Thursday, 7 February 2013

Encik Suami Mat Salih Celup? 23







Bab 23



Aku pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Mulai hari ini, aku tidak boleh menyimpan kunci kereta di dalam handbag lagi. Bahaya betul dengan Ian yang suka bertindak senyap-senyap. Ketika aku sampai di rumah, cik Mini masih tiada di porch kereta. Baru aku teringat mesej ringkas Ian yang memaklumkan bahawa dia akan memulangkan cik Mini lewat sedikit hari ini.

Selepas makan malam bersama-sama, Jazmin mengajakku menonton televisyen di ruang tamu di tingkat atas. Remote tv yang berwarna biru itu ditekan-tekan oleh Jazmin untuk mencari siaran televisyen yang menarik.

            “Kita tengok Running Man nak?” Cadangku kepada Jazmin.

            “Tengok dekat tv? Mana ada on air dekat tv,kak. Astro ada KBS je.” Jawab Jazmin.

            “External hard disk akak ada macam-macam episod Running Man. Kita connect dekat usb tv je lah. Sekarang punya tv kan dah canggih.” Balasku dan Jazmin sudah tersengih. Dia bangun dari sofa yang menjadi tempat duduknya dan mengikutku masuk ke dalam bilik untuk mengambil external hard disk milikku.

            “Tak sangka pulak akak tengok Running Man jugak. Yeay! Min ada geng lah macam ni. Selalunya, mesti Min tengok dekat lappy je. Tengok sorang-sorang pulak tu. Bolehlah kita buat Running Man marathon together.” Ujar Jazmin sambil menyambungkan external hard disk ke bahagian usb televisyen Toshiba hitam itu.

            “Eh, mestilah boleh. Siapa pulak yang cakap tak boleh?” Usikku dan Jazmin sudah tersengih.

            “You girls buat apa ni? Dari bawah dah boleh dengar suara.” Sapa satu suara. Aku dan Jazmin pantas berpaling ke arah suara yang menegur itu.

Itu dia! Pesalah yang membawa lari cik Mini aku hari ini sudah balik. Sedang tersengih macam tiada apa-apa yang berlaku. Walaupun dalam hati membebel geram, aku tetap bangun dari dudukku dan berjalan ke arah Ian untuk bersalam.

            “Marah lagi ke? Nah kunci kereta.” Ujar Ian dan meletakkan kunci kereta di atas tapak tanganku.

            “Tak marah, suka lagi adalah. Lepas ni bolehlah buat hari-hari ya.” Sindirku dan Ian hanya ketawa sambil menepuk-nepuk lembut belakangku.

Anak mataku sempat mencuri pandang pada jam tangan Fossil yang terletak elok di pergelangan tangan kanan Ian. Aku sudah tersenyum jahat di dalam hati. Revenge is always sweeter than sweets!

            “Nak mandi and solat dulu and then will join you girls later.” Balas Ian sebelum berlalu ke dalam bilik.

            “Achik tahu ke kita nak buat Running Man marathon? Dia dahlah allergic gila dengan benda-benda Korea ni semua.” Ulas Jazmin yang sudah mengerutkan dahi melihat Ian yang sudah menghilangkan diri ke dalam bilik.

Aku hanya menjongketkan bahu.

            “Kita nak tengok episod mana ni kak Iman?” Soal Jazmin sambil meneliti barisan video yang ada.

            “Min pilih je mana-mana episod yang Min belum tengok. Akak ikut je.” Jawabku sambil tersenyum.

            “Okeyh!” Balas Jazmin dan selepas itu dia melabuhkan duduk di sebelahku.

Sedang aku dan Jazmin seronok ketawa melihat gelagat Lee Kwangsoo yang seperti biasa dibuli oleh Sparta Kim Joongkok, Ian menghampiri kami berdua dan berdiri betul-betul di hadapan televisyen flat screen itu.

            “Korang tengok cerita apa sampai gelak kuat-kuat ni?” Soal Ian yang masih berdiri di hadapan televisyen.

            “Isy, Achik! Tepilah. Badan Achik tu dah penuh satu tv tau. Tepi, tepi.” Bebel Jazmin sambil tangannya terawang-awang di udara.

            “Eh, tv ni saiznya lagi besar dari Achik lah.” Jawab Ian tidak puas hati. Masih belum berganjak dari hadapan televisyen.

