Encik
Suami Mat Salih Celup – Raya!
Satu hari sebelum Ramadan
“Esok dah nak start
puasa dah,” komen Maya sambil jari-jemari lincah membetulkan gubahan hantaran
yang menggunakan tema warna hijau epal dan putih.
“Oh, ya! Sebelum akak terlupa. As usual, bila start
bulan Ramahan, kita akan tutup kedai pukul 5 petang ya. Nak beri laluan untuk
korang nak buat apa yang patut untuk tambah pahala di bulan penuh barakah ni.
Datang setahun sekali je,” tambahku dan anak mataku pantas menangkap senyuman
setiap seorang staf butik Sweet Bridal ini.
“Akak memang the
best boss in the world!” Zoey menaikkan kedua-dua ibu jarinya. Dia
tersengih lebar.
“Jadi maknanya hari ni bolehlah kita extend business hour lama sikit kan?” usikku sambil tersenyum.
“Puan bos, janganlah begini. Malam ni saya nak pergi
solat terawikh,” Zoey sudah buat muka kasihan.
“Yalah tu nak pergi solat terawikh. Solat terawikh ke
atau kau nak pergi makan roti canai puas-puas dekat kedai mamak malam ni?” usik
Maya pula.
“Kau ni! Dah nak start
bulan baik ni, cuba bersangka baik dengan aku jugak,” Zoey mencebik tidak puas
hati.
“Oh, hubby akak
balik hari ni ya?” Teka Fatin yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia.
Aku
angguk sambil tersenyum. Sudah seminggu tidak melihat wajah Ian, rasa rindu
sudah menggebu-gebu walaupun setiap hari dia pasti tidak lupa untuk menelefon.
Kereta Audi milik Ian kuparkirkan dengan berhati-hati di
hadapan rumah umi. Sedih pula rasa hati mengenangkan kereta Mini Cooper a.k.a
cik Mini yang sudah beberapa hari tidak bergerak. Yalah, kereta berpintu dua
itu sudah tidak sesuai apabila aku mahu meletakkan baby seat Zara Khayla. Mama
ada juga menasihatkan aku supaya menukarkan cik Mini dengan kereta yang lebih
sesuai. Kata mama, kereta berpintu dua sudah tidak sesuai bila sudah mempunyai
anak.
Aku pula sudah menangis bila mengenangkan aku terpaksa
menjual cik Mini yang sudah bertahun-tahun denganku. Hasilnya, beria-ia Ian
menggelakkan aku. Kata Ian, cik Mini pasti akan terharu.
“Assalamualaikum!” Aku sudah berdiri di hadapan pintu
utama yang tidak tertutup rapat.
“Waalaikumussalam. Iman, baru sampai ke?” balas umi.
“Baru je, umi,” Aku menyalami tangan umi dan kami
berpelukan.
“Awal Iman balik hari ni? Selalunya nak dekat Maghrib
baru sampai sini,” balas umi dan aku mengekor langkahnya ke ruang tamu.
“Iman memang saja balik awal hari ni. Nanti lepas Maghrib
nak jemput Ian dekat KLIA,” aku senyum.
“Oh, Ian balik hari ni ya?”
Aku angguk dan senyum lagi.
“Patutlah Zahin seronok bercerita kata papa dia nak balik
hari ni,”
“Budak-budak berdua tu mana, umi?” aku mencari-cari
kelibat Zahin dan Zara yang tidak kelihatan di ruang tamu.
“Tadi angah singgah sini. Terus diajak Zahin dan Zara ke
taman dekat-dekat sini,”
“Eh, tak susahkan angah ke? Siapa yang pegang Zara?” aku
sudah berasa pelik mengenangkan bagaimana Angah Noah mahu menjaga Zahin yang
baru berusia tiga tahun dan Zara yang berusia satu tahun itu.
“Dia datang dengan kawan perempuan dia,” umi senyum penuh
makna.
