Bahagian 17
Ada
dua orang staff yang bertanggungjawab untuk membantuku di dalam bilik persalinan
itu. Kak Emma merupakan jurusolek dan kak Puteri membantuku dengan persalinan dan
juga tudung. Beranganlah sekejap merasa diri sendiri seperti artis. Eh!
“Untuk
outdoor photography, selalunya kita akan guna natural make-up concept. Yalah, nak sesuaikan dengan place setting. Baru akan bagi
impak yang natural. Tambah pula wedding dress Nuha ni warna putih.” Tutur kak Emma
sambil membetulkan kedudukan veil di atas kepala.
“Untuk
outdoor ni, berapa pasang baju ni kak?” Soalku
dan bangun dari kerusi yang menjadi tempat dudukku.
“Ada
dua lagi.” Jawab kak Emma sambil anak matanya mengikuti langkah kak Puteri yang
berjalan ke arah kami sambil membawa sepasang kasut berwarna putih.
“Dua?”
Soalku dengan mata yang sudah membulat. Mak aih! Tu tak campur dengan yang
indoor lagi. Aku ingatkan satu set ni je.
Kak
Emma dan kak Puteri masing-masing ketawa.
“Yalah,
Nuha. Lain props, lainlah bajunya. Lagipun, ramai orang nak tengok koleksi gambar
korang berdua ni. Mana boleh pakai satu baju ni je.” Balas kak Puteri sambil tergelak
kecil.
Aku
keluar dari dalam bilik persalinan dan terus ke kawasan luar studio. Ayie sudah
ada di situ dengan peralatan kameranya yang bermacam-macam jenis.
“Lamanya!”
Komen Benyamin yang tiba-tiba sudah berdiri di sebelahku.
Aku
terus berpaling ke sebelah. Dah tak larat nak marah dah. Memang hobi dia suka
menggugurkan jantung aku. Benyamin juga sudah menukar bajunya. Dia turut
mengenakan persalinan bertemakan warna putih; baju kemeja berlengan panjang
berwarna putih dan berseluar hitam. Rambutnya turut digayakan naik ke atas,
tidak menutup dahi hadapan seperti biasa. Ringkas, kemas dan Nampak bergaya.
Cuma satu yang kurang, senyum.
“Eh,
mestilah lama. Nak pakai tudung lagi. Awak
bukannya kena pakai tudung. Lagipun, bila husband menunggu isteri bersiap,
boleh belajar erti kesabaran jugak tahu.” Balasku.
“Baiklah,
puan peguam. Kalau bab bercakap, awak je lah yang nak menang.” Balas Benyamin,
malas.
Tiba-tiba
sahaja dia senyap dan wajahku dipandang lama. Aku mengerut dahi. Dia ni dah
kenapa pulak?
“Cantiknya…”
Dia berjeda sambil wajahku dipandang lagi sebelum anak matanya
jatuh pada gaun labuh
yang tersarung di tubuh.
Terkebil-kebil
aku memandang Benyamin. Betul ke telinga aku ni tengah dengar mamat ais ketul batu
ni sedang memuji aku?
“…gaun
awak.” Dia tersenyum menyenget. Kemudian, dia menggelakkan perubahan wajahku. Ceh!
Kan aku dah kata, kalau tak mengenakan aku, bukan Benyamin namanya. Itu Ben 10!
Ayu berjalan mendapatkan aku dan
Ian. Sebelah tangannya membawa sejambak bunga.
Jambangan bunga ros hidup berwarna merah dan putih yang digubah cantik
menjadi bunga tangan itu Ayu serahkan kepadaku.
“Kita
gerak ke bawah pokok besar tu dululah. Kak Nuha okey ke nak jalan atas rumput ni?”
Soal Ayu sambil anak matanya melekat pada tumit kasutku yang tingginya hampir mencecah
lima inci.
