Tuesday 17 November 2015

Insomnia! Bab 6




AKU MENCELIKKAN mata sambil tangan memegang belakang kepala yang sakit. Sebaik sahaja teringatkan apa yang berlaku tengah malam tadi, aku terus duduk tegak sambil anak mata meliar ke sekeliling.
"Jihan, kau ni betul-betul buat aku risau tahu." Hana duduk di sebelahku.
"Macam mana aku boleh ada dekat sini? Mana lembaga tu? Apa yang dah jadi ni?" anak mataku sudah melilau ke kiri dan ke kanan.
"Aku yang sepatutnya tanya apa yang dah jadi dengan kau." Hana melepaskan keluhan berat. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang risau.
"Lembaga tu mana?" aku berdiri sambil terus ke tingkap. Suasana di luar rumah masih gelap dan sunyi.
"Lembaga mana pulak ni? Kau jangan buat aku takut, Jihan!" takut-takut Hana bersuara.
"Macam mana aku boleh terbaring dekat ruang tamu ni?" aku soal Hana.
"Sejak bila masalah insomnia kau bertukar jadi tidur berjalan ni?" soalanku dibalas dengan soalan juga.
Aku mengerut dahi.
"Siapa yang tidur berjalan?" soalku pelik.
"Kaulah! Takkan aku pulak?" balas Hana, geram.
Aku senyap, masih tidak berpuas hati. Mana lembaga hitam tu pergi? Hantu ke manusia?
"Aku tengah tidur tadi terkejut bila dengar bunyi loceng rumah kita. Yalah, gila ke apa ada orang tekan loceng pukul 2 pagi? Bila aku bukak pintu, aku tengok kau dah tidur bersandar pada pintu rumah. Sejak bila kau tidur berjalan ni, Jihan?" jawab Hana panjang lebar.
"Kau dengar orang tekan loceng rumah?" soalku dan Hana mengangguk.
"Bila kau bukak pintu, kau tak nampak orang lain melainkan aku yang tengah tidur bersandar pada pintu rumah?"
Hana angguk lagi.
"Sejak kau kenal aku dah nak masuk enam tahun ni, pernah ke aku tidur berjalan? Tak pernah kan?"
Hana terus terdiam.
"See, inilah misteri nusantara yang perlu kita selesaikan. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri,"
"Tengah-tengah malam macam ni, boleh pulak kau buat lawak tak laku kau tu." Hana mencebik.
Aku terus ketawa.
"Kau nak tahu apa yang sebenarnya terjadi pukul 12 tengah malam tadi?" aku pandang wajah Hana yang kelihatan bingung. Serentak, Hana menjungkitkan keningnya dan aku mula bercerita apa sebenarnya terjadi.
"Kau biar betul!" Hana sudah menepuk-nepuk bahuku sambil matanya sudah membulat.
"Betullah! Kau ingat berfaedah ke aku nak buat cerita pasal benda-benda macam ni? Tak ada faedahnya! Baik aku selesaikan masalah aku yang tak boleh nak tidur ni lagi bagus!" jawabku dengan serius.
"Habis tu, lembaga yang kau jumpa tadi dengan lembaga yang dulu tu, sama ke?" soal Hana
"Manalah aku tahu. Lembaga tu manusia atau sebaliknya pun aku tak pasti. Aku tak sempat check ada kaki ke tak atau muka dia macam mana, aku dah pengsan dulu," aku menyandarkan tubuh pada sofa. Rasa macam nak demam pulak.
"Dah tu macam mana sekarang ni? Aku takutlah, Jihan!" Hana pandang aku dengan wajah pucatnya. Minah ni! Aku yang dah dua kali terserempak dengan lembaga tu, dia pulak yang over.
"Kita kena siasat lembaga tu apa atau siapa sebenarnya," balasku.
"Kita pindah rumahlah, Jihan."
"Kenapa pulak nak pindah rumah? Kau jugak yang cakap sewa rumah ni murah bersebab. Haa...ni lah sebabnya!"
"Kita tengah risau, dia boleh main-main. Patutlah lembaga tu syok kacau kau!"
"Eh, kau ni! Esok lembaga tu cari kau baru kau tahu."
Hana terus senyap. Tahu pun takut!
"Dah tu macam mana ni?" Hana pandang aku semula.

