“Sebenarnya kan, saya
seronok sangat tengok awak dengan umi sekarang ni.” Aku menukar topik perbualan.
“Alhamdulillah. Saya pun rasa gembira sangat. Saya tak
terfikir pun dulu yang saya dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ni. Oh, ya!
Saya lupa nak cakap terima kasih pada awak.” Balas Ian.
“Terima kasih pada saya? Kenapa pulak?” Soalku.
“Yalah, sebab tolong saya reconcile balik dengan umi. Saya tahu awak mesti berpakat dengan
walid kan?” Balas Ian, tersenyum.
“Ala, saya bukannya buat apa pun. Sebenarnya Allah yang
gerakkan hati awak dengan umi. Yalah, Allah itu Maha Berkuasa untuk
menggerakkan hati hamba-hambaNya.” Aku tersenyum.
“Tapi kan, saya rugi satu benda lah sekarang ni.” Ujar
Ian sambil menjungkitkan keningnya.
“Rugi? Rugi apa pulak?” Soalku, tidak faham.
“Yalah, bila malam-malam, orang tu dah tak adalah nak
peluk saya. Or nak kiss pipi saya
lagi.”
Jawab Ian bersahaja. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya ke arahku.
Darah merah terus menyerbu naik ke wajahku. Eee…mulut dia ni! Tak ada insurans
Takaful langsung! Cakap ikut sedap mulut je. Aku ni dah segan tahap tak tahu
nak cakap. Rasa macam nak masuk sembunyi bawah meja. Nasib baik jugalah tak ada
orang lain di ruang makan ini kecuali kami berdua.
“Eh, bila masa pulak saya kiss pipi awak? Jangan nak buat cerita yang bukan-bukan ya.”
Dalihku dengan wajah yang terasa panas membahang.
Ian tidak menjawab, sebaliknya hanya ketawa senang.
Berselera pula dia makan ikan keli masak kicap yang dikatakan seperti belut
itu.
“Saya dah lama nak tanya ni.” Ujarku sebaik sahaja tawa
Ian reda.
“Sure, my lady.
Apa dia?” Soal Ian.
“Awak memang setuju nak kahwin dengan saya sebab nak rebel dengan umi ke? Awak cakap hari tu
awak ikutkan aje apa yang umi nak sebagai tanda awak nak rebel dengan umi, indirectly
macam nak balas dendam.” Soalku.
“Kind of. Tapi,
ada sebab lain jugak.” Jawab Ian.
“Sebab lain?” Soalku dan Ian mengangguk.
“It was not love at
first sight at all, but love at a deeper sight.” Jawab Ian.
Aku sudah terkebil-kebil memandang Ian. Betul ke apa yang
aku tengah dengar ni? Love confession
ke? Ke main-main macam troll of the year tu?
“Betul ke apa yang awak cakap tu?” Soalku semula.
“Cakap apa?” Soalanku dibalas dengan soalan juga.
“Pasal love at a
deeper sight tu.” Jawabku dan Ian mengerutkan dahi.
“Bila masa saya cakap macam tu?” Soal Ian dan bangun dari
duduknya untuk menambah nasi.
Hah? Pulak dah! Habis tu, apa yang aku baru dengar tadi?
Haru sungguhlah aku dibuat oleh encik suami mat salih celup ini!
Adoi...cute btoi la Amani dgn Ian nie...
ReplyDeletehah funny..nnt dah launch bgtw yer.x sabar nak bli;)
ReplyDeleteaaiihh... main2 pulak ian nih... eeee
ReplyDeletecikitnya...x puas bc..
ReplyDeletealaaaa.... nk lg....
ReplyDeletesesak nafas i baca sciput mcm ni...ala3...nak lg..plzzzz
ReplyDeletewaiting for the next episode. bila?? :)
ReplyDeletenext episode ?
ReplyDeletetak da sambungan dah ke...
ReplyDeletenext ep......
ReplyDeletenak lagi, nak lagi, cik penulis cepatlah sambung...
ReplyDeleteYg had kje sparuh jln ni yg kmi xmnt ni.....
ReplyDeleteDengan ini diumumkn bhw cik laksa dh jumpe sorg lg penulis hangat2 tahi aym.... jenis wat kje xabih... update pe pn xde... 10q...
ReplyDeleteX baiklah ckp yg bkn2 psl penulis..please respect ckit..
ReplyDeleteNovel ni mmg best..feeling in luv with Ian..x sabar nk peluk novel ni dlm versi cetak..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSambungannya mana ? Lama dah tunggu
ReplyDelete