Aku
sengih. Mestilah boleh jalan, jalan perlahan-lahan macam si kura-kura. Biar lambat,
asalkan selamat.
“It’s
okay. I will help her. Jom, Nuha. Careful, watch your steps.” Tanpa sebarang isyarat,
terus jari-jemariku digenggam erat oleh Benyamin.
Terus
berderau darahku.Kulit wajah mula terasa panas. Tiba-tiba kutub utara terasa macam
dah panas sikit. Agak-agaknya disebabkan masalah globalisasi yang makin berleluasa
sekarang ini. Ah, sudah! Nuha Dhamia sudah mengarut.
Aku
menoleh ke sebelah, cuba membaca riak wajah Benyamin. Gagal. Riak wajahnya masih
begitu, tidak berperasaan.
“Heels
awak tu dah lah killing. Saya tahulah saya ni handsome sangat tapi mata awak tu
kena pandang depan. Nanti tak pasal-pasal jatuh pulak kat sini.” Kedengaran suara
tanpa perasaan daripada orang di sebelah.
Aku
terus buat-buat batuk. Alamak, dia nampaklah pulak! Mata dia boleh tengok berapa
darjah sebenarnya ni? Takkanlah mamat ni spesies alien pulak? Okey, sekarang ni
dah rasa macam kutub utara tadi kembali sejuk seperti biasa.
“Okay,
ready!” Kedengaran suara Ayie sambil lensa kamera difokuskan kepada aku dan
Benyamin. Nasib baiklah aku selalu mengikuti persembahan teater di university dahulu.Senanglah
sedikit untuk bermain dengan ekspresi wajah. Benyamin yang sedang berdiri di
hadapanku ini masih dengan wajahnya yang tidak mempunyai sebarang ekspresi itu.
“Kejap,
kejap. Weyh, Ben! Kalau kau tayang muka macam tu bila nak propose anak dara
orang, sah-sah bunga kau tu dia campak masuk dalam tasik tahu. Bagi itik makan.”
Komen Ayie selamba sambil bercekak pinggang memandang Benyamin yang kelihatan kaku
memegang jambangan bunga tangan itu.
Aku
terus ketawa seronok. Terbaiklah, Ayie ni! Kalau Aqwa nak cari wedding
photographer nanti, sah-sah aku akan rekomenkan Ayie ni.
“Lelaki
yang nak propose, kenalah tunjuk expression that you are in love. Show a happy expression. Kenalah nampak bahagia.” Tambah
Ayie lagi.
Aku
yang mendengar, tergelak-gelak lagi. Terus anak mata Benyamin tajam menikam wajahku.Yalah,
dah tak berani nak gelak dah.
“Okey,
kita try sekali lagi.” Ayie kembali ke tempatnya semula. Sempat lagi dia menepuk
mesra bahu Benyamin.
Benyamin
juga kembali ke posisi tadi. Berulang kali anak matanya memandang jambangan bunga
yang berada di tangan dan juga aku yang sedang berdiri tegak di hadapannya.
“Senyum.
Don’t show your icy cold expression. Senyum is the rule of thumb in photo
shooting.” Ujarku. Kesianlah pulak aku tengok. Aku lagi kesiankan kaki aku yang
sedari tadi penat berdiri terpacak di bawah pokok ini.
“Tahulah.
I’m trying to collect my emotions right now.” Balas Benyamin.
Aku
senyap dan memerhatikan dia. Tidak lama kemudian, tiba-tiba dia tersenyum lebar
sehinggakan anak matanya menjadi kecil. Apabila jambangan bunga itu kusambut,
terus tubuhku diangkat oleh Benyamin. Hah, aku pulak yang terkejut!
“Okay,
great! That’s lovely. Let’s move to the next one.” Teriak Ayie, kelihatan sangat
berpuas hati.
Benyamin
menurunkan aku daripada dukungannya. Mamat ni memang suka buat benda ikut suka dia
je.