            “Duduk sini diam-diam.” Aku pantas menarik tangan Ian dan menyuruhnya duduk di antara aku dan Jazmin. Ian terus terdiam. Anak matanya difokuskan pada kaca televisyen.

            “Apa ni? Korean stuff again?” Soal Ian pada Jazmin.

            “Syhh!” Balas Jazmin.

            “Amani, awak pun geng Jazmin jugak ke?” Soal Ian kepadaku pula.

            “Jangan bising-bising. Duduk diam-diam.” Jawabku pula.

Ian sudah berpeluk tubuh sambil memandang kami berdua.

            “This is so unfair!” Sungut Ian sambil memandangku dengan geram.

            “Bahasa awak, Ian.” Balasku dengan anak mata masih digamkan pada kaca televisyen.

            “Kenapa saya tak boleh tengok any English tv channels and you girls boleh seronok-seronok tengok cerita Korea? Tak adil!” Sungut Ian lagi sambil berpeluk tubuh.

            “Awak boleh tengok cerita-cerita Melayu je. Lupa ke? ” Balasku selamba.

Ian tiba-tiba senyap. Eh, merajuk ke? Aku berpaling ke sebelah. Amboi, dia pula yang tengah babak  melihat babak hide and seek di dalam rancangan Running Man ini. Aku sudah tersenyum seorang diri. Patutlah senyap semacam. Ceh, kata alergik!

            “Alahai, sukanya Min tengok Joongki dalam Running Man ni. Cutenya!” Ujar Jazmin tiba-tiba.

            “Ha’ah, agreed! Akak pun suka tengok dia tapi dia jadi Running Man member sekejap je sampai episod berapa entah. Lepas tu dia stop.” Jawabku pula.

            “Tu lah. Sayangnya kan.” Balas Jazmin.

            “Comel je dia kan? Muka macam budak-budak, baby-faced.” Balasku dan Jazmin tersenyum.

            “Amboi, fan girl-ing pulak dekat sini. Dahlah I sit in between of you girls. Tolong consider orang dekat tengah-tengah ni boleh tak?” Ujar Ian dengan wajah yang dimasamkan.

            “Alamak, kak Iman! Ada orang tengah jealous lah. Panasnya terasa sampai ke sini.” Usik Jazmin. 

Aku sudah tergelak-gelak. Nasiblah mamat ni duduk dekat tengah-tengah, di antara aku dan Jazmin.

            “Time akak sekolah menengah dulu kan, kawan akak ada share satu petua ni tau. Jangan 
percayalah, tapi petua ni sangat lawak.” Beritahuku pada Jazmin secara tiba-tiba.

            “Petua apa, kak?” Soal Jazmin. Ian yang duduk di tengah-tengah turut kelihatan seperti ingin tahu.

            “Kawan akak tu ajar macam mana nak tahu sama ada husband-to-be kita nanti handsome ke tak.” Jawabku.

Ian terus ketawa sambil menekan perut.

            “Mana ada orang percaya benda ridiculous macam tu!” Komen Ian dengan tawanya yang masih bersisa.

            “Isy, Achik ni! Kalau tak nak dengar, pergi main jauh-jauh. Seriously, kak Iman? Wah, petua ni a must to know.” Balas Jazmin. Ian sudah senyap kembali selepas dibebel oleh adiknya.

            “Tapi, Min janganlah percaya pulak. Benda ni bukannya betul pun, main-main je. Apa-apa pun, Allah Yang Maha Mengetahui. Kawan akak tu memang suka share petua pelik-pelik bila dia stress study.” Balasku.

            “Yalah, takkanlah Min nak bergantung pada benda-benda macam ni. Nak tahu aje, bukannya percaya.” Balas Jazmin,bersemangat.

            “Kawan akak cakap, kalau kita temukan kedua-dua belah tapak tangan, nanti akan terbentuk garisan mangkuk yang nampak macam huruf jawi Ba kan?’’ Beritahuku dan mencamtumkan kedua-dua belah tapak tangan. Jazmin turut melakukan perkara yang sama.

