Sunday, 2 July 2017

Order Dibuka Untuk ESMSC, EKU & BES :)

Salam 11 Syawal.


Disebabkan ada yang bertanya untuk order novel Encik Suami Mat Salih Celup dengan saya, jadi saya nak bukak order juga di sini. Mana tahu ada yang berminat :)

 Kalau berminat nak order lagi dua novel 'Encik' a.k.a Encik Kutub Utara dan Bukan Encik Sempurna pun sangat-sangat dialukan :) Insya-ALLAH akan ada gift comel yang akan menanti. Sempena bulan Syawal ni, saya akan selitkan kad raya limited edition sekali ;)

Ada 2 CARA pembelian:

1) Boleh pm mcm biasa di Facebook Yumi Hyra ATAU

2) Boleh whats app 011-14613271-Nanti type 'Hi saya nak order ESMSC/EKU/BES' Ini diuruskan oleh PA Yumi bukan Yumi ye. Strictly Whatsapp sahaja ye ;)

P/S: Harga kombo special kalau beli ketiga-tiga buah novel.


Pengeposan seterusnya akan dibuat pada 18 JULAI 2017. Oleh itu, pembayaran haruslah dibuat selewat-lewatnya pada 14 JULAI 2017 supaya mudah untuk saya anggarkan stok yang perlu saya order nanti.



Tu je. Kthanksbye :D

Saturday, 18 March 2017

Pre-Order Bukan Encik Sempurna (BES) Kini Dibuka !!!


                                                             RM25.00 tidak termasuk pos





Salam dan selamat berhujung minggu :)

Alhamdulillah, novel ketiga saya ~ Bukan Encik Sempurna insya-ALLAH akan menemui para pembaca pada bulan hadapan bersempena PBAKL 2017.


Jadi, sekarang dengan rasa rendah diri. Yumi nak bukak pre-order ye untuk Bukan Encik Sempurna (BES). (Yeayyy! <3 )
Novel akan dipos apabila dah dapat stock dan apabila sudah menerima bayaran penuh. Tarikh akan diumumkan kemudian ye. ;)
Ada dua cara pembelian preorder :
1) Boleh pm mcm biasa di Facebook Yumi Hyra ATAU
2) Boleh whats app 011-14613271-Nanti type 'Hi saya nak order BES' Ini diuruskan oleh PA Yumi bukan Yumi ye. Heee ;)
P/S: Harga kombo special kalau beli ketiga-tiga buah novel.
Itu saja buat masa ni <3 <3 <3 

anddddddd SPECIAL GIFT semestinya. Gitewwww 










Sementara nak countdown novel keluar, jomlah bersama-sama baca teaser pendek Bukan Encik Sempurna:


#Teaser 1 (unedited version)
"Uya!"
Aku kembali duduk tegak di atas katil sambil mengenyeh-ngenyehkan mataku semula. Suara mak tok lagi!
Dengan rambut yang kusut-masai, t-shirt berlengan panjang bersaiz besar dengan gambar kartun Captain America dan seluar tidur berjalur-jalur putih dan merah jambu, aku melangkah keluar dari bilik. Langkah kaki kubawa ke ruang dapur kerana aku pasti mak tok sedang menyediakan sarapan pagi.

"Kenapa mak tok? Ada orang gila pecah masuk rumah ke?" Aku duduk malas di kerusi meja makan sambil sebelah tangan menongkat dagu dengan mata yang terpejam.

"Uya tolong pi tengok siapa kat luar tu. Mak tok dengaq macam suara macam lelaki bagi salam."

"Pak Mat mai hantaq ikan kut?" Soalku dengan mata yang masih tertutup.

"Agaknyalah tu. Uya pi tolong tengok sat."

Aku mencapai tudung sarung berwarna hitam yang tersangkut di atas kerusi. Tidak perlu membasuh muka dan menukar pakaian. Pak Mat Ikan Segar je pun.

"Kak Uya! Akak nak keluar lagu tu je ka? Muka pun tak basuh lagi. Mandi pun tak. Nampak sangat baru bangun tidoq!" Hani yang baru keluar dari dalam bilik menegur.

"Ala, setakat nak pi jumpa Pak Mat Ikan Segar dekat luar je pun. Janji apa yang akak pakai ni menutup aurat. Itu yang lagi penting."

"Suka hati hanglah, kak!" Hani terus berlalu ke dapur.

Dengan mata yang hampir terpejam, aku mengatur langkah ke luar rumah. Kelihatan Pak Mat sedang berdiri membelakangi aku sambil membuang pandang ke arah pokok rambutan di laman rumah. Agaknya disebabkan aku baru bangun tidur dan sedang dalam keadaan mamai, aku nampak Pak Mat seperti sudah tinggi pula dari arah belakang dia ni. Sekali lagi pandang aku nampak seperti Pak Mak sudah kelihatan ‘sado’. Sejak bila Pak Mat sudah pandai pergi gim?

"Pak Mat!"

Selalunya Pak Mat akan melatah jika aku menyergahnya dari arah belakang seperti itu. Jika Pak Mat melatah, segala jenis nama spesies ikan akan disebut oleh Pak Mat.