“Awak
ni berapa kilo sebenarnya?”Soal Benyamin tiba-tiba sambil memicit-micit lengannya.
“Hah?
Kenapa pulak nak kena jawab pasal berat badan pulak ni?”
“Yalah.
Badan nampak je macam kecik tapi berat. Awak ni berat apa sebenarnya??”
Aku
memekakkan telinga dan terus berlalu ke dalam studio mencari Ayu. Kalau makin dilayan
Benyamin itu, makin panas pula hati aku nanti.
Kali
ini aku mengenakan blaus comel berwarna merah jambu gaya peplum yang dihiasi dengan
ropol dan renda yang dipadankan dengan skirt labuh kembang bertanah putih dan berbunga-bunga
kecil berwarna merah jambu. Shawl potongan half moon pula dililit kemas dan digayakan
dengan cekak berbunga di bahagian tepi.
Aku
duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan sambil memerhatikan beberapa orang
staf majalah yang sedang menyiapkan setting tempat, iaitu suasana berkelah di
taman. Mengingatkan semula shooting yang menggunakan basikal tadi, aku terasa ingin
ketawa semula.
Rupa-rupanya
mamat tu tak reti tunggang basikal. Nasib baiklah aku dan dia tak sama-sama tumbang
ke tanah. Terpaksalah scene menaiki basikal bersama-sama itu dikeluarkan daripada
senarai.Yang tinggal hanyalah aku duduk bertenggek pada bahagian belakang basikal
dengan Benyamin yang duduk di hadapan dengan menongkat basikal tersebut menggunakan
kakinya. Ada lagi rupanya orang yang tak reti
nak tunggang basikal dalam zaman basikal Pixie ini.
“Kak
Nuha, ready dah? Jom, kita boleh start sekarang.” Tutur Ayu sambil tersenyum.
“Okey.
Ayu ada nampak Ben tak?” Soalku memandangkan aku tidak nampak Benyamin sejak tadi.
“Encik
Benyamin ada dekat dalam dengan Encik Azri.
Dorang Nampak macam tengah discuss something. Oh, tu pun mereka!” Jawab Ayu apabila
kelihatan Benyamin berjalan ke arah kami.
“Jom.”
Ujarku dan spontan memeluk lengan Benyamin.
Berkerut
dahinya memandang aku dan kemudiannya anak matanya jatuh pada tanganku yang
berpaut pada lengannya.
“Kenapa?
Ni, tengok ni. Heels ni tinggi sangat. Nanti kalau jatuh telungkup atas rumput,
awak jugak yang segan nanti.” Balasku bersahaja.
Benyamin
diam sahaja sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam
poket seluar.
“Okey,
yang kali ini last outdoor scene. Lagi cepat kita habis, lagi better. Cuaca pun
dah makin panas ni.” Beritahu Ayie.
“Baiklah.
Untuk shooting scene kali ini pula, kita
gunakan picnic as the theme. Dalam bakul picnic ni ada sandwich dengan jus.”
Terang Ayu pula.
Aku
dan Benyamin melabuhkan duduk di atas tikar yang sudah terbentang, menunggu arahan
yang seterusnya daripada Ayu. Mula-mula, kami diminta untuk duduk di atas tikar
yang sudah siap dibentang di atas rumput.
“Portray
a romantic picnic scene.” Ujar Ayie yang sedang berdiri memerhatikan aku dan
Benyamin.
Erk!
Nak buat apa ni? Tanganku pantas mencapai bakul rotan dan membuka penutup
bakul. Aku mengeluarkan sandwich dan juga botol jus. Sandwich tersebut aku
susun dengan kemas di atas pinggan putih. Jus juga dituang ke dalam cawan.
“Nah.”
Aku suakan sepotong sandwich kepada Benyamin.
“Say
aaa…” Aku menyuruh Benyamin membuka mulutnya. Pada mulanya dia kelihatan
teragak-agak tetapi dia tetap membuka mulutnya.
