Bahagian
7
Riak
wajah Iman Amani yang kelihatan sangat terkejut itu kupandang sekilas sebelum
meneruskan kerja menyelak halaman demi halaman katalog pakej perkahwinan yang
ditawarkan di butik Sweet Bridal milik mama Iman.
“Macam
mana kau boleh kenal dengan Benyamin ni? Sikit pun tak ada cerita dengan aku
kan.” Tutur Iman sambil mencebikkan bibir. Buat-buat merajuklah tu.
“Dia
tu anak guam aku.” Jawabku pendek.
“Then?” Soal Iman lagi.
“Then? Then apa?” Soalku semula. Tidak faham dengan soalan yang diutarakan
oleh Iman.
“Haih,
kau ni! Yalah, how the love sparks after
that? Mestilah ada love story
dekat situ.” Jawab Iman sambil tersenyum.
“Aku
tak tahulah nak cerita macam mana.” Balasku jujur. Yalah, takkanlah nak
ceritakan pada Iman cerita versi original pula? Mahu pengsan kawan aku yang
seorang ini.
Iman
hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Entah apa yang Iman sedang fikirkan.
“Aku
dah cukup terkejut kau nak kahwin dengan Benyamin, designer yang famous lagi
terhangat di pasaran tu. Tiba-tiba hari ni kau datang sini bagitahu aku yang
kau nak aku handle wedding kau? Hang ni biaq betui!” Riuh
mulut comel Iman berceloteh.
“Betui la. Awat, hang ingat cheq main-main ka?” Soalku, mengikut rentak Iman yang seronok menggunakan loghat
utara. Iman sempat ketawa kecil sebelum riak wajahnya bertukar serius semula.
“Tak
adalah. Aku ingat mesti Benyamin nak buat wedding
dia grand, guna wedding planner yang proper,
bukannya bidan terjun macam aku.” Jawab Iman.
“Bidan
terjun uruskan orang kahwin tak apa. Bukannya kau bidan nak sambut orang
beranak.” Gurauku.
“Tak
habis-habis nak loyar buruk kan. But,
kau betul ke ni? Mesti Benyamin tu ada kenalan ramai yang boleh uruskan wedding korang ni. Baju kahwin kau,
mestilah at least Rizalman yang design. Tak pun, dia kenal Tom Abang
Saufi ke.” Tambah Iman.
“Aku
dah pakat dengan dia, wedding ni biar
aku yang uruskan. Lagipun, Benyamin tu bukannya banyak songeh sangat. Dia pun
sibuk nak uruskan hal dekat company
yang tergendala sebab dia accident
hari tu.” Balasku dan tangan kanan mencapai katalog yang ketiga pula. Ya ke mamat tu tak banyak songeh? Heh!
“I feel honored!” Balas Iman teruja.
“Kau
ni, aku ni bukannya artis.” Balasku dan Iman terus ketawa.
“Eh,
kau tak tahu ke status kau sekarang ni meletop?
Retiss kau sekarang ni tahu tak.”
Usik Iman sambil tergelak-gelak.
“Kau
pun retiss jugak.” Balasku pula. Iman
kelihatan mengerutkan dahinya.
“Kenapa
pulak?” Soal Iman.
“Yalah,
tunang kau, Naim tu kan model yang famous
jugak.” Jawabku.
“Dia
yang famous, bukannya aku. Kau
lainlah cerita. Keluar paper you.”
Balas Iman.
“Nama
kau pun keluar paper jugak. Kan ada this one interview by reporter, Naim mention nama kau. Eh, dia apa khabar
sekarang?” Soalku.
“Aku
pun dah lama jugak tak jumpa dia. Dah nak masuk tiga minggu. Dia kata dia
sibuk. Yalah, nak manage time untuk both modeling dengan nak handle construction business lagi.”
Jawab Iman.
Keadaan
sunyi seketika. Hanya kedengaran suara riuh di dalam butik. Aku menelek jam di
pergelangan tangan. Sudah pukul 11 pagi.
“Kau
nak terus pilih pakej ke?” Soal Iman.
“Ha’ah. Wedding pun dah tak lama, tinggal sebulan je. Aku janji dengan
Benyamin nak jumpa kat sini waktu ni.” Jawabku sambil anak mata mengintai ke
luar butik. Masih tiada bayang Benyamin.