Pak Mat terus memusingkan tubuhnya.

"Oh, mak hang!"

Masalahnya sekarang ini, aku dan dia sama-sama melatah.
Dah kenapa pulak Pak Mat ini wajahnya sudah kelihatan seiras dengan si Han Han hantu pulak?

"Uya?"

Panggilan Uya yang terbit daripada dua ulas bibir merah itu membuatkan aku sedar bahawa lelaki yang sedang berdiri di hadapanku ini bukan Pak Mat tetapi si Han Han hantu.

Aku perasan yang anak mata Luth turun pada t-shirt berlengan panjang bermotifkan kartun Captain America sebelum jatuh pada seluar tidur berjalurku dan naik semula kepada wajahku yang pastinya nampak seperti orang yang belum mandi.

Terus belon-belon pelbagai warna yang sedang dipegangnya terlepas ke udara dan tersangkut pada dahan pokok rambutan.

"Luth?"










Tuesday, 26 April 2016

Bukan Encik Sempurna Bab 1-2




Bab 1

Finding love is like finding shoes. People go after the good looking ones, but they end up choosing the one they feel comfortable with.’ ~Unknown Author~


            Umi kata, jodoh takkan datang bergolek jatuh depan mata dari langit. Bukan jugak macam mak tok kata zaman dolu-dolu yang anak dara duduk senyap ala-ala malu-malu kucing di rumah sambil menunggu rombongan meminang datang. Waktu itu, boleh pick and choose sahaja nak berkahwin dengan siapa.

            Drama sangat!

            Kak long beria-ia gelak kerana kata kak long, jangan mimpilah nak jumpa jodoh ni senang macam dalam buku cerita fairy tales yang selalu dibaca sebagai bed time stories sewaktu kanak-kanak dahulu. Bed times stories yang watak puterinya selalu ditindas dan kemudiannya pasti akan ada putera raja kacak (plot cerita cliché menurut kak long) dan seterusnya mereka akan hidup bahagia sampai bila-bila atau popular dikenali dengan ‘they live happily ever after’. Tambah kak long lagi, nak cari jodoh ala-ala putera raja itu satu hal dan nak dapatkan ‘they live happily ever after’ itu bukannya semudah ABC. Mungkin sebab itulah kak long memang tak galakkan si kecil Hawa membaca buku-buku cerita kisah dongeng ini.

            Adik kata, nak jumpa jodoh ni tak perlu fikir complicated sangat. Bila jodoh nak mai, dia akan mai. Bila jodoh nak pi, dia akan pi. Gaya bercakap macam dah kahwin. Kalau jadi pi mai pi mai tang tu, tak ke haru?

            Hana Khayla, kau ni dah kenapa pagi-pagi Isnin ni berfalsafah berkenaan jodoh pulak? Buang tabiat? Atau nak buang Monday Blues?

            Dak aih! Aku harap sat lagi bila bukak je pintu rumah untuk pi kerja, jodoh a.k.a encik sempurna aku boleh jatuh gedebuk depan mata. Mimpilah! Mimpi di pagi hari.





Bab 2

‘Falling in love is like jumping off a really tall building,
Your brain tells you it is not a good idea,
But your heart tells you, you can fly. ~Anonymous~


            “Kau terjenguk-jenguk mengintai apa tu? Mengintai Uncle Irham ke?”

            Suara Farah yang tiba-tiba menyergah dari arah belakang itu membuatkan aku yang sedang menyapu Nutella ke atas dua keping roti gandum terkejut.

            “Apa kes pulak aku nak mengintai Uncle Irham. Unless aku nak kena tonyoh dengan cili api Auntie Asma’ yang pokoknya tengah merimbun tu.” Jawabku sebelum melabuhkan duduk.

            Farah ketawa sambil tangan selamba mengambil satu keping roti yang sudah siap disapu Nutella.

            “Tak adalah, aku tengok kau asyik sungguh merenung ke luar jendela. Dah macam lirik lagu Apa Khabar pulak. Rumah kita ni kan hujung sekali dan satu-satunya jiran sebelah rumah kita ni rumah Uncle Irhamlah.”

            Aku mencebik. Baik punya alasan!

            “Eh, Uncle Irham tu quite handsome for an uncle kut!”

            Aku sudah menjegilkan mata ke arah Farah yang sedang galak ketawa.

            “Kalau kau nak cuba-try-test kepedasan cili api yang Auntie Asma’ tanam tu, dipersilakan. Aku tak nak.” Kepala otak housemate yang seorang ini memang tak boleh diikutkan sangat.

            “Aku gurau jelah. Pagi-pagi Isnin ni kita kena mulakan hari dengan senyuman. Mana boleh masam-masam muka, nanti cepat tua!”

            “Yalah tu.”

            “Eh, betul apa! Yalah, berbalik kepada persoalan aku tadi. Kau mengintai siapa dekat luar rumah tu?”

            Aku menjungkitkan kening memandang Farah yang sedang mengunyah roti.