"Asyik dia je yang cari aku, siap buat aku pengsan dua kali lagi. Lepas ni biar kita pulak cari dia," jawabku dengan yakin.

Insomnia! Bab 5

"Awak grad dari mana, Wafa?" aku perhatikan Wafa yang nampak keliru dengan rajah aliran pertukaran lrt dan ktm. Berkerut-kerut keningnya cuba memahamkan satu persatu aliran lrt.

"University of Massachusetts," jawab Wafa sambil anak mata masih pada rajah tersebut.
"US?" soalku.
Wafa angguk.
"Kenapa kita tak drive aje pergi hotel tu?" Wafa mengeluh.
"Jalan jem. Welcome to Kuala Lumpur," aku sengih sambil mengangkat kening.
"Awak bukan orang KL eh? Tak pernah naik lrt or ktm?" soalku lagi memandangakan sejak kami sampai di KL Sentral ini, Wafa kelihatan terpinga-pinga.
"Bukan,"
"Oh, patutlah! Awak orang mana?"
Wafa senyap sebentar.
"Saya dah faham how this whole things work. Jom kita pergi beli tiket," soalanku sebentar tadi dibiarkan tidak berjawab dan dia terus bergerak ke kaunter tiket.
"Eh, awak nak pergi mana?"
"Beli tiket,"
"Tak boleh beli kat situ. Situ untuk warga emas dengan OKU. Kena beli token guna mesin tu,"
"Oh..."

Aku dan Wafa menunggu komuter untuk ke Rawang. Wafa kelihatan teruja memerhatikan keadaan sekeliling kami. Kelakar!
Malam tadi aku tidak boleh tidur lagi dan otakku seolah-olah sudah berkembang, merangkan peta minda. Aku mengagak yang Wafa ini mungkin 'spy' yang diupah oleh Tuan Zaid untuk memerhatikan para pekerja Lucrative Holdings. Yalah, mungkin mereka berdua ini mungkin bersaudara juga. Mungkin tidak? Argh, kenapa banyak sangat kemungkinan dalam kepala otak aku ni?
"Wafa," panggilku perlahan.
"Yup?"
"Awak rasa Tuan Zaid tu handsome tak?" soalku, cuba membaca reaksi wajah Wafa.
Kalau mamat ni bukan gay partner Tuan Zaid, dia akan jawab yang lelaki takkan mengaku dengan selambanya yang lelaki lain lagi handsome daripada dia. Okey, yang ini mengikut teori Cik Hana a.k.a housemate terchenta.
"Not bad, quite good-looking, very charismatic," jawab Wafa bersahaja.
Aku sudah menekup mulutku. Biaq betuiiiii!!!

***

Jam di dinding sudah berdenting dua belas kali menandakan pukul 12 tengah malam. Semestinya, mataku masih lagi terbuka luas sambil merenung siling bilik tidurku. Petang tadi selepas pulang dari berjumpa dengan klien, Wafa meletakkan satu kotak teh Chamomile. Kata dia, teh tersebut dapat membantu untuk memudahkan aku tidur.
Entah-entah dia buat macam tu sebab aku dah tahu pasal dia dengan Tuan Zaid? Jadi dia nak aku tutup mulut aku?