“Okey,
great! Continue, guys. I want to find a good angle.” Pinta Ayie.
“Your
turn.” Sandwich yang berada di tanganku, diambil oleh Benyamin.
Aku
membulatkan mata memandang lebihan sandwich yang sudah digigit oleh Benyamin
tadi. Takkan nak sumbat sandwich ni sekaligus dalam mulut aku. Benyamin
buat-buat tidak nampak dan memang itu yang dilakukannya. Mulutku sudah kembung
dengan sandwich. Bertuah betul!
“How
cute.” Kedengaran komen dari salah seorang staf yang turut memerhatikan kami.
Comellah sangat. Dinding pipi aku dah rasa macam nak meletup.
Benyamin
ketawa seronok melihat aku.
Walaupun
anak mata menjeling Benyamin yang kelihatan tersenyum puas, aku masih berusaha
menelan sandwich yang penuh di dalam mulut. Aku semakin membulatkan mata
apabila Benyamin mengambil sepotong lagi sandwich darn mahu menyuapkan sandwich
tersebut kepada aku. Mamat ni, biar betul!
Tanganku
pantas memegang tangannya dan membawa sandwich tersebut ke mulutnya sendiri.
Sedaya upaya aku memaksa supaya sandwich tersebut Berjaya disumbatkan ke dalam
mulut Benyamin. Giliran Benyamin pula membulatkan matanya yang sudah sedia
bulat itu. Giliran aku pula untuk ketawa puas walaupun Benyamin sedang
menjeling tajam. Ringan tanganku menarik keluar sehelai tisu dari kotaknya dan
mengelap tepi bibir Benyamin yang terdapat kesan mayonis.
“Okay,
awesome! Korang berdua ni kebulur ke apa? Tapi, tak kisahlah. Yang penting
those snaps are great.” Komen Ayie sambil ketawa kecil.
Aku
pandang Benyamin dan dia pandang aku. Masing-masing menayang riak tidak berpuas
hati. Kemudian, Ayu datang dengan membawa sebuah buku berkulit keras bersaiz
A4.
“I
want to add one more pose. Tapi yang ini untuk korang punya personal
collections la.” Tambah Ayie tiba-tiba. Alamak! Ingatkan dah habis.
“Posisi
macam tadi jugak tapi korang duduk side by side. This will be like a hidden
kissing scene. Kita akan guna A4 sized book tu. Bila Ben dekatkan badan dengan
Nuha nanti, hide both of your faces using that book.” Terang Ayie sambil
mendemonstrasikan bagaimana buku tersebut akan digunakan nanti.
“Hah?”
Gila! Aku terus pandang Benyamin tetapi dia memandang ke arah lain.
“Okay,
sure. Kedengaran suara Benyamin memberi persetujuan.
Terus
aku lipat maut kepala memandang Benyamin. Sure kepala hotak dia! Aku ni dia tak
nak tanya dulu ke?
“Kenapa?
Yang awak gelabah sangat ni kenapa?” Soal Benyamin sambil berpeluk tubuh. Dia
tersenyum sinis memandangku.
“Tak
ada sebab untuk awak gelabah unless awak suka dekat saya lah.” Tambah Benyamin
sambil tersenyum menyenget.
“Eh,
eh! Sila jangan perasan sangat ya, Encik Benyamin Ziqri. Fine, let’s do it!”
Aku mengetap bibir menahan rasa geram dan segan. Cuaca yang mula terasa panas
membuatkan hatiku menjadi semakin panas.
“You
guys ready? We better start now. Matahari dah nak semakin terik ni.” Tutur Ayie
sambil memandang aku dan Benyamin silih berganti.
“Okay.”
Jawab Benyamin. Aku terus senyap. Dah tak tahu nak cakap apa lagi. Takkanlah
nak lancarkan perang sesame sendiri dekat depan-depan orang ramai ni?
