Aku masih tekun membaca beberapa e-mail penting dan memeriksa kandungan
peti inbox Yahoo Mail. Anak mataku
lari pula pada planner berkulit hitam
itu. Esok pagi Firas dan Nadia ingin berjumpaku mengenai majlis perkahwinan
mereka yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Kawan baik aku itu sangat
mengada-ngada. Firas mahu aku sendiri yang menguruskan majlisnya. Aku sempat
juga menjeling ke arah Ian yang sedang nyenyak tidur selepas solat Isya’
berjemaah tadi.
“Umi!”
Suara Ian yang tiba-tiba memanggil umi itu membuatkan aku
berpaling ke arahnya sekali lagi. Matanya masih tertutup rapat walaupun seulas
bibir nipis itu tidak henti-henti memanggil umi. Aku dengar Ian merayu supaya
umi tidak meninggalkannya. Aku bangun dari dudukku dan memanjat naik ke atas
katil. Ian masih mengigau, memanggil-manggil nama umi.
“Ian.” Bahu Ian kugerakkan perlahan. Tiada respons dan
mata Ian masih tertutup rapat.
“Ian.” Kali ini suaraku kuat sedikit. Ian terus
mencelikkan matanya dan anak mata kelabu cair itu memandang wajahku.
“Awak mengigau tadi.” Ujarku.
“Baca selawat sebelum tidur. Baca ayat Kursi sekali.
Tidurlah. Saya risau dengar awak mengigau tadi.” Aku menepuk belakang tangan
Ian perlahan-lahan. Sudah seperti ingin menidurkan anak kecil yang meragam di
tengah-tengah malam.
“Saya mimpi benda yang bukan-bukan.” Beritahu Ian.
“Mimpi tu kan mainan tidur. Jangan fikirkan sangat.
Tidurlah. Sebelum tu, baca dulu apa yang saya pesan tadi.” Balasku lembut dan
automatik satu kucupan singgah pada pipi kiri Ian.
Aku yang baru tersedar tindakanku sebentar tadi, terus
bangun. Wajahku sudah terasa panas membahang. Apa benda yang aku baru buat
tadi?
“Err, awak
sambunglah tidur balik. Saya ada kerja sikit.” Balasku tergagap-gagap dan ingin
cepat-cepat meninggalkan katil bersaiz King itu.
“Stay.” Ian
pantas menangkap pergelangan tanganku membuatkan langkah kakiku terhenti.
“Stay in here with
me.”
Dalam sekelip mata, aku sudah berada di dalam pelukan
hangat Ian. Aku perhatikan Ian yang sudah kembali lena dan tidak lama kemudian
kelopak mataku turut terasa berat.
terkiss ian pulak... ngeee
ReplyDeleteteaser jek mehhhhhh ? hehe
ReplyDeleteBila nvel nim ada kat pasaran? Best sangat.
ReplyDeleteawwwwwww..tetibe !!!hihi
ReplyDelete