Bab
1
‘Finding love is like finding shoes. People
go after the good looking ones, but they end up choosing the one they feel
comfortable with.’ ~Unknown Author~
Umi kata, jodoh takkan datang
bergolek jatuh depan mata dari langit. Bukan jugak macam mak tok kata zaman dolu-dolu yang anak dara duduk senyap
ala-ala malu-malu kucing di rumah sambil menunggu rombongan meminang datang.
Waktu itu, boleh pick and choose
sahaja nak berkahwin dengan siapa.
Drama sangat!
Kak long beria-ia gelak kerana kata
kak long, jangan mimpilah nak jumpa jodoh ni senang macam dalam buku cerita fairy tales yang selalu dibaca sebagai bed time stories sewaktu kanak-kanak
dahulu. Bed times stories yang watak
puterinya selalu ditindas dan kemudiannya pasti akan ada putera raja kacak
(plot cerita cliché menurut kak long)
dan seterusnya mereka akan hidup bahagia sampai bila-bila atau popular dikenali
dengan ‘they live happily ever after’.
Tambah kak long lagi, nak cari jodoh ala-ala putera raja itu satu hal dan nak
dapatkan ‘they live happily ever after’
itu bukannya semudah ABC. Mungkin sebab itulah kak long memang tak galakkan si
kecil Hawa membaca buku-buku cerita kisah dongeng ini.
Adik kata, nak jumpa jodoh ni tak
perlu fikir complicated sangat. Bila
jodoh nak mai, dia akan mai. Bila jodoh nak pi, dia akan pi. Gaya bercakap
macam dah kahwin. Kalau jadi pi mai pi mai tang tu, tak ke haru?
Hana Khayla, kau ni dah kenapa
pagi-pagi Isnin ni berfalsafah berkenaan jodoh pulak? Buang tabiat? Atau nak
buang Monday Blues?
Dak
aih! Aku harap sat lagi bila bukak je pintu rumah untuk pi kerja, jodoh a.k.a encik sempurna aku boleh jatuh gedebuk depan mata. Mimpilah!
Mimpi di pagi hari.
Bab
2
‘Falling in love is like jumping off
a really tall building,
Your brain tells you it is not a good
idea,
But your heart tells you, you can
fly. ~Anonymous~
“Kau terjenguk-jenguk mengintai apa
tu? Mengintai Uncle Irham ke?”
Suara Farah yang tiba-tiba
menyergah dari arah belakang itu membuatkan aku yang sedang menyapu Nutella ke
atas dua keping roti gandum terkejut.
“Apa kes pulak aku nak mengintai Uncle Irham. Unless aku nak kena tonyoh dengan cili api Auntie Asma’ yang pokoknya
tengah merimbun tu.” Jawabku sebelum melabuhkan duduk.
Farah ketawa sambil tangan selamba
mengambil satu keping roti yang sudah siap disapu Nutella.
“Tak adalah, aku tengok kau asyik
sungguh merenung ke luar jendela. Dah macam lirik lagu Apa Khabar pulak. Rumah
kita ni kan hujung sekali dan satu-satunya jiran sebelah rumah kita ni rumah Uncle Irhamlah.”
Aku mencebik. Baik punya alasan!
“Eh, Uncle Irham tu quite handsome
for an uncle kut!”
Aku sudah menjegilkan mata ke arah
Farah yang sedang galak ketawa.
“Kalau kau nak cuba-try-test kepedasan cili api yang Auntie Asma’ tanam tu, dipersilakan. Aku
tak nak.” Kepala otak housemate yang
seorang ini memang tak boleh diikutkan sangat.
“Aku gurau jelah. Pagi-pagi Isnin ni
kita kena mulakan hari dengan senyuman. Mana boleh masam-masam muka, nanti
cepat tua!”
“Yalah tu.”
“Eh, betul apa! Yalah, berbalik
kepada persoalan aku tadi. Kau mengintai siapa dekat luar rumah tu?”
Aku menjungkitkan kening memandang
Farah yang sedang mengunyah roti.
“Aku tengok-tengoklah kalau ada
jodoh a.k.a encik sempurna aku jatuh
gedebuk dekat luar rumah kita ni. Kalau ada, boleh aku pi kutip sambil
menari-nari bahagia yang bulan depan bila aku balik kampung, telinga aku tak
delah rasa nak tertanggai dengaq sindiran-sindiran diorang tu.” Jawabku selamba membuatkan
Farah tersedak-sedak.