            “Aku tengok-tengoklah kalau ada jodoh a.k.a encik sempurna aku jatuh gedebuk dekat luar rumah kita ni. Kalau ada, boleh aku pi kutip sambil menari-nari bahagia yang bulan depan bila aku balik kampung, telinga aku tak delah rasa nak tertanggai dengaq sindiran-sindiran diorang tu.” Jawabku selamba membuatkan Farah tersedak-sedak.

            “Kau terlebih baca buku fairy tales ke apa?”

            “Adalah sikit, waktu kecik dulu.”

            “Kenduri kahwin adik sepupu kau bulan depan ke?”

            “Ha’ah. Adik sepupu aku tu dok berbuih mulut pesan supaya aku jangan lupa ambil cuti, jangan lupa cari baju pengapit. Pedih hati ini tahu tak.” Aku membuat memek muka sedih memandang wajah Farah yang sedang menahan tawa itu.

            “Sudahlah Haura tu langkah bendul. Tak cukup dengan langkah bendul, dia suruh aku jadi pengapit dia pulak. Pedih hati ini.” Tambahku dan Farah terus ketawa.

            “Ceh! Habis tu, kau setuju ke?”

            “Rela dalam paksa jelah, babe. Bukannya kau tak tahu yang Haura tu suka buat drama air mata dia sendiri. Mulalah aku tak sampai hati. Kau tau apa umi aku cakap?”

            “Apa?”

            “Umi kata aku selalu sangat jadi pengapit orang sampai aku nak naik pelamin sendiri pun payah betul!”

            “Isy, mintak jauh!”

            “Tau tak apa! Lepas ni aku tak nak jadi pengapit orang dah. Jadi pengantin naik pelamin sendiri tak apa.” Aku sengih-sengih memandang Farah.

            “Ting-tonglah kepala otak kau.” Farah sudah menggelengkan kepalanya.

            “Tak apa, insya-Allah one fine day encik sempurna aku akan jatuh gedebuk depan mata jugak. Jodoh boleh datang dengan cara yang tak disangka-sangka.”

            Farah terus ketawa.

            “Kau tak payah nak gelak-gelak sangat ya. Idea gila siapa yang suruh buat senarai ciri-ciri encik sempurna masing-masing dulu? Idea kau kan?”

            Farah ketawa lagi.

            “Gelak banyak-banyak waktu pagi tak elok.”

            “Awat?”

            “Nanti cepat gila!”

            Aku terus bangun dan menuju ke singki untuk membasuh tangan.

            “Hana! Jangan sebut banyak kali. Nanti malaikat aminkan, sanggup ke kau nak tengok aku jadi gila betul-betul?”

            Aku terus ketawa.

            “Pagi ni kau pergi ofis atau pergi ofis klien?” Soal Farah yang sudah bergerak ke ruang tamu untuk mencari kasut yang sesuai untuk dipandankan dengan baju kurung ungu yang sedang dipakai.

            “Ofis. Aku ada kick-off meeting untuk interim audit yang akan mula esok. Kau?”

            “That same client’s office. Insya-Allah ni last week kitorang kat situ untuk field work. Documentation wise boleh siapkan dekat ofis je nanti.”

            “Yalah, dah sebulan kan korang kat situ?”

            “Ha’ah, hampir sebulan sampai aku dah rasa aku salah seorang staf dekat situ dan bukannya datang untuk audit.”

            Kami ketawa. Normallah kalau ‘berkampung’ di pejabat klien setiap kali datang untuk audit. Selesai sahaja satu klien, kami akan berpindah ke klien baru pula yang pejabat mereka boleh terletak di mana-mana sahaja. Memang di pejabat sendiri pun kami tidak mempunyai meja tetap. Kebanyakan meja-meja yang ada dipanggil sebagai ‘hot seat’ dengan polisi siapa yang cepat, dia akan dapat duduk di meja tersebut.

            “So kau tak drivelah hari ni?” Farah sudah selesai menyarung kasut dan bergerak ke Honda CRZ miliknya yang berwarna merah itu.

            “Tak. Aku naik lrt je, senang. Dah rindu nak naik lrt, rindu nak berebut-rebut dengan orang nak cari tempat duduk.” Aku sengih.

            “Over sangat!”

            Aku ketawa sambil turut menyarung Clarks berwarna maroon di kaki.

            “Aku nak singgah Lad’s, nak beli green tea. Kau nak aku sampaikan salam sayang dekat Tariq tak?” Aku tayang senyum nakal.

            “Kau jangan nak macam-macam ya! Aku sekeh kepala kau sat lagi. Pi beli green tea kau tu senyap-senyap. Jangan buat gosip lain pulak!”

            Aku terus ketawa. Lad’s café merupakan café milik Tariq Hadi, seorang bekas juruterbang yang mempunyai minat dengan kopi dan teh. Seperti nama café tersebut, semua pekerja Lad’s café merupakan lelaki muda. Disebabkan itu jugalah café tersebut sangat popular di kalangan wanita-wanita bekerjaya, budak-budak sekolah dan juga mak-mak datin. Eh?

            “Aku sampaikan salam je, bukan buat gosip.”

