Bahagian 9
Kedatanganku ke banglo mewah Mak Engku disambut
mesra oleh Pak Engku dan juga si bongsu, Tengku Hakimi. Tengku Hakimi yang
sangat ramah itu rajin berbual denganku. Tengku Iqmal sempat berbual denganku
sehinggalah perbualan kami terhenti kerana telefon bimbitnya berbunyi.
Anak
mataku masih mencari anak lelaki Mak Engku yang bernama Tengku Fiqrash itu.
Tiada!
“Abang
ngah mana, Kimi?” Soal Mak Engku.
“Dia
keluar kejap tadi. Sikit lagi baliklah tu. Kan mama sendiri pesan yang malam ni
kita ada special guest.” Jawab Tengku Hakimi sambil tersenyum ke arahku.
“Assalamualaikum!”
Kami
semua berpaling ke arah muka pintu dan kelihatan seorang lelaki tinggi lampai
melangkah masuk ke dalam rumah.
“Ni
anak Mak Engku yang nombor dua, Tengku Fiqrash. Ngah, inilah Nuha. Tunang Ben.”
Mak Engku memperkenalkan kami berdua.
Tengku
Fiqrash memandang ke arahku tanpa senyuman. Namun, aku tetap melemparkan
senyuman ke lelaki ini. Kenapa aku rasa dia ni tak ubah seperti Benyamin?
Kedekut betul nak tersenyum.
“Eh,
Fiq! Kau dari mana?” Soal Benyamin yang sedang mengatur langkah ke ruang tamu
bersama-sama Pak Engku.
“Keluar
jap tadi, ada hal. Kau apa khabar? Dah lama aku tak jumpa kau.” Jawab Tengku
Fiqrash sambil bersalaman dengan Benyamin. Kemudian, mereka berpelukan. Aku
sudah membulatkan mata. Biar betul!
“Aku
sihat, macam ni lah. Yalah, nak jumpa macam mana kalau kau seminggu ada dekat
Jepun.” Balas Benyamin pula.
“Since
semua dah ada, kita makan dulu lah. Sambil makan, boleh sembang-sembang lagi.”
Mak Engku terus mencelah perbualan rancak dua lelaki ini.
“Nuha
tolong Mak Engku sekali lah.” Ujarku dan terus mengikut langkah Mak Engku ke
dapur. Aku sudah tidak senang duduk menerima pandangan Tengku Fiqrash yang
kelihatan seperti tidak begitu menyenangi kedatanganku.
****************************
“Ben
bagitahu Nuha yang Pak Engku masuk hospital hari tu.” Ujarku pada Pak Engku.
“Dah
tua, Nuha. Macam-macam penyakit ada.” Balas Pak Engku, tersenyum.
“Eh,
mana ada Pak Engku tua. Pak Engku still nampak muda, apa.” Usikku dan Pak Engku
ketawa senang.
“Pandai
aja Nuha nak mengusik Pak Engku ya. Nuha datang rumah kami malam ni, rasa
meriah pulak. Yalah, Mak Engku tu seronok sangat. Tu yang bersemangat dia masak
macam-macam untuk makan malam tadi.” Balas Pak Engku.
“Yalah,
bang. Kita mana ada anak perempuan. Bila Nuha ada, barulah saya ada geng.
Takkan nak sembang hal-hal perempuan dengan Kimi pulak.” Sampuk Mak Engku yang
baru datang dari tingkat atas.
“Ala,
mama. Apa salahnya? Kimi ni kan sporting. Mama nak gossip pun Kimi on je.” Usik
Tengku Hakimi sambil tersengih sambil memeluk bahu Mak Engku.
Aku
hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua. Terus ingatanku melayang pada
perbualanku dengan Afiqah tengah hari tadi.
“Ben
dengan Tengku Fiqrash memang rapat sungguh ya, Mak Engku.” Aku mula bertanya
sambil menghantar maksud yang tersirat.
“Ha’ah,
rapat sangat. Ben tu kan anak tunggal, mana ada adik-beradik lain. Diorang
berdua tu memang berkawan baik dari kecik lagi.” Jawab Mak Engku.
“Abang
ngah tu macam boyfriend abang Ben kan? ” Sampuk Tengku Hakimi.
“Isy,
apa cakap macam tu!” Tegur Mak Engku pantas sambil mencubit paha kiri anak
bongsunya. Terus Tengku Hakimi mengaduh sakit.
Aku
seolah-olah tidak mendengar apa yang Mak Engku bebelkan pada Tengku Hakimi. Perkataan
‘boyfriend’ yang baru disebut oleh Tengku Hakimi sebentar tadi seakan-akan
bergema di dalam kepalaku. Aku mengalihkan pandangan ke luar rumah.