            “Kawan akak tu cakap, lagi melengkung ke dalam bentuk mangkuk tu, maksudnya lagi handsome Mr. husband-to-be tu.” Tambahku lagi. Dalam masa yang sama, aku teringat memori di zaman sekolah dahulu. Kelakar betul! Lepas dapat tahu petua tak berapa nak logik daripada Yana, masing-masing cuba buat. Nak tengok bakal suami nanti kacak bergaya ataupun tidak. Memang kelakar sungguh ketika itu. Budak-budak lelaki pun turut sama mahu menumpang sekaki. Kononnya nak tahu bakal isteri nanti cantik ke tidak. Memang benda mengarut betul!

            “Eh, Min punya mangkuk melengkung ke dalam lah!”  Ujar Jazmin, teruja.

            “Mana, mana? Meh sini akak tengok.” Balasku.

Jazmin menunjukkan tapak tangannya kepadaku. Ian yang masih berada di tengah-tengah hanya menjadi pemerhati sambil menggelengkan kepalanya.

            “Cuba tengok tapak tangan akak pulak.” Balas Jazmin.

            “Mana ada dalam sangat, Min. Yalah, tengoklah orang dekat sebelah akak ni macam mana.” Jawabku sambil menunjukkan cantuman tapak tanganku ke arah Jazmin. Kemudian, Jazmin menelek muka abangnya pula.

            “Apa?” Soal Ian.

Aku dan Jazmin ketawa serentak.

            “Betul kan? Orang sebelah ni tak handsome langsung. Sebab tu bentuk mangkuk kat tapak tangan akak tak melengkung pun.” Usikku, terasa kelakar melihat wajah Ian yang mula memerah.

            “Ala, Achik. Kan kak Iman kata benda ni tak boleh percaya. Janganlah sensitip. Don’t worry, you are my most handsome brother ever. Tapi, Achik punya ranking after Along and Angahlah.” Usik Jazmin pula.

            “Min!” Suara Ian sudah mula meninggi sambil memandang geram ke arah Jazmin. Aku dan Jazmin sudah bergabung suara ketawa.



Ketika aku masuk ke dalm bilik tidur, Ian sedang duduk bersila di atas katil. Sekali pandang dah macam orang tengah bertapa. Agaknya dia merajuk dengan aku dan Jazmin, dia terus menghilangkan diri ke dalam bilik sejak tadi. Aku menoleh ke arah Ian. Dia masih duduk menegak sambil membaca novel Contengan Jalanan. Rajinnya! Rajin-rajin membaca pun, muka macam nak telan orang.

            “Merajuk ke?” Soalku sambil memandang ke arah Ian yang masih khusyuk dengan bukunya itu.
Senyap.  Tidak bersuara langsung.

Amboi! Patutnya aku yang merajuk sebab dengan selamba badak sumbunya dia menculik cik Mini aku pagi tadi. Ni dah terbalik pulak. Siapa yang patut pujuk siapa ni? Takkanlah sebab aku dan Jazmin usik yang dia tak handsome langsung, dia boleh terasa?

            “Sorrylah.” Ujarku pula.

            “Sorry-sorry, makan kari lah.” Jawab Ian.

Mak aih! Dah pandai copy cat ayat aku pagi tadi. Rasa nak ketawa pun ada. Encik mat salih celup ni merajuk ke? Kena minta maaf. Apa-apa pun, dia tu encik suami aku. Kalau nanti dia tidur dalam keadaan marah, malaikat laknat aku sampai Subuh.

            “Sorry. Janji, tak buat lagi.” Aku sudah mengangkat tangan kanan, seolah-olah mengangkat tangan untuk membaca ikrar sewaktu di perhimpunan sekolah dahulu. Janji tak buat untuk minggu ini, minggu depan mungkin buat lagi. Aku hanya mampu ketawa di dalam hati.

            “Fine, apology will be accepted if…” Sepasang anak mata kelabu cair itu sudah merenung wajahku. Kenapa tiba-tiba aku rasa ada aura kurang selamat dekat dalam bilik ni?

            “awak tolong terangkan maksud perkataan ni.”

Aku terasa aura kurang selamat sebentar tadi sudah berlalu pergi. Fuh! Lega! Ingatkan nak mintak apa tadi. Aku menghampiri Ian yang masih bersila di atas katil.

            “Mana satu yang awak tak faham?” Soalku dan duduk bersila di hadapan Ian.

            “Yang ini.” Tunjuk Ian dan novel tersebut bertukar tangan.