            “Yalah tu.”

            “Eh, aku nak kena gerak ni. Nanti nak beli green tea favourite aku tu kena beratur panjang macam nak tunggu ktm. Aku kena tunggu turn nak sampaikan salam dekat Tariq lagi.”

            “Hana!”


******

            Ada orang kata, jodoh boleh datang melalui pelbagai cara yang tak disangka-sangka. Bukanlah dengan cara kahwin paksa sebab cara tersebut terlalu drama (pada pendapat akulah). Jadi, aku percaya yang keberangkalian untuk bertemu dengan jodoh a.k.a encik sempurna aku ada sahaja di mana-mana. Mungkin sewaktu aku menaiki lrt, atau di kedai buku, atau di mana-mana café. Pendek kata, keberangkalian itu ada di mana-mana sahaja.

            Seperti di dalam drama, orang yang sedang duduk di sebelah aku ini mungkin salah seorang calon jodoh?

            Selesai sahaja membaca Al-Mathurat, aku menyimpan telefon pintar ke dalam handbag sebelum menoleh ke arah orang sebelah dengan rasa yang berdebar-debar. Kelihatan seorang pak cik yang kemas bersuit hitam dengan surat khabar di tangan. Ceh! Jodoh sangatlah kan! Kau ni terlalu banyak tengok drama Korea, Hana Khayla!



            Seperti selalunya, Lad’s Café sentiasa penuh dengan para pelanggan terutamanya waktu kemuncak sebegini. Masing-masing yang mahu mendapatkan kopi ataupun teh dari café ini sanggup beratur panjang.

            Alasannya mudah sahaja. Satu, kedudukan café ini sangat strategik kerana dikelilingi dengan bangunan pejabat. Dua, kerana staf-staf di café ini merupakan geng-geng ‘eye-candy’ bak kata orang putih.

            “Morning, Hana. Lama tak nampak kau?” Sapa Tariq dengan senyuman manis. Kalau dah senyum manis macam ni, tak payah minum air bergula dah. Eh, over sangat kau ni, Hana!

            “One month ‘stranded’ dekat client’s office dekat Shah Alam. Hari ni baru dapat balik ofis sendiri.” Jawabku bersahaja dan Tariq ketawa. Seorang perempuan yang nampak elegan dengan persalinan kebaya nyonya di barisan sebelahku, sudah menjeling tajam ke arahku.

            “So, the usual green tea with no sugar?” Soal Tariq sambil mencapai tumbler di bahagian tepi kaunter.

            “Yup. Amboi, ingat tu!” Usikku sambil tersengih.

            “Regular customer kan, mestilah ingat. Lagipun kau selalunya order benda yang sama. So, no big deal to remember.” Tariq kenyit mata sampaikan cik kebaya nyonya di sebelah terbatuk-batuk kecil.

            “Here you go, enjoy your drink.” Tumbler coklat gelap bertukar tangan.

            “Thank you.” Aku senyum dan mahu berlalu di situ sehinggalah beg laptop yang sedang kugalas tiba-tiba dirempuh daripada belakang menyebabkan tumbler di tangan terlepas.

            Aku sudah terjerit kecil. Terkejut!

            “Sorry!” Lelaki yang memakai baju berhoodie yang hampir menutupi muka itu pantas sahaja menyambut tumbler milikku tadi sebelum dipulangkan semula kepadaku.

            “L! Kau woke up from the wrong side of bed this morning ke? Sampai customer aku pun kau tak nampak?” Usik Tariq yang masih di kaunter.

            Lelaki yang memakai sweater berhoodie itu hanya mendiamkan diri sebelum berlalu ke arah belakang café yang merupakan kawasan dapur.

            Aku hanya menggelengkan kepala. Monday blues agaknya!
           
            

Saturday, 20 February 2016

Pre-Order Encik Kutub Utara Kini Dibuka!!!! :)

Salam dan selamat berhujung minggu. Ada yang nak order Encik Kutub Utara tak? 
Keluaran Februari 2016 Penerbitan Lovenovel. 
Berikut adalah details. 

Harga sebuah RM 25 SEMENANJUNG / RM 28 SABAH/SARAWAK
(INCLUDE POSTAGE)

HARGA JIMAT COMBO ESMC & EKU RM45 SEMENANJUNG/ RM 48 SABAH SARAWAK


Berminat? Boleh PM facebook Yumi Hyra atau whatsapp 011-14613271 ;) PA Yumi Hyra. 






Sunday, 24 January 2016

Insomnia! 9




Bab 9
"Morning Jihan, Wafa." Tegur Tuan Malique sambil tersenyum mesra memandang aku dan Wafa.
"Eh, mor..morning!" Tergagap-gagap aku membalas dan anak mataku menangkap kerutan pada dahi Wafa.
"Yang you tiba-tiba nervous dengan I pagi ni kenapa?" Tuan Malique sudah berdiri di sisi mejaku.
"Hah? Eh tak ada." Pantas aku menjawab sambil tersengih.
"Ke you ada buat salah dengan I ni?" Tuan Malique sudah berpeluk tubuh memandangku. Pandangan tajam Tuan Malique membuatkan perutku terasa kecut.
"Isy, tak baik tuduh pekerja yang berdedikasi macam saya ni buat macam tu."
Tuan Malique ketawa.
"I tahu you pekerja yang berdedikasi."
Aku senyum tawar dan Tuan Malique berlalu. Terus aku menarik nafas lega.
"Please don't make it so obvious. Nanti that fella boleh hidu plan kita." Pesan Wafa perlahan sebelum dia berlalu ke pantri.
Serius aku tak berapa nak suka dengan Wafa versi ini. Bosan betul!

