"TUAN Malique, weekend ni as usual ke?"
aku memanggil Tuan Malique Haikal yang baru sahaja lalu melepasi meja kerjaku.
Tuan Malique Haikal merupakan sepupu kepada Tuan Zaid Harith, merangkap
Marketing Director untuk Lucrative Holdings.
"Oh, Jihan! Patutlah telinga I ni dah terdengar-dengar suara merdu
orang memanggil. Rupa-rupanya awak," dia tersenyum manis. Tuan Malique
merupakan seorang yang sentiasa bermulut manis, sesuai dengan jawatannya
sebagai Marketing Director. Kalau nak dibandingkan perangai dia dan Tuan Zaid
Harith, memang macam langit dengan bumi.
"Weekend ni macam biasa. I dah call rumah anak-anak yatim tu, nanti
I inform further in our WhatsApp group untuk further details," Tuan
Malique berjeda dan anak matanya jatuh pada Wafa yang khusyuk dengan bahan
bacaannya.
"I tak tahu we have a new staff?" soal Tuan Malique. Dia
senyum memandang Wafa.
"Baru masuk hari ni, tuan. Lagipun tuan tak ada kat pejabat satu
hari, jadi tak sempatlah nak berkenalan. So, saya kenalkan. Wafa, this is Tuan
Malique Haikal, our Marketing Director. Tuan Malique, ni Wafa Mikhael, our new
assistant team leader for event management," tuturku, memperkenalkan
kedua-dua lelaki ini.
Wafa cepat-cepat menghulurkan tangannya untuk bersalam dan dia tersenyum
hormat ke arah Tuan Malique.
"You should join Marketing Team, bukan kat sini. You ada such a
good looks, rugi kalau duduk dekat event management je," usik Tuan Malique
sambil menepuk-nepuk bahu Wafa.
"Amboi, tuan! Sempat lagi ya! Anak buah saya pun tuan nak culik
bawak lari," usikku dan Tuan Malique ketawa. Wafa hanya tersengih. Segan
agaknya!
"Saja mengusik you. You ajak sekali Wafa this weekend kalau dia
berminat. I kena gerak dulu, ada meeting dengan 'tentera Jepun' you tu. Nanti
dia pancung kepala I sebab lambat," balas Tuan Malique bersahaja.
"Tuan Malique! Kan saya dah kata jangan sebut kuat-kuat pasal
'tentera Jepun' tu!" mataku melingas ke kiri dan ke kanan. Mati aku kalau
orang lain dengar. Sah, kena hukuman pancung kalau Tuan Zaid yang dengar!
Tuan Malique ketawa senang sebelum mengatur langkah pergi dari situ.
"Dia dengan Tuan Zaid tu sepupu. Kalau tak salah, dorang tu sebaya
tapi perangai macam sorang dari Bumi, sorang lagi dari Pluto kan?" ujarku
sebaik sahaja Tuan Malique beredar.
Wafa ketawa. Terkebil-kebil aku memandang reaksinya. Amboi, dah pandai
gelakkan aku!
"Weekend ni ada apa, Jihan?" soal Wafa.
"Tuan Malique tu rajin organize CSR activities untuk staff. Nampak
je macam tu, tapi he has a warm heart. Selalunya bila hari Sabtu kitorang akan
buat aktiviti kat mana-mana orphanage, rumah orang tua, macam-macamlah,"
"I see," Wafa masih memandang bayang Tuan Malique yang sudah
berlalu pergi.
"Interesting," tambahnya.
"Ha'ah, kan? He has such an interesting characters, I must say.
Bukan senang nak jumpa orang kaya, muda belia pulak tu tapi ada hati yang
sangat besar," tambahku pula.
*****
Aku ada terbaca satu artikel di blog tentang cara-cara untuk mengatasi
masalah insomnia atau susah untuk tidur pada waktu malam. Salah satunya ialah
untuk memanfaatkan hari itu dengan melakukan banyak perkara supaya badan rasa
letih dan pada waktu malam mata pasti akan mahu terlelap dengan cepat dek
kerana kepenatan. Nak cubalah!
"Nak pergi mana?" tegur Hana yang sedang menghadap komputer
riba di ruang tamu.
"Night walk or pergi kafe kut," jawabku sambil mencari kunci
kereta.
"At this hour? Dah malam ni, Jihan," Hana menoleh ke arah jam
dinding. Sudah pukul 9.30 malam.
"Sekejap je, aku tak pergi jauh-jauh. Lagipun esok cuti dan aku
kena try method ni. Kut-kutlah nanti mata aku senang nak lelap. Kau ada nak
kirim apa-apa?"
Hana pantas menggelengkan kepalanya.
"Sure ke ni, Jihan? Aku risaulah. Sekarang ni dahlah macam-macam
kes. Kau nak buat night walk pun, jaga-jaga jugak. Sekarang ni tengah hangat
dengan virus anjing gila tu," Hana masih menayangkan riak risaunya.
"Insya-Allah tak ada apa-apa. Aku pergi sekejap je," aku
senyum memandang Hana.
"Sebab aku kena siapkan presentation ni, bos nak jugak pagi esok.
Kalau tak, boleh aku temankan kau,"
"Tak apa, Hana. Kau settlekan kerja kau, jangan risau,"
"Yalah, yalah. Kau jaga diri tau. Apa-apa, call aku,"
Aku memakirkan kereta tidak jauh dari sebuah kafe yang mempunyai
dekorasi Vintage. Nampak macam menarik. Aku lihat kafe itu tidak terlalu padat
dengan orang ramai. Aku turun dari kereta dan saat itu aku ternampak kelibat
Tuan Zaid dan Wafa.
Mataku membulat.
Mereka sedang berjalan beriringan menuju ke hotel lima bintang yang
terletak tidak jauh daripada kafe yang ingin kutuju. Mereka nampak rapat, tidak
seperti apa yang kulihat di pejabat.
Something is fishy, somewhere.
Naluri 'Detektif Conan' kembali aktif. Nak ikut ke tidak?
-'Tak payah sibuk-sibuk nak ikut. Ingat balik tujuan datang sini sebab
apa? Kan mat salih dah cakap, curiosity kills the cat'
+'Tapi naluri Detektif Conan ni kuat sangat. Kalau tak ikut, nanti
sah-sah malam ini tak boleh tidur lagi'
Dan, Jihan Sofia mengambil keputusan untuk mengikut langkah kaki dua
orang lelaki tersebut.
No comments:
Post a Comment