“Coffee?” aku suakan mug
berwarna merah itu kepada Ian yang sedang leka dengan kertas A3 yang sudah
dipenuhi lakaran yang aku sendiri tidak pasti untuk apa.
“Thanks dear,” mug bertukar tangan. Sebelah tangan Ian
sempat mengusap kepala Zara yang sudah menginjak usia satu tahun itu. Aku
melabuhkan duduk di sebelah Ian. Zara Khayla yang sejak tadi mahu diturunkan
daripada dukungan, aku biarkan dia merangkak bebas di atas karpet.
“Lately ni abang busy betul. Balik rumah pun selalu
lewat,” komenku sambil anak mataku jatuh pada jari-jemari Ian yang rancak menari
di atas kertas plan.
“Tight deadlines, Amani. Client pulak fussy, pening
kepala team kitorang nak layan. Suka last-last minute tukar design. Whatever it
is, client is always right,” balas Ian sambil melepaskan keluhan.
“Isy, tak baik mengeluh tau,” aku senyum dan
jari-jemariku singgah pada kedua-dua belah bahu Ian sebelum mengurut perlahan
kedua-dua belah bahu itu.
“Thank you, sayang. Barulah terasa boleh bernafas,”
seloroh Ian sambil tangan kananku diraih sebelum dikucup perlahan. Sempat lagi
nak beli jiwa!
“Zahin buat apa tu, sayang?” aku menegur anak sulung kami
yang sedang khusyuk dengan pensel warna dan juga kertas lukisan. Anak kecil
berusia tiga tahun itu memang suka melukis dan mewarna. Mana tidaknya, seawal
usia satu tahun lagi Ian sudah mengajar Zahin memegang pensel warna. Nak
harapkan aku, lukis orang lidi bolehlah.
“Homework, mama,” jawab Zahin sambil tersenyum lebar.
Lesung pipit di kedua-dua belah pipinya terbentuk cantik. Aku mencuri pandang
ke arah Ian. Like father, like son sungguh!
“Zahin ada homework apa?” soal Ian pula sambil mengambil
tempat di sebelah Zahin. Zara yang sudah penat merangkak sejak tadi, diletakkan
di atas riba. Jari-jemari comel Zara pantas sahaja mencapai pensel warna si
abang yang diletakkan di atas meja Jepun.
“Zara, no-no,” Zahin mengambil semula pensel warna
tersebut daripada pegangan Zara sambil menggoyangkan jari telunjuknya.
Terkebil-kebil anak mata bulat Zara memandang abangnya. Aku dan Ian sudah
saling bertukar senyum.
“Hari ni ada arts class dengan Teacher Mimi,” cerita
Zahin sambil jari-jemari masih ligat mewarna.
“Teacher suruh lukis gambar mama,” sambung Zahin lagi
dengan petah. Kertas lukisan yang sudah siap dengan lukisan seorang perempuan
bertudung yang tersenyum manis ditunjukkan kepada aku dan Ian. Agak cantik
untuk lukisan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.
“Cantik tak?” soal Zahin. Wajah aku dan Ian dipandang
silih berganti.
Ian senyap sambil bibir bawah digigit. Lama dia merenung
lukisan Zahin. Ini mesti nak menyakat si Zahin.
“I think you overdrew mama, sayang,” komen Ian bersahaja.
Aku membulatkan biji mata memandang Ian. Nak menyakat akulah tu!
“Sorry, papa?” berkerut dahi Zahin memandang wajah
papanya.
“Takkanlah mama is too pretty?” usik Ian sambil tersenyum
mengusik memandangku.
Pap! Bahu Ian kutampar geram. Ian hanya ketawa.
“Tapi, mama is so pretty,” jawab Zahin polos. Anak matanya
tidak lepas-lepas memandang wajahku.
“Aww, that is my boy,” terus tubuh Zahin kupeluk erat
sebelum satu ciuman singgah di pipinya.
“Takkan Zahin je. Abang?” Ian menyuakan pipinya kepadaku.
“Ni nak?” buku lima tangan kanan kutayangkan kepada Ian.
Ian ketawa lagi.
Tiba-tiba Ian meraih kedua-dua belah tanganku sebelum
digenggam erat. Aku mengerut dahi. Kenapa pulak ni? Suka sangat tiba-tiba.
“If you stood in front of a mirror and held up 11 roses,
you would see 12 of the most beautiful things in the world,” sepasang anak mata
kelabu cair itu merenung wajahku lama. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya.
Oh my, oh my! Automatik kulit wajah sudah disimbah darah
panas.
“Too literature-ish to be understood. Am memang tak
pandai nak interpret the inside message. Remember the Romeo-Juliet story?” aku
cepat-cepat cover malu sendiri sambil mengambil Zara dari ribaan Ian. Ian
ketawa lagi.
“Pa, mama is as pretty as roses eh?” soal Zahin
tiba-tiba. Haila, anak! Zahin memandang wajah Ian lama.
“Jangan ajar Zahin cheesy lines macam tu. Nanti dah besar
dia buat anak dara orang menangis pulak,” aku terus melekapkan kedua-dua belah
tapak tangan ke telinga Zahin.