******
"Please act normal. Can you at least do that?" Sepasang anak mata milik Wafa Mikhael sudah memandangku tajam.
Yalah, sejak tadi aku tidak bosan-bosan menilik wajah milik Wafa tanpa sebarang bunyi.
"I'm trying to act normal." Jawabku dan jari-jemari kembali mengetuk papan kekunci laptop sambil menunggu ketibaan Datin Murni untuk perbincangan petang ini. Macamlah luak sangat kalau aku tengok muka dia tu lama-lama.
"Nama awak memang Wafa Mikhael ke?" Soalku dan wajah Wafa yang kelihatan serius membaca proposal di tangan itu kupandang lama semula.
"Awak nak tengok IC saya ke?"
Aku mencebik. Mentang-mentanglah identiti dia aku dah tahu, dia boleh berkelakuan sesuka hati.
"Manalah saya tahu. Selalu kan dalam movie, spy akan guna nama samaran, identiti palsu."
"You watched too many movies, lady." Wafa menggelengkan kepalanya sambil menyambung bacaannya yang terhenti sebentar tadi.
Eleh, aku tanya je. Takkanlah itu pun tak boleh.
Aku pandang cermin mata berbingkai hitam yang terletak elok pada hidung kecil milik Wafa. Ni memang pakai cermin mata sebab rabun atau sebab undercover? Selamba sahaja aku menarik keluar cermin mata itu.
"Apa ni, Jihan?" Jelas riak wajah Wafa berubah terkejut sebelum bertukar menjadi merah padam.
Aku tidak terus menjawab tetapi hanya membelek-belek sepasang cermin mata itu. Ceh, tak ada power rupanya. Konon-konon nak nampak macam mamat nerd lah tu.
"Saya pelik. Nama awak tak undercover pun tapi part yang nerd siap pakai cermin mata ni buat undercover pulak?" Aku memulangkan cermin mata itu kepada tuannya. Wajah Wafa yang masih merah padam itu kupandang. Rasa nak tergelak pun ada.
"Apa gunanya awak tengok banyak movie spy tapi part menyamar macam ni pun awak tak tahu." Sindir Wafa dan kembali menyambung bacaannya.
"Tanya pun tak boleh ke?" Aku menggumam sendiri.
"Sorry?" Kertas proposal tersebut diletakkan di atas meja.
Aku pantas menggeleng sambil anak mata digamkan semula pada skrin laptop. Masalahnya, satu patah perkataan pun tak boleh nak lekat dekat dalam kepala otak aku ni. Yang penuh dalam kepala otak aku sekarang ni, semuanya persoalan berkenaan Wafa Mikhael. Dia ni dah jadi penyumbang masalah insomnia aku sejak malam tadi pulak.
"Nama awak memang Wafa Mikhael eh?" Soalku sekali lagi menyebabkan dahi Wafa berkerut.
"Saya patut tunjuk dekat awak IC saya kan?" Wafa sudah meraba poket belakang seluar yang dipakainya. Gaya dah nak menarik keluar wallet milik dia.
"Eh tak payah, tak payah." Aku pantas menggelengkan kepala.
"Cuma..." Aku membiarkan ayatku tergantung di situ.
"Apa lagi ni Cik Jihan Sofea?"
Serius aku memang lagi suka Wafa Mikhael si mamat nerd lagi suci murni tu. Wafa yang itu nampak sangat baik dan suka ketawa. Wafa yang ini pulak, aku rasa macam orang asing.
"Yalah, saya rasa pelik kalau awak guna nama betul awak. Bukan bahaya ke?" Soalku lagi.
Wafa hanya menjungkitkan keningnya.
"Lepas tu awak ni memang dah lama tinggal dekat US ke?" Soalku lagi.
"Saya bukan jenis yang open up dengan orang hal-hal berkaitan peribadi ni." Jawab Wafa.
Aku mencebik.
"Awak ada nampak someone tak? Saya dah lama cari dia, dah lam tak jumpa dia." Ujarku dam wajah Wafa kupandang lama semula.
"Tuan Zaid ke?" Soal Wafa dan aku pantas menggelengkan kepalaku.
"Awak cari siapa?" Soal Wafa lagi.
"Saya cari assistant saya. Nama dia Wafa Mikhael. Dia mamat nerd yang baik, caring dan suka ketawa. Kalau awak jumpa dia, cakap dekat dia saya dah rindu nak jumpa dia." Balasku bersahaja.
Wafa kelihatan seperti mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak ada sepatah perkataan yang keluar memandangkan Datin Murni sudah tiba dengan setiausahanya.

