSC...smua novel yumi besttttt
ReplyDeleteBEST...
ReplyDeleteyumi...cara penulisan awak sweet sgt..mcm daily conversation and not to novelly and its very good. Keep it up my dear. Patiently menunggu your first baby to come out..am sure its a good one. Congrats.
ReplyDeleteakak, bila nak continue ive been waiting since last week..BTW the story is getting more interesting and hope to see next entry soon
ReplyDeletefrom: your kipas-susah-mati
xoxoxo