“Alhamdulillah… Finally ya, umi,” aku senyum.
“Mama!” suara nyaring Zahin mengejutkan aku dan umi yang
sedang berbual.
Zahin berlari mendapatkan aku yang sedang duduk dan
tubuhku terus dipeluk.
“Young boy, lupa ya?” tegurku sambil anak lelakiku ini
kupandang penuh kasih.
“Oh… sorry mama,” Zahin sengih dan tangan kecil itu
mencapai tanganku sebelum dikucup.
“Pandai anak mama,” Aku menggosok kepalanya lembut. Zahin
senyum senang.
“Terima kasihlah, angah dengan kak…” aku berjeda dan
wajah teman Angah Noah kupandang.
“Panggil Kak Najla je,” Kak Najla senyum manis.
“Terima kasih angah dan Kak Najla, bawak budak-budak ni
keluar. Zara tak meragam ke?” aku pandang Zara yang nampak selesa dalam
dukungan Kak Najla.
“Eh, tak langsung. Anak-anak Iman senang nak jaga. Tak
banyak karenah,” Kak Najla senyum. Zara Khayla sudah bertukar tangan. Bulat
mata Zara memandang aku dan bibir comel itu tersenyum apabila aku mengagahnya.
“Comel sangat Zahin dengan Zara. Dekat taman tadi pun mak
cik-mak cik tu dah kerumun dorang berdua ni,” tambah Kak Najla ramah.
“Kalau awak kahwin dengan saya, anak kita pun insya-Allah
boleh jadi lagi comel daripada Zahin and Zara,” ujar Angah Noah bersahaja.
Terus merah padam wajah Kak Najla. Aku dan umi sudah tersenyum-senyum.
“Okeylah. Iman nak kena gerak ni. Zahin, salam tok umi,
pak ngah dengan Acik Najla. Jangan lupa cakap thank you,” pesanku pada Zahin
yang sedang duduk di hadapan televisyen.
“Aye, aye, mama,”
“Nanti kirim salam dekat Ian ya. Esok datanglah berbuka
dekat sini. Along and family pun ada esok,” pesan umi.
“Insya-Allah, umi. Nanti Iman bagitahu Ian ya. Umi tolong
sampaikan salam Iman pada walid ya,” aku bersalaman dengan umi dan umi
menghantar kami tiga beranak sehingga ke kereta.
“Mama,” panggil Zahin yang duduk di seat belakang bersama-sama
Zara yang diletakkan di dalam car seat untuk bayi.
“Ya, sayang,” aku intai wajah Zahin menerusi cermin
pandang belakang.
“Malam ni papa balik?” petah dia menyoal.
“Ya. Nanti kita fetch papa dekat airport ya. Zahin rindu
papa ya?” soalku sambil tersenyum.
“Hmm… Rindu awak 200%?”
Aku terus ketawa sebaik sahaja mendengar jawapan Zahin.
Mana anak aku belajar tengok drama ni? Haru!
“Zahin tahu ke rindu awak 200% tu apa?” aku sudah tidak
mampu untuk menyembunyikan senyumanku.
“I don’t know, mama. Zahin nampak tok umi tengok dekat
tv,” jawab Zahin polos.
Aku ketawa lagi. Melihatkan sepasang lesung pipit yang
terbentuk cantik di kedua-dua belah pipi Zahin mengingatkan aku kepada Ian.
Usai memakirkan kereta dengan berhati-hati, aku turun dan
membukakan pintu belakang. Stroller dari dalam bonet kereta kukeluarkan.
“Adik penat tu. Biar dia tidur,” aku turut sama berbisik
sebelum tubuh kecil Zara kudukung dengan penuh berhati-hati sebelum kuletakkan
di dalam stroller.
“Okey, jom! Papa dah nak sampai ni,” aku senyum pada
Zahin yang sedang asyik melihat Zara yang sedang tidur nyenyak.