Monday, 14 December 2015

Insomnia! Bab 7 & 8





Bab 7

"Okey ke?" Wafa menarik kerusi di sebelahku dan melabuhkan duduknya di situ.
Dengan jujur, aku menggelengkan kepalaku. Yalah dah tak okey, buat apa nak mengaku okey.
"Kenapa? Yang pasal event Datin Myra tu ke?" teka Wafa. 
Aku menggelengkan kepala. Yalah, memanglah Datin Myra tu cerewet sikit pasal event dia bulan depan itu tetapi tidaklah sampai menyesakkan kepalaku.
"Dah tu, kenapa? Eye bag awak tu dah makin berat saya tengok. Bila-bila masa boleh jatuh ke bawah." Wafa sengih, menayang barisan gigi yang tersusun rapi.
"Awak percaya dengan hantu tak?" soalku sambil wajah tenang Wafa kurenung dan aku perasan ada kesan lebam pada pipi kanannya. 
"Hmm... hantu ke, jin ke, semua tu kan makhluk Allah jugak. Cuma, Allah halang deria penglihatan kita daripada boleh melihat makhluk-makhluk tu semua." Wafa menjawab sambil tersenyum.
"Kalau deria pendengaran?"
Wafa mengerutkan dahinya, mungkintidak faham. Haila, 'makhluk' rumah sebelah punya pasal, aku dah peningkan kepala budak ni pulak.
"Saya rasa hantu duduk rumah sebelah saya tu." Kali ini Wafa yang sedang meneguk air kopinya terus tersedak. Merah padam kulit wajahnya.
"Awak ni dah kenapa?" aku menarik keluar sehelai tisu dan menghulurkannya kepada Wafa.
"Tak adalah, mana awak tahu hantu yang duduk rumah sebelah awak tu. Awak pernah nampak ke?" soal Wafa sambil lewa. Dia kembali menghabiskan air kopi di dalam cawan.
"Saya nampak! Ada lembaga hitam," 
"Awak pasti dengan apa yang awak nampak?"
Aku senyap. Yalah, tak sempat nak check lembaga tu ada kaki atau tidak.
"See, awak pun tak pasti dengan apa yang awak nampak."
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan wajah Wafa yang tampak bersahaja itu kupandang. Susah nak cakap dengan lelaki pasal benda-benda macam ni. Mesti dorang takkan percaya.
"Pipi awak tu kenapa?" aku mengalihkan pandangan ke arah pipinya yang jelas kelihatan kesan lebam.
"Entah siapa kiss sampai lebam," jawabnya selamba dan bergerak ke pantry. Eee... sabar je lah dengan dia ni!

*****
Dramatik sungguh kisah Jihan Sofia hari ini. Sudahlah kereta rosak, habis kerja pulak sudah lewat malam. Nasib baik berjaya dapatkan teksi tetapi disebabkan duit tidak mencukupi, teksi tak boleh hantar sehingga ke muka pintu. Jadi, kenalah berjalan kaki pulang ke rumah. Dalam kepala tidak habis-habis dipenuhi bayangan 'lembaga' hitam sebelah rumah dan langkah kaki teru diayun laju. Kalau boleh terbang, dah lama terbang!
Jantung di dalam ini, sudah berdegup kencang, berdebar-debar lain macam. Agak-agaknya, ada benda tak berapa elok akan berlaku ke? Aku kembali mempercepatkan langkah kaki sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat Kursi kerana sebaik-baik pelindung ialah Allah.
Pap! pap! pap!
Bunyi tapak kaki siapa pulak ni kerana hanya ada aku seorang di jalan sunyi ini. Dek kerana pengaruh cerita 'Jangan Pandang Belakang', aku tidak berani menoleh dan terus mempercepatkan langkah. Semakin langkah kaki diayun laju, semakin kuat bunyi tersebut di belakangku. Air mata dah nak menitik. Selamatkanlah aku, Ya Allah!
Sampai sahaja di satu selekoh, aku terasa lenganku ditarik kuat dan mulutku ditekup. Apa pulak ni? Sebaik sahaja aku memusingkan badan, sangat jelas di penglihatanku yang satu lembaga hitam sedang berdiri di hadapanku.
Dan, Jihan Sofia pengsan sekali lagi!


Aku membuka mata perlahan-lahan sambil tangan memegang kepala yang terasa berat. Anak mata meliar ke sekeliling rumah yang nampak seperti sudah lama ditinggalkan. Beberapa jenis perabot sudah nampak terlalu usang dengan debu dan habuk melata. Terus aku duduk dan memandang ke arah tingkap yang langsir lusuhnya beralun perlahan, menampakkan rumah sewaku di sebelah.
Kalau itu rumah sewa aku dan Hana, ini rumah siapa?
Spontan aku menutup mulutku sendiri. Ini rumah 'lembaga' itu! Barulah ingatanku kembali semula, mengingati apa yang baru berlaku. Aku kena culik ke? Atau kena sorok dengan 'encik han'? Aku telek tangan dan kaki yang bebas tanpa sebarang ikatan tali. Mulutku juga tidak diplaster dengan apa-apa.
"Awake?" Suara seorang lelaki mengejutkan aku dan aku terus berpaling. Biji mataku terasa mahu terkeluar daripada soketnya apabila memandang susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapanku dengan pakaian serba hitam dan juga topi hitam.
"Wafa?"