“Nuha
keluar kejap ya. Nak jumpa Ben.” Balasku dan bangun dari sofa yang menjadi
tempat dudukku. Memang aku sudah tidak tahan untuk menjadi kawan baik Detective
Conan. Aku nak tahu jugak apa yang Benyamin dan Tengku Fiqrash sedang lakukan
di luar rumah.
Perlahan-lahan
aku mengatur langkah ke pintu dan dari jauh aku dapat melihat Benyamin yang
sedang rancak berbual dengan Tengku Fiqrash. Mesra betul mereka berdua. Siap
bergelak sakan lagi. Nasib baik tak bertepuk bertampar di situ. Entah-entah,
memang mamat kutub utara ni tak straight kot. Huh, seram!
“Kau
ni, betul ke nak kahwin?” Telingaku menangkap suara Tengku Fiqrash yang sedang
bertanya. Aku memberhentikan langkah dan menyembunyikan diri di sebalik tiang,
cuba memasang telinga.
“Aku
dah bertunang dah pun. Mestilah lepas ni akan kahwin.” Jawab Benyamin tanpa
nada.
“Tapi,
kau ni tiba-tiba nak kahwin. Kenapa? Kau kena perangkap dengan dia ke apa?”
Soal Tengku Fiqrash.
Aku
tersentak. Sungguh mulut anak lelaki kedua Mak Engku ni tak ada insurans
langsung! Siapa yang perangkap siapa sebenarnya?
“Bukanlah.”
Jawab Benyamin.
“Mana
kau kenal budak perempuan tu?” Soal Tengku Fiqrash.
“Bukan
budaklah. Dia tua setahun daripada kita lah.”
“Tak
kisahlah, aku tengok macam muka budak je.”
“Dia
lawyer aku.”
“Lawyer
kau?”
“Yup.
Lawyer yang uruskan trust arwah parents aku.”
“Interesting.”
Aku mengerutkan dahi sebaik sahaja mendengar
perkataan ‘interesting’ yang baru sahaja keluar dari mulut Tengku Fiqrash.
Kenapa pulak? Apa yang menarik sebenarnya?
“Interesting?
Kenapa pulak?” Soal Benyamin.
Tengku
Fiqrash hanya ketawa tanpa terus menjawab soalan Benyamin sebentar tadi.
“Aku
rasa one of the reason yang dia nak kahwin dengan kau, mesti sebab trust tu. As
your lawyer, she knows best. Kau tak terfikir ke pasal tu? Perempuan zaman
sekarang ni pandang cash je.” Balas tengku Fiqrash sambil berpeluk tubuh.
Aku
menarik nafas sedalam yang mungkin dan melepaskannya perlahan-lahan. Pesimisnya
lelaki ini. Buruk betul perangai walaupun muka tak buruk. Sekarang aku faham
kenapa mereka berdua ni mempunyai hubungan yang baik. Memang sama sungguh
perangai. Sehati sejiwa.
“Aku
tak rasa Nuha macam tu, Fiq.”
“Kau
tak rasa? Aku rasa.”
Aku
mengeluh lagi. Agaknya, memang Tengku Fiqrash cemburu dengan aku? Eh, peliknya
alasan!
“Kau
macam tak suka Nuha je. Kau tak kenal dia lagi, Fiq.” Ujar Benyamin.
“Memang
aku tak suka dia.” Jawab Tengku Fiqrash.
Hah,
aku dah agak! Nasib baiklah Tengku Fiqrash tak jawab yang dia cemburu dengan
aku.
“Kenapa?
Kau suka ke dengan dia?” Soal Tengku Fiqrash tiba-tiba. Benyamin terus terdiam.
Aku
yang sedang berdiri bersembunyi di sebalik tiang, tiba-tiba tersepak peralatan
berkebun Mak Engku yang terletak di tepi tiang. Terus Benyamin dan Tengku
Fiqrash berpaling ke arahku.
Alamak!
Nak buat apa ni? Buat-buat pengsan? Atau buat-buat sebenarnya nak berkebun
makam-malam macam ni?
“Nuha?”
Tegur Benyamin dengan wajah yang berkerut.
“Mak
Engku minta tolong saya ambilkan watering can ni. Dia nak siram pokok serai
dekat belakang rumah tu.” Tuturku sambil mencapai bekas penyiram dan
cepat-cepat mengangkat kaki dari situ. Malunya! ‘Cerdik’ sungguhlah aku
menggunakan alasan nak siram pokok serai.
“Eh,
kak Nuha nak buat apa dengan watering can tu?” Tegur Tengku Hakimi yang sedang
berdiri di muka pintu. Langkah kakiku terhenti semula.
“Hah?
Oh, tak ada nak buat apa. Saja je nak pegang.” Jawabku sambil tersengih.
Takkanlah nak bagi alasan nak siram pokok serai lagi.
“Kak
Nuha nak siram pokok serai Mak Engku dekat belakang rumah.” Tiba-tiba
kedengaran suara Benyamin dari belakangku.