“Yeay!” Zahin senyum lebar. Tangan kecil miliknya
memegang erat tanganku. Sebelah tanganku menolak stroller dan sebelah tangan
lagi memimpin Zahin. Kami berjalan beriringan masuk ke perkarangan KLIA.
Sementara menunggu Ian, aku mengajak Zahin duduk di
kerusi yang disediakan berdekatan dengan balai ketibaan antarabangsa. Zahin
yang duduk di sebelah kelihatan ralit memerhatikan orang ramai yang ada
berdekatan dengan kami.
Aku lihat Ian sudah memeluk erat tubuh kecil Zahin
sebelum Zahin didukung. Tidak tahu apa yang diperkatakan oleh Ian kepada Zahin
sehingga anak kecil itu ketawa. Anak mataku mengekor langkah Ian yang semakin
menghampiri tempat aku duduk.
“Assalamualaikum,” Ian senyum lebar.
Jantungku sudah berdegup pantas. Haila, kenapalah makin
lama aku tengok encik suami mat salih celup ni makin hensem?
“Waalaikumussalam,” aku senyum kembali sebelum tangan Ian
dikucup hormat. Automatik, tanganku ditarik rapat oleh Ian ke arahnya sebelum dahiku
dikucup.
“Behavelah, my dear. Dekat public ni,” aku mencubit
lengannya. Zahin yang menjadi penonton, sudah terkebil-kebil memandang aku dan
Ian.
“Oh, lupa! Ingatkan still dekat London,” Ian sengih
seperti biasa. Aku menjeling Ian. Banyaklah dia punya London!
“Eh, my little princess dah bangun. Zara sayang, papa is
here,” Ian menurunkan Zahin dari dukungannya sebelum dia mendukung Zara yang
sudah terjaga daripada lenanya. Zara senyum lebar melihat Ian.
Selepas penat berebut kunci kereta dengan Ian tadi,
barulah kereta milik Ian ini bergerak di atas jalan raya. Yalah, Ian berkeras
juga mahu memandu sedangkan aku mahu dia duduk di sebelah dan berehat. Bukannya
aku tidak boleh memandu. Bak kata umi, Ian being Ian, memang Ian sahaja yang
nak menang.
“How’s London? Same like old days?” soalku. Sesekali aku
terdengar suara Zahin yang bercakap dengan Zara di seat belakang. Sejak kecil
lagi Zahin dan Zara diajar untuk duduk di dalam car seat khas untuk
kanak-kanak.
“Perhaps, still the same London. Entah, rasa macam sama
je,” Ian senyum sekilas sebelum anak mata difokuskan kepada jalan raya semula.
Tangan kanannya memegang stereng sambil tangan kiri masih mengenggam erat
tangan kananku. Aku senyum.
“How’s Zahin and Zara? Zara ada meragam tak?” soal Ian.
“Budak-budak okey. Zahin yang kadang-kadang tanya bila
abang nak balik. Tahu tak apa Zahin selalu membebel bila Am cakap abang
outstation untuk dua minggu?” aku pandang Ian yang sedang menjungkitkan
keningnya.
“Mama, two weeks feels like two years,”
Ian terus ketawa kuat.
“Lepas tu tadi lepas Am pick up dorang dari rumah umi, Am
tanyalah Zahin rindu papa ke tak. Boleh pulak dia jawab rindu awak 200%,”
Ian sambung gelak. Kali ini lebih kuat.
“Hero abang tu memang drama king sangatlah,” komenku
sambil mengintai ke tempat duduk di belakang. Sudah tidur rupanya Zahin dan
Zara. Patutlah sunyi sepi.
“Apa pulak hero abang. Hero kitalah,” pantas Ian menarik
hidungku. Aku sengih.
15
Ramadan
“Adrian panggil kitorang turun London balik,” beritahu
Ian sambil mengeluarkan barang-barang dari dalam bonet kereta. Hari ini aku
sudah berjanji ingin mengadakan sesi membuat biskut raya dengan mama.