 Bab 8
"Awak?" Jari telunjukku sudah naik tinggi menunding wajah Wafa Mikhael yang tersembunyi di sebalik topi hitam yang dipakai. Tubuhku sudah terasa menggigil, takut punya pasal.
"Hai, Jihan Sofea." 
Aku menelan liur. Suara serius scary! Betul ke ini Wafa Mikhael yang aku kenal? Budak nerd yang sangat baik dan nampak suci murni tu? 
Aku pantas menyeluk poket seluar, mencari telefon bimbit. Alamak, bateri telefon kan dah kong! Anak mata pantas memandang rumah sewaku yang di sebelah. Hana dah balik ke? Kalau aku jerit, Hana dengar tak? Ataupun aku dah tak ada peluang nak tengok matahari esok?
Apabila Wafa datang menghampiri, spontan aku terus membaling beg tangan yang terletak di hujung kaki.
"Sakitlah, Jihan! Awak ni dah kenapa? Tak cukup-cukup hari tu awak tumbuk pipi saya guna raket tenis?" Wafa memegang kepalanya yang mungkin terasa seperti bintang menari-nari di hadapan mata.
"So awaklah lembaga hitam tu!" 
"Kenapa bising-bising ni?" Satu lagi suara kedengaran.
"Tuan Zaid?" Aku terjerit, terkejut punya pasal.
"Hai Jihan!" Tuan Zaid mengangkat tangannya.
Dua-dua orang cakap hai membuatkan aku rasa macam nak kena 'bye-bye'. Aku melongo sambil memejam celikkan kedua-dua biji mata berulang kali. Apa semua ni?
Kemungkinan satu: Aku tengah mimpi, jadi bila bangun nanti semua benda ni sebenarnya mainan tidur. Bila pergi kerja nanti lambat dan telinga kena tadah amarah Tuan Zaid macam biasa.
Kemungkinan dua: Aku sebenarnya kena culik di bawah sindiket yang aku tak tahu. Tuan Zaid kaya sebab dia ada group kongsi gelap. Tak hairanlah dia rapat dengan Wafa sebab Wafa tu right hand man dia.
Kemungkinan tiga: Aku sebenarnya dah naik gila sebab masalah insomnia yang melampau.
"Jihan!" Suara Wafa yang jelas kedengaran itu mengejutkan aku.
"Awak siapa? Apa awak buat dekat saya? Macam mana saya boleh ada dekat sini? Kenapa Tuan Zaid ada dekat sini jugak? Saya kena kidnap ke apa?" Umpama peluru, bertalu-talu soalan keluar dari mulutku.
"Jihan, chill. Tenang dulu dan dengar apa yang kitorang nak cakap ni." Tuan Zaid bersuara perlahan.
Aku sudah terasa seperti mahu menangis. Buatnya sekejap lagi Wafa cakap, 'bagitahu kitorang permintaan terakhir kau' memang aku meraung sekuat hati.
"Saya crime private investigator dari satu spy company dekat US." Tenang Wafa bertutur sambil duduk di sofa bersebelahan dengan tempat dudukku.
"Awak siapa?" Aku menyoal kembali. Aku tak salah dengar kan?
"Saya crime private investigator dari satu spy company di US. Saya dihantar ke sini untuk satu misi yang menjadi kerjasama antara polis Malaysia dan company kami."
Aku terus gelak membuatkan Wafa dan Tuan Zaid saling berpandangan sesama sendiri.
"Saya ingatkan awak ni nerd, rupa-rupanya awak ni memang pandai buat lawak jugak. Dahlah, Wafa. Saya nak balik rumah saya, dah pukul berapa ni. Nanti kalau esok saya terbangun lambat, saya akan datang kerja lambat. Kalau saya datang kerja lambat, Tuan Zaid akan membebel." Aku sudah bangun daripada dudukku.
"Jihan, duduk." Suara Tuan Zaid yang kedengaran sangat serius itu amat menakutkan aku. Tidak jadi untuk melangkah ke pintu utama, aku kembali melabuhkan duduk.
"Misi apa?" Soalku sambil memandang wajah Wafa dan Tuan Zaid.
"Misi nak menangkap Tuan Malique." Jawab Wafa. Tuan Zaid yang duduk berhadapan sudah menganggukkan kepalanya.
"Hah? Nak tangkap Tuan Malique buat apa?" Soalku pelik. Aku yang gila atau dua orang lelaki di hadapanku ini yang gila?
"Tuan Malique merupakan tycoon business human trafficking."
Jawapan Wafa itu sangat mengejutkan aku dan aku terus berdiri.
"Gila! Apa buktinya? Saya tak percaya. Tuan Malique tu punyalah baik, berhati mulia." Tuan Zaid terus ketawa kuat mendengarkan komenku sebegitu.
"Kalau tadi ada orang dia ikut awak sebab nak culik awak, seludup awak malam ni untuk dihantar ke Thailand for sexual slavery, awak akan cakap dia berhati mulia ke?" Sindir Tuan Zaid sambil berpeluk tubuh.