“Kau terlebih baca buku fairy tales ke apa?”
“Adalah sikit, waktu kecik dulu.”
“Kenduri kahwin adik sepupu kau
bulan depan ke?”
“Ha’ah.
Adik sepupu aku tu dok berbuih mulut
pesan supaya aku jangan lupa ambil cuti, jangan lupa cari baju pengapit. Pedih
hati ini tahu tak.” Aku membuat memek muka sedih memandang wajah Farah yang
sedang menahan tawa itu.
“Sudahlah Haura tu langkah bendul.
Tak cukup dengan langkah bendul, dia suruh aku jadi pengapit dia pulak. Pedih
hati ini.” Tambahku dan Farah terus ketawa.
“Ceh!
Habis tu, kau setuju ke?”
“Rela dalam paksa jelah, babe. Bukannya kau tak tahu yang Haura tu
suka buat drama air mata dia sendiri. Mulalah aku tak sampai hati. Kau tau apa
umi aku cakap?”
“Apa?”
“Umi kata aku selalu sangat jadi
pengapit orang sampai aku nak naik pelamin sendiri pun payah betul!”
“Isy, mintak jauh!”
“Tau tak apa! Lepas ni aku tak nak
jadi pengapit orang dah. Jadi pengantin naik pelamin sendiri tak apa.” Aku
sengih-sengih memandang Farah.
“Ting-tonglah
kepala otak kau.” Farah sudah menggelengkan kepalanya.
“Tak apa, insya-Allah one fine day encik sempurna aku akan
jatuh gedebuk depan mata jugak. Jodoh boleh datang dengan cara yang tak
disangka-sangka.”
Farah terus ketawa.
“Kau tak payah nak gelak-gelak
sangat ya. Idea gila siapa yang suruh buat senarai ciri-ciri encik sempurna
masing-masing dulu? Idea kau kan?”
Farah ketawa lagi.
“Gelak banyak-banyak waktu pagi tak
elok.”
“Awat?”
“Nanti cepat gila!”
Aku terus bangun dan menuju ke
singki untuk membasuh tangan.
“Hana! Jangan sebut banyak kali.
Nanti malaikat aminkan, sanggup ke kau nak tengok aku jadi gila betul-betul?”
Aku terus ketawa.
“Pagi ni kau pergi ofis atau pergi
ofis klien?” Soal Farah yang sudah bergerak ke ruang tamu untuk mencari kasut
yang sesuai untuk dipandankan dengan baju kurung ungu yang sedang dipakai.
“Ofis. Aku ada kick-off meeting untuk interim
audit yang akan mula esok. Kau?”
“That
same client’s office. Insya-Allah ni last
week kitorang kat situ untuk field
work. Documentation wise boleh
siapkan dekat ofis je nanti.”
“Yalah, dah sebulan kan korang kat
situ?”
“Ha’ah,
hampir sebulan sampai aku dah rasa aku salah seorang staf dekat situ dan
bukannya datang untuk audit.”
Kami ketawa. Normallah kalau
‘berkampung’ di pejabat klien setiap kali datang untuk audit. Selesai sahaja
satu klien, kami akan berpindah ke klien baru pula yang pejabat mereka boleh
terletak di mana-mana sahaja. Memang di pejabat sendiri pun kami tidak mempunyai
meja tetap. Kebanyakan meja-meja yang ada dipanggil sebagai ‘hot seat’ dengan polisi siapa yang cepat,
dia akan dapat duduk di meja tersebut.
“So
kau tak drivelah hari ni?” Farah sudah selesai menyarung kasut dan bergerak ke Honda CRZ miliknya yang berwarna
merah itu.
“Tak. Aku naik lrt je, senang. Dah
rindu nak naik lrt, rindu nak berebut-rebut dengan orang nak cari tempat
duduk.” Aku sengih.
“Over
sangat!”
Aku ketawa sambil turut menyarung
Clarks berwarna maroon di kaki.
“Aku nak singgah Lad’s, nak beli green tea. Kau nak aku sampaikan salam
sayang dekat Tariq tak?” Aku tayang senyum nakal.
“Kau jangan nak macam-macam ya! Aku
sekeh kepala kau sat lagi. Pi beli green
tea kau tu senyap-senyap. Jangan buat gosip lain pulak!”