Alamak,
mamat ni ada kat sini pulak. Kacau sungguhlah. Kenapalah dia tinggalkan Tengku
Fiqrash? Mesti lelaki itu cemburukan aku lagi.
“Nak
siram pokok serai? Pokok serai tak payah siram pun tak pe lah, kak.” Balas
Tengku Hakimi sambil ketawa kecil.
“Eh,
mana boleh jawab macam tu. Tu namanya mendeskriminasikan hak pokok. Walaupun
pokok serai je, kita kenalah siram air jugak.” Jawabku selamba dan tawa Tengku
Hakimi bertambah kuat.
“Kelakarlah
akak ni. Comel sungguh.” Balas Tengku Hakimi tiba-tiba.
Wajahku
mula terasa panas membahang. Haih, budak ni kan. Mulut dia memang tak pandai
nak gunakan fungsi brake langsung. Apabila aku menoleh ke sisi, Benyamin sedang
memandang wajahku tepat.
“Jom!”
Tutur Benyamin tiba-tiba.
“Jom?
Nak pergi mana?” Soalku, terkejut.
“Nak
pergi siram pokok serai lah. Awak jugak yang kata kita tak boleh nak
deskriminasikan hak pokok.” Sindir Benyamin selamba. Dia terus berjalan ke
kawasan belakang rumah yang sememangnya terdapat banyak pokok serai yang
ditanam oleh Mak Engku di situ.
Benyamin
memandangku yang masih tercegat berdiri sambil memeluk tubuh. Aku sudah
terkebil-kebil sambil di dalam hati mengutuk diri sendiri. Kenapalah mulut aku
gatal sangat bagi jawapan nak siram pokok serai? Kan sekarang ni kena siram
betul-betul!
“Paip
air kat sana.” Beritahu Benyamin.
Lambat-lambat
aku melangkah ke arah paip air tersebut dan bersusah payah membawa bekas
penyiram yang sudah dipenuhi air. Mamat kutub utara tu? Bukannya nak tolong
angkat, tolong tengok adalah.
“For
sure you have lots of questions for me. Kan?” Soal Benyamin. Nada suaranya
berubah serius semula.
Aku
pandang wajah Benyamin yang tidak beriak itu.
“Awak
dengar apa yang Fiqrash cakap tadi kan?” Soal Benyamin lagi.
“Mana
ada. Saya tak tahu pun korang ada kat situ. Saya memang nak cari watering can.”
Jawabku bersahaja.
“Sebab
nak siram pokok serai ni? What a great reasoning coming from you. I wasn’t
expecting that kind of answer.” Sindir Benyamin.
Aku terus terdiam. Kalaulah Tengku
Fiqrash tu perempuan, memang aku merayu pada Mak Engku supaya kahwinkan dorang
berdua. Dah sepadan sangat. Dua-dua mulut tak ada insurans.
“Fine. Memang saya ada banyak gila
soalan dalam kepala saya ni. Encik Benyamin, awak ingat rekod awak tu bersih
sangat ke? Nasib baik saya check background awak ni. Very surprising, I must
say.” Sindirku pula.
Benyamin memandangku dengan riak
wajah yang penuh dengan tanda tanya.
“Awak dengan mamat berlagak tadi
tu. Korang…”
Bicaraku terhenti. Tidak sanggup
rasanya untuk meneruskan soalanku dan aku memandang wajah Benyamin. Dia memanti
aku menghabiskan ayatku.
“korang gay ke?”
Benyamin memandang wajahku lama.
Riak wajahnya kelihatan tidak beriak semula. Seolah-olah itu bukanlah satu
soalan pelik bagi dirinya.
“Yup.”
“Hah?”
Aku sudah hampir menjerit dan
serentak itu bekas penyiram yang masih penuh dengan air, terlepas daripada
peganganku. Bekas tersebut elok jatuh menimpa kakiku sebelum aku terjerit
sekali lagi kerana sakit yang amat sangat.
p/s: Salam semua. Minta ampun dan maaf sebab dah lama sangat tak update kisah Nuha dan Ben. Since last month saya busy sangat dengan assignments, tests and projects. Minggu ni saya kurang sibuk sangat. Dapatlah post entry baru. Happy reading y'all :)
nak entry baru lagi.!!! haha
ReplyDeleteoh no...n3 yg makin mendera. cepatlah yumi n3 baru.-kak tims.
ReplyDeleteoh no!sian Nuha...:(
ReplyDeleteadik manis....kalau kurang sibuk minggu ni, bolehlah up kan lagi new entry ya? tenkiu.
ReplyDeleteTenkiu 4 this entry.;)
ReplyDeleteAkhirnya...muncul gak entry baru..thanks yer...lama dh tunggu..hehe
ReplyDeletebest....
ReplyDeletebesttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt, nk lgggggggggggggggggg
ReplyDeleteBest..... #^_^
ReplyDelete