“You and your sweet talking, Hershey’s pun boleh tutup
kilang tahu,” sindirku bersahaja dan Ian ketawa senang.
Tiba-tiba Zahin yang sedang duduk bersila di hadapanku,
membelek-belek tapak kakiku. Penyakit ‘tiba-tiba’ Ian sudah berjangkit ke Zahin
pulak ke?
“What are doing?” soal Ian, pelik melihat telatah Zahin.
“Checking heaven, papa,” jawab Zahin petah.
“Hah?” aku dan Ian sudah saling berpandangan.
“Teacher Mimi kata, syurga tu di bawah telapak kaki ibu.
Ni Zahin tengah tengok,” jawab Zahin lagi sambil tangan kecil itu masih
membelek-belek tapak kakiku.
“But, I can’t see,” sambung anak kecil itu.
Aku dan Ian serentak ketawa.
“Zahin sayang, mana boleh tengok syurga macam tu,”
balasku lembut dan rambut ikal Zahin kubelai penuh kasih.
“Tapi Teacher Mimi cakap macam tu,”
Aku senyap sebentar sambil memandang Ian. Ian menghantar
isyarat mata supaya aku menerangkannya sesuai dengan pemahaman kanak-kanak
seusia Zahin.
“Maksud Teacher Mimi, Allah sayang siapa yang buat baik
dengan ibu, selalu buat ibu gembira, sayang ibu. Kena hormat dan taat dengan
ibu. Kan orang yang Allah sayang boleh masuk syurga,” aku senyum sambil wajah
Zahin yang kelihatan sedang berfikir itu kupandang.
“Bukan senang nak besarkan anak tau, sayang. Macam Zahin,
contohnya. Hampir sebulan Zahin duduk dalam perut mama. Daripada Zahin bayi,
mama jaga dengan penuh kasih sayang sampailah anak mama ni jadi handsome macam
ni,” usikku dan Zahin sengih apabila mendengar dia dipuji.
“Macam Zara ya, mama?” Zahin memandang Zara yang sudah
tertidur di pangkuanku.
“Ya, sayang. Pandai, anak mama,”
“Teacher Mimi kata, ibu mengandung pun dah penat. Ada
yang muntah teruk,” tambah Zahin lagi.
Aku terus senyum memandang Ian.
“Zahin kena say thank you to papa sebab papa yang muntah
teruk,”
“Oh…” mulut Zahin terbuka sedikit memandang Ian.
Minggu itu berlalu dengan pantas sekali tanpa disedari.
Yang aku pasti, hampir setiap hari Ian sampai di rumah menjelang waktu Isya’. Ada
satu hari itu, Ian tiba di rumah apabila jarum jam sudah merangka ke angka 11
malam. Di rumah pula, dia akan meneruskan kerjanya.
“Amani,” panggil Ian perlahan. Ketika itu, kami
sekeluarga sedang menikmati sarapan pagi bersama-sama.
“Your birthday, next weekend kan?” soal Ian. Zahin yang
sedang sibuk dengan balang Nutellanya turut sama menoleh.
“Amboi, lupa ke?” usikku.
“Bukan lupa. Takut birthday mom yang lupa, as usual. Nak
buat birthday dinner ke? Abang masak?” balas Ian bersahaja.
“Tak apa, jangan susah-susah. Nanti muntah lagi macam
dulu-dulu,” pantas aku menggeleng dan Ian ketawa. Saja je kan!
“What do you want for your birthday, sweetheart?” soal
Ian, kali ini lebih serius.
“You,” aku sengih, saja mengusik. Perangai
cheesy-line-overdose Ian sudah berjangkit dengan aku pula.
“I am all yours dah pun,” Ian senyum senget.
Okay, surrender. Memang tak boleh lawan cheesey lines
dia.
“Tak kisah pun,
dear. No need to worry that much,” aku senyum memandang wajah Ian yang tampak
keletihan esok.
“Sorry, lately tak banyak spend masa dengan Am and
anak-anak. This project going to end soon. So abang try nak habiskan sebelum
birthday Am,”
“Kerja-kerja jugak. Kesihatan tu kena jaga jugak,”
pesanku lembut.
“Aye, aye ma’am,”
Seperti yang dijanji oleh Ian, dia sememangnya
menghabiskan semua kerja-kerjanya sebelum hari jadiku menjelang. Selepas
berbual-bual dengan mama menerusi telefon sebentar tadi, aku kembali ke dapur
untuk menyediakan sarapan pagi. Sempat mama berdrama sebabak sebentar tadi.
Kata mama yang dia tidak sangka anak bongsunya ini sudah bertambah satu tahun
lagi umur pada hari ini. Mama, mama. Aku tersenyum sendiri.
Aku
mengerling ke arah jam di dinding dapur. Sudah pukul 8.30 pagi. Keadaan rumah
sunyi sepi. Tambahan pula hari ini hari minggu. Ian, Zahin dan Zara masih
nyenyak tidur. Malam tadi, aku tidak pasti pukul berapa Ian dan Zahin tidur.