“Benyamin
nak datang sekarang? Awat hang tak habaq awai-awai?” Soal Iman yang sudah kelihatan kelam-kabut.
“Yang
kau kalut semacam ni kenapa pulak? Mestilah dia kena datang sekali. Kan nak
tengok pakej ni.” Jawabku.
“Yalah,
tak sempat aku nak bentang red carpet.”
Seloroh Iman.
“Kau
ni kan! Ada jugak yang nak kena luku kepala. Aku ingatkan apa benda tadi.”
Guraku dan Iman tersengih.
“Kau
cakap kat aku kau nak tema warna pink
dengan putih kan?” Soal Iman, kembali serius sambil mencatat sesuatu pada
tablet miliknya.
“Ha’ah. Warna tu memang dah confirm.” Jawabku.
“Benyamin
tu suka warna pink ke?” Soal Iman
lagi.
“Suka,
suka sangat.” Jawabku sambil tersenyum di dalam hati. Terus aku teringat sms
kiriman Muiz, setiausaha Benyamin apabila aku bertanyakan warna apa yang
Benyamin tidak suka. Benyamin sangat tidak menyukai warna merah jambu.
Disebabkan
itu juga aku mengambil keputusan untuk menggunakan warna tersebut sebagai warna
tema. Yalah, mamat tu nak sangat
tengok macam mana aku nak huru-harakan hidup dia. Aku akan buat benda yang dia
tak suka.
“Tu
hah, cik adik sayang kau dah sampai.” Beritahu Iman sambil melirikkan matanya
ke arah pintu masuk butik. Aku menjegilkan biji mata ke arah Iman. Cik adik?
Mentang-mentanglah Benyamin tu muda setahun daripada aku.
Riuh sedikit keadaan di dalam butik.
Masing-masing memandang ke arah Benyamin yang baru melangkah masuk bersama-sama
Muiz.
“Kenapa
lambat?” Soalku sambil menjeling ke arah jam dinding.
“Actually Mak Engku nak datang sekali
tapi Pak Engku masuk hospital tengah malam tadi. So, saya bawak Muiz untuk hari ni.” Ujar Benyamin. Soalanku tadi
dibiar sepi. Isy, dia ni kan!
“Eh,
kenapa berdiri ni? Jemput duduk. Korang sembang berdiri ni macamlah lantai
butik ni dah nak runtuh. Sila, sila duduk. Jangan risau, struktur binaan butik ni
kukuh.” Tegur Iman yang muncul dengan membawa dulang yang berisi tiga cawan dan
jag kecil berisi jus.
“So, inilah Encik Benyamin Ziqri ya? Tak
sangka saya dapat jumpa up-close
macam ni. Dah macam fan meeting artis
dah.” Balas Iman ramah.
“Eh,
janganlah berencik dengan saya. Formal sangat pulak. Panggil Ben je.” Balas
Benyamin sambil tersenyum.
Jap!
Mamat ni pandai senyum? Boleh
bercakap dengan penuh bersopan santun dengan Iman? Telinga dengan mata aku ni,
betul ke dapat berfungsi dengan baik?
“Eh,
lupa pulak nak kenalkan diri. Saya pemilik tak rasmi butik ni. Tak amik fashion design langsung, melukis pun tak
reti. Saya cuma take over business
mama saya. Nama Iman Amani, boleh panggil kak Iman.” Balas Iman.
“Tak
apa ke panggil kak Iman? Atau nak panggil Iman je?” Soal Benyamin sambil
memandang ke arahku. Eee…dia ni kan!
Ada jugak yang nak kena luku kepala dengan kasut lepas ni.
“Panggil
kak Iman lah. Ben muda setahun kan? Tapi, jangan panggil Nuha ni kak Nuha
pulak.” Usik Iman. Terus aku mencubit kuat lengan Iman. Iman pun dah jadi ahli fan club Ben jugak ke?
Benyamin
hanya ketawa senang. Aku sudah mengerutkan dahi. Dia ni ada dual personality
disorder ke? Kenapa dengan Iman dia elok je, bersopan santun. Dengan aku, sopan
santun dia dah masuk dalam laut.
“Nuha
bagitahu akak yang you guys nak guna
tema warna pink dengan putih.” Ujar
Iman, kembali serius menghadap tabletnya.