Aku terus berkalih memandang Ian yang kelihatan serius.
“Bukan hari tu abang kata after raya baru kena pergi sana
balik ke?” aku mengerutkan dahi.
“By right, macam tulah arrangement yang kitorang dah
agreed,”
Ian berjeda seketika dan wajahku dipandang lama. Dia kelihatan
serius.
“Tapi kitorang insist yang now is not the right time nak
follow up project tu. Lagipun dah separuh bulan Ramadan ni. Tak lama lagi nak
raya,”
Aku menarik nafas lega.
“So, stick to after raya. Lagipun…”
Ian sengih.
“Puasa kat sana lama sangat. 20 hours kut!”
Pantas aku mencubit lengannya.
“Macamlah tak biasa,”
Keadaan riuh rendah di dapur. Along dan angah juga ada
dengan isteri masing-masing. Puteri Hanina mengeluarkan sebiji kek dari dalam
kotak berwarna merah.
“Nina buat kek ke?” soal mama.
“Ha’ah, mama. Abang Isyraf teringin nak makan Oreo
Cheesecake. Malam tadi Nina buat,” Puteri Hanina senyum.
“Amboi! Nina yang pregnant, dia pulak yang mengidam. Angah
tu mama tengok penat mengalahkan orang yang mengusung perut,” usik mama. Puteri
Hanina hanya sengih.
“Mama, angah dengar tau mama mengutuk angah. Tersedak-sedak
angah kat ruang tamu tu,” tiba-tiba kedengaran suara angah. Angah masuk ke
ruang dapur sambil mendukung Zahin.
“Itulah, mama. Dulu time Iman mabuk mengandung Zara,
angah suka gelakkan Iman. Ni biar angah pulak rasa,” balasku bersahaja.
“Zahin, tengok mama Zahin ni. Suka buli pak ngah,” angah
sudah mula menayangkan muka kasihan pada Zahin.
“Sebab pak ngah naughty ke?” jawapan Zahin itu membuatkan
tawa kami semua pecah.
“Iman, anak Iman pun suka buli angah,” angah sudah
merapati Puteri Hanina yang sedang membuat adunan biskut buah.
“Abang ni, drama king sangat. Buat malu dekat Zahin je,”
usik Puteri Hanina pula.
“Amboi!” pantas hidung Puteri Hanina ditarik kuat oleh
angah.
“Dah siap ke biskut raya semua?” kedengaran suara Ian
dari arah belakangku. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Anak matanya
memerhatikan biskut-biskut raya yang sudah disusun di dalam bekas.
“Dah. Ala, patutnya sesi buat biskut raya ni pun abang
kena attend tau,” aku mengusik Ian. Ian mencebik.
“Kenapa pulak?”
“Yalah. Belajar pasal biskut raya tradisi orang Melayu
pun part of abang punya learning syllabus tau,” usikku lagi.
Ian buat-buat tidak dengar.
“Ni biskut apa?” aku menunjukkan sebalang biskut batang
buruk yang dibuat oleh mama pagi tadi.
“Biskut rayalah,”
“Tahulah biskut raya. Tapi nama biskut ni apa?”
Ian sengih sambi menjungkitkan keningnya.
“Nama biskut ni, biskut batang buruk. Ni salah satu
biskut tradisional tau. Susah nak jumpa orang buat biskut ni sekarang,”
“Kenapa nama biskut ni kelakar?” Ian terus sengih.
“Haip! Gelak pulak!” aku pantas mencubit lengannya.
“Am janji dengan opah nak balik kampung bila?” Ian
memegang erat tanganku supaya aku tidak mencubitnya lagi.
“Dua hari sebelum raya. Mama pun kata ramai yang start
balik hari tu jugak. Sebab kita insya Allah akan raya hari Jumaat. Jadi, hari
Khamis tu kita akan masak sama-sama kat kampung. Abang dah start cuti kan?”
balasku.
