Bahagian 18
Aku masuk semula ke pejabat pada hari ini. Riuh
sebentar di ruang reception tadi apabila Rina dan Laila seronok mengusik dan
berceloteh. Aku nampak Adam yang baru sampai dan terus melambai ke arahnya.
“Eh,
pengantin baru dah masuk office? Kan Sabtu ni ada majlis resepsi lagi kan?”
Tegur Adam.
“Siapa
pulak kata pengantin baru tak boleh masuk office kan? Ha’ah, Sabtu ni jangan
lupa datang pulak.” Balasku sambil tersenyum.
“Eh,
mestilah datang. Wedding reception orang famous tu.” Usik Adam dan aku ketawa
kecil.
“Congratulations!
Lupa pulak nak cakap hari tu.” Tambah Adam lagi.
“Thank
you.”
“By
the way, accident case Benyamin tu, aku yang handle.”
Aku
pandang Adam yang kini sudah kelihatan serius.
“So,
macam mana? Accident tu memang planned by someone ke?” Soalku pantas.
“Eh,
mana boleh share details pasal client. Confidential lah.” Jawab Adam.
Aku
mencebik. Dah tahu sulit, lagi nak bagitahu dekat aku.
“Nanti
tanya Benyamin sendiri lah.” Balas Adam.
“Yalah,
yalah. Pergilah buat kerja tu.” Balasku sambil membuat gaya tangan menghalaunya
ke meja kerjanya.
Adam
ketawa sebelum berlalu. Aku menarik laci meja dan mencari-cari planner kerja
yang mungkin berada di situ. Jumpa pun! Patutlah cari kat dalam kereta tak
jumpa. Keluar sahaja dari pejabat, aku ke tempat parkir kereta semula. Telefon bimbit
dikeluarkan dari dalam beg tangan dan aku mendail nombor Benyamin.
“Kata
nak jumpa kak Seri sama-sama. Saya bukannya ingat butik dia dekat mana.” Ujarku
sebaik sahaja panggilanku berjawab dan Benyamin menyuruhku pergi seorang diri.
“Time
ni lah awak kena belajar guna GPS. Dekat kad dia tu ka nada address. Lagipun butik
dia senang nak cari. So, shouldn’t be a problem.” Jawab Benyamin.
“Dah
tu, awak tak payah nak buat final fitting baju ke? Nak terus ambil macam tu je
ke?” Soalku lagi, malas bertelagah dengan orang yang sentiasa mahu menang.
“No
need. Hari tu pun dah fitting before tempah. Should be okay. Awak je lah yang
buat final fitting. Manalah tahu dah makin membesar ke.” Kedengaran suara
Benyamin ketawa.
Aku
mengetap bibir. Tak lawak langsung okey!
“I’ve
informed A To Z staff yang dekat Pavi tu. After jumpa kak Seri, awak boleh
straight go there. Look for Imran, nanti dia bagi kasut yang saya pesan.”
Tambah Benyamin lagi.
Aku
sudah menjulingkan biji mata ke atas. Mengarah, mengarah, mengarah. Menyampah betul!
“Yalah,
yalah. Oklah, saya nak drive ni.”
Aku
terus memutuskan panggilan dan menghidupkan aplikasi GPS. Selepas menaip alamat
butik kak Seri yang merupakan wedding planner majlis resepsi di sebelah
Benyamin, aku terus menukar gear dan memandu kereta keluar dari perkarangan
parkir kereta.
Berbual-bual
dengan kak Seri yang peramah ini membuatkan hatiku senang sedikit. Pereka baju
kahwin kami, Malique Jauhari atau lebih popular dikenali sebagai MJ turut ada
bersama di butik kak Seri. Sementara menunggu kak Seri menelefon pihak hotel
Hilton untuk memberitahu yang kami berdua akan ke sana pagi esok.
“Nak
kena piat telinga Ben ni. melampau betul suruh Nuha sorang je yang datang sini.
Macamlah tak boleh nak datang kejap.” Bebel MJ.
“Dia
busy rasanya, MJ. Tak apalah, okey je I datang sorang.” Aku senyum.
“Sorrylah
I tak dapat attend reception you guys this Saturday. Esok malam I dah kena fly
to Itali dah. Runaway kat sana bertindih tarikh dengan date korang.” Balas MJ
lagi.
“Tak
apalah, MJ. Designer famous lah katakan.” Usikku dan MJ ketawa.
“Tak
adalah famous sangat. Ada ramai lagi yang lagi famous.” Balas MJ, merendah
diri.
“Frankly
speaking, I suka tengok Ben kahwin dengan you. Bila hari tu artikel naik pasal
Ben propose a girl, mati-mati I ingat Bella. Yalah setahu I, minah model tu
memang asyik mengekor Ben je.” Ujar MJ sambil wajahku dipandang sekilas.