Raut
wajah Benyamin kelihatan berubah sedikit. Dia memandangku dengan tajam. Muiz yang
sedari tadi hanya mendiamkan diri, turut memandang ke arahku dengan dahi yang
berkerut seribu. Seolah-olah menghantar isyarat yang bermaksud ; ‘kan saya dah cakap bos saya sangat benci
warna pink’.
“Ha’ah. Ben, awak suka warna pink kan? Awak cakap dekat saya hari tu
yang warna pink tu lembut je,
menyejukkan mata bila tengok.” Ujarku pada Benyamin yang sudah kelat wajahnya. Aku
sudah terasa ingin ketawa tetapi sedaya upaya kutahan.
“Hmm…”
Balas Benyamin pendek memandangkan Iman sedang memerhatikan kami.
“Okey.
So, kita boleh proceed dengan benda-benda lain. Boleh start dengan baju dulu. Ni ada katalog. Korang pilih je. Cuma, since warna tema putih dengan pink, baju pengantin nak warna pink atau putih?” Soal Iman sambil
memandang ke arah aku dan Benyamin.
“Pink!” Pantas aku menjawab.
“Putih!”
Jawab Benyamin pula.
Iman
sudah mengerutkan dahi. Dia menggaru-garu dahinya sendiri.
“Korang
nak warna putih or pink ni?” Soal
Iman lagi.
Aku
saling berpandangan dengan Benyamin. Masing-masing sedang mengetap bibir.
“Putih.
Takut kalau saya pakai warna pink,
orang cakap saya lagi lawa dari Nuha pulak.” Jawab Benyamin dengan tawa yang
dibuat-buat.
“Eh,
saya tak kisah kalau orang cakap awak lagi lawa. Mesti bangga saya dengar
nanti.” Balasku, tidak mahu kalah dengan mamat yang tidak berperasaan ini.
Aku
sempat memandang ke arah Muiz yang sedari tadi tidak senang duduk. Seolah-olah
sedang duduk di atas bara api.
“Macam
ni lah. Akak nak bagi suggestion
dekat korang. Rasanya kalau untuk korang yang berkulit putih bersih ni, lagi
cantik kalau pakai warna putih. Pink pun
okey jugak, Cuma warna putih akan bagi impak yang lagi awesome bila dalam gambar nanti. Nampak suci je. Nampak bersih.”
Sampuk Iman.
Aku
terdiam lama. Kalau dah Iman yang lebih pakar berkata sedemikian, takkanlah aku
nak degil pulak kan? Yalah, aku pun tak naklah merosakkan majlis perkahwinan
aku sendiri.
“Okeylah,
putih will do.” Balasku, mengalah. Anak
mataku sempat menangkap reaksi Benyamin yang tersenyum menang. Dengan senang
hati, dia menyelak katalog busana pengantin di atas meja.
“Iman.”Panggilku,
berbisik. Iman terus mendekatkan kepalanya ke arahku.
“Nanti
baju Ben, kau buat lengan baju dia tu sebelah panjang, sebelah lagi pendek tau.”
Bisikku perlahan, risau jika Benyamin yang duduk berhadapan dengan kami dapat
mendengar.
“Hah?
Kenapa pulak? Tu macam baju orang sewel.”
Balas Iman, berbisik juga.
“Sebab
dia sewel lah aku request kau buat macam tu.” Balasku. Iman
mengerutkan dahinya, tidak faham.
“Nuha.”
Panggil Benyamin. Aku terus memandang ke arahnya yang kelihatan ingin
menunjukkan sesuatu.
“Design yang ini cantik kan, sayang.” Balas
Benyamin selamba. Iman terus memandang ke arahku dengan senyuman mengusik.
Sayang? Huh! Pandainya berlakon. Aku ni, dah rasa macam nak suruh Iman
pastikan baju kahwin mamat sengal ni
berlubang-lubang macam jala ikan tu. Namun, melihatkan reaksi Iman, aku tak
yakin yang Iman nak bekerjasama denganku. Macam mana ni?
best nk lagi..
ReplyDeletecute jer....huhuhu...iman pon ada....
ReplyDelete-nur-
ooo bru dpt tangkap..rupanya iman amani dlm citer ni blum kawin ngan Ian lagi kan..haahaa patutla familiar nama tu..
ReplyDeleteHa'ah, Iman belum kahwin dengan Ian lagi. Time ni Iman still bertunang dgn Naim lagi. Lps Nuha ni kahwin dgn Ben baru Iman kahwin dgn Ian :)
Delete