“Tak sure lagilah bila boleh cuti,”
“Hah? Ya ke?”
Ian mengangguk dan kemudiannya dia ketawa.
“Eee…tengok tu. Suka main-main tau!” aku mencubit Ian
sekali lagi. Janganlah Zahin bila dah besar ikut perangai papa dia yang suka
menyakat orang ni.
Satu
hari sebelum 1 Syawal
“Ian tu serius ke nak membakar lemang?” soal opah
perlahan. Wajah tuanya jelas mempamerkan riak risau.
“Iman dah tanya banyak kali opah. Ian kata dia nak bakar
lemang untuk kita semua tahun ni. Tu yang semangat pergi cari buluh lemang
dengan along,” jawabku sambil mengisi beras pulut dan santan ke dalam buluh
lemang.
“Opah risau nanti kita tak berlemang pulak pagi raya
esok,” balas opah. Aku terus ketawa.
“Jangan risaulah, opah. Kan kita dah pesan lemang sikit
daripada Ayah Chu. Pagi esok anak dia hantar,” aku senyum kepada opah.
“Kak Iman, Zara nangis,” Irdina, adik sepupuku masuk ke
kawasan dapur sambil mendukung Zara yang wajahnya sudah basah dengan air mata.
“Dina rasa dia cari Kak Iman kut. Yalah, sebab ramai
sangat orang dukung dia, dia takut kut,” balas Irdina.
“Zara tak biasa lagi. Bila dah lama sikit, okeylah nanti,”
aku senyum dan Zara Khayla bertukar tangan.
“Dina boleh tolong akak?”
“Tolong apa kak?”
“Tolong bagi buluh-buluh yang dah berisi beras pulut
dengan santan ni dekat Abang Ian. Dia ada dekat luar rumah dengan along akak,”
“Wah, terer tu Abang Ian nak bakar lemang tahun ni. Ayah Dina
pun surrender tahun lepas,” usik Irdina.
“Kita tengok nanti macam mana mat salih celup bakar
lemang,” aku senyum mengusik dan Irdina ketawa kecil.
Selepas menidurkan Zara, aku mengatur langkah ke luar
rumah opah untuk melihat Ian. Kelihatan Zahin ralit memerhatikan papanya
membetulkan kedudukan susunan lemang pada batang kayu yang disediakan.
“Zahin buat apa?” soalku.
“Zahin tengok papa,” jawab Zahin petah.
“Zahin tahu ke papa tengah buat apa?” soalku lagi.
“Bakar kayu, mama,”
Aku dan Ian gelak serentak.
“Bukan bakar kayulah, sayang. Papa tengah bakar lemang,”
terang Ian.
“Oh…” mulut comel Zahin terngaga sedikit.
“Abang okey tak?” soalku pada Ian. Wajah Ian sudah
memerah disebabkan haba membahang yang datang dari unggun api.
“Okey,” jawab Ian.
“Sure ni?” aku senyum mengusik.
“Sure. Ni tak percaya dekat abang ke apa?”
Erk, tersentaplah pulak! Aku tayang sengih.
“Bukan tak percaya tapi risau,”
“Nothing to worry dear,”
“Okey, Am masuk dulu. Nak tolong apa-apa yang patut. Zahin,
duduk dekat luar ni tak panas ke? Nanti Zahin dahaga,”
Anak kecil yang berusia tiga tahun ini sudah mula sengih-sengih.
“Hah, ni mesti dah minum air tadi kan?” balasku.
“Dahaga, mama,” jawab Zahin polos.
“Kan Zahin kata dengan mama nak belajar puasa?”
“Tapi, Zahin tak makan. Zahin minum sikit je,”
Ian sudah ketawa melihat telatah Zahin yang comel.
“Zahin nak main dengan kakaklah,” cepat-cepat Zahin terus
bangun dan berlari ke dalam rumah.
“Am masuk dululah ya,”
Ian mengangguk sambil tersenyum.
Sungguh meriah sekali suasana berbuka puasa pada hari
itu. Rumah opah gamat dengan ahli keluarga yang sudah berkumpul. Seronok rasanya
apabila jarang-jarang kami dapat berkumpul begini. Sudah seperti mengadakan
kenduri kecil pula rasanya.
“Iman,” panggil mama.
“Ya, mama,” aku yang baru sahaja selesai memandikan Zahin
dan Zara memandang mama yang memandangku penuh makna.
“Mama,” panggil Zahin pula.
“Ya, sayang,”
“Zahin nak main bunga api dengan kakak. Boleh?” soal Zahin
sambil menayangkan riak wajah comel. Sengaja dia mengerdipkan matanya.
Aku dan mama saling senyum.
“Okey, careful ya,”
“Okay, mama. Love you,” dia sempat mencium pipiku sebelum
berlari ke luar rumah.
“Amboi! Kecik-kecik dah pandai beli jiwa,” usik mama
sambil ketawa kecil.
“Papa dia yang ajar tu, ma,” aku sengih.
“Hah, cakap pasal Ian. Iman, pergilah tengok cik abang
Iman tu. Merajuk dengan Iman kut. Ni. Amik first aid kit ni. Risau mama,” mama
mengambil Zara daripada dukunganku.
“Memang nak pergi tengok cik abang tu pun. Mama tolong
tengokkan Zara sekejap ya,” aku ambil first aid kit bersaiz sederhana itu dan
mencari Ian yang duduk di pangkin di luar rumah.
“Ehem!” aku berdehem sedikit kuat dan Ian yang
kuperhatikan leka memerhatikan kanak-kanak bermain mercun dan bunga api,
berpaling ke arahku.
“Meh sini Am tengok tangan abang tu,” aku melabuhkan
duduk di sebelah Ian.
“Tak payahlah. Sikit je. I am okay,” Ian menyembunyikan
tangan kirinya yang melecur dek kerana membakar lemang petang tadi.
“Eh, mana boleh macam tu. Kena letak ubat. Nanti tak
handsome dah husband Am ni,” usikku sambil sengih. Lucu pulak melihat wajah Ian
yang kelat.
Perlahan-lahan Ian menghulurkan tangan kirinya ke arahku.
Aku menyembunyikan senyuman. Apabila aku menyapu ubat pada kesan melecur yang
nampak ketara pada tangan Ian, dia mengaduh sedikit.
“Am minta maaf,” aku pandang wajah Ian.
“Hmm?”
“Sebab gelakkan abang petang tadi,” aku menutup semula
peti first aid itu.
Yalah, lemang yang dibakar oleh Ian tidak menjadi. Ada yang
hangus, ada yang mentah. Aku sudah agak yang perkara ini bakal terjadi. Bukan senang-senang
nak membakar lemang. Jadi, kenalah berterima kasih kepada mereka yang menjual
lemang di tepi-tepi jalan raya itu. Nampak macam kerja senang, tapi susah
sebenarnya. Sebab itulah kami memesan lemang daripada Ayah Chu yang memang
pakar membuat lemang yang sedap.
“Sampai hati Am gelakkan abang. Gelak beria pulak tu,”
Ian mencebik.
“Sorry, sorry. Am bukan sengaja tapi dah nak tergelak
kan. Nak buat macam mana,” aku ikut cara Zahin, tayang muka comel.
“Sorry, dear. Still, Am bangga sebab abang berani mati
nak try bakar lemang jugak. Ala, nanti abang boleh belajar dengan Ayah Chu
pasal lemang ni,” aku senyum dan lengan Ian kupeluk erat.
“Ehem! Agak-agaklah dik oi!” kedengaran kuat suara angah.
Puteri Hanina di sisi, hanya tergelak kecil.
“Eh, sibuklah angah ni!” aku mencebik.
“Apa Iman amik tempat angah dengan Nina dating ni?” angah
masih tidak mahu kalah.
“Apa pulak? First come first serve basislah, angah,” aku
membuat muka
“Asyik nak bergaduh je,” tegur Ian.
“Angah ni yang cari pasal dulu,”
“Hah, lagakan kepala dua beradik ni. Malam-malam raya pun
nak bergaduh,” sampuk opah yang berjalan menghampiri kami. Opah melabuhkan
duduk di atas pangkin.
“Opah!” aku dan angah menjerit serentak.
1
Syawal
“Dear, tolong kejap,” kedengaran suara Ian yang sedang
bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat raya pada pagi Jumaat
itu.
Aku yang sedang memakaikan baju Melayu ke tubuh Zahin
berpaling. Ian sengih sambil menayangkan kain samping ke arahku.
“Kejap ya, Zahin,” aku berjalan merapati Ian.
“Simptom mat-salih-celup-tak-reti-pakai-samping ni memang
takkan hilang ya,” usikku.
“Sebab ada Amani,” Ian sengih lawa. Dia mengangkat
kedua-dua belah tangannya ke atas bagi memudahkan aku memakaikan kain samping
tersebut.
“Okey, dah. Oh, mak!” aku terjerit apabila Ian menarik
tubuhku ke arahnya. Tubuhku dipeluk erat.
“Eh, jangan nak macam-macam pagi raya ni. Tak nak pergi
sembahyang raya ke, cik abang?” aku mencubit lengannya sebaik sahaja pelukan
dilepaskan.
“Nak pergilah ni,” Ian senyum dan sebelah tangannya
mengusap kepalaku perlahan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, rumah opah dimulai dengan
sesi bersalam-salaman dan juga sesi mengutip duit raya oleh mereka yang masih
boleh menerima duit raya. Tahun ini, aku, Ian, Zahin dan Zara mengenakan
persalinan raya menggunakan tema warna merah jambu. Masih teringat-ingat yang
bukannya mudah untuk memujuk Ian menggunakan warna ini. Sampai sekarang dia
anti dengan warna favourite aku tu!
“Am minta maaf zahir dan batin, dari hujung rambut sampai
hujung kaki kalua ada terkasar bahasa, buat perangai yang macam-macam, buat
abang terasa, selalu menyakat abang, atau apa-apalah. Halalkan makan dan minum
Am, halalkan semuanya. Terima kasih and I love you,” aku mengucup tangan Ian.
“Abang maafkan semuanya. Samalah dengan abang jugak. Lagipun
my wife is a good wife, tak ada buat salah apa-apa,” Ian mengucup dahiku.
“Abang jangan lupa belajar nak bakar lemang dengan Ayah
Chu,” aku sempat berbisik di tepi telinganya sewaktu kami berpelukan.
Mata Ian terus membulat dan aku tayang sengih lawa.
“Amani! Kan baru minta maaf tadi,”
Aku terus ketawa sehingga Zara yang
berada dalam dukunganku memandangku tanpa berkelip.
“Tak apa, rayakan sebulan,” usikku
sebelum Ian mencubit kuat pipiku.
P/s: Selamat hari raya, maaf zahir batin semua. Mohon maaf juga sepanjang saya menulis ni ada salah dan silapnya. Taqabbalahu minna wa minkum. Moga segala amalam kita diterima oleh Allah. Have fun and enjoy this festive season with the loved ones :)
TERBAEK... Best giler.. rase cam nk lg jer...
ReplyDeleteTerima kasih. Selamat hari raya :)
Deleteyumi!! selamat hari raya awk...
ReplyDeleterindu ian ngan iman dah lepas..skang rindu ben ngan nuha lak..hehehe
taqqobal allahu minna waminkum anakanda yumi. salam aidil fitri…maaf zahir dan batin. A superb n3 darling. Mummy mmg tunggu. bestt…hugs
ReplyDeleteweeee.... best2!!! tq yumi :)
ReplyDelete