Tiba-tiba terdengar bunyi perabot diheret yang datangnya dari rumah sebelah yang kosong tidak berpenghuni itu. Aku terus duduk tegak. Alamak, apa benda lagi ni?
Perlahan-lahan aku bergerak merapati tingkap dan menyelak sedikit langsir. Jangan aku pengsan lagi sudahlah.
Pelik! Rumah tersebut gelap gelita tetapi telingaku dapat menangkap bunyi heretan yang kuat. Agaknya aku ni memang kena jumpa doktor pakar ke? Aku mengusutkan rambut sendiri. Tak boleh jadi. Nak sangat kacau aku, kita tengok siapa kacau siapa.
Aku sarung sweater dan juga tudung sebelum turun ke tingkat bawah. Raket tenis dari dalam stor sempat di bawa bersama sebelum aku ke rumah sebelah yang kosong itu. Gaya berani sangat mengalahkan orang nak pergi berperang.
Aku berdiri di hadapan pintu kayu rumah kosong ini. Bak kata Hana, rumah ini sememangnya kelihatan seperti sudah terlalu lama ditinggalkan. Takkan aku nak ketuk pulak kan? Sesekali mataku melingas ke kiri dan ke kanan. Takut juga kalau 'encik han' betul-betul muncul dari belakang. Sah aku pengsan sekali lagi.
Keadaan sunyi sepi dan bunyi heretan itu sudah tidak didengari. Main-mainkan aku pulak! Aku sudah mahu berpatah semula masuk ke dalam rumah sebelum satu lembaga berdiri betul-betul di belakang aku sebaik sahaja aku memusingkan badan.

Dan, aku pengsan sekali lagi!

Insomnia! Bab 4




AKU mengatur langkah perlahan-lahan mengikut jejak langkah Tuan Zaid dan Wafa yang sudah bergerak masuk ke dalam lobi hotel mewah itu. Perlakuan mereka yang nampak luar biasa mesra itu membuatkan aku tertanya-tanya.

Confirm, something smells fishy!
Sambil mengintai Tuan Zaid dan Wafa yang sudah melangkah masuk ke dalam lif, aku berdiri bersembunyi di sebalik sebatang tiang. Akalku sudah merangka pelbagai jenis kemungkinan. Seperti peta minda, idea tersebut berkembang;
Point 1: Sangat pelik untuk dua orang lelaki (kalau tak silap aku, Tuan Zaid itu berumur awal 30-an dan Wafa muda sedikit daripada dia) datang ke hotel mewah bersama-sama.
Point 2: Mereka datang ke hotel pada waktu malam.
Point 3: Mereka bukan datang untuk makan malam atau meeting tetapi terus mengambil lif yang pastinya akan menuju ke mana-mana bilik hotel.
Point 4: Dekat pejabat mereka berdua tidak nampak seperti mempunyai hubungan yang rapat.
Konklusi daripada points di atas: Mereka berdua mungkin gay!

Aku terus menekup mulutku sendiri sambil beristighfar di dalam hati. Tak mungkinlah! Wafa tu nampak sangat suci murni. Tuan Zaid pun, takkanlah berperangai songsang sebegitu. Aku menampar perlahan pipi sendiri. Gila kau ni, Jihan!
"Jihan Sofia?" satu suara yang memanggil namaku dari arah belakangku membuatkan jantungku berhenti berdegup sebentar. Mati! Dorang dah perasan aku mengintip ke?
Takut-takut, aku memusingkan badanku.
"Tuan Malique," aku menarik nafas lega. Nasib baik! Buat aku cuak terlebih je.
"Muka you pucat macam nampak hantu. Kenapa?" soal Tuan Malique sambil menelek lama wajahku.
"Eh, tak adalah," aku cepat-cepat sengih.
"You buat apa kat sini? Dah malam ni," soal Tuan Malique sambil sempat menelek jam tangannya.
"Err...saya," aku sudah tergagap-gagap. Nak 'goreng' apa ni? Takkan aku nak berterus-terang yang aku baru lepas mengintip sepupu dia dengan assistant aku? Buatnya kalau aku bagitahu benda yang tak betul, tak pasal-pasal dapat dosa memfitnah pula.
"Hah, ni mesti baru lepas dinner dengan boyfriend you kat sini kan?" ujar Tuan Malique sambil tersenyum mengusik.
"Oh, ya, ha'ah," ikutkan ajelah, Jihan.
"Don't worry, your secret is safe with me," sempat lagi lelaki ini mengenyitkan matanya.
"Tuan Malique buat apa kat sini? Jumpa girlfriend?" giliranku pula mengusiknya dan dia ketawa senang.
"Isy, I mana ada girlfriend. Actually I baru je habis meeting,"
"Oh...rajinnya! Malam-malam minggu pun bekerja jugak,"
Tuan Malique senyum.
"Ni nak balik macam mana ni? Tunggu boyfriend?"
"Eh, tak. Saya drive sendiri. Saya gerak dululah ya, nanti risau pulak housemate saya yang kat rumah tu," aku senyum hormat dan terus cepat-cepat angkat kaki daripada situ.
Nampaknya, insomnia lagilah aku malam ni!