“Alright,
then. 1,2,3, go!” Lantang Ayie bersuara.
Suasana
senyap. Anak mata Benyamin kini digamkan pada wajahku, tak lepas. Sekali
pandang, kitorang berdua ni dah macam tengah bertanding untuk ‘Eyes Staring
Contest’. Aku perhatikan sahaja Benyamin yang kini perlahan-lahan mula
mendekatkan wajahnya ke arahku. Aku diam
sambil memerhatikan lagi Benyamin yang kini sudah mengangkat buku bersaiz A4
itu untuk menutup wajah kami berdua. Wajahnya semakin mendekat dan dekat
sehinggalah…
“Okay,
great! Good job everyone. Jom kita masuk dalam.” Kedengaran suara Ayie dan aku
terus menarik nafas lega. Sesak sungguh rasanya nak bernafas sebentar tadi.
Benyamin menjauhkan wajahnya dan menjatuhkan buku yang digunakan untuk menutup
wajah kami tadi.
***********
“Designer
gown yang Nuha pakai ni is one of Encik Benyamin’s good friends jugak. Kalau
pernah dengar nama AJ, dia lah yang design.” Cerita kak Ema sambil membetulkan
kedudukan tiara kecil di atas kepalaku.
“Cantiknya,
Nuha!” Komen kak Puteri dengan riak wajah yang sangat berpuas hati.
Berkelip-kelip matanya memandang aku yang sedang menyarung kasut.
“Gaun
ni yang cantik, kak Puteri.” Aku sengih. Yalah, gila tak cantik? Gaun labuh
kembang ala princess yang berwarna putih susu ini sangat cantik. Elok sangat
dengan tema Cinderella yang kumaklumkan kepada Ayu pagi tadi.
Benyamin?
Sah-sahlah dia kena jadi watak putera raja. Ala, macam jalan cerita dongeng
Cinderella tu. Aku tersenyum seorang diri apabila mengenangkan perbualan aku
dan Ayu pagi tadi.
“Cinderella?
Kenapa ya, kak? Sebab nanti kitorang nak kena letak caption for explanations
kenapa akak bayangkan Encik Benyamin tu macam putera raja dalam fairy tale
Cinderella tu.” Soal Ayu. Raut wajahnya sudah penuh dengan tanda soal.
Aku
berjeda sebentar, berfikir bagaimana untuk menjelaskannya kepada Ayu. Aku masih
ingat lagi ketika pertama kali aku dating ke bangunan A to Z. Dalam kepalaku
terbayang pereka kasut iaitu Benyamin Ziqri itu seperti putera raja kisah
dongeng Cinderella. Aku berimaginasi bahawa sesiapa yang menjadi isteri Benyamin
nanti akan beruntung. Tidak perlu susah-susah untuk membeli kasut. Lagi seronok
kalau dia yang tolong sarungkan kasut.
Namun,
bila bertemu dua pasang mata dengan Benyamin, perangainya jauh sekali daripada
watak putera raja Cinderella. Putera Frozen boleh lah. Selepas itu, aku
terbayang karakter Avatar yang berwarna biru itu. Macam tak sesuailah pulak
kalau nak mengikut tema Avatar kan? Kejam sangatlah pulak. Lagipun, Benyamin
kan tak suka suasana atau mood ala-ala cerita dongeng ini. Sebab itulah aku memilih
tema Cinderella. Aku hanya bercerita persepsi pertamaku mengenai Benyamin
kepada Ayu. Itu sahaja, tiada penerangan lebih lanjut. Bahaya!
“Nuha,
amboi! Sempat lagi termenung.” Kedengaran suara kak Puteri yang menegur
mengembalikan semula ke dalam bilik persalinan itu.
“Yalah,
kak. Gaun ni cantik sangat sampai orang yang boleh pakai pun boleh berangan
jadi puteri raja.” Balasku sambil ketawa kecil.