“Bila
baca betul-betul, rupanya orang lain. Terkejut pun ada sebab tak sangka. But, I
am happy for both of you. You guys look great together. Congratulations!”
“Thank
you.”
“I
kenal Ben dari uni lagi. The only person yang selalu dengan Ben dari dulu
sampai sekarang is Fiqrash. You dah jumpa best friend Ben tu?”
“Dah.”
“Fiqrash
is a nice guy kan?”
Aku
sudah mahu terbatuk-batuk, nasib baik sempat ditahan.
“Oh,
Tengku Fiqrash tu pun satu uni dengan Ben jugak?”
“Yup.
Cuma different faculty la. Kitorang dekat Arts School and Fiq dekat Engineering
School la. But, kitorang yang coursemate Ben memang kenallah Fiqrash. Sometimes
we hang out together.”
Aku
hanya diam mendengar cerita MJ.
“Amboi!
Sembang apa rancak sangat ni?” Tegur kak Seri dan duduk di sebelahku.
“Eh,
rahsia lah kak Seri. Mana boleh bagitahu. Kan, Nuha?” MJ sengih memandangku.
Aku
turut sama tersenyum sambil menganggukkan kepala.
“Nuha,
akak dah inform Hilton yang esok kita nak datang sana. Kita jumpa management
team dorang dulu. Sebab hari Jumaat kita dah nak start preparation dengan rehearsal
dekat ballroom tu.” Beritahu kak Seri.
“Okey,
kak. Nanti Nuha bagitahu Ben.”
“Susah
betul akak nak contact Ben. Sibuk sangat ke dia?”
“Sibuk
jugak sebab hujung bulan ni nak keluar new collections for Spring.”
Aku
agak-agak je lah sebab hari tu terdengar Benyamin berbual di telefon dengan
slang British Englishnya.
“Kak
Seri, Nuha, I got to go. Nice to meet you, Nuha. Kirim salam dekat Ben ya. Kak Seri,
nanti tolong pass kan that white big box to Nuha ya. Thank you.” Ujar MJ dan
bangun dari duduknya.
“Passkan
apa ni, MJ?” Soalku.
“Your
wedding gift. Congratulations again. Sorry tau tak dapat datang.” Jawab MJ.
“It’s
okay. Thanks a lot, MJ. All the best for your runaway.” Balasku tersenyum.
“Thanks,
Nuha.” MJ tersenyum sebelum melangkah keluar dari butik kak Seri.
“Kalau
fashion designer lelaki ni, memang mulut dia pot pet pot pet sikit, Nuha.”
Balas kak Seri sambil tersenyum.
Aku
hanya sengih. Rasanya teori ni macam tak kena dengan Benyamin yang berat mulut
tu.
“Lepas
ni Nuha nak kena pergi mana-mana lagi ke?” Soal kak Seri.
“Nak
pergi A To Z dekat Pavillion, nak amik kasut. Lepas tu, balik rumah rasanya. Or
nak hangout dekat mana-mana café dekat Pavi before balik rumah. Petang nanti
ada appointment dengan spa pulak.” Jawabku.
“Nervous
ya resepsi dah nak dekat ni?” Soal kak Seri.
“Nervous
jugak, kak. Takut wedding grand macam ni, ada media lagi nanti.” Jawaku jujur.
“Insya-Allah
semuanya akan berjalan lancar. Akak kan ada. Ala, yang media tu, buat biasa je.
Tu memang dah kerja dorang. I am sure you will do fine. Yang penting, Nuha
jangan stress-stress. Relax je.” Kak Seri menepuk-nepuk mesra bahuku.
“Thanks,
kak. Saya pun nak gerak dululah. Ni dah tengah hari ni, mesti jalan dah nak
start jam. So, insya-Allah jumpa akak dekat Hilton pagi esoklah ya?” Balasku.
“Ha’ah.
Ajak Ben sekali kalau dia free. Hati-hati driving tu.” Pesan kak Seri dan
menyerahkan kotak putih yang dipesan oleh MJ sebentar tadi.
Sewaktu
aku menunggu Imran menyediakan kasut yang sudah dipesan oleh Benyamin di butik
A To Z, ada seorang wanita tinggi lampai melangkah masuk dan menghampiri aku yang
sedang duduk di sofa.
Dia
bediri terpacak di hadapanku sambil berpeluk tubuh. Kaca mata hitamnya dibuka
dan dia merenungku tajam. Siapa pulak ni?
“Cik
Bella, welcome.” Tegur salah seorang pekerja di dalam butik.
Bella?
Bella yang itu ke? Ah, sudah! Bella ni datang bawak bala jugak ke?