***
"Malam tadi tak boleh tidur ke, Jihan?" Wafa mengambil tempat di sebelahku. Aku mengesot sedikit ke kiri, memberi ruang untuk dia melabuhkan duduk.
"Saya tak boleh tidur sebab fikirkan awaklah," jawabku jujur sebelum menguap lagi. Aku sempat membuang pandang ke arah anak-anak Rumah Sinar Kasih yang nampak gembira menikmati kek masing-masing.
"Hah?" terkebil-kebil mata bundar Wafa memandangku. Merah padam wajahnya.
"Eh, bukan macam yang awak fikirkan. Saya bukan syok dekat awaklah," balasku pantas. Wafa terus menarik nafas lega.
"Amboi, bukan main lagi awak!" tambahku lagi, mencebik. Wafa hanya tergelak kecil.
"Saya gurau je," Wafa tayang senyum.
"Awak dengan Tuan Zaid tu rapat ke?" aku pandang wajah Wafa.
"Tak adalah. Kenapa?" wajahku dipandang.
"Tak ada apa-apa. Just out of curiousity," aku tayang senyum.


Tak rapat? Tapi malam tadi aku nampak dorang rapat semacam. Siap berbual panjang lagi. Musykil aku. Agaknya ini perasaan Detektif Conan bila instinct detective tu kuat sangat. Merepeklah kau, Jihan!

Insomnia! Bab 3





"TUAN Malique, weekend ni as usual ke?" aku memanggil Tuan Malique Haikal yang baru sahaja lalu melepasi meja kerjaku. Tuan Malique Haikal merupakan sepupu kepada Tuan Zaid Harith, merangkap Marketing Director untuk Lucrative Holdings.
"Oh, Jihan! Patutlah telinga I ni dah terdengar-dengar suara merdu orang memanggil. Rupa-rupanya awak," dia tersenyum manis. Tuan Malique merupakan seorang yang sentiasa bermulut manis, sesuai dengan jawatannya sebagai Marketing Director. Kalau nak dibandingkan perangai dia dan Tuan Zaid Harith, memang macam langit dengan bumi.
"Weekend ni macam biasa. I dah call rumah anak-anak yatim tu, nanti I inform further in our WhatsApp group untuk further details," Tuan Malique berjeda dan anak matanya jatuh pada Wafa yang khusyuk dengan bahan bacaannya.
"I tak tahu we have a new staff?" soal Tuan Malique. Dia senyum memandang Wafa.
"Baru masuk hari ni, tuan. Lagipun tuan tak ada kat pejabat satu hari, jadi tak sempatlah nak berkenalan. So, saya kenalkan. Wafa, this is Tuan Malique Haikal, our Marketing Director. Tuan Malique, ni Wafa Mikhael, our new assistant team leader for event management," tuturku, memperkenalkan kedua-dua lelaki ini.
Wafa cepat-cepat menghulurkan tangannya untuk bersalam dan dia tersenyum hormat ke arah Tuan Malique.
"You should join Marketing Team, bukan kat sini. You ada such a good looks, rugi kalau duduk dekat event management je," usik Tuan Malique sambil menepuk-nepuk bahu Wafa.
"Amboi, tuan! Sempat lagi ya! Anak buah saya pun tuan nak culik bawak lari," usikku dan Tuan Malique ketawa. Wafa hanya tersengih. Segan agaknya! 
"Saja mengusik you. You ajak sekali Wafa this weekend kalau dia berminat. I kena gerak dulu, ada meeting dengan 'tentera Jepun' you tu. Nanti dia pancung kepala I sebab lambat," balas Tuan Malique bersahaja.
"Tuan Malique! Kan saya dah kata jangan sebut kuat-kuat pasal 'tentera Jepun' tu!" mataku melingas ke kiri dan ke kanan. Mati aku kalau orang lain dengar. Sah, kena hukuman pancung kalau Tuan Zaid yang dengar!
Tuan Malique ketawa senang sebelum mengatur langkah pergi dari situ.
"Dia dengan Tuan Zaid tu sepupu. Kalau tak salah, dorang tu sebaya tapi perangai macam sorang dari Bumi, sorang lagi dari Pluto kan?" ujarku sebaik sahaja Tuan Malique beredar.
Wafa ketawa. Terkebil-kebil aku memandang reaksinya. Amboi, dah pandai gelakkan aku!
"Weekend ni ada apa, Jihan?" soal Wafa.
"Tuan Malique tu rajin organize CSR activities untuk staff. Nampak je macam tu, tapi he has a warm heart. Selalunya bila hari Sabtu kitorang akan buat aktiviti kat mana-mana orphanage, rumah orang tua, macam-macamlah,"
"I see," Wafa masih memandang bayang Tuan Malique yang sudah berlalu pergi.
"Interesting," tambahnya.
"Ha'ah, kan? He has such an interesting characters, I must say. Bukan senang nak jumpa orang kaya, muda belia pulak tu tapi ada hati yang sangat besar," tambahku pula.