“Yang
penting, orang yang memakai ni yang lagi cantik. Sebab tu lah nampak cantik
sangat.” Usik kak Ema.
“Yalah,
Nuha dah boleh jadi Cinderella Malaysia. Kelas gitu. Ni kalah Cinderella versi
cerita dongeng ni.” Usik kak Puteri pula.
Perbualan
kami terhenti apabila Ayu masuk ke dalam bilik dan mengajakku keluar dari bilik
itu memandangkan sesi fotografi akan dimulakan dalam masa lima minit lagi. Aku
mengikut langkah Ayu keluar dari bilik itu dan aku terus mengecam satu figura
yang sedang duduk di atas kerusi, sudah siap dengan tuxedo berwarna putih susu.
“Senyum.
Bukannya susah nak tambah saham akhirat free kan?” Tegurku perlahan sambil
melabuhkan duduk di sebelah Benyamin.
Benyamin
terus berkalih ke arahku. Mak aii, muka dia! Ketat! Macam cicak tersepit dekat
celah pintu. Siap jeling aku lagi tu.
“What
kind of imagination is this? A Cinderella’s prince? You got to be kidding me.”
Tutur Benyamin, perlahan tetapi sinis.
“Eh,
suka hatilah. This is my imagination, not yours. Eh, bukan ke as a famous
designer, you should treasure other people’s imagination too?” Balasku sinis,
sedaya upaya menahan sabar. Nada suara masih cuba kukawal.
“Nuha,
Ben, let’s start.” Suara Ayie yang memanggil kami itu mematikan niat Benyamin
untuk bersuara semula.
Aku
bangun dan pantas melangkah ke arah sofa yang sudah tersedia di satu sudut.
Saat ini, aku sudah tidak kisah dengan kasut tumit tinggi yang tersarung di
kaki. Di dalam hati, aku tidak henti-henti menyuruh diri sendiri supaya
bersabar. Nuha Dhamia tak boleh mengalah. Tak ada maknanya nak makan hati
dengan lelaki dingin macam dekat kutub utara tu. Makan nasi lebih bagus!
“Ayu
dah brief saya tadi on this selected idea. Nuha’s one right?” Soal Ayie sambil
anak matanya difokuskan kepadaku.
Aku
angguk.
“Such
a cute imagination. Let’s start.” Ayie mengambil tempatnya. Benyamin
memandangku dengan pandangan matanya yang tajam itu dan aku buat-buat tidak
nampak sambil melabuhkan duduk di atas sofa baldu berwarna merah itu.
Sesi
fotografi dimulakan dengan aku duduk di atas sofa dan Benyamin duduk di atas
pemegang tangan sofa tersebut memandangkan saiz sofa yang muat hanya untuk
seorang. Dia diminta untuk meletakkan tangannya di atas bahuku.
Huh,
tangan pun berat! Makan apalah agaknya dia ni? Aku sangat pasti yang tema
Cinderella ini sangat membuatkan Benyamin tidak selesa dan tidak suka. Padan
dengan muka dia!
“Ni
our final shoot for Nuha’s theme. Kita akan masukkan scene penting Cinderella
kat sini. Kita akan start dengan scene Nuha turun tangga tu and tinggalkan
kasut kaca dia dekat situ.” Terang Ayie sambil menunjukkan ke arah tangga yang
sudah dihias cantik.
“And
we’ll end it with Ben pakaikan kasut kaca tu dekat kaki Nuha.”
Aku
mahu tergelak melihat riak wajah Benyamin yang sudah berkerut-kerut.
“You
had too much fairy tales, sister.” Bisiknya perlahan sambil berlalu mengikut
Ayie ke sudut yang menempatkan tangga. Aku tergelak kecil seorang diri.
Sewaktu
Benyamin menyarungkan kasut kaca tersebut ke kakiku, aku terasa ingin ketawa
lagi. Hendak tak hendak sahaja dia memegang kakiku.