Aku terus senyap. Memanglah tadi ada orang yang mengekorku dari belakang tetapi tak mungkinlah?
"Tuan Malique buat semua ni undercover. Tunang Tuan Zaid pernah diculik satu ketika dahulu dan belum sempat dihantar untuk tujuan pemerdagangan orang, dia berjaya menyelamatkan diri. Cuma Allah lebih sayangkan dia, dia meninggal dunia kerana dilanggar kenderaan sewaktu melarikan diri." Terang Wafa.
"Tapi apa buktinya yang Tuan Malique terlibat dalam hal ni?" Aku pandang wajah Wafa.
"Pihak kami pernah menyamar sebagai customer untuk tujuan pembukaan kelab malam di Indonesia dan sememangnya Tuan Malique and the gang boleh mendapatkan gadis-gadis dengan harga yang murah. " Balas Wafa sambil menunjukkan beberapa keping surat dan gambar kepadaku.
"Kes ni dah quite some time dan masih belum dapat diselesaikan sebab Tuan Malique sangat licik. Sebab pada pandangan mata orang ramai, dia merupakan seorang lelaki yang budiman. Macam mana yang awak cakap tadi." Sampuk Tuan Zaid pula.
"Tapi bila arwah tunang saya nyaris menjadi mangsa, saya dah tak boleh berdiam diri. Sebab itu saya minta tolong Wafa dari US untuk datang ke sini. Ini memang kepakaran dia dan saya mahu hal ini diselesaikan secepat mungkin. Saya tak nak lebih ramai gadis-gadis di luar sana menjadi mangsa mereka ini. Awak tahukan yang awak pun nyaris-nyaris menjadi mangsa sebentar tadi?" Tambah Tuan Zaid lagi.
"Tapi kenapa saya? Apa salah saya dengan dia? Kenapa dia buat macam tu jugak dekat arwah tunang tuan? Bukan tuan dengan dia sepupu ke?"  
"Memanglah kami sepupu tapi sedari kecil, kami tak sebulu. Saya dengan dia, perangai kami berbeza."
"Tu memang saya sokong." Aku sengih dan sengihanku mati apabila Tuan Zaid menjeling tajam.
"Arwah nenek pula suka membandingkan saya dengan dia sehinggakan dia menyimpan dendam dengan saya. Dendam dia makin menjadi-jadi bila Lucrative Holdings diserahkan kepada saya sebelum arwah nenek meninggal. Jadi, mana-mana perempuan yang rapat dengan saya, dia akan cuba hapuskan."
"Hah? Okey, saya faham kenapa dia buat macam tu dekat tunang tuan. Tapi saya? Saya bukannya rapat dengan tuan pun."
"Malique ingat saya suka awak."
Aku terus ketawa sehingga kedua-dua belah mataku berair.
"Pandainya dia buat lawak."
Aku pandang wajah Tuan Zaid dan Wafa yang masing-masing kelihatan berubah. Okey, tak lawak.
"Tapi, takkanlah polis tak dapat tangkap dia lagi?"
"Tak dapat sebab semua kerja-kerja ni dilakukan oleh orang lain. Malique cuma duduk goyang kaki, cuci tangan dan terima semua keuntungan. Kita tak ada bukti yang kukuh untuk polis tangkap dia." Terang Wafa.
"Orang dia tu, takkanlah dah kena tangkap dengan polis pun tak nak bagitahu jugak siapa dalang yang sebenarnya?"
"Dorang sangat taat dan takut dengan Tuan Malique sebab Tuan Malique anytime boleh buat apa-apa dekat keluarga mereka."
"Pulak dah! Time buat jahat tak nak pulak fikir pasal family." Komenku tidak berpuas hati.
"Sebab tu saya panggil Wafa ke sini, menyamar untuk bekerja di Lucrative dan cuba cari bahan bukti supaya pihak polis boleh tangkap Malique secepat yang mungkin." Tambah Tuan Zaid.
"Macam mana awak boleh tahu saya kena ikut dengan orang Tuan Malique?" Soalku kepada Wafa.
"Saya dah a few times perhatikan awak outside of work. Sebab tu jugak saya menyewa dekat sebelah ni tapi saya cuba buat semua ni undercover so that awak tak tahu siapa saya. Saya dan Tuan Zaid, kami tak nak awak freak out.  First night yang saya pindah masuk sini, saya nampak awak berdiri dekat tepi tingkap bilik awak sebelum awak jatuh pengsan. Sorry buat awak pengsan banyak kali." Tutur Wafa perlahan.
Aku duduk menekur lantai dengan kepala yang terasa berpusing. 
p/s: Have fun reading. Konon-konon nak buat romantic-comedy-mystery tapi tak tahulah jadi ke tidak. Sorry kalau ada typo dan tatabahasa tunggang terbalik.