AKU mengatur langkah perlahan-lahan
mengikut jejak langkah Tuan Zaid dan Wafa yang sudah bergerak masuk ke dalam
lobi hotel mewah itu. Perlakuan mereka yang nampak luar biasa mesra itu
membuatkan aku tertanya-tanya.
Confirm, something smells fishy!
Sambil mengintai Tuan Zaid dan Wafa yang sudah melangkah masuk ke dalam
lif, aku berdiri bersembunyi di sebalik sebatang tiang. Akalku sudah merangka
pelbagai jenis kemungkinan. Seperti peta minda, idea tersebut berkembang;
Point 1: Sangat pelik untuk dua orang lelaki (kalau tak silap aku, Tuan
Zaid itu berumur awal 30-an dan Wafa muda sedikit daripada dia) datang ke hotel
mewah bersama-sama.
Point 2: Mereka datang ke hotel pada waktu malam.
Point 3: Mereka bukan datang untuk makan malam atau meeting tetapi terus
mengambil lif yang pastinya akan menuju ke mana-mana bilik hotel.
Point 4: Dekat pejabat mereka berdua tidak nampak seperti mempunyai
hubungan yang rapat.
Konklusi daripada points di atas: Mereka berdua mungkin gay!
Aku terus menekup mulutku sendiri sambil beristighfar di dalam hati. Tak
mungkinlah! Wafa tu nampak sangat suci murni. Tuan Zaid pun, takkanlah
berperangai songsang sebegitu. Aku menampar perlahan pipi sendiri. Gila kau ni,
Jihan!
"Jihan Sofia?" satu suara yang memanggil namaku dari arah
belakangku membuatkan jantungku berhenti berdegup sebentar. Mati! Dorang dah
perasan aku mengintip ke?
Takut-takut, aku memusingkan badanku.
"Tuan Malique," aku menarik nafas lega. Nasib baik! Buat aku
cuak terlebih je.
"Muka you pucat macam nampak hantu. Kenapa?" soal Tuan Malique
sambil menelek lama wajahku.
"Eh, tak adalah," aku cepat-cepat sengih.
"You buat apa kat sini? Dah malam ni," soal Tuan Malique
sambil sempat menelek jam tangannya.
"Err...saya," aku sudah tergagap-gagap. Nak 'goreng' apa ni?
Takkan aku nak berterus-terang yang aku baru lepas mengintip sepupu dia dengan
assistant aku? Buatnya kalau aku bagitahu benda yang tak betul, tak pasal-pasal
dapat dosa memfitnah pula.
"Hah, ni mesti baru lepas dinner dengan boyfriend you kat sini
kan?" ujar Tuan Malique sambil tersenyum mengusik.
"Oh, ya, ha'ah," ikutkan ajelah, Jihan.
"Don't worry, your secret is safe with me," sempat lagi lelaki
ini mengenyitkan matanya.
"Tuan Malique buat apa kat sini? Jumpa girlfriend?" giliranku
pula mengusiknya dan dia ketawa senang.
"Isy, I mana ada girlfriend. Actually I baru je habis
meeting,"
"Oh...rajinnya! Malam-malam minggu pun bekerja jugak,"
Tuan Malique senyum.
"Ni nak balik macam mana ni? Tunggu boyfriend?"
"Eh, tak. Saya drive sendiri. Saya gerak dululah ya, nanti risau
pulak housemate saya yang kat rumah tu," aku senyum hormat dan terus
cepat-cepat angkat kaki daripada situ.
Nampaknya, insomnia lagilah aku malam ni!
***
"Malam tadi tak boleh tidur ke, Jihan?" Wafa mengambil tempat
di sebelahku. Aku mengesot sedikit ke kiri, memberi ruang untuk dia melabuhkan
duduk.
"Saya tak boleh tidur sebab fikirkan awaklah," jawabku jujur
sebelum menguap lagi. Aku sempat membuang pandang ke arah anak-anak Rumah Sinar
Kasih yang nampak gembira menikmati kek masing-masing.
"Hah?" terkebil-kebil mata bundar Wafa memandangku. Merah
padam wajahnya.
"Eh, bukan macam yang awak fikirkan. Saya bukan syok dekat
awaklah," balasku pantas. Wafa terus menarik nafas lega.
"Amboi, bukan main lagi awak!" tambahku lagi, mencebik. Wafa
hanya tergelak kecil.
"Saya gurau je," Wafa tayang senyum.
"Awak dengan Tuan Zaid tu rapat ke?" aku pandang wajah Wafa.
"Tak adalah. Kenapa?" wajahku dipandang.
"Tak ada apa-apa. Just out of curiousity," aku tayang senyum.
Tak rapat? Tapi malam tadi aku nampak dorang rapat semacam. Siap berbual
panjang lagi. Musykil aku. Agaknya ini perasaan Detektif Conan bila instinct
detective tu kuat sangat. Merepeklah kau, Jihan!
No comments:
Post a Comment