Aku membaca ayat yang tertulis di dalam buku itu. Tiba-tiba aku terasa aura kurang selamat tadi datang semula. Aku mengangkat wajah. Patutlah! Wajah Ian semakin mendekat dan dekat dan dekat dan semakin dekat…

            “Puk!

            “Sakitlah!” Ian menggosok dahi yang menjadi mangsa ketukanku menggunakan novel yang masih kupegang sebentar tadi.

            “Itulah, main-main lagi.” Balasku selamba walaupun cik jantung di dalam badanku ini sudah mula menyertai acara lumba lari seperti selalu. What is he trying to do just now? Gila betul!


*****************************


Pagi Sabtu itu, aku menemankan umi ke pasar untuk membeli barang-barang basah. Sebelum pulang ke rumah, umi mengajakku singgah di Tesco untuk membeli barang-barang keperluan rumah pula. Kami tiba di rumah apabila jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 pagi. Kelihatan walid sedang menyiram pokok-pokok bunga umi.

            “Sejak Iman ada ni, umi dah tak nak ajak walid dating pergi pasar lagi.” Gurau walid sambil tersenyum memandang umi dan aku.

            “Bukan umi tak nak ajak walid. Tapi umi nak walid berehat time-time weekend macam ni. Kan walid hari-hari sibuk di hotel.” Balasku lembut.

            “Walid sengaja tu nak mengusik Iman. Selalunya walid mengusik Jazmin tapi hari ni kan Min pergi jumpa juniors dia dekat MSU tu. Walid usik Iman pulak.” Balas umi pula. Walid hanya tersenyum-senyum memandang umi.

Aku mengikut umi masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur untuk menyimpan barang-barang yang kami beli sejak pagi tadi. Rumah keluarga mertuaku ini sunyi sahaja. Ian ke pejabat, katanya perlu mengikut Zyafran melihat tapak projek yang baru. Mak Nab pula pulang ke kampung dan hanya akan kembali semula pada esok hari.

            “Umi ingat nak buat small family gathering. Kita buat makan-makan sikit sebelum Min nak fly balik Aussie the other week.” Beritahu umi sambil menyimpan ikan-ikan yang dibeli ke dalam Tupperware.

            “Weekend ke, umi?” Soalku.

            “Ha’ah, weekend. Maybe hari Sabtu kot. Nanti Iman ajak family Iman datang sekali tau. Lepas kenduri korang hari tu, umi tak sempat lagi nak jumpa dengan mama Iman.” Jawab umi.

            “Okey, umi. Nanti Iman bagitahu mama, minta tolong mama ajak Along dengan Angah jugak.” Balasku dan umi kelihatan tersenyum puas hati.

            “Nanti pagi Sabtu tu kita kena pergi pasar beli ikan-ikan yang sesuai sebab umi ingat nak buat barbeque dekat laman tu.” Ujar umi.

            “Yes, ma’am! Wah, bestnya buat barbeque gathering dengan family.” Balasku, teruja. Mesti seronok nanti dapat berkumpul beramai-ramai dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Umi menyimpan bahan-bahan basah yang sudah dimasukkan ke dalam Tupperware ke peti sejuk beku. Ikan bawal yang dibeli untuk dimasak pada hari ini disiang. Aku pula membantu umi menyiang sayur kangkung.

            “Hari ini Iman tak pergi butik pulak?” Soal umi.

            “Iman jarang pergi butik hari Sabtu, umi. Selalunya Sabtu kitorang bukak half day je, Ahad cuti. Kecuali kalau ada urgent matters, Iman akan pergi.” Jawabku.

            “Lately Iman sibuk ya?” Soal umi lagi.

            “Sibuk jugak umi. Kan cuti Tahun Baru Cina dah nak dekat, jadi bakal pasangan-pasangan pengantin sibuk dengan persiapan kahwin dorang untuk sapa-sapa yang majlisnya sewaktu cuti tu. Kitorang pun, jadi lagi sibuklah.” Terangku.

            “Mesti penat kan, Iman?”

Aku menggeleng dan hanya tersenyum.

            “Dah biasa kot, umi. Dah dua tahun Iman ambik alih tempat mama. Jadi, dah biasa. Yalah, mama pun nak berehat je dekat rumah and pantau bisnes dari rumah.”

Umi tersenyum.