“Ben,
kau dah nampak macam nak patahkan ankle Nuha. Cuba buat dengan lemah-lembut,
full of love sikit.” Komen Ayie.
Aku
tergelak lagi.
“Very
funny.” Sindir Benyamin sambil mencabut keluar kasut kaca tersebut.
“Ha’ah.”
Jawabku selamba.
Benyamin
buat-buat tidak dengar dan tiba-tiba dia memandang wajahku. Lama. Tiada
pandangan mata tajamnya seperti biasa. Err, nampak macam love sparks. Huh, love
sparks? Gila kau, Nuha!
“Great!
Let’s move to our last theme.” Suara Ayie yang bergema itu mengejutkan aku. Aku
pandang kasut kaca yang tersarung di kaki. Aku ni dah sewel ke apa? Apa yang
mamat tu dah buat dekat aku?
*********************
“Back
to school, huh?” Aku pandang Benyamin yang tersenyum menyenget itu sebelum anak
mataku jatuh kepada uniform sekolah menengah yang tersarung di tubuh. Uniform
pengawas pulak tu! Sengal punya Benyamin.
“Well,
this is my imagination, not yours.” Balas Benyamin sambil menjungkitkan
keningnya.
Dia
membetulkan kedudukan cermin mata besar yang sedang dipakainya itu sambil
tersenyum puas hati.
“Kenapa
saya kena pakai uniform pengawas pulak ni?” Soalku tidak puas hati.
“Sebab
mulut awak tu pot-pet pot-pet macam pengawas dekat sekolah saya dulu.” Jawab
Benyamin dan terus meninggalkan aku. Aku membulatkan mata apabila Ayu datang
dan menyerahkan beg sekolah kepadaku.
Sesi
fotografi dimulakan dengan aku dan Benyamin masing-masing menggalas beg sekolah
kami dan berjalan berpegangan tangan. Kemudian, Ayie menanbah satu lagi gaya
iaitu ‘head lock’ yang perlu aku lakukan kepada Benyamin. Kata Ayie, dia nampak
mood gaduh-gaduh sayang antara kami.
Head
lock ya? Aku tersenyum lebar sambil memandang Benyamin. Dia buat-buat tidak
faham.
“Awak
boleh pilih level.” Bisikku kepada Benyamin.
“Level
apa? Apa awak merepek ni?” Bisik Benyamin.
“Level
of pain.” Jawabku, berusaha menahan ketawa apabila riak wajah Benyamin berubah.
“Awak
jangan nak salah guna martial arts awak tu ya. Tak berkat nanti.” Balas
Benyamin, pantas.
Aku
terus ketawa, perlahan. Tahu takut!
Yumihyra, saya perasan awk punya cerita mesti hero dia kind of cold-hearted.. pastu, sayang heroin but x tunjuk.. kira cinta dalam diam.. so cumilla awk... saya suka.. :D
ReplyDeleteteman suka hehehe
ReplyDeletebest.. cepat2 lar update.. i'll always waiting...
ReplyDeleteSooo...cute la...terbaik...
ReplyDeletesweet sgt..cumel..
ReplyDelete-ada
bestnyer...suka sangat2..
ReplyDeleteyumi.... bila nk terbit buku esmsc tu...
ReplyDeleteBest sangattttt :)
ReplyDeleteBest kuasa dua...hehehe
ReplyDeletethumbs up darling…good n3
ReplyDeletesalam ...saye dah lama ikut semua cerita yg awk buat cuma ,...x comment je ..sbb saye x ada account google ...ni pun baru buat...harap awk cepatkan sikit pos sambungan n ..novel suamiku mat salleh celup tu bila nak keluar.ye?..dah keluar nanti sila maklum kan ye...
ReplyDeleteSweet gile ❤
ReplyDeleteSweet gile ❤
ReplyDelete