*****
Aku ada terbaca satu artikel di blog tentang cara-cara untuk mengatasi masalah insomnia atau susah untuk tidur pada waktu malam. Salah satunya ialah untuk memanfaatkan hari itu dengan melakukan banyak perkara supaya badan rasa letih dan pada waktu malam mata pasti akan mahu terlelap dengan cepat dek kerana kepenatan. Nak cubalah!
"Nak pergi mana?" tegur Hana yang sedang menghadap komputer riba di ruang tamu.
"Night walk or pergi kafe kut," jawabku sambil mencari kunci kereta.
"At this hour? Dah malam ni, Jihan," Hana menoleh ke arah jam dinding. Sudah pukul 9.30 malam.
"Sekejap je, aku tak pergi jauh-jauh. Lagipun esok cuti dan aku kena try method ni. Kut-kutlah nanti mata aku senang nak lelap. Kau ada nak kirim apa-apa?"
Hana pantas menggelengkan kepalanya.
"Sure ke ni, Jihan? Aku risaulah. Sekarang ni dahlah macam-macam kes. Kau nak buat night walk pun, jaga-jaga jugak. Sekarang ni tengah hangat dengan virus anjing gila tu," Hana masih menayangkan riak risaunya.
"Insya-Allah tak ada apa-apa. Aku pergi sekejap je," aku senyum memandang Hana.
"Sebab aku kena siapkan presentation ni, bos nak jugak pagi esok. Kalau tak, boleh aku temankan kau,"
"Tak apa, Hana. Kau settlekan kerja kau, jangan risau," 
"Yalah, yalah. Kau jaga diri tau. Apa-apa, call aku,"


Aku memakirkan kereta tidak jauh dari sebuah kafe yang mempunyai dekorasi Vintage. Nampak macam menarik. Aku lihat kafe itu tidak terlalu padat dengan orang ramai. Aku turun dari kereta dan saat itu aku ternampak kelibat Tuan Zaid dan Wafa.
Mataku membulat.
Mereka sedang berjalan beriringan menuju ke hotel lima bintang yang terletak tidak jauh daripada kafe yang ingin kutuju. Mereka nampak rapat, tidak seperti apa yang kulihat di pejabat.
Something is fishy, somewhere. 
Naluri 'Detektif Conan' kembali aktif. Nak ikut ke tidak? 
-'Tak payah sibuk-sibuk nak ikut. Ingat balik tujuan datang sini sebab apa? Kan mat salih dah cakap, curiosity kills the cat'
+'Tapi naluri Detektif Conan ni kuat sangat. Kalau tak ikut, nanti sah-sah malam ini tak boleh tidur lagi'

Dan, Jihan Sofia mengambil keputusan untuk mengikut langkah kaki dua orang lelaki tersebut.