            “Samalah macam umi. Architecture company umi tu nasib baik ada Along yang boleh tolong handle. Achik Jamil pun ada sekali. Ingatkan bila Ian dah balik Malaysia, bolehlah dia tolong Along.”

Aku lihat wajah umi kelihatan keruh sedikit. Yalah, ibu mana yang tidak mahukan anak-anak sendiri yang membantu untuk menyambung perniagaan keluarga kan? Aku dahulu pun, jenuh juga mama memujuk.

            “Ian nak kumpul pengalaman dulu tu, umi. Mungkin dia tak bersedia lagi and dia cakap dia dah janji dengan Zyafran nak kerja dengan kawan dia tu. Iman yakin, in shaa Allah, when the time comes, Ian pun akan berganding bahu dengan Along.” Ujarku lembut. Aku lega melihat umi yang sudah mula tersenyum.

            “Umi, Iman dah lama nak tanya soalan ni.” Tuturku.

            “Iman nak tanya apa?” Soal umi.

            “Kenapa Ian duduk dekat England lama sangat sampai 20 tahun?” Soalku dan umi terdiam lama.

            “Ian duduk dengan arwah grandma dan grandpa dia dekat Somerset. Sejak umur dia enam tahun lagi dia tinggal dan dibesarkan dekat sana. Bersekolah di sana dan menyambung pelajaran ke peringkat universiti pun dekat sana jugak.”

            “Sebab tu ke umi minta tolong Iman ‘Melayukan’ Ian?”

            “Ya, Iman. Sebab tu umi nak Ian kahwin juga dengan perempuan Melayu. Umi rasa, kalau Ian masih belum berkahwin dengan Iman, mesti dia masih bekerja dan tinggal di London. Umi pernah suruh dia balik ke Malaysia tapi dia tak nak. Dulu umi faham kenapa Ian tak nak balik ke sini sebab dia nak tengok-tengokkan arwah grandma dan grandpa yang masih hidup. Selepas grandma dan grandpa meninggal dunia pun, Ian masih tak nak pulang ke tanah air.”

Umi terdiam sejenak sebelum menyambung ceritanya lagi.

            “Alhamdulillah, bila umi cadangkan untuk dia berkahwin dengan Iman, dia setuju walaupun mula-mula tu dia tak nak. Yalah, Ian masih belum kenal dengan Iman lagi. Lepas dia jumpa dengan Iman sewaktu mula-mula dahulu, dia terus setuju dengan permintaan umi untuk pulang dan menetap di Malaysia. Umi risau jugak kalau lepas kahwin, Ian tiba-tiba tukar fikiran dan nak bawak Iman ke England pula.”

            “Umi jangan risaulah. Ian tak pernah pun bagitahu Iman macam tu. Lagipun, Ian memang dah betul-betul dah settle down dekat sini kan?"

            “Alhamdulillah, sekarang ni umi tak susah hati lagi. Hari-hari nampak anak umi tu depan mata umi. Umi bersyukur umi kenalkan Ian dengan Iman.”

Aku tersenyum, tersentuh mendengar butir bicara umi.

            “Tapi kan umi, kenapa Ian duduk dengan arwah grandma dan grandpa sejak umur dia enam tahun lagi?”

Umi hanya mendiamkan diri dan persoalanku itu terbiar sebegitu sahaja. Melihat respons umi yang sebegitu, aku terus menukar topik perbualan.




           

13 comments:

  1. Opps.. apalah sebab Ian ditinggalkan bersama arwah grandpa & grandma.. :-)

    ReplyDelete
  2. sayang akak yumi. thanks! hehehe :-*

    ReplyDelete
  3. to be continue..hehe..best sgt

    ReplyDelete
  4. semakin curious. Hehe. Best. Tak sabar nak tunggu next entry. :)

    ReplyDelete
  5. cpt la sambung lg xsabar nk tgu ni

    ReplyDelete
  6. N3 kali ni best sebab ada running man n joongkok my fav hero - tq cik writer for tis- muahhh

    ReplyDelete
  7. best!!!nak lagi kak....please...

    ReplyDelete
  8. Yeah!! ada running man!! apa-apa pun bestlah.. Thank cik writer.. :)

    ReplyDelete
  9. cepat upload yer cik yumi :)

    ReplyDelete
  10. hehe besttt!!! ^.^

    ReplyDelete