Entah apa yang dua beranak itu lakukan di bilik studi.
Usai menyediakan penkek kegemaran Zahin dan Ian serta
makanan Zara, aku naik ke tingkat atas. Niat di hati ingin mengejutkan Ian.
“Argh!” jeritanku meletus apabila tubuhku didukung sebaik
sahaja tapak kaki mencecah anak tangga terakhir.
“Abang!” aku terjerit kecil sambil melingkarkan tangan
memeluk leher Ian yang sedang tersenyum manis.
“Happy birthday, mama!” Zahin keluar dari biliknya sambil
memegang kedua-dua belah tangan Zara yang sedang belajar berjalan.
“Mama,” panggil Zara sambil senyum.
“We all love you,” tambah Zahin dan tubuhku dipeluk erat
sebaik sahaja Ian menurunkan aku daripada dukungan.
“Love you more,” bisik Ian sambil senyum lagi.
“Thank you, love,” aku senyum
Aku tatap satu persatu wajah kesayangan hati.
“Oh, ni yang beria-ia plan belakang mama malam tadi ya?”
aku pandang Zahin yang tergelak suka.
“Ni untuk mama,” sekeping sampul surat berwarna merah
jambu dihulurkan kepadaku.
“Zahin cakap, papa, we have to get pink envelope no
matter what. Mama loves this colour,” bisik Ian yang sedang berdiri di sebelah
sambil memaut erat bahuku. Aku terus ketawa. Tak habis-habis anti dengan warna
favourite aku tu!
“Thank you, Zahin. Apa ni, sayang?” aku membuka sampul
tersebut perlahan-lahan. Zahin tidak menjawab sebaliknya hanya bertukar
senyuman dengan Ian.
Sebaik sahaja sampul tersebut dibuka, ada banyak kertas
warna-warni yang sudah berlipat kemas. Aku pandang Zahin dan Ian silih
berganti. Aku membuka salah satu daripada lipatan kertas yang ada.
#Coupon 1- Back massage for mama
Expiry date:
today’s midnight
Aku kerut dahi dan membuka lipatan kertas yang kedua
pula.
#Coupon 2- Papa will do all the house chores for today.
Expiry date: today’s midnight
Aku sudah mula faham. Aku pandang wajah Ian, Zahin dan
Zara dengan rasa kasih yang menggebu. Air mata sudah mula bergenang tetapi
jari-jemari masih rancak membuka lipatan kertas yang ketiga.
#Coupon
3- Sing mama’s favourite song. Papa will play the guitar, Zahin and Zara will
do the singing.
Expiry
date: today’s midnight
Air mata sudah mula jatuh. Aku terus buka lipatan kertas
yang seterusnya.
#Coupon 4- Anything!
“Dear,” aku pandang Ian dengan air mata yang sudah
merembes laju. Lidah sudah kelu, terlalu terharu dan gembira sehingga tidak
dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Di dalam hati tidak putus-putus
memanjatkan rasa syukur atas rahmat ini.
“Si kecik ni mastermindnya,” balas Ian, memandang Zahin
sambil jari-jemari runcingnya menyeka air mataku.
Anak mataku beralih ke arah Zahin yang sedang
memerhatikan aku.
“Thank you, sayang. Mama love all these,” aku peluk erat
tubuh Zahin dan pipinya kukucup sebelum beralih kepada Zara pula.
Zahin pandang papanya sambil tersenyum puas.
“Zahin sayang mama, papa, adik. Happy birthday again,
mama!” Zahin memelukku semula dan air mataku kembali deras. Nak buat macam
mana, kalenjar air mata sentiasa aktif.
“Papa, kita lupa letak satu lagi kupon untuk mama,” Zahin
berkalih memandang Ian.
“What is that, son?” soal Ian sambil kepala Zahin diusap
perlahan.
“Mama cannot cry for the whole day. Mama kena senyum,”
Zahin senyum lebar memandang aku.
Uwaa! Dan aku kembali ‘banjir’ sambil ditertawakan oleh
Ian yang sedang memelukku erat.
Comelnya!!! Awww ❤️, novel ni xde enovel ke? Nak beli...
ReplyDeleteThank you. Enovel yg mcm mana tu awak? Mcm google books ke? Hehe
ReplyDeleteSo sweet.. Mmg ptut Kilang hershey kna ttp.. Haha
ReplyDelete..
Sweetnya ssngat terharu
ReplyDeleteBila nak buat sambungan Encik Suami Mat Salih Celup~ Special Entry Part 2 pula??
ReplyDeleteBetRivers Casino Review 2021 - JtmHub
ReplyDeleteBetRivers Casino is one 의정부 출장안마 of the world's best online 천안 출장안마 gambling 김포 출장샵 sites. Here you will find 당진 출장샵 hundreds of online and mobile games Visit betrivers.com: BetRiversCasinoOnline: Play with free £10 welcome bonusVisit www.betrivers.com: BetRiversCasinoOnline: 계룡 출장샵 BetRiversCasino