Aku terus ketawa. Lad’s café merupakan
café milik Tariq Hadi, seorang bekas juruterbang yang mempunyai minat dengan
kopi dan teh. Seperti nama café tersebut, semua pekerja Lad’s café merupakan
lelaki muda. Disebabkan itu jugalah café tersebut sangat popular di kalangan wanita-wanita
bekerjaya, budak-budak sekolah dan juga mak-mak datin. Eh?
“Aku sampaikan salam je, bukan buat
gosip.”
“Yalah tu.”
“Eh, aku nak kena gerak ni. Nanti
nak beli green tea favourite aku tu
kena beratur panjang macam nak tunggu ktm. Aku kena tunggu turn nak sampaikan salam dekat Tariq lagi.”
“Hana!”
******
Ada orang kata, jodoh boleh datang
melalui pelbagai cara yang tak disangka-sangka. Bukanlah dengan cara kahwin
paksa sebab cara tersebut terlalu drama (pada pendapat akulah). Jadi, aku percaya
yang keberangkalian untuk bertemu dengan jodoh a.k.a encik sempurna aku ada sahaja di mana-mana. Mungkin sewaktu
aku menaiki lrt, atau di kedai buku, atau di mana-mana café. Pendek kata,
keberangkalian itu ada di mana-mana sahaja.
Seperti di dalam drama, orang yang sedang
duduk di sebelah aku ini mungkin salah seorang calon jodoh?
Selesai sahaja membaca Al-Mathurat,
aku menyimpan telefon pintar ke dalam handbag
sebelum menoleh ke arah orang sebelah dengan rasa yang berdebar-debar.
Kelihatan seorang pak cik yang kemas bersuit hitam dengan surat khabar di
tangan. Ceh! Jodoh sangatlah kan! Kau
ni terlalu banyak tengok drama Korea, Hana Khayla!
Seperti selalunya, Lad’s Café
sentiasa penuh dengan para pelanggan terutamanya waktu kemuncak sebegini. Masing-masing
yang mahu mendapatkan kopi ataupun teh dari café ini sanggup beratur panjang.
Alasannya mudah sahaja. Satu,
kedudukan café ini sangat strategik kerana dikelilingi dengan bangunan pejabat.
Dua, kerana staf-staf di café ini merupakan geng-geng ‘eye-candy’ bak kata orang putih.
“Morning,
Hana. Lama tak nampak kau?” Sapa Tariq dengan senyuman manis. Kalau dah senyum
manis macam ni, tak payah minum air bergula dah. Eh, over sangat kau ni, Hana!
“One
month ‘stranded’ dekat client’s
office dekat Shah Alam. Hari ni baru dapat balik ofis sendiri.” Jawabku
bersahaja dan Tariq ketawa. Seorang perempuan yang nampak elegan dengan
persalinan kebaya nyonya di barisan sebelahku, sudah menjeling tajam ke arahku.
“So,
the usual green tea with no sugar?” Soal Tariq sambil mencapai tumbler di bahagian tepi kaunter.
“Yup.
Amboi, ingat tu!” Usikku sambil tersengih.
“Regular
customer kan, mestilah ingat. Lagipun kau selalunya order benda yang sama. So, no
big deal to remember.” Tariq kenyit mata sampaikan cik kebaya nyonya di
sebelah terbatuk-batuk kecil.
“Here
you go, enjoy your drink.” Tumbler
coklat gelap bertukar tangan.
“Thank
you.” Aku senyum dan mahu berlalu di situ sehinggalah beg laptop yang
sedang kugalas tiba-tiba dirempuh daripada belakang menyebabkan tumbler di tangan terlepas.
Aku sudah terjerit kecil. Terkejut!
“Sorry!”
Lelaki yang memakai baju berhoodie
yang hampir menutupi muka itu pantas sahaja menyambut tumbler milikku tadi sebelum dipulangkan semula kepadaku.
“L! Kau woke up from the wrong side of bed this morning ke? Sampai customer aku pun kau tak nampak?” Usik
Tariq yang masih di kaunter.
Lelaki yang memakai sweater berhoodie itu hanya mendiamkan
diri sebelum berlalu ke arah belakang café yang merupakan kawasan dapur.
Aku hanya menggelengkan kepala.
Monday blues agaknya!
cite baru ya. menarik...
ReplyDeletenice one sis..
ReplyDeleteBestnyaaa hehe
ReplyDelete