“What
a happy life, isn’t it?” Sindirnya tajam. Dia memandangku dari atas ke bawah
sambil menghadiahkan senyuman mengejek.
“Imran,
lama lagi ke?” Soalku pada Imran yang berdiri di belakang kaunter.
“Sebentar
ya, Puan Nuha.” Jawab Imran, sopan.
“Eh,
hello! I tengah bercakap dengan you ni.” Bella sudah bercekak pinggang.
“Oh,
ya ke? Go on, I’m listening.” Balasku tenang. Padahal di dalam hati, mengomel. Lambat
betul si Imran ni.
“You
ni siapa hah? Entah muncul dari mana. I yang sepatutnya kahwin dengan Ben. I yang
sepatutnya sekarang tengah bahagia dengan dia. You sikit pun tak layak langsung
dengan dia.” Bella memandangku sinis.
“Mentang-mentanglah
Ben tu famous, kaya, you nakkan dia pulak. Kalau dah jadi lawyer company dia,
just stay as company lawyer la. Tak perlulah you nak goda dia. Perempuan tak
sedar diri, mata duitan!”
Beberapa
pasang mata sudah memandang ke arah kami. Aku menahan rasa sabar. Ni yang aku
malas ni. Malas nak jadi pelakon drama perdana.
“Cik
Bella, kita ni di tempat umum. Kalau cik Bella nak jadi watak drama perdana,
silakan. Tapi, jangan libatkan saya.” Ujarku sambil menghadiahkan pandangan
tajam kepada Bella.
“Dan
saya boleh failkan saman malu ke atas cik Bella. Di bawah Seksyen 3, Defamation Act 1957, bertarikh hari
ini dan pada pukul 2.00 petang, cik Bella telah memfitnah dan menjatuhkan air
muka saya di hadapan orang ramai.” Tambahku lagi, selamba.
Pucat
seketika wajah model ini. Tahu pun takut.
Aku
terus mengambil paper beg yang dihulurkan oleh Imran dan cepat-cepat berlalu
keluar dari situ. Boleh tak nak puji diri sendiri yang Nuha Dhamia sangat cool
hari ni? Siap main akta lagi. Betul ke akta yang aku sebut tadi? Hentamlah,
bukannya minah tu tahu pasal law pun.
Di dalam
hati, aku turut berasa geram dengan Benyamin. Semua pasal mamat tu. Huh! Sabar
Nuha, sabar!
******************************
“Uisy,
dah gorgeous dah Mrs Benyamin kita ni.” Usik kak Seri yang baru masuk ke dalam
bilik hotel.
“Ada-ada
aja akak ni.” Aku senyum.
“Everything
dah ready. Tunggu our lovely couple je yang belum ada. Nuha okay? Nervous lagi?”
Soal kak Seri.
“A
bit.”
“Kalau
nervous, just grab your hubby’s hand tightly.”
Aku
angguk dan senyum.
“Akak
kena pergi ballroom balik. See you there.”
Kak
Seri mengatur langkah ke muka pintu dan aku terdengar dia berbual dengan
Benyamin yang mungkin baru selesai bersiap.
Benyamin
melangkah ke arahku tanpa suara dan melabuhkan duduk di atas sofa.
“Beautiful dress.” Benyamin pandang
ke arahku sekilas sebelum anak matanya melekat semula pada skrin tablet yang
berada dalam pegangan.
“Eleh,
kalau nak puji saya cantik, cakap je lah. Ni nak puji bertapis-tapis pulak.
Bukannya serbuk teh nak kena tapis-tapis.” Balasku selamba sambil tersengih.
“Kenapa
nak puji awak pulak? Mana boleh puji, nanti awak riak. Saya membantu awak nak
membuang perasaan riak tu.” Jawab Benyamin dengan anak mata yang masih digamkan
pada skrin tablet.
Aku
mengeluh melihat keadaan Benyamin. Mamat ni sebenarnya sedar tak situasi
sekarang ni macam mana? Dari dalam bilik yang terletak di belakang ballroom
hotel ini pun aku dapat menangkap bunyi riuh rendah dari luar.
“Awak
rasa kita sekarang ni berada dalam keadaan yang macam mana?”
Aku
tarik tablet tersebut daripada pegangan Benyamin. Sengaja. Itulah, generasi
sekarang ini lebih banyak berkomunikasi dengan alat gajet, bukannya dengan
manusia.
“What’s
wrong with you?”
“Awaklah
yang what’s wrong. Awak sedar tak yang sekarang ni majlis resepsi untuk sebelah
pengantin lelaki pulak? Awak buat sambil lewa je macam tak ada apa-apa penting
yang sedang berlaku.”
Aku
berhenti, menarik nafas dan mengumpul rasa sabar.
“Bukanlah
saya nak mengungkit, tapi semuanya saya uruskan sorang-sorang. Jumpa wedding
planner, jumpa designer baju, fitting baju sorang-sorang, ambil baju, semua
benda saya buat sorang-sorang. Sikit pun awak tak tanya, nak tolong lagilah
tak. Datang untuk final check hotel ni pun awak tak ada. Nasib baik ada kak
Seri temankan.”
Aku
berhenti lagi. Tubir mata mula terasa hangat. Isy, susah betul kalau kalenjar
air mata ni aktif sangat. Nanti tak pasal-pasal rosak make-up.
“Awak
sibuk apa sangat sampai tak boleh nak temankan saya langsung?”
Benyamin
hanya diam memandangku. Riak wajahnya masih sama, tidak berperasaan.
“Bukan
dulu awak jugak yang cakap awak nak uruskan semua benda kan?” Soal Benyamin.
Aku
melepaskan keluhan kasar. Masalah betullah dia ni. Tak pandai langsung nak peka
dengan perasaan orang lain. Hati dia tu hati batu ke apa?
“Awak
memang tak reti nak peka pasal orang lain ke? Sikit pun awak tak ada tanya,
risau lagilah tak. Sudahlah saya kena kahwin dengan awak tiba-tiba, uruskan
awak punya grand wedding yang macam-macam protokol saya kena ikut. Beranikan
diri berdepan dengan media, dengan kumpulan peminat awak yang tak setuju awak
kahwin dengan saya, dengan entah sapa-sapa lagi. Saya penat, saya takut tahu
tak. For once, can’t you put yourself in my shoes?” Aku sudah mula menangis.
Benyamin
kelihatan cuak. Aku tak tahulah dia cuak sebab apa. Mungkin sebab majlis akan
bermula tidak lama lagi dan mekap aku sekarang pastinya sudah rosak. Aku
ingatkan dia hendak memujuk atau menenangkan, tetapi dia mengeluarkan telefon
bimbitnya dan mula menelefon seseorang.
“Kak
Seri, can you come in now? We have a little situation here. I think I have made
my darling upset.”
"darling upset my foot" alahai tok laki sape lah si BEN niiii...STRESSS sungguh..si NUHA...Kesiannn dia..
ReplyDeleteNAK LG...makin SYOQ-lah... hampir 2 bln kot menunggu...
bengong betol si ben
ReplyDeletenate gilor BEN #AKU puloks yg sakit hati.. jatuh kedivaanku.. ahaakss
ReplyDeletenext n3 please..
aah-kan 'nate gilor' si BEN tu..seb-baik HERO..
Deletetidakkk sepak masuk GOAL.. :)
aiserehee betol~~
syokkkkk habiss
ReplyDeletekalau buat laki rasanya nuha dah backhand si ben mamat ketul ais ni
ReplyDeleteHish....geram btoi dgn Ben nie....
ReplyDelete-nur-
Haha bongoknye ben ni! ade ke patut gi call org lain nk pujuk nuha. so heartless haha geram betul aku dgn ben ni hish.
ReplyDeleterasa mcam nak kasi kelas memahami perasaan org lain je kat ben ni...tlg la cepat kan....sikt je...pun ok..he,,
ReplyDeletehati diperbuat drpd ape yek..ketulan ais ke apa..??xde prsaan lgsug si Ben nie..
ReplyDeleteLama tggu. .. penanti tu satu penyeksaan...
ReplyDeletelama tunggu, bru ada new ent3, jgn lak gini, rindu nok tahu seterusnya..huhuhu
ReplyDeleteBest
ReplyDeletenape la ben call kak seri untk pujuk nuha??heh..ben ni tlg la jd rmantik skit..wlau ap pun akak writer cerita memang awesome..nk lagi!
ReplyDeleteawesome akak writer..nk lagi!! nk lagi!!
ReplyDeletecik penulis bila nak sambung cerita ni. atau cerita ni dah nak di bukukan.
ReplyDeleteHmpss... Mmg x de smbungan ke? best sgt la crte ni T.T NAK LAGIII
ReplyDeleteBest cete ni... sambunglah lg..
ReplyDeleteBest cete ni... sambunglah lg..
ReplyDeleteBest cete ni... sambunglah lg..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest cete ni... sambunglah lg..
ReplyDeleteSambunglh.. Plisss...
ReplyDeleteSambunglh.. Plisss...
ReplyDeleteAda lagi tak??? SWEET gila citer ni.. Ben ni pun satu.. Beku mcm ais ketul je.. Dia punya isteri merjuk, org lain yg disuruh pujuk.. BTW, pls sambunv citer ni.. Sya tak sbr